Home Novel Thriller/Aksi Si Gadis Pembunuh
Si Gadis Pembunuh
Maryani Zailani
11/11/2022 09:44:42
26,692
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 5

Bukan melupakan tetapi menolak tepi seketika kejadian menimpanya dalam perjalanan ke tempat kerja kerana tidak mahu fokusnya hari ini terganggu gara-gara asyik memikirkan perkara itu. 

Kebelakangan ini, dia berasa banyak perkara tidak masuk akal berlaku kepadanya. Kadangkala, dia berasa pernah melalui sesuatu peristiwa itu. Kemudian, peristiwa itu berlaku kembali kepadanya seakan dejavu sehingga dia berasa itu hanyalah mainan mimpi pada waktu malam.

Akibat putaran cerita yang kerap kali berlaku, dia akan menulis apa yang berlaku kepadanya hari itu di dalam sebuah buku catatan bersaiz A4, berkulit keras berwarna coklat dan di bawa ke mana-mana sahaja. Cuma, kadangkala, apabila membaca kembali catatan dalam bukunya sendiri, dia menjadi sangsi dan menyoal diri sendiri, bila dia menulisnya? 

Sekarang, dia menulis apa yang berlaku kepadanya semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ke dalam buku notanya. Namun, selesai menulisnya dia menjadi bersoal jawab dengan diri sendiri. Bila dia melalui peristiwa itu? Gayanya mirip orang mempunyai masalah ingatan.

“Masih lagi dengan design itu?” Kata-kata Aniq Zafran sebentar tadi mengambil alih ingatannya ketika ini, sedikit sebanyak mengganggu fikirannya.

Tangannya menjatuhkan Apple Pen yang sedang dipegang dengan kasar sebelum menyandarkan badannya ke kerusi sambil memerhatikan lakaran beberapa rekaan gelang tangan pada Ipad. 

“Inspirasi,” dia teringat ketika mesyuarat tempoh hari berkenaan pelancaran rekaan terbaru gelang tangan.

“Konsep kita kali ini akan lain daripada yang lain. Kita akan cuba lari daripada kebiasan yang pernah kita lakukan mahupun syarikat lain di luar sana. Any ideas… everyone?” Kata Encik Kamal selaku ketua perekaan ketika mempengerusikan mesyuarat tempoh hari. 

“Bagaimana kalau dengan konsep ‘kawaii’? Kita akan menggunakan motif kartun yang comel-comel. Ramai remaja menyukainya. Mungkin boleh ala-ala anime,” Kedengaran seorang staff mencelah.

“Itu sudah terlalu biasa. Ramai yang sudah lauching konsep begitu. Lagipun, target kita bukan sahaja remaja… perlu meluas. Rugi jika hanya terget satu golongan sahaja. Perlu fikirkan idea lain macam…” Encik Kamal terjeda kata-katanya, sedang memikirkan perkataan sesuai.

“Dark… konsep dark jarang diperkenalkan,” tidak menunggu lama untuk Michael Angle mencelah kata-kata ketuanya itu dengan suara yang mendatar berserta dengan pandangan serius membuatkan yang lain terdiam dan tidak berani untuk menyampuk walaupun mereka bersetuju dalam diam.

“Simbolik kepada perkara misteri ataupun perkara yang tidak dapat kita tafsirkan dengan mudah,” sambungnya tetapi kali ini suaranya kedengaran teruja dan penuh ghairah dengan idea sendiri.

Michael Angle tersenyum sinis, berdengus lalu memusingkan kerusi untuk menghadap tingkap. Tangannya memegang Ipad sambil mengingati pada akhir mesyuarat itu, ideanya dipersetujui semua.  

“Indahnya,” katanya sewaktu melontar pandangan ke luar tingkap.

Walaupun jalan raya sesak dengan kenderaan, dia dapat melihat kehijauan pokok-pokok nun jauh di sana di atas bukit bukau. Rama-rama terbang bebas membuatkan hatinya berasa nyaman.

“Seronok kerana boleh terbang bebas,” komennya lagi seolah-olah insan terperangkap jiwanya.

 Michael Angle menyumbatkan telinga dengan earphone, memainkan rakaman audio mengandungi suaranya sedang menyanyi spontan beberapa baris lirik ciptaannya pada hari dia mendapatkan ilham karyanya.

Lirik itu bukan sahaja membantu dalam menghasilkan idea malahan Michael Angle berasa itulah perjalanan cintanya.

Aneh, Michael Angel tidak ingat bila dia pernah bercinta. Seingatnya, dia seorang workaholic. Jadi, tiada kelogikan dia pernah bercinta. Dan, jika memang benar dia pernah bercinta, dengan siapa pula dia bercinta?


Previous: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.