Home Novel Seram/Misteri Rahsia bukan rahsia
Rahsia bukan rahsia
Maryani Zailani
14/2/2024 00:27:17
7,800
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 10
“Tidak… tidak! Kamu berbohong, bukan?” Raudhah tidak mempercayai cerita Najwa. Raudhah sudah merapati dinding. Jelas ketakutan teramat pada riak wajahnya. 

 Fatimah dan Manisah terlopong. Ini bukan temubual biasa. Cetakan foto dengan kualiti yang telah dipertingkat dibelek-belek mereka berdua. Memang mirip dengan cerita Najwa tadi.

 Najwa seperti kerasukan. Dia tidak pernah berhenti ketawa semenjak tadi. Menunduk kepala. Tiba-tiba dia mengangkat telefon pintarnya. Mengertilah mereka, Najwa ada membuat siaran langsung menerusi aplikasi TikTok. Sudah melepasi 10 ribu penonton! Bermacam-macam komen negatif netizen.

 “Najwa!” Fatimah terkejut. Dia mahu merampas telefon pintar namun Najwa lagi pantas. Najwa berdengus marah.

 “Kau…” Raudhah menuding jari ke arah Najwa. “Kamu nak malukan saya? Kamu pun bersalah sebab kamu saksi tapi kamu tak bertindak! Kenapa perlu tunggu lama?”

 Najwa tidak menjawab sebaliknya menggumam kata-kata yang sukar difahami. Mengekek dari tadi. Bola matanya galak. Merah!

 Mereka bertiga ketakutan. Kini, saling merapati dan menjauhi Najwa. Najwa semakin bukan dirinya. Lampu di dalam bilik mesyuarat terpadam mendadak. Kemudian, menyala dan tutup berulang kali. Pendingin hawa sekejap sejuk sekejap tidak. 

 Mereka terleka dalam ketakutan. Tidak semena-mena, Najwa sudah berdiri di sebelah Raudhah dengan riak menakutkan. 

 “Aku datang nak ambil nyawa kau pula!” Jerit Najwa mahu mencekik Raudhah. 

 Mereka menjerit sekuat hati dengan harapan orang di luar bilik mesyuarat menyedari keadaan terkini bilik mesyuarat!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.