Home Novel Thriller/Aksi Si Gadis Pembunuh
Bab 24

Michael Angle keluar dalam keadaan marah. Wajahnya tegang menahan marah menakutkan pekerja di situ. Tiada sesiapa berani menegurnya.

Berterbangan kertas mengandungi rekaan terbaharu gelang tangan ke ruang udara bilik kerana dilempar oleh tuannya akibat kemarahan menguasai hatinya. 

“Who are you? I’m your boss! You… listen to me!” marah Encik Kamal di tepi pintu biliknya.

Pintu ditepuk berulang kali meluahkan kemarahan ditahan-tahan selama ini. 

Masing-masing gerun melihat seseorang jarang marah tiba-tiba marah. Suaranya bergetar dan bercakap dengan agak laju. 

Mendengar itu, Michael Angle memberhentikan langkah lantas berpaling memandang ketuanya itu. Kuat dia mengetap gigi lalu perlahan-lahan mendekati ketuanya itu dengan renungan pandangan mahu membunuh seseorang. 

“Habis… you think how many hours I wasted my time for that ‘stupid’ design?” Berani dia mengherdik ketuanya sehingga menyebabkan lelaki itu tidak tahu untuk membalas apa.

“Buang masa aku jelah kalau tahu dituduh plagiat! What stupid game lah!” kata Michael Angle dengan kesal semasa memaling badannya daripada memandang ketuanya.

Michael Angle tidak menunggu lama di situ. Pintu utama pejabat dihempas dengan kuat membuatkan mereka semua tergamam.


“Kenapa tu?” Mulalah Aniq Zafran bergosip dengan Hayati sambil tertinjau-tinjau ruangan pejabat. Sebenarnya, Aniq Zafran tahu sahaja punca pergaduhan. 

Sebaik mendengar suara orang bertengkar, mereka cepat-cepat keluar dari ruangan pantri sambil membawa cawan teh panas yang baru sahaja siap dibancuh. Mereka melihat ketua mereka tergamam tidak tahu untuk berkata apa. Hempasan pintu oleh Michael Angle membuatkan mereka hampir melatah.

“I don’t know. I dengan you kan…” balas Hayati dengan gedik untuk tujuan bergurau.

Aniq Zafran menyiku lengan Hayati kerana geram dengan usikan itu. Tercetus ketawa kecil Hayati kerana berani melawak pada waktu tegang ketika ini.

“Aku rasa, baik kita kembali ke tempat kita sebelum bos cari sasaran untuk dimarahi pula,” kata Hayati lagi, terangguk-angguk Aniq Zafran bersetuju.

“I… I can’t believe… oh my god!”

Mereka mendengar ketua mereka mengeluh. Sepantas kilat pandangan ketua mereka terarah kepada mereka menyebabkan mereka hampir menundukkan kepala untuk menyorok.

“Pura-pura tak dengar jelah. Pura-pura tak nampak macam kura-kura,” kata Aniq Zafran sambil sengaja sibuk-sibuk menyelak fail secara rawak menyebabkan Hayati tergelak kecil sambil mengikuti perilaku rakannya. Bersiul-siul kecil untuk menghilangkan gemuruh yang menyerang.

“Ha… What you say?” sergah ketuanya yang menyebabkan dia melatah terkejut.

Tercampak fail dipegang tadi.

“Oh… bos. I can’t see you come.” Tersasul pula dia menjawab dalam bahasa Inggeris hari ini.

Mahu sahaja dia menepuk dahi sendiri. Setakat saat ini, dia mencuba mengawal reaksi wajah yang kelihatan risau melampau.

“Never mind. Look, listen carefully. Kita akan guna design you untuk pelancaran design terbaru kita nanti,” arah Encik Kamal dengan tegas.

Mahu tersembur air liurnya mendengar arahan ketuanya itu.

“Eh, biar betul ni bos? Bukan ke tema kali ini lain bos…”

Tidak habis dia berkata kerana Encik Kamal pantas berjalan meninggalkan tempatnya. Terpaksa dia mengekori langkah ketuanya.

“Yeah… true! Tapi, kita sudah kesuntukan masa,” kata ketuanya dengan tegas sambil menuding jari ke arahnya sambil berjalan memasuki biliknya.

“Bos… bos…”

Hilang kudrat mendengar arahan ketuanya. 

“Please bring the design. I need to review, hope no more silly design. Jangan bazirkan masa lagi, cepat!” katanya sebelum menutup pintu bilik dengan kuat meninggalkan Aniq Zafran dengan persoalan yang tidak berjawab.

“Honestly, aku pun takut kena reject design aku ni,” katanya kepada Hayati berdiri bersebelahannya.

“Sabarlah. Kaukan berpengalaman, takkan tak pernah kena reject kut. Bos ok je.”

Hayati menepuk bahunya.

“Entahlah. Tak sedap hati dengan pelancaran kali ini,” katanya dengan lemah.

Mereka kembali ke tempat duduknya untuk menyiapkan kerja tertangguh.


Pintu pejabat ditolak seseorang dengan perlahan dan penuh berhati-hati. Hening sahaja ketika ini tiada sesiapa pun di situ memandangkan sekarang merupakan waktu rehat tengahari. Wangian bunga segar dipakai seseorang tadi memenuhi segenap ruang pejabat. Langkah kakinya lebih tertarik untuk ke meja Aniq Zafran.

Sebaik sahaja meletakkan sebungkus plastik berisi makanan tengahari, tangannya menyelak fail mengandungi rekaan gelang tangan dihasilkan oleh Aniq Zafran. 

“Menarik, tak sangka berbakat juga dia ni.” 

Rekaan gelang tangan mengambil inspirasi bentuk daun Maple campuran warna merah dan jingga. Tertulis catatan di situ, subject matter daun Maple akan menggunakan material Canadian Diamond manakala untuk lilitnya akan menggunakan 14k White Gold. 

“Interesting… Encik Kamal mesti nak menang kali ni.”

Cepat-cepat dia mengambil foto rekaan gelang tangan menggunakan kamera telefon pintar. Senyuman sinis terukir bersama dengan lakaran rancangan licik di dalam fikiran.

“Aku tak sangka mak cik tu ingat aku anak jiran dia.”

Suara orang berbual dari luar membuatkan dia memandang pintu utama pejabat. Tergesa-gesa dia meletakkan kembali rekaan itu ke dalam fail dan berlari-lari anak menuju ke pantri pejabat.

“Tulah kau… kuat menyakat sampai mak cik tu geram,” kata Hayati sambil menolak pintu pejabat. 

Begitu pantas sekali mereka selesai menikmati juadah tengahari.

“Alah, aku niat nak bergurau je,” balas Aniq Zafran sambil duduk sebaik sahaja memasuki ruangan kerja.

“Eh, apa ni?” Katanya kerana terperasankan satu plastik putih di atas meja, laju dia membelek. “Oh, mesti abang penghantar makanan tersalah letak. Ni untuk Michael Angle ni,” sambungnya setelah menyedari makanan itu daripada kedai sama seperti hari kebiasaan. 

“Aku ingatkan mak cik tu pendiam tau rupanya…” ayat Aniq Zafran terjeda akibat terdengar pintu pejabat ditolak seseorang.

Mereka saling berpandangan kerana tidak melihat sesiapa keluar mahupun masuk. 

“… rupanya banyak cakap!”

Ternyata kejadian itu tidak menjejaskan perbualan mereka. Beberapa saat mereka sudah lupa akan itu.

 


Previous: Bab 23
Next: Bab 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.