Home Novel Thriller/Aksi Bidadari Encik Mafia (Completed)
BEM 25

Dam! Dum! Dam!

HABIS semua barang dilempar dan ditepis dek mahu melepaskan amukannya yang terpendam di dada. Kendatipun, kejadian hitam itu sudah beberapa hari berlalu. Qarizh masih lagi tidak dapat menerima. Dia masih lagi meratapi pemergian Qasrina. Hampir setiap malam, dia menangis dan mengamuk sehingga tidak sedarkan diri. Airiel sendiri pun buntu dengan perubahan sepupunya yang semakin ketara itu.

"Adik aku mati disebabkan kau, setan!" Nafasnya naik turun dengan laju. Matanya mencerlung ke arah Hilmi dan Adiyan yang sedang duduk lemah di atas kerusi dalam keadaan terikat.

Adiyan hanya membisu. Sungguh dia terkilan dengan Hilmi. Dia tidak sangka. Rupa-rupanya Hilmi lagi licik daripadanya. Disebabkan lelaki itu juga, dia dipermainkan. Hanya kerana cemburu. Padahnya kalau cemburu melebihi akal waras. Maut menanti.

"Hilmi, aku cakap dengan kau ni! Kau dengar tak?" Dagu Hilmi dicekak sehingga kepala lelaki itu terdongak. Mata mereka saling bertatapan.

Hilmi tidak berani menjawab. Dia seperti sudah tidak kenal dengan Qarizh di hadapannya ini. Sendiri yang mencari nahas. Sendiri kena tanggung.

"Hei, kau memang menguji aku! Aku tanya kau ni, kau dengar tak?" Bergema-gema ruangan markas itu dengan suara tengkingan Qarizh. Anak-anak buah yang lain tidak berani masuk campur selagi tidak diberi arahan. Hanya mampu memerhati saja.

"Qasrina dah mati, Hilmi. Kau dengar, kan? Adik aku dah mati. Sebab kau. Kau punca dia mati. Dia rapat dengan kau. Dia sayangkan kau macam abang dia sendiri. Itu yang aku nampak dengan mata aku. Aku tak tahu kalau adik aku ada hati dengan kau. Sebab dari dulu lagi, dia lebih rapat dengan kau selain aku. Adiyan sendiri pun tak rapat macam kau." Air mata Qarizh menitis ke pipi. Hatinya remuk. Bayangan demi bayangan Qasrina bermain di dalam mindanya. Suara manja dan gelak tawa Qasrina bagaikan radio rosak di pendengarannya.

"Aku... minta..."

"Ahhhh!" Qarizh menjerit kuat. Terbantut percakapan Hilmi dibuatnya. Tidak sempat dia menutur kata maaf.

"Kau nak minta apa, setan? Maaf? Haha!" Qarizh ketawa sehingga kepalanya tergeleng-geleng. Lucu baginya.

"Weh! Qasrina dah mati. Dah tak ada dekat sini. Kau expect apa, sial? Kau minta maaf dan sekejap lagi adik aku akan balik ke?"

Hilmi mengetap bibirnya. Luahan hati Qasrina seringkali bermain di dalam fikirannya. Hatinya dipalu dengan perasaan serba-salah yang semakin menggunung. Gadis itu meninggal dunia dalam keadaan yang tidak diingini.

Buk! Buk! Buk!

"Arghh!" Hilmi meringis kesakitan dek menerima habuan dari penumbuk Qarizh. Bertubi-tubi. Sehingga pecah bibirnya. Ada titisan darah yang mengalir dari bibirnya. Wajahnya habis lebam membengkak.

"Tu baru sikit, Hilmi. Baru permulaan." Sinis suara Qarizh. Rambut Hilmi direntap kasar sehingga kepala lelaki itu terdongak ke atas.

"Sa... sakit..." Air mata Hilmi mengalir ke pipi kerana tidak dapat menanggung kesakitan yang semakin memerit. Sungguh dia kesal ketika ini. Bagaimana dia mahu memohon maaf daripada Qarizh?

"Tak. Kau mana tahu apa itu sakit. Kalau kau tahu, kau tak akan buat adik aku macam tu. Kau mesti rasa apa yang dia rasa!"

Pang! Pang! Tadi ditumbuk sehingga bibir pecah, sekarang ini ditamparnya kedua-dua belah pipi Hilmi beberapa kali sehingga merah padam. Teruk dia kerjakan Hilmi. Memang gunung amarahnya sudah meletus.

Adiyan hanya memandang simpati ke arah Hilmi. Dia sendiri sudah beberapa bulan dikurung. Makanan diberi hanya sehari sekali. Minuman pula hanya dua kali sehari. Memang kurus keding dia sejak dikurung di dalam markas ini.

"Kau pandang apa, Adiyan? Kau nak kena macam dia juga ke?" sergah Qarizh apabila ternampak Adiyan merenung ke arah Hilmi.

"Ta... tak..." Adiyan menggelengkan kepalanya beberapa kali. Gerun disergah sebegitu oleh Qarizh.

"Korang berdua memang sama. Pembawa sial. Setan!" maki Qarizh.

"Aku percayakan korang. Ini korang balas dekat aku. Korang nak aku buat apa supaya korang balas jasa aku? Nak aku sanjung korang tinggi-tinggi? Aku kena jaga hati korang? Belikan apa kehendak korang semua. Macam tu ke?" tengking Qarizh.

Adiyan menunduk. Perlahan dia menggelengkan kepalanya. Hilmi turut menundukkan wajahnya.

"Hoi! Asal tunduk? Pandang akulah, sial!"

Serentak Hilmi dan Adiyan mengangkat semula wajah mereka. Menatap wajah menyinga Qarizh. Urat-urat hijau mula timbul pada wajah lelaki itu.

"Aku memang tak puas hati sekarang ni. Hati aku sakit. Sakit sangat!" Qarizh mundar-mandir. Rambutnya diramas kasar sehingga serabai. Wajah diraup beberapa kali. Jelas kelihatan dia sangat tertekan ketika ini.

"B... bos..." Hilmi bersuara dengan penuh nada ketakutan apabila melihat Qarizh mengeluarkan pisau belati dari dalam poket jaket.

"Siapa bos kau? Huh?"

Hilmi menggeletar hebat. Terketar-ketar bibirnya mahu bersuara. Tapi tiada satu butir huruf pun yang lahir dari mulutnya.

"Arghhh!" Jeritan Hilmi menggemakan seluruh suasana markas apabila Qarizh menusuk mata pisau itu pada paha kirinya. Sedalam-dalamnya sehingga terkoyak besar.

Adiyan mengalihkan pandangannya. Tidak sanggup mahu melihat adegan itu.

"Diamlah! Bising!"

Pisau itu direntap keluar paha Hilmi. Sekali lagi, Hilmi menjerit kuat. Dan kali ini, Qarizh melepaskan tumbukan tepat mengenai rahang lelaki itu. Semakin banyak darah mengalir membanjiri lantai ruangan tersebut.

"Jangan harap aku akan lepaskan kau, Hilmi. Biar kau rasa apa yang Qasrina rasa. Dan aku juga nak kau rasa apa yang aku rasa. Sakit bila dikhianati orang yang dipercayai. Sakit bila orang yang aku sayang, dianggap seperti keluarga memperbodohkan aku," bisik Qarizh betul-betul pada telinga Hilmi.

"Kemas. Sumbat dua ekor tu dalam sel macam biasa," arah Qarizh kepada anak-anak buahnya sebelum dia melangkah keluar dari ruangan itu. Langkah disusun menuju ke dapur. Tangan dan wajahnya dibasuh beberapa kali sehingga bersih dari darah.

"Qar..."

Qarizh diam. Panggilan Airiel tidak disahut.

"Sampai bila kau nak mengamuk macam ni? Qasrina pun tak nak kau buat semua ni, Qar," lirih saja nada suara Airiel.

"Kau tak rasa apa yang aku rasa."

"Aku tahu yang aku tak ada dekat situasi kau sekarang. Tapi..."

"Aku tak dengar apa-apa. Jangan sampai kau pulak aku buat sama macam Hilmi. Kalau kau rasa semak dengan aku, kau boleh blah. Aku boleh hidup sendiri. Jangan pandang aku sebelah mata," ujar Qarizh dengan nada suaranya tertahan-tahan.

Airiel menghelakan nafasnya. Mata dibawa pejam seketika sebelum dia menolak tubuhnya beredar dari situ, meninggalkan Qarizh sendirian di dapur.

"Indira... aku rasa sunyi. Aku rindukan kau..." Qarizh memejamkan matanya sekali gus air mata berguguran ke pipi tanpa dia sedar. Tangannya naik menyentuh dada yang terasa pedih. Sebak. Marah. Semua perasaan itu menjadi seribu satu rasa sehinggakan emosinya berkecamuk.

"Qasrina... aku rindu kau, dik. Setiap hari aku harap ini semua hanya mimpi. Tapi setiap kali aku celikkan mata aku. Kau tak ada. Kau tak balik. Macam mana aku nak move on?" Perlahan tubuhnya melorot jatuh tersandar pada kabinet. Kedua-dua belah betisnya ditarik rapat ke dadanya. Tangan mencengkam rambut sendiri.

Saif yang dari tadi memerhatikan Qarizh berasa simpati. Teragak-agak dia mahu menyampaikan berita ini pada ketuanya itu. Takut-takut semakin teruk jadinya. Tapi, dia tiada pilihan. Berita yang disampaikan oleh abangnya itu serba-sedikit mengejutkan dirinya. Nak tak nak, dia terpaksa memberitahu Qarizh. Tidak boleh ditangguh lagi. Takut-takut ketuanya itu tahu dari mulut orang lain. Dia sendiri yang susah.

"Bos..."

Qarizh mengangkat wajahnya yang sugul itu. Air mata yang mengalir ke pipi, diseka menggunakan belakang telapak tangannya. "Hmmm...."

"Saya ada berita nak beritahu, bos."

"Apa dia?"

"Hurm... pasal Indira."

Qarizh terus memakukan pandangannya pada wajah Saif. "Kenapa dengan dia? Ada apa-apa terjadi pada dia?"

"Keadaan dia masih sama. Cumanya..."

"Cakap, Saif!" jerkah Qarizh.

"Dia dah pindah. Semalam."

Dum! Jantung Qarizh bagaikan dipanah petir. Sesak dadanya tatkala mendengar berita yang disampaikan oleh Saif. Dia menggelengkan kepalanya perlahan.

"Apa benda kau merepek ni, Saif? Siapa mereka cerita dekat kau ni?"

"Saya dapat tahu daripada anak buah kumpulan Izz Benazir. Dia maklumkan pada saya. Mereka sudah berpindah. Jauh dari sini. Lokasi tidak diberitahu. Sebabnya pun tidak dimaklumkan."

"Weh, Indira tak akan tinggalkan akulah! Marah macam mana sekalipun dia. Dia dah janji dekat aku yang dia tak akan tinggalkan aku!" Melengking suara Qarizh. Dari duduk, terus dia berdiri. Dadanya kembali berombak laju.

"Saya cakap benda yang betul, bos." Perlahan saja Saif membalas. Dia tidak tahu apa yang harus dikatakan lagi. Itulah yang disampaikan oleh abangnya sebentar tadi. Abangnya itu memang jenis tegas. Kalau ditanya banyak kali pun, tak akan dijawabnya.

"Indira tak akan tinggalkan aku! Tak, tak!" Qarizh berlari keluar dari markasnya. Tubuh ditolak masuk ke dalam kereta. Tidak mahu membuang masa, dia terus memecut kenderaannya itu menuju ke rumah Indira.

"Indira... aku merayu jangan tinggalkan aku..."

Di Riau, Indonesia.

ALANA tersenyum suka apabila tubuhnya didukung oleh seorang kenalan Izz Benazir yang berasal dari Indonesia itu. Kedua-dua belah pipinya dikucup mesra oleh pemuda bernama Aditya itu.

"Udah lama kita enggak ketemu ya, Izz." Aditya tersenyum sambil memeluk bahu Izz. Kali terakhir dia berjumpa dengan lelaki di hadapannya ini beberapa tahun yang lepas. Ketika itu, Izz datang bersama dengan arwah Ilman.

"Tulah. Dah lama tak jumpa kau. Makin handsome kau sekarang. Apa cerita kau dekat sini?"

"Begini aja dongEnggak ada yang berbeda." Aditya ketawa.

"Amboi, makin pekat slang Indonesia kau. Dah lupa nak cakap Melayu ke macam mana sekarang ni?"

Aditya sekali lagi melepaskan tawanya. "Alahai kau ni, aku baru nak acah. Dengki, kan?" Dirinya sememangnya sudah pandai berbahasa Melayu sejak dia menyambungkan pengajian di Malaysia bersama dengan Izz di sebuah universiti tersohor di bandaraya Kuala Lumpur. Arwah Ilman dan Izz jugalah yang banyak mengajarnya tentang negara Malaysia. Bertahun-tahun dia di sana sudah cukup membuatkan dia fasih dalam berbahasa Melayu.

"Kau betul ke tak kisah aku duduk sini? Keluarga kau tak kisah?"

Aditya menggelengkan kepalanya. "Keluarga aku lagi suka bila dapat tahu kau nak duduk sini dalam setahun dua. Tapi, maaflah kalau kau rasa aku menyibuk. Kenapa dengan adik kau? Aku tengok dia macam dalam keadaan trauma je."

"Panjang ceritanya, Dit. Nanti malam aku akan cerita dekat kau semuanya. Kau masih ingat tentang kumpulan yang arwah along aku tubuhkan?"

Aditya angguk sekali. "Kau jangan pura-pura lupa, Izz. Aku pernah sertai kumpulan tu dulu. Tapi disebabkan mak aku sakitlah aku terpaksa balik ke sini semula. Ini pun, mak aku masih belum sihat sepenuhnya. Perlukan kerusi roda untuk bergerak."

"Ya. Aku ingat. Tak apalah. Aku pun lupa yang kau ada adik perempuan. Adalah teman untuk adik aku tu nanti. Aku nak minta tolong kau. Cari mana-mana perubatan yang boleh pulihkan semangat adik aku tu balik. Kos dia kau cakap aje berapa. Aku akan bayar."

"Kenapa kau tak cari dekat Malaysia?"

"Ada sebabnya. Sebabnya aku akan cerita dekat kau. Jomlah, kita beli makan. Boleh makan satu famili. Aku belanja."

"Kau ni perangai memang tak berubah. Asal jumpa aku aje mesti istilah belanja tu terkeluar dari mulut kau. Jomlah, kita pergi warung sana. Aku tahu kau mesti rindu dekat bakso dekat warung depan tu, kan?"

Izz melepaskan tawa seraya kepalanya diangguk-angguk beberapa kali. "Pergh, kau ni. Boleh baca isi hati aku, kan? Jomlah."

"Lana mau makan bakso enggak?" soal Aditya seraya mencuit dagu Alana.

"Mau, mau!" Alana bersorak penuh gembira. Inilah kali pertama dia menjejakkan kaki di bumi Indonesia.

"Lucu banget kamu ni, Lana. Kangen om sama kamu." Sekali lagi, Aditya mengucup pipi Alana. Dia sememangnya sukakan kanak-kanak. Pantang kalau nampak budak-budak atau bayi. Pasti akan mendapat kucupan percuma daripadanya.

CEMPAKA menolak perlahan dedaun pintu bilik di mana Indira Callista ditempatkan. Dengan penuh berhati-hati dia masuk ke dalam ruangan bilik itu tanpa berniat untuk mengejutkan gadis itu yang sedang dibuai mimpi.

"Cem..." Perlahan Indira mencelikkan matanya. Tubuhnya diangkat perlahan sebelum bersandar pada kepala katil.

"Dira, maafkan aku. Pikirkan kamu lagi tidur."

"Tak apa." Indira senyum kecil.

"Kenapa enggak sambung tidur aja? Kamu rasa terganggu, ya?" Cempaka melabuhkan punggungnya di sebelah Indira. Tangan gadis itu diusapnya lembut sambil bibirnya melengkung senyum.

Indira menggelengkan kepalanya. "Tak. Aku tak boleh nak tidur pun sebenarnya. Asyik terpusing-pusing aje dari tadi. Mungkin tak biasa lagi duduk sini. Angah dengan Lana mana?"

"Keluar sama Abang Aditya. Beli makan kali."

Indira menganggukkan kepalanya sekali. "Tak sangka kita jumpa lagi, kan? Aku ingat kau dah lupakan aku. Bertahun-tahun kita lost contact. Kau pun tak nak contact aku." Bibirnya mencebik.

Cempaka merupakan kawan baiknya suatu ketika dahulu. Dulu, dia pernah tinggal di Riau selama beberapa bulan kerana mengikut arwah Ilman dan Izz menguruskan kerja di sini. Dia sendiri pun tak tahu kerja apa yang dilakukan oleh Ilman dan Izz ketika itu.

"Maafkan aku, Dira. Aku cari dong kamu. Cumanya yalah. Aku sendiri pun enggak tau gi mana caranya mahu contact kamu."

Indira memeluk tubuh Cempaka. "Kau dengan slang kau tak pernah berpisahkan walaupun aku pernah ajar kau cakap Melayu dulu."

Cempaka tertawa kecil. "Boleh dong sedikit. Cumanya enggak biasa. Udah lama lagi. Abang Aditya aja yang fasih omong Melayu sampai sekarang."

"Diakan pernah belajar dekat Malaysia. Memanglah dia fasih. Dia dah kahwin ke?"

Cempaka ketawa. Kepala digeleng sekali. "Belum. Enggak tau bila dia mau kahwin. Bapak sama ibuk udah banyak kali tanya sama dia. Enggak dikasi jawapan sampai sekarang."

Indira ketawa kecil. "Biasalah lelaki. Cempaka serius aku rindu kat kau. Rindu gila!"

"Ya, yalah. Aku pun kangen sama kamu, Dira. Cantik sekali kamu sekarang. Aku hampir aja enggak itu kamu sewaktu kamu sampai semalam."

Indira tersengih. Kembang sekejap dirinya dipuji oleh Cempaka. Tak lama itu, nama Cempaka diseru oleh kedua-dua orang tuanya dari luar bilik. Mungkin ada urusan yang hendak diselesaikan. Dia melemparkan pandangannya ke luar tingkap. Cantik pemandangan di luar rumah Cempaka. Sememangnya mampu menenangkan jiwanya yang masih lagi berkocak.

"Qarizh, kenapa hati aku sakit bila kita berjauhan? Kenapa wujudnya perasaan rindu aku pada kau dalam diri aku?"

Indira memejamkan matanya sekali gus nafas ditarik kemudian dihembus panjang.

"Maafkan aku, Qarizh. Aku terpaksa berjauhan dari kau. Bagi aku tenangkan diri aku dulu. Bagi aku masa untuk terima semua yang terjadi. Aku rindukan Qasrina. Tipulah kalau aku cakap yang aku tak sedih bila Qasrina meninggal dunia dalam keadaan macam tu. Hati aku ni sakit, Qar. Perit untuk aku terima."

Indira menghelakan nafasnya buat sekali lagi.

"Kalau memang betul tertulis jodoh aku adalah kau, Qar. Suatu hari nanti, kita pasti akan berjumpa semula. Lambat atau cepat. Kalau kau dah jumpa perempuan yang lebih baik daripada aku, aku harap kau akan bahagia dengannya." 


Previous: BEM 24
Next: BEM 26

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh nurshaza