HABIS semua barang yang berada di atas meja kopi, ditepis kasar sehingga bertaburan di atas lantai. Dadanya berombak laju. Amarahnya sudah tidak dapat dibendung lagi. Kali ni, memang marak api kemarahannya. Dah tak boleh dibawa bincang lagi. Tengku Yazir memang licik. Selicik-licik manusia. Nyawanya sungguh liat sekali mahu dihapuskan.
"Macam mana dia boleh terlepas? Yasmin dengan Harun dah masuk lokap. Aku tak fahamlah korang buat kerja macam mana? Nak aku penggal kepala sorang-sorang ke apa, hah?" amuk Izz.
Hari ini, kumpulan Qarizh dan kumpulan Izz mengadakan perjumpaan setelah menerima satu khabar berita yang tidak menyenangkan hati. Fikirkan masalah ini sudah selesai. Tapi entah macam mana Yazir ni boleh dilahirkan menjadi seorang yang bijak pandai, dapat melepaskan diri dalam keadaan cedera parah pada tubuh badannya itu. Memang gila!
"Dia memang licik. Takkan pernah serik walaupun dah banyak peluru dekat dalam badan dia tu." Aditya mencelah. Terketap-ketap giginya menahan marah. Memang sakit hati betul dia dengan lelaki bernama Tengku Yazir itu. Memang jenis tak reti nak bertaubat langsung.
Dimas hanya mendiamkan diri sambil memerhatikan keadaan sekeliling. Esok sepatutnya dia akan berangkat ke Indonesia atas suruhan keluarganya. Aditya juga menyuruh dia untuk pulang ke tanah air. Tiada apa untuk dia duduk di sini lagi. Takut keselamatannya pula terancam.
Hilmi berdiri bersebelahan dengan Adiyan di belakang sofa, di mana duduknya Qarizh, Airiel dan Saif di situ. Kizo pula berdiri di hujung sudut ruang tamu. Memerhatikan Izz yang tidak sudah-sudah ke hulur ke hilir dengan wajah bengisnya. Anak-anak buah Qarizh yang lain hanya memerhati. Begitu juga dengan anak-anak buah Izz.
Indira dan Haura duduk di dalam bilik lepak. Qarizh tidak membenarkan mereka keluar selagi tidak dipanggil. Mujur isterinya tidak banyak tanya. Haura sajalah yang mulut kepoh sikit. Tanya itu, tanya ini. Jenuh dia nak menjawab. Nasib baik ada Saif yang membantunya untuk menjawab soalan Haura.
"Sekarang ni, Yazir tu mesti ada je dekat mana-mana. Selagi dendam dia tak terlunas, selagi tulah dia takkan berdiam diri. Aku nak semua orang alert. Bukak dua-dua biji mata korang tu luas-luas. Jangan terlepas walau sekali. Aku warn korang. Buat. Kali. Terakhir." Keras nada suara Izz memberi amaran kepada anak-anak buahnya.
"Aku tak nak dia sentuh aku adik aku lagi. Dia dapat sentuh aje adik aku. Dengan korang semua aku sumbat dalam mesin pengisar. Bagus aku tak ada anak buah macam korang. Buat kerja semuanya lembam. Jangan ingat selama ni aku prihatin dengan korang, korang nak naik lemak! Mana janji korang? Nak tolong aku, hah?"
Semua diam tidak berkutik. Hanya mampu menganggukkan kepala saja. Serba-salah kerana tidak dapat menjalankan tanggungjawab sebagai anak buah Izz Benazir. Memang betul apa yang Izz cakap, Izz tak pernah pun marah mereka seteruk ini. Biasa lelaki itu jenis yang pendiam dan memerhati.
"Aku tak nak bagi arahan apa-apa. Arahan aku tetap yang sama. Tak payah aku nak ulang lagi. Sekarang ni, si gila tu masih terlepas. Korang kena kerja lebih sikit untuk pastikan keselamatan adik aku dengan Haura selamat. Dia orang perempuan sekuat mana pun, tak boleh nak lawan dengan si gila tu."
Anak-anak buah Izz dan Qarizh sekadar menganggukkan kepala. Mereka mula membuat kerja masing-masing. Diagih-agihkan.
"Qar, angah nak kau tumpukan perhatian kau dekat Dira. Jangan jauh daripada dia. Dan jangan nak tunjuk yang kau tu hero sangat. Risikokan diri kau. Jangan nak jadi gila macam sepupu kau tu." Pedas sungguh sindiran Izz lontarkan kepada Qarizh.
"Hmmm..." Qarizh sekadar menggumam. Sentap pula dia mendengar sindiran Izz. Boleh tahan pedas, sampai naik pijar hati dia.
"Kau, Kizo. Lebihkan masa kau dengan bini kau tu. Tunggu masa nak beranak tu aje. Karang kau tak ada dekat rumah, susah dia sorang-sorang. Aku boleh handle semua ni. Qarizh pun ada. Kau tak payah risau. Apa-apa aku roger kau."
Kizo diam dulu sebelum menganggukkan kepalanya. Dia terlalu fikirkan tentang Haura sampaikan dia lupa mengenai isterinya di rumah. Haih... kusut kepala dia macam ni. Panas hatinya bila melihat Haura merapatkan diri dengan Hilmi. Puas dibebel pun, bukannya budak tu kisah. Makin degil adalah. Saif pula langsung tak membantu. Dah nama pun adik-beradik sedarah. Memang sama aje perangai mereka berdua. Dia aje yang tersesat. Tiri, kan.
"Aku balik dulu. Nanti kau rogerlah. Jangan senyap pula."
"Ya, ya. Aku tahu," jawab Izz.
Kizo mencapai kunci superbike miliknya di atas almari kabinet sebelum mengorak langkah keluar dari markas Qarizh.
"Ada apa-apa lagi ke, ngah? Aku nak naik atas. Nak tengok Dira tu buat apa."
Izz angguk. "Pergilah. Aku nak rehat dekat sini sekejap. Nanti petang sikit aku nak keluar. Ada hal."
Qarizh meminta diri untuk naik ke tingkat atas. Bilik lepak yang terletak selang tiga pintu dari bilik tidurnya, diketuk perlahan sebanyak tiga kali. Tak lama itu, terpacul wajah Haura di sebalik pintu sambil tangan naik mengikat rambut panjangnya.
"Mana Dira?"
"Ada tu. Tengah baring dekat sofa. Akak macam tak sihat. Tadi dia muntah. Dah tiga kali dia muntah. Nak cakap dia tak sarapan. Tadi, dia makan banyak dengan Haura."
Qarizh mula rasa khuatir. Ditolaknya pintu bilik itu sehingga terbuka luas.
"Kau masuk bilik kau, Haura. Rehat. Jangan lupa makan ubat. Kau belum sihat betul lagi tu. Nanti bebel abang-abang kau," suruh Qarizh.
Haura mencebik. Sejak dia keluar dari hospital, itu sajalah pesanan yang dia harus dengar berulang-ulang kali sampai dah hafal dibuatnya. Haih....
"Yalah. Haura masuk bilik dulu."
Qarizh menghantar susuk tubuh Haura menggunakan ekor matanya. Perlahan dia mendekati Indira yang sedang berbaring di atas sofa sambil memejamkan mata. Entah tidur ke atau sekadar menutup mata.
"Sayang... are you okay?" Punggung dilabuhkan di sisi Indira. Tangan mengusap lembut kepala isterinya itu.
"I am not okay. Badan rasa lesu. I don't know why, suddenly," jawab Indira. Dipicit-picit dahinya yang terasa berat. Sepertinya dihempap dengan runtuhan batu-bata.
"Nak pergi klinik, hmmm?"
"I don't want. I want you to stay here with me. Jangan sibuk-sibuk lagi. Dira nak masa hubby hanya untuk Dira. Can you do that?"
Qarizh senyum. Kepala dibawa angguk sekali. Perlahan dia bangun lalu tubuh Indira dicempung.
"Kita masuk bilik, okey. Boleh berehat dengan lebih selesa."
Indira memeluk leher Qarizh. Ditenungnya wajah si suami sedalam-dalamnya.
"Why, sayang?"
"I miss you. Always miss you. Semua masalah dah selesaikan? Kita dah jalani hidup kita dengan aman, kan?"
Qarizh terdiam. Dia ragu-ragu hendak membalas soalan Indira. Isterinya tidak tahu tentang Yazir yang masih bebas di luar sana. Itu yang dibimbangkannya sekarang ini. Macam mana dia nak beritahu Indira? Ataupun dia harus mendiamkan perkara ini? Lagipun bukan dia sorang saja yang kena handle, ada Izz serta anak-anak buah yang lain turut membantu. Kali ni, kaw-kaw mereka melakukan kerja. Difokuskan hanya pada Tengku Yazir.
"Ya, sayang. We will. Sekarang ni, hubby tak nak cakap pasal benda tu lagi. How about we talk another topic?" Pintu bilik ditutup sebaik saja dia melangkah masuk ke dalam bilik. Tubuh Indira dibaringkan di atas katil sebelum tubuhnya juga rebah di sebelah isterinya itu.
Indira merangkul pinggang Qarizh. Wajahnya ditundukkan sedikit merapati dada Qarizh.
"Dira rindukan kenangan kita yang lama. Masa baru-baru kenal. Kelakar, kan?" Indira tertawa kecil.
"Ya, sayang. I missed that moments too. Paling hubby tak sangka sayang adalah bidadari yang selama ni hubby cari. Hubby tunggu kemunculan sayang."
Indira dongak. Wajah Qarizh ditatap dalam.
"Dira pun tak sangka hubby lelaki yang kena buli. And that time, I became your hero. Terharu tak?"
Qarizh melepaskan tawa. Bukan setakat terharu. Sampai termimpi-mimpi dia dibuatnya. Tekad nak mencari Indira sampai dapat. Sudahlah sekali saja bertemu, waktu itu pun dia dalam keadaan separuh sedar. Kena belasah sebab tak bagi duit. Nak ingat wajah Indira pun samar-samar. Arwah Qasrina masa tu pun, kelam-kabut. Sampai tak cam muka isterinya ketika itu.
"Semua perasaan ada sayang masa tu. Terharu. Tak sangka. Tak percaya ada budak perempuan yang sudi tolong hubby. Tak pernah-pernah lagi orang nak tolong hubby daripada pembuli-pembuli tu."
Indira senyum. Rambut Qarizh dielusnya lembut.
"Agak-agaknya mana pembuli hubby dulu tu, kan? Hubby pernah terserempak?"
Qarizh angguk.
"Pernah masa tu ada event dekat company. Terkejut beruk dia orang tengok hubby dah lain. Masa tu, event kena bawa famili sekali. Awal juga masa tu dia orang kahwin. Tapi yang hubby tak boleh lupa, gaya dia orang macam kena buli dengan isteri. Kena suruh itu, suruh ini. Pujuk anak menangis. Suap anak makan. Macam-macamlah. Hubby perhati aje masa tu. Tak ada pun nak tegur dia orang."
Indira ketawa. Tergeleng-geleng kepala dibuatnya.
"Kesian. Haih... macam-macam..."
Qarizh tersengih. Dahi Indira dikucupnya lembut.
"Kalau kita ada anak nanti, sayang jangan buli hubby tau."
Indira mencebik.
"Kalau tak buli, nanti dia lupa tanggungjawab. Dia buat tak tahu aje nanti. Anak menangis pun tak kisah."
Laju Qarizh menggeleng. Menafikan andaian isterinya.
"Ish, mana ada macam tu. Mestilah hubby tolong sayang. Sama-sama jaga anak kita. Hubby bukan macam suami orang lain. Mengharapkan semua isterinya aje yang buat kerja."
Lebar senyuman Indira mendengar ayat yang keluar dari mulut Qarizh. Lega hatinya. Bertuah dia memiliki suami seperti Tengku Qarizh Nadim. Walaupun mafia, masih ingat tanggungjawab sebagai seorang suami tau. Mafia ke tu? Hahaha...
"Sayang... nak tahu sesuatu tak?"
Indira mengelip-ngelipkan matanya. Entah kenapalah sejak dua menjak ni, dia asyik nak bermanja aje dengan Qarizh. Rasa dah macam bukan diri dia dah. Dah tak brutal. Lenyap sudah perangainya yang satu itu. Kalau boleh, dia nak berkepit aje dengan Qarizh 24 jam. Tak pasal-pasal rimas si suami dibuatnya.
"Apa dia, hubby?"
Qarizh mengelus pipi Indira. Saja dia mahu berjiwang karat malam ni. Nak try bakat yang tak berapa nak terpendam. Sebetulnya, dia mana pandai nak mengayat. Dulu hati dia beku. Bukan seorang yang romantik. Tapi lepas dah berkahwin ni, perangai tu muncul sendiri. Dia sendiri pun tak tahu.
"Langit pada waktu malamkan ada berjuta-juta bintang..." Qarizh merenung siling biliknya. Membayangkan bintang-bintang sedang berkelipan di dada langit.
Indira mengangguk. Turut memandang ke arah siling sama seperti suaminya. Cuba nak dibayangkan bintang dan juga langit. Apa yang Qarizh cuba nak sampaikan?
"Sama maksudnya, berjuta cinta hubby hanya untuk sayang sorang. Forever and ever."
Indira terkebil-kebil seketika sebelum menjatuhkan pandangannya ke arah wajah Qarizh yang sudah tersengih-sengih. Terkumat-kamit mulut Indira mengata suaminya itu. Fikirkan apalah tadi. Rupanya nak berchia-chia.
"Aduh! Sakitlah, sayang." Qarizh mengusap perutnya yang barusan saja terkena cubitan ketam milik Indira Callista.
"Kemain berchia-chia ya, Encik Mafia ni. Dira ingatkan hubby nak cakap apa tadi. Rupanya nak mengayat orang. Sejak bila pandai ni? Siapa ajar?" Sengaja Indira berpura-pura marah kepada Qarizh.
"Ermm... siapa ya yang ajar? Haa... Adiyan, Thakif, Saif, Irham dengan Zane."
"Airiel dengan Hilmi tak termasuk?"
Qarizh menggeleng. "Airiel tu macam hubby dulu. Tak berperasaan. Susah nak rapat dengan perempuan lain. Lagi-lagi dia dah pernah bercerai. Sekarang ni pun, tak dapat-dapat dia nak jejak anak dia tu. Kesian dia. Kalau Hilmi pula, hubby rasa dia tengah hangat bercinta dengan Haura. Tapi belum pernah dengar lagi dia mengajar hubby nak mengayat."
Indira menggeleng. Ada-ada saja Qarizh ni. Nasib baik sayang.
"Sayang tak suka ke ayat hubby tadi? Penat tau hubby fikir nak karang ayat tu."
Indira melepaskan tawa. Alahai, comel pula dengar suara Qarizh ni. Manja betul. Encik Mafia bertukar jadi manjalah. Clingy! Gayanya macam nak merajuk.
"Hubby nak merajuk ke?" Indira menguis-nguis dada Qarizh. Sekali gus, sengaja dia menggoda suaminya itu. Kalau merajuk, pujukannya itu saja. Mudah, kan?
"Janganlah kuis-kuis macam tu. Gelilah. Sayang memang saja, kan? Bukan tadi sayang kata badan sayang lesu ke? Berehatlah..."
Indira tersengih. "Kalau untuk hubby, semua boleh."
Qarizh menahan senyum. Baru nak acah merajuk. Pandai betul isterinya ini memujuk. Tak ada can langsung nak merajuk lama-lama. Cepat cair hatinya dengan pujukan Indira Callista.
"Hubby tak nak apa-apa hari ni. Kita berehat, okey? Sayang dah sihat nanti. Baru kita bergurau-senda." Qarizh mengenyit matanya. Tubuh Indira ditarik masuk ke dalam dakapan.
"Badan sayang pun suam-suam ni. Macam nak demam. Esok kalau melarat, hubby bawa pergi klinik. Tiada bantahan. Kalau tak hubby merajuk tujuh hari, tujuh malam.
Indira berdecit perlahan. Mesti nak mengugut. Tak habis-habis nak merajuk di saja.
"Yalah, yalah. Tidur nanti ni, sihatlah. Jangan risau."
Qarizh menarik pucuk hidung Indira.
"Auwh! Sakitlah, hubby!"
"Siapa suruh degil sangat? Dah tidur. Jangan nak banyak cakap. Karang hubby kiss, terdiam sejuta bahasa."
Tengok tu. Ugut lagi. Qarizh memang dah pandai mengugut dia. Haih!
"Good night, hubby."
Qarizh senyum. Kedua-dua belah pipi Indira dikucup perlahan. Belakang tubuh isterinya diusap lembut membuatkan kelopak mata Indira semakin memberat.
"Good night, sayang."