Home Novel Thriller/Aksi Si Gadis Pembunuh
Bab 36

Mawar tidak terus pulang ke rumah sebaik sahaja meninggalkan perkarangan halaman Kidman. Dia singgah sebentar ke Roselinda Florist. 

Pintu Roselinda Florist ditolak kasar, tidak sabar-sabar untuk memasuki dalam bangunan. Sebaik sahaja lampu tengah dihidupkan, dia membaling beg tangan ke atas lantai marmar. Nafasnya turun naik seperti baru selesai melakukan larian satu pusingan padang. Dia beberapa kali menumbuk sofa, geramnya bukan main.

“Tak boleh jadi! Aku mesti hapuskan perempuan tu tak kiralah dia lupa ingatan ke dia ingat ke… yang penting dia harus mampus!”

Mawar melihat kedua-dua telapak tangan yang menggigil hebat ketika ini.

Lagi beberapa detik sahaja lagi jam dinding vintage menunjukkan ke angka 8 malam.

“Kalau dengan kedua-dua tangan ini aku pernah membuatkan kau terlantar sakit beberapa tahun… tangan ni juga boleh menamatkan nyawa kau! Lantaklah ini kematian kau kali ke berapa! Aku tak peduli!”

Tawanya terburai kuat, seakan gembira dan bangga dengan apa yang pernah dilakukan selama ini disertai dengan dentingan jam dinding berbunyi kuat sehingga membingitkan telinga sesiapa.


Imbas kembali…

Sehari sebelum Manisah terlantar sakit…

“Wah, pertama kali kita ditipu hidup-hidup!” 

Mereka memasuki Roselinda Florist pada jam 6:15 petang. Wajah Mawar merona merah menahan marah. Beg bimbit dibaling kasar ke atas meja, dadanya berombak. Tidak hanya itu, dia turut menepis pasu dipenuhi bunga berwarna biru berhampiran sehingga bertaburan manakala airnya membasahi karpet yang dipasang pada lantai marmar. 

“Menipu atau ditipu… adatlah tu.” Kidman lebih tenang, menarik kerusi lalu melabuhkan punggung dan menyalakan sebatang rokok. “Kita pun menipu orang dan tak pernah kantoi. Kalaulah pemilik sebenarnya tahu, pasti mereka akan marah seperti you. Sesekali ditipu, thrill and interesting.”

“Tidak dibenarkan merokok di sini… Kidman!” marahnya, merampas dengan kasar sebatang rokok disepit pada bibir lelaki itu lalu dilenyek dengan kasut tumit.

“Okay… sorry madam.” Kidman mengangkat tangan, tanda menyerah.

Kalau membantah, pasti pergaduhan besar tercetus antara mereka.

Mawar menyambutnya dengan jelingan tajam. Dia turut menarik kerusi dan duduk, penat setelah melempiaskan kemarahannya. Penumbuknya dikepal dengan begitu kuat kerana geram.

Kidman juga berang cuma, dia lebih suka untuk membiarkan perasaan itu berlalu pergi. 


Beberapa jam lepas…

“Ini ke tempatnya?” Mawar sekadar bertanya kepada Kidman saat mereka tiba di sebuah jeti milik persendirian pelanggan mereka hari ini.

Kidman mengangguk.

“Not bad… not bad. Kaya dan muda, I guess,” komen Mawar melihat beberapa kapal persiaran mewah di kawasan air.

Terleka seketika memerhati sekeliling kapal mewah itu sehingga kedengaran tepukan tangan daripada belakang mereka. Lantas, mereka sama-sama segera menoleh. 

“Bonjour…” ucap lelaki itu dalam bahasa Perancis walaupun wajahnya mempunyai iras seperti lelaki cina.

“Bonjour…” Mereka berdua menyahut hanya sekadar mengikuti rentak suasana ketika itu. 

Client mereka hari ini, memakai persalinan serba putih. Itulah Mr. Louis, pelanggan lingkungan usia lewat 30-an yang meminta mereka untuk mencari arca ayam serama itu. Lelaki itu tidak lekang dengan senyuman. Akan tetapi, mungkin sahaja senyuman itu penuh dengan muslihat tersembunyi, teka Mawar dan Kidman.

“Apa kata kita duduk dahulu di dalam kapal persiaran saya… banyak perkara perlu dikatakan, bukan?” usul Mr. Louis dengan pelat Perancis.

Mr. Louis mempersilakan mereka mengikuti langkahnya menuju ke kapal persiaran paling hujung sekali.  


Mawar melihat nilai tertulis pada cek yang diberi kepadanya, berpuas hati kerana urus niaga mereka berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. 

“Madam… puas hati?” Mr. Louis bertanya dengan suara lembutnya.

Mawar membalas dengan senyuman sinis. Diperhatikan Mr. Louis yang asyik membelai arca ayam serama. 

‘Hanya sebuah lagi karya yang berjaya aku palsukan dan didapatkan dengan cara manipulasi. Dan, satu lagi pelanggan bodoh yang percayakan aku dengan Kidman. How stupid they are?!’ Dalam senyap berasa bangga dengan hasil kerja sendiri sambil turut diselit sekali dengan kutukan.

Pemburuan mereka terhadap patung serama itu bermula apabila mendapat permintaan daripada kalangan pelanggan luar dan dalam negara. 

“Can I ask you something?” Soalan Mawar kepada Mr. Louis memeranjatkan Kidman.

Perasaan tidak sedap hati Kidman bermula urus niaga dengan Professor Stephen membawa kepada urus niaga dengan Mr. Louis hari ini.

“Sure… sure darling,” balas Mr. Louis dengan nakal, sambil menunjukkan riak wajah miang.

Jika mengikut hati, sudah pasti lelaki itu teruk dibelasah Mawar. Kaki disilangkan, menyalakan keghairahan jiwa Mr. Louis. Memang Mawar sengaja untuk tampil duduk seksi sebegitu, biar terlihat sikap sebenar lelaki berhidung belang sebegitu. Sampai keadaan mendesak, dia akan menghayunkan kaki bertumit tinggi itu ke muka Mr. Louis. Biar berdarah hidungnya yang mancungnya itu. Memikirkan itu, Mawar tersenyum sinis dan tergelak kecil kemudiannya. 

“Betul ke you ni serius nak berurusan dengan kami?” 

“Mawar?” Pantas Kidman menyoalnya dalam nada yang agak terkejut.

Tidak tahu mengapa hari ini dia menjadi begitu terkejut sedangkan soalan Mawar itu selalunya memang luar jangka dan kejam tidak terduga.

Mawar tetap beriak biasa. Begitu juga Mr. Louis saat soalan itu diajukan. Malah, dia ketawa besar seolah soalan itu begitu lucu.

“Just asking, okay?” 

Soalan ditanya mempunyai agenda tersendiri. Sebelum memasuki perut kapal persiaran, Mawar berasa keadaan sekeliling begitu hening seakan kawasan persekitaran mati tanpa orang lain selain mereka. Tanpa sengaja, matanya tertangkap pergerakan manusia bersembunyi di balik pokok besar dan semak-samun berhampiran mereka. Matanya yang bagaikan helang membuatkan naluri mengatakan mereka yang bersembunyi itu mempunyai senjata yang boleh bila-bila masa digunakan. Dengan berhati-hati Mawar mengusap pinggang kanan yang disisip dengan senjata api.

“Saya seronok sekali berurus niaga dengan tuan.” Kidman mencelah, gugup seketika. “Kita pergi dari sini,” Kidman berbisik pada telinga Mawar.

“You macam pengecut, relaks!” Sempat lagi Mawar mengejeknya.

Mereka bangkit dan bersalaman dengan Mr. Louis. 

“Good… kita boleh lanjutkan lagi pada masa akan datang,” kata Mr. Louis, menyambut salaman.

Mereka sama-sama ketawa untuk mengakhiri pertemuan mereka. Kegembiraan itu tidak berkekalan lama apabila tiba-tiba lampu di ruangan kapal itu terpadam secara mendadak. Masing-masing panik seketika.

“Apa terjadi ni?” Mr. Louis gelabah dalam kegelapan.

Mawar dan Kidman saling bersedia dengan senjata masing-masing. Mereka hanya berdiam tanpa bicara dan cuba mengesan pergerakan aneh sekeliling dengan cahaya terhad.

Cahaya kuning menerangi sedikit ruangan dalam kapal. Barulah mereka sedar, perbincangan mereka sudah memasuki hingga ke waktu senja. 

“Heiii… siapa di luar?” Mr. Louis menjerit kuat apabila pintu kapal persiarannya tertutup dengan kuat.

Pasti ada seseorang di luar namun tidak dapat dipastikan kelibatnya.

“Ada seseorang mahu bergurau dengan kita.” Selamba sahaja Mawar berbisik pada telinga Kidman sambil mengeluarkan senjata. Begitu juga Kidman.

“Louis…” Suara misteri itu muncul entah dari mana disusuli dengan bunyi pintu kapal dibuka dengan perlahan-lahan. 

“Siapa anda?” tanya Louis, jelas kedengaran ketakutan pada nada suaranya.

“Mungkin… pengambil nyawa kau?”

Bunyi kasut bertumit tinggi bersama dengan ucapan itu mengundang debar mereka bertiga.

“Seorang perempuan?” bisik Kidman ke telinga Mawar yang lantas mengangguk mengiyakan.

“Kau!” Terus Mr. Louis bersuara apabila melihat si gadis pembunuh muncul di balik pintu itu. 

Pistol terus diacu ke arah gadis yang hanya tersenyum sebelum ketawa nyaring.

Kidman berasa aneh dengan situasi sekarang. Dia memandang sekilas wajah Mr. Louis. Terpamer riak ketakutan namun, Kidman tidak ingin mempercayainya. Antara Mr. Louis dan wanita itu seolah berkomunikasi melalui isyarat mata untuk tindakan seterusnya. Pokoknya, mereka itu seakan bekerjasama.

“Mahu hidup atau mati? Jika mahu hidup... mungkin adalah dalam 2 minit untuk kau pergi dari sini? Nak mati… mari tetap di sini sahaja,” ugut gadis muda itu sambil mengacukan pistol ke arah Kidman dan Mawar.

Mawar langsung tidak terkesan dengan keadaan itu. Dia meludah ke lantai, pantas mengeluarkan pistol dari dalam baju lalu diacukan dengan berani dan tepat ke arah gadis itu. Tergamam terus gadis itu termasuklah Mr. Louis dan Kidman.

“Kau nak mengugut aku?” Mawar berdengus, “Nampaknya… you never know who am I?”

Ekor mata Kidman seolah menangkap gerakan tangan Mr. Louis yang perlahan-lahan mengacukan senjatanya ke arah Mawar.

‘Kan betul apa yang aku fikir!’ kata Kidman dalam hati.

Sepantas kilat, Kidman menendang senjata api dari genggaman Mr. Louis sampai terpelanting jauh dari situ. Dengan kesempatan yang ada, Kidman mengeluarkan senjata api dari dalam kot baju lalu dihalakan ke arah Mr. Louis.

“Korang berpakat… I knew it!” herdik Kidman.

Mawar tersengih. “Apa yang korang nak sebenarnya? You wanna to play a game? Game kematian ke?” 

Gadis itu ketawa. “Bijak… bijak! Kau macam tahu-tahu je apa yang dalam kepala kami ni!”

“Anda memang sangat peka!” sindir Mr. Louis kepada Kidman siap menunjukkan thumb up.

‘Orang yang gila.’ Kidman menyumpah dalam hati melihat secara tiba-tiba Mr. Louis dan gadis itu bertepuk tampar.

“You mean… April fool pada bulan Jun? Tak lawak! Cuba lagi dengan lawak lain!” tengking Mawar dengan berang.

Mawar masih lagi mengacukan pistol ke arah mereka, picu sudah ditarik, siap sedialah menerima balasan kerana berani mempermainkan mereka.

Mereka berdua ketawa bersama-sama membuatkan andaian Mawar dan Kidman benar.

Melihat senjata api itu bergetaran, Kidman tahu Mawar tidak senang dengan gurauan mereka berdua. Kidman tersengih, salah mereka juga.

“Kami menjebak mereka yang kurang bernasib baik untuk dijadikan sebagai mangsa peras ugut,” kata gadis itu.

“Terima kasih untuk cederamatanya,” ujar Mr. Louis, mencium patung serama itu.

‘Orang yang bodoh! Fikir dia bijak… aku lagi bijak!’ Kidman berasa lucu melihat perlakuan Mr. Louis, kalaulah dia tahu patung itu telah dipalsukan.

“Oh, ya! Lagi satu, kami tidak melepaskan hidup-hidup tebusan kami. Organnya akan kami jual!” kata gadis itu dengan memberitahu agenda asal mereka.

Mengertilah Kidman dan Mawar kini akan seseorang lain mengintip mereka semasa di luar kapal tadi. Mereka memeras ugut dan juga membunuh mangsa untuk diambil organnya.

“Dan…”

Belum habis kata-kata Mr. Louis, Mawar melepaskan tembakan tepat di kepala gadis yang sedang terleka itu. Terus jatuh mendadak dan terbaring terkulai tidak bernyawa di atas lantai.

Tergamam Mr. Louis melihat Mawar kelihatan begitu agresif dan tidak takut dengan ancaman yang diberi.

“Ada apa-apa lagi nak cakap? Seronok mempermainkan orang? Kau tak mengkaji dulu siapa mangsa kau. Macam mana ni kau buat kerja? I mean… kerja macam ni memerlukan pengalaman bertahun, kan. Tapi, cara kau bekerja macam amatur!”

Tanpa menunggu balasan jawapan, Mawar dengan tangkas menghentak belakang kepala Mr. Louis sehingga lelaki itu terhantuk ke lantai.

Bam! Kaki kanan lelaki itu ditembak tanpa ragu-ragu. Jeritannya kedengaran seluruh kawasan.

“Aku tinggalkan kau hidup supaya kau dapat menceritakan apa yang kau nampak! Dan… aku benci dengan orang yang mempermainkan aku!”

Mawar meludah ke lantai. Kidman sudah lali dengan perangai Mawar baran tidak bertempat. Berbeza sekali dengan sikap bapa kandung Mawar, lebih tenang dan happy go lucky orangnya.


“I nak balik…” suara Mawar kedengaran, membuatkan Kidman menjeling ke arahnya.

“Okay.” Kidman bangkit, tidak sabar untuk pulang juga untuk membersihkan diri lantas berehat.

Keluhan Mawar kedengaran, dia mahu segera pulang dan menyegarkan diri dengan mandian suam. Kepalanya memberat dengan kejadian mendadak yang berlaku tadi. Akibat terlalu memikir, dia tidak melihat langkahnya. Hampir-hampir terjatuh kerana hilang keseimbangan apabila melalui lantai dipenuhi air.

Mujur, Kidman sempat menyambutnya. Beberapa saat mereka saling bertatapan.

Ting! Pintu ditolak seseorang menyedarkan kembali mereka dengan situasi semasa. 

“Mawar!” jerit seseorang perempuan yang agak berusia dengan terkejut. 

“Ibu?” Mawar juga terkejut dan tidak menyangka situasi itu.

Kidman pula, hanya bersikap biasa-biasa sahaja seolah-olah tiada perkara pelik pun yang berlaku antara mereka.

Sepantas kilat Manisah keluar dari situ sambil dikejar Mawar. Kidman pula, berjalan bersahaja ketika mengikuti mereka. 


“Ibu… ibu dari mana tadi?” Termengah-mengah Mawar berbicara setelah bersusah payah mendapatkan Manisah. 

“Apa yang ibu lihat tadi?” Terus kepada isu utama, suaranya keras, sedikit masa sahaja tangannya mahu naik menampar Mawar.

“Lihat? Lihat apa ibu?” Sengaja buat-buat tak tahu, terpaksa mengukir senyuman tidak ikhlas. 

Tangan tua Manisah diambil lalu diusap-usap lembut seakan dapat membaca bahasa tubuh Manisah. Jika mengikut hati, ingin sekali dia menggenggam kuat sehingga tidak berdaya Manisah melepaskan diri. Bertambah-tambah api kemarahan Mawar kerana disalah sangka perhubungannya dengan Kidman.

Ekor mata Manisah melihat Kidman yang sudah tiba di situ. Benci, meluat sekali melihat lelaki itu yang bersikap selamba.

“Jangan sampai ibu beritahu kepada Zaqwan dengan tindakan kamu yang melebihi batas sebagai seorang isteri,” ugut Manisah, menuding jari yang terketar-ketar ke arah mereka berdua.

Mawar memandang Kidman berada di belakang, dia ketawa lucu.

“Ibu… tak sangka sampai ibu fikir sampai ke situ. Uncle Kidman ni dah macam ayah saya sendiri. Ibu pun tahu saya cintakan abang Zaqwan dengan sepenuh hati sampai sanggup mati untuknya. Kerana sebab ni jugakan… ibu terima saya sebagai menantu. Takkan ibu lupa?” 

Ternyata kenyataan itu tidak cukup memuaskan hati Manisah, kesangsian masih bersarang dalam hati lalu dia berpaling dan tidak mahu memandang wajah menantunya. 

“Apa pun alasan kamu… apa yang ibu lihat tadi sangat memalukan! Kamu kena ingat batasan sebagai seorang isteri.”

Sekelip mata Mawar muncul kembali di depan Manisah sambil mendepakan tangan.

“Enough is enough! Aku penat untuk berlakon menjadi seorang menantu yang baik. Cukuplah dengan aku ditipu hari ini. Aku tak cukup sabar untuk terus melayan kau!”

Sedikit demi sedikit Mawar melangkah ke hadapan lalu menyebabkan Manisah terundur ke belakang. Mawar bertindak untuk mencekiknya. Terperanjat Kidman dibuatnya, Mawar sudah melebihi batas.

“Hei… hei! Jangan buat macam ni! Rosak rancangan kita!”

Kidman sedari tadi senyap, mencuba meleraikan terkaman Mawar ke atas Manisah yang hampir hilang nafas di atas tanah. Terkejut melihat Mawar bertindak gila hari ini. 

“Baru puas hati aku!”

Akhirnya, Mawar melepaskan cengkaman apabila Manisah mengalami stroke. Dia membetulkan rambutnya yang serabut lalu menepuk membersihkan baju sendiri, jijik rasanya terpaksa bersentuhan dengan perempuan itu. Nafasnya turun naik kemudian, ketawa serupa orang gila.

“What have you done, Mawar? Gila!”

Kidman mendapatkan Manisah terbaring di atas lantai.

“Yeah… what have I done? Uncle…” perli Mawar membuatkan Kidman terjengil biji mata.

Tidak menunggu lama, Kidman mengeluarkan telefon bimbit, mendail nombor doktor peribadinya. Geram sungguh dengan tindakan Mawar hari ini. 

“Bertahan… Manisah.” Kedengaran ikhlas kata-kata Kidman.

“Elok mampus jelah!” Laju Manisah meningkah, menyampah rasanya melihat keadaan itu.


Dalam pekat malam hujan lebat, Manisah pulang ke rumah bersama dengan jasad Manisah. Dari cermin pandang belakang, Mawar dapat melihat Manisah yang berbaring di tempat duduk belakang keretanya berada dalam keadaan dukacita. Mulut Manisah herot-berot mengucapkan sesuatu yang tidak jelas. Yang pasti, Mawar yakin kata-kata mengandungi carutan dan makian atas segala tindakannya siang tadi.

“Diamlah! Aku nak bawa kereta pun tak senang. Kau pun tahu aku cuba untuk jadi menantu yang baik untuk kau tapi kau nampaknya tak mengizinkan. Suka sangat nak mencabar aku. Apa kau ingat aku macam Kidman tu? Kau benci dia… benci dia sajalah! Tak payah nak benci aku sekali. So, jangan salahkan aku, kau jatuh sakit.”

Kereta Mawar berhenti agak jauh dari perkarangan rumah mereka. Ada sahaja idea muncul di fikiran.

“Aku tak boleh muncul sama-sama dengan kau. Nanti manalah tahu suami kau atau tak pun anak kau syak aku dah buat apa-apa pada kau. Susah tau nak cipta alasan. Aku dah terbayang suami kau soal macam-macam. Contoh, macam mana aku jumpa kau. Lepas tu, macam mana kau boleh jadi macam ni? Huish, leceh! Tak apa… tak apa. Aku ada idea bagus untuk kau.”

Habis membebel, Mawar keluar dari kenderaan. Dia membuka pintu belakang, mengheret keluar Manisah dari kenderaan secara paksa. 

“Fizikal kau memang sakit tapi bukan otak kau! Jadi, pandai-pandailah kau merangkak balik. Bukan jauh pun… beberapa langkah je lagi. Tu… kau nampak tu, kan? Tu rumah kau!” Jerit Mawar melawan kuatnya bunyi hujan menghentam bumi.

Manisah terus dijatuhkan ke tanah basah berlumpur dengan air hujan tanpa sebarang belas kasihan.

Mawar terus masuk ke dalam kereta. Cermin tingkap diturunkan.

“Good luck. Aku takkan balik rumah malam ni. Esok aku balik dan aku akan… oh, apa dah jadi dengan ibu? Siapa yang tergamak buat ibu macam ni?”

Tawanya semakin menggila. Cermin tingkap dinaikkan, dia bersedia untuk pergi dari situ. Dia menjeling Manisah yang berusaha untuk bangun menggunakan kudrat yang ada dalam hujan yang semakin lebat.

“Aku perlu beli stok eye glow banyak-banyak. Baru berkesan lakonan aku.”


Mawar ketawa terbahak-bahak sendirian di Roselinda Florist mengingatkan apa yang pernah dilakukan selama ini. Dia memang sudah gila… gila untuk memusnahkan sesiapa sahaja mengganggu dirinya untuk hidup bahagia!

“Kau datang pada waktu yang salah ketika itu, Manisah! Dan sekarang, kau masih muncul pada waktu yang salah.”

Bagai kerasukan, Mawar menolak sehingga jatuh beberapa pasu berisi bunga-bunga segar. Habis berkecai dan bertaburan kaca di atas lantai. Beberapa serpihan kaca terpelanting mengenai wajahnya sehingga terluka kecil mengalirkan darah.

“Aku puas… aku puas!” 

Dengan gila, dia memijak serpihan kaca di atas lantai dengan kasut tumit tingginya. Getaran telefon pintar atas meja menghentikan perbuatannya. Dia menarik nafas lalu lepas untuk bertenang dan bersikap normal. Tawanya masih tersisa.

“Zaqwan… suamiku tercinta. Panjang umur,” katanya sambil melihat nama pemanggil.

Darah mengalir di pipi, di lap menggunakan jari lalu dilihatnya dengan penuh kepuasan sambil panggilan itu dijawab.

“Sayang… hari ni saya cadang nak ajak awak makan malam di luar tapi awak masih belum balik,” ucap Zaqwan dari talian sebelah dengan suara yang ceria dan teruja.

“Saya…” Mawar terjeda, ketawa tanpa suara sambil memegang dahi. “… sibuk sikit. Sekarang tengah hantar Siti ke rumah saudaranya. Katanya baru tiba dari Indonesia semalam untuk bekerja di Malaysia. I’m so sorry, sayang. Macam mana kalau esok saya sediakan juadah malam yang istimewa? Dah lama kita tak dating dalam suasana romantik. Masing-masing busy memanjang.” 

Mawar memberitahu cerita perbohongan dengan lentok suara manja. Taktiknya akan berkesan memandangkan suaminya memang begitu sayang akannya dan percaya apa sahaja keluar dari mulutnya. 

“Okey, sayang. It’s okay. Saya tunggu awak balik, ya? Jangan lama-lama sangat sebab saya dah rindu. Hati-hati and take care.” Lembut sekali nada suara Zaqwan seperti kebiasaan.

“Okay, my dear. Jumpa di rumah.”

Sebaik sahaja panggilan ditamatkan, telefon pintar dicampakkan ke atas meja. Melihat keadaan kedai berantakan, dia mengeluh.

“Aku perlu bersihkan kedai sebelum Siti si tukang penyibuk tu tanya macam-macam dan yeah, aku perlu pulang cepat. My beloved husband waiting for me. Aku kena bersikap normal macam biasa dan tadaaa… aku hanya seorang isteri kepada lelaki yang dungu! How lucky am I!”

Mawar melihat pantulan sendiri pada dinding kaca. Rambutnya yang kusut dikemaskan dengan jari. 

“Manisah, kalaulah aku tak dapat lenyapkan kau kali ni… kau jangan lupa aku masih ada anak kau. Kali ni, kalau tak dapat hapuskan kau… kau kena hidup menderita melihat kematian anak kau.”

Lantas dinding kaca ditumbuk tanpa mempedulikan kesakitan yang bakal dialami.



Previous: Bab 35
Next: Bab 37

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.