Home Novel Thriller/Aksi Si Gadis Pembunuh
Bab 3

Tepat jam 8:00 pagi, Mawar sudah tiba di depan kedai bunganya. Tanpa berlengah, dia keluar dari perut kereta. Kunci besi dimasukkan ke dalam lubang kunci pintu utama. Apabila sudah berjaya dibuka, dia masuk ke dalam lantas menuju ke kaunter.

Beg tangan diletakkan di situ sebelum menyusun atur tong-tong bunga untuk memulakan operasi kedai. Namun, langkahnya terbantut apabila terpandangkan sekuntum bunga mawar merah bersama dengan sekeping kad ucapan kecil.

Mawar menyebak rambut berjuntaian di dahi ke belakang. Baru ingin menyentuh mawar merah bersama dengan kad ucapan, smartphone dari dalam beg tangan berbunyi kuat menidakkan perbuatannya.

Smartphone dikeluarkan dengan agak tergopoh-gapah dari beg tangan, takut-takut terlepas panggilan penting daripada pelanggan tetap yang selalu melakukan tempahan bouquet pelbagai bunga dalam kuantiti banyak. 

Sebaik sahaja melihat nombor tanpa nama pemanggil, dia menarik nafas lega. Memang nombor pemanggil itu sengaja tidak disimpan sebagai contact kenalan dalam smartphone akan tetapi, Mawar tahu siapa empunya di sebaliknya. Dia sudah hafal benar dengan nombor telefon itu. Tersenyum sinis sambil menggeser jari ke skrin untuk menjawab panggilan.

“Helo…” jawabnya berbasa-basi.

“Helo, suara you penuh dengan keceriaan pagi ni,” balas pemanggil itu dalam nada memerli.

“How you know? You pasang spy ke untuk intip I?” Suara dibuat-buat cemas, bola mata tetap memerhati permandangan luar kedai.

Tiada apa yang mencurigakan, hanya seperti biasa manusia lalu-lalang menuju ke tempat kerja masing-masing ditambah dengan kesesakan jalan raya dpenuhi kenderaan pelbagai jenis. Sayup-sayup kedengaran bunyi kenderaan di luar sana. Mawar menarik nafas lega.

Pemanggil itu ketawa, “Overthinking lah you ni!”

“Mungkin saja,” balas Mawar mengikut rentak perbualan.

“Dah baca paper?” Pemanggil itu menyatakan isi penting perbualan mereka, “I guess dah… suami you, kan seorang suka membaca!”

Kerusi kaunter ditarik lalu Mawar melabuhkan punggung untuk duduk. Mendengar Mawar turut ketawa, menarik perhatian pemanggil itu menambah ayatnya.

“Apa reaksinya?” Pertanyaan yang membuatkan Mawar mengeluh dan dalam masa yang sama mahu mencarik-carik mulut si penyoal kerana berani merosakkan mood cerianya pada waktu pagi.

“You rasa?” Dalam tawa, wanita menahan hebat rasa geram dan marah yang bakal meletus bila-bila masa.

“Mestilah dia sedih. Yalah, lukisan kesayangannya turut sama hilang,” balas pemanggil itu, ketawa kecil mengejek.

Mawar sempat termenung sejenak memikirkan kata-kata itu.

“Baguslah hilang. Kalau ada pun, hanya menyusahkan. Kita bukan boleh menjualnya macam lukisan tu ada puaka. Hanya you sahaja yang sanggup untuk memilikinya. Macam mana you boleh jadi gila bayang pada orang yang sudah lama mati? Bosannya hidup you kalau berterusan macam ni. Such a pity!”

Giliran Mawar pula menyindir pemanggil di talian sebelah.

Pemanggil dari talian sebelah ketawa kecil, tersinggung sedikit sebanyak dengan kata-kata menusuk kalbu yang terkeluar dari bibir Mawar. Apa boleh buat, mereka sama-sama suka memerli.

“Forget about it, rancangan kita tak berjalan lancar. Sekarang kes ini sudah jadi kes polis! What happened? Selalu memang tak ada masalah… kan,” pintas Mawar sebelum perbualan mereka terkeluar daripada isu sepatutnya.

“Yeah, sebab tu I telefon. I pun tak ada jawapan,” jawab sang pemanggil dan sesungguhnya bukan itu yang Mawar mahu dengar.

Meter kemarahan Mawar semakin naik.

“Ke… you dah lama sangat cuti sampai lupa cara kerja kita?” Mawar menyerang hendap pemanggil talian sebelah.

Kedengaran pemanggil itu berdehem berulang kali, “Excuse me… apa kurangnya you bermain cinta dengan Zaqwan? You terlalu selesa sampai terlupa misi you yang sebenarnya! Tak apa, Zaqwan tak tahu siapa you sebenarnya. Kalau dia tahu, I rasa bayang-bayang you pun dia tak nak nampak. Dengar suara nafas you pun… dia akan benci!”

“Wah, you pandai ugut I sekarang! Remember, hanya aku yang setia pada kumpulan kita dan aku masih sanggup terjebak dalam hal ini mengenangkan jasa-jasa kau! Tak macam you, cinta you tak berbalas, bertepuk sebelah tangan! Mesti sakitkan… kesian hidup you! Nampaknya you akan membujang sampai mati!” 

Baru puas hati Mawar dapat meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya saat ini.

“Kalau macam tu, I boleh balas dendam juga dengan apa you dah buat! Sebab you anak buah I, I tak pernah terfikir ke tahap itu,” ugut sang pemanggil, tercabar dengan Mawar yang semakin melampaui batas.

“You pengecut sebab tu you tak berani!” Hampir menjerit Mawar dibuatnya.

“Okey, stop! Berbalah hanya merumitkan keadaan. Baik kita masing-masing tenangkan diri. Dengan cara tu saja boleh berfikir secara waras,” saran sang pemanggil, dia mengaku amarahnya mudah naik dalam keadaan begini.

Mawar menghela nafas berat, dalam hal ini dia juga mempunyai salah cuma tidak mahu mengakui kerana ego lantaran provokan itu memang benar belaka.

“Maybe… yeah,” katanya, melihat pintu utama ditolak masuk seorang pekerja warganegara Indonesia. Sebolehnya, isi perbualan mereka tidak boleh didengari sesiapa.

“Ibu…” tegur pekerja bernama Siti, menunduk kepala sedikit sebagai kebiasaan tiap kali masuk bekerja untuk menunjukkan keberadaannya. 

Mawar turut menunduk kepala sambil lirikan mata mengiringi kelibat pekerja itu ke bahagian belakang meletakkan beg galas dan bekal yang dibawa.

“But I swear… akan siasat macam mana perkara ni terjadi!” Kedengaran dari talian sebelah setelah perbualan mereka terjeda beberapa saat akibat kehadiran Siti.

“Ya… itu yang sepatutnya you lakukan. Kejadian ini pun bermakna pekerja-pekerja yang you lantik memang tak boleh harap,” ada sahaja peluang untuk Mawar menyindir kembali.

“You cepat meradanglah hari ini. You datang bulan ke? Jangan lupa… selama ni mereka tak pernah buat silap. I rasa ada yang buat khianat dan… is that you?” tuduh sang pemanggil.

“How dare you…” Suara Mawar ditahan-tahan, pekerjanya sudah melakukan kerja merenjis bunga-bunga segar menggunakan penyembur.

“Okay, enough! Keadaan kita yang tak stabil ni hanya menguntungkan orang lain. By the way, lukisan-lukisan dari galeri itu memang tak berada dalam tangan I. Memang hilang secara misteri.” Akhir kata pemanggil itu memeranjatkan Mawar.

“What? Ingatkan hanya pekerja-pekerja you cuai buat kerja sampai jadi kes polis rupanya, lukisan tu pun hilang? Are you out of your mind?” Suara Mawar tinggi sedikit membuatkan Siti menoleh sebelum meneruskan kembali kerjanya.

“Yeah, macam dalam berita yang dilaporkan lukisan-lukisan itu memang hilang. Budak-budak I pun tak tahu macam mana boleh hilang.”

Panggilan terus ditamatkan oleh Mawar. Tanpa sebarang amaran, telefon terus dihempas kuat ke atas meja. Moodnya menjadi semakin tidak baik dan malas untuk mengetahui inti perbualan seterusnya. Nanti-nanti sahajalah dia bertanya dengan lebih lanjut mengenai hal itu apabila sudah bertenang.

Siti terperanjat dengan kelakuan meradang pemilik Roselinda Florist. Dia hanya boleh buat-buat tidak nampak dan meneruskan kerja seperti biasa. 

Mawar menongkat dagu, termenung memandang kenderaan lalu-lalang di luar. 

‘Apa yang sebenarnya berlaku? Aku teringin sangat nak tahu siapa dalang sebenarnya. Bila aku dah tahu nanti… aku akan cincang-cincang pengkhianat tu sampai lumat!’ 

Menungannya berkecai apabila jarinya secara tidak langsung tersentuh kelopak mawar merah bersama sekeping kad ucapan kecil tadi, baru teringat akan hal itu. Tanpa teragak-agak, Mawar membuka kad ucapan untuk dibaca isinya.

Matanya terbuka besar, spontan mencampak jauh kad ucapan darinya. Memang hari ini ada seseorang sengaja mahu menaikkan api kemarahannya.



Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.