Home Novel Thriller/Aksi Bidadari Encik Mafia (Completed)
BEM 57

Lima bulan kemudian....

QARIZH berlari anak masuk ke dalam rumah. Walaupun seharian dia di pejabat, kerjanya tak pernah surut. Semakin hari, semakin bertambah. Mujurlah ada Hilmi dan Adiyan yang sudi menjadi wakil syarikatnya. Airiel juga sesekali menonjolkan dirinya membantu mana yang dia mampu. Itu pun syarikat keturunan keluarganya juga. Jadi, dia masih ada rasa tanggungjawab untuk membantu Qarizh.

"Hubby ni kan, suka lari-lari. Bergegar rumah dibuatnya." Indira menggelengkan kepala. Setiap hari kalau balik saja dari pejabat, pasti berlari-lari masuk ke dalam rumah dengan alasan tidak sabar mahu bertentangan mata dengannya.

Qarizh tersengih. Belakang tengkuknya diusap perlahan. Lenguh seharian duduk bertapa di dalam bilik pejabatnya. Makan pun dalam bilik. Apa boleh buat, sudah nasib badan. Kalau tak dibuat, alamatnya jatuh merundumlah syarikat itu. Menangis tak berlagulah dia nanti.

"Alah, hubby rindu sayang. Tu tak sabar nak jumpa sayang dengan triplets. Terseksa tau menanggung perasaan rindu ni." Tubuh Indira dipeluk dari belakang. Perut si isteri yang sudah membonjol besar itu diusap penuh kasih sayang. Mengandung kembar tiga, memang lain daripada yang lain bentuk perut Indira. Kadangkala dia yang seriau, setiap kali anak-anaknya membuat tendangan padu sehingga senak Indira dibuatnya.

Indira mencebik. Ada-ada saja suaminya ini.

"Sayang, kenapa memasak ni? Kan hubby suruh sayang berehat saja. Nanti penat."

Indira tersenyum lebar. Sejak dia mengandung, lebih-lebih lagi kandungannya kini sudah sarat, Qarizh melayan dirinya ibarat seorang permaisuri. Semuanya dilarang. Disuruhnya dia duduk di rumah goyang kaki ditemani oleh Haura.

"Alah, masak simple saja. Tak susah mana pun. Dah lama dah Dira tak masak untuk hubby. Asyik oder online saja. Tak syoklah."

Qarizh menggelengkan kepala. Ada saja jawapan isterinya ini.

"Tak adalah. Hubby risaukan sayang je. Sayang kan dah sarat. Lagi sebulan saja nak bersalin. Meh sini, hubby sambung masakkan." Kedua-dua belah lengan bajunya, disinsingkan sehingga ke paras siku. Sudip yang berada di tangan Indira dicapai.

"Wah, handsomenya CEO memasak. Dengan pakai baju kerja lagi." Indira ketawa.

"Eh, baru tahu ke yang hubby handsome?" Qarizh mengangkat-angkat keningnya.

Indira mencebik. Pantang dipuji betul Tengku Qarizh Nadim ini.

"Lawanya cebik tu. Hubby kiss nanti, baru tahu."

Indira tersengih. "Itu malam nanti. Mana boleh sekarang. Nanti satu kerja apa pun tak jadi."

Qarizh ketawa. "Sayang, angah ada call? Sebab tadi, hubby tak sempat nak angkat call dia waktu dalam meeting."

Laju-laju Indira menganggukkan kepalanya. "Dia saja call nak tanya khabar. Yalah, kita ikut dia balik Indonesia hari tu pun sekejap saja. Aditya pun kirim salam dekat hubby. Angah kata, nanti dah habis pantang. Bolehlah datang Indonesia lagi. Dia rindu kita. Dia nak balik sini tak tahu bila. Kerjanya banyak sangat."

Qarizh angguk faham. "Hubby pun banyak juga kerja ni. Tapi demi angah nanti hubby cuba arrange semampu hubby. Lepas pantang, kan?"

Indira angguk.

"Okey, siap!" Api dapur ditutup lalu dia memalingkan tubuhnya menghadap Indira yang setia berdiri di belakangnya.

"I miss you...." Tubuh Indira ditarik masuk ke dalam dakapannya.

"I miss you more. Mashamlah hubby ni. Pergi mandi, lepas tu kita makan sama-sama. Dira nak hubby suap. Boleh?" Indira mengelip-ngelipkan matanya.

"Anything for you, my Indira Callista. Wait for me, okay? Go rest at the living room first. Don't do anything work. I warn you."

Indira ketawa sambil menganggukkan kepala. Takut sangat dia buat kerja-kerja berat. Setakat masak aje tadi, apalah sangat. Campak-campak dah siap. Simple asalkan perut kenyang.


"SAYANG..."

Sepi.

"Janganlah merajuk. Sorry... nanti abang ganti balik coklat sayang tu. Abang tak sedar yang abang termakan sampai habis." Hilmi menggaru kepalanya yang tidak gatal. Balik-balik saja dari kerja, Haura tidak menyambutnya seperti selalu. Sudah menjadi kebiasaan, Haura wajib menyambutnya pulang dari kerja setiap hari. Tapi hari ini, tidak. Rumah pun gelap-gelita.

"Sayang... say something. Abang pergi beli sekarang. Tapi sebelum abang pergi beli, sayang cakaplah sesuatu. Abang serba-salah." Hilmi mengusap-usap bahu isteri kesayangannya itu. Selama lima bulan berkahwin, inilah pertama kali Haura merajuk sampai tak bercakap langsung dengannya.

"Tak payah. Dah tak craving dah. Hari tu je, tapi abang dah habiskan." Haura merebahkan dirinya di atas katil.

Ya Allah, complicatednya. Macam mana aku nak pujuk Haura ni? Betullah Yan cakap, perempuan dengan makanan berpisah tiada. Lagi-lagi makanan dia kena makan oleh orang lain. Merajuk sakan. Aduh.... Omel Hilmi di dalam hati. Gatal kepala dibuatnya.

"Jangan macam tu, yang. Abang pergi beli sekejap, ya?" Dikerling jam yang terlilit pada pergelangan tangannya. Dah nak dekat maghrib. Haih... kalau dia tahulah benda ni boleh buat Haura merajuk teruk. Tak ada dia ambil coklat tu dari dalam peti. Macam manalah dia boleh makan sampai tak sedar dah licin. Sudahlah Haura tak dapat merasa langsung. Memang teruklah rajuknya.

"Tak payah. Dah malam. Nanti-nanti jelah." Haura masih lagi dingin. Merajuk.

Hilmi menghela nafas panjang. Dia nak minta tolong siapa, ya? Adiyan tahu ke coklat yang dia makan tu? Allah... bekas coklat tu pun dia dah buang. Sungguh dia lupa apa jenama dan rupa bekas coklat itu. Memang masaklah dia macam ni.

"Sayang, abang mandi sekejap, ya. Sayang jangan tidur dulu. Awal lagi ni. Lagipun tak elok tidur nak dekat maghrib. Abang rindu sayang ni. Tunggu kejap tau." Cepat-cepat Hilmi bangun lalu mencapai tuala sebelum melangkah masuk ke dalam kamar mandi.

Haura tersengih-sengih. Tak sangka berjaya rajukan dia kali ni. Selalu dia tewas. Kesian pula dekat Hilmi. Balik dari kerja terus nak kena layan kerenah dia macam kanak-kanak ribena ni. Haih... tak patut betul.

"Ish, ni kalau viral perangai aku dekat media sosial ni, mahu kena kecam teruk dengan netizen. Kesian suami aku. Ada baiknya aku siapkan dia makan malam. Perut aku pun dah lapar ni tunggu dia balik dari tadi." Haura bangun lalu keluar dari bilik, mahu menghidangkan lauk yang sudah siap dimasak di atas meja makan.

"Eh?" Mandi kambing saja Si Hilmi ni. Tak sampai 10 minit dah siap, nampak sangat tak keruan kalau Si Haura tu merajuk sakan.

"Yang? Dia dah keluar ke? Aduh...." Pintu almari ditarik. Sehelai t-shirt dan seluar panjang diambil. Sepantas kilat, disarungkan pada tubuh badannya. Rambut pun disikat ala kadar saja. Tak tenang hatinya selagi Haura tiada di depan mata.

"Sayang?"

"Sini!" jawab Haura dengan suara penuh ceria. Tak sampai hati mahu merajuk lama-lama. Nanti dia sendiri yang menyesal. Dahlah rindu, hampir seharian tak jumpa. Sibuk kerja katakan.

Hilmi garu kepala. Tadi bukan ke Haura merajuk? Kenapa suara Haura berubah ceria? Dah tak marah lagi ke?

"Abang sejak bila abang suka garu kepala aje ni? Dari tadi, Haura nampak abang duk garu-garu kepala. Ada anai-anai, eh?"

Terbuntang mata Hilmi dibuatnya. Tangannya pun berhenti dari menggaru. Dekat kepala dia ada anai-anai? Biar betul Haura ni?

"Anai-anai? Bukan kelemumur ke, sayang?" Hilmi mendekati Haura yang sedang ligat menghidangkan santapan malam di atas meja.

"Ya Allah, salah mention haiwan pulak. Hah, kelemumur!" Haura tersengih.

Astaghfirullah. Mengucap Hilmi di dalam hati. Nasib baik isteri sendiri. Kalau member, mahu sakan sudah dia ketawa. Anai-anai dengan kelemumur tak dapat nak bezakah?

"Kenapa muka macam tu? Nak gelakkan Haura lah tu?" Haura mencebik.

"Eh, mana ada. Memandai aje sayang ni. Abang cuma letih sikit aje. Hari ini, banyak sangat kerja dekat ofis tu. Tak tahulah bila nak siapnya." Laju Hilmi cover line dirinya sendiri. Kalau tak, memang bersambunglah episod merajuk Haura nanti.

"Kesian suami Haura ni, ya. Tak apa. Kita makan, ya. Lepas tu, kita rehat sekejap dekat ruang tamu. Nanti sebelum tidur, Haura picitkan badan abang."

Hilmi tersengih. Ayat yang terakhir itu membuatkan hatinya senang. Setiap hari, Haura pasti akan memicit badannya. Picitan Haura memang mempunyai satu aura yang hanya dia sorang saja rasa. Pasti dia tidur lena sampaikan subuh pun Haura yang akan kejutkan dia.

"Sayang tak merajuk lagi? Nanti abang beli coklat tu, eh."

Haura geleng. Tubuh Hilmi dipeluk.

"Haura dah beli dah. Nak tunggu abang, lambat sangat."

"Sorry, sayang. Lepas ni, abang makan je, abang akan ingat dekat sayang. Tak ada dah makan sorang-sorang." Hilmi menundukkan wajahnya lalu menggeselkan hidungnya pada hidung Haura.

"Tak apa. Haura saja aje nak merajuk manja dengan abang. Makanan habis, boleh dicari. Tapi kalau terjadi apa-apa pada abang, tak akan ada penggantinya."

Speechless Hilmi mendengar ayat yang bikin hatinya cair. Sejak bila Haura pandai buat ayat berbunga ni? Haish....

"I love you, abang. Haura sayang sangat dekat abang..." Kedua-dua belah pipi Hilmi dipegang bersama dengan senyuman lebar.

"I love you thousand times, sayang. Abang lebih sayangkan sayang dari nyawa abang sendiri." Digenggam kedua-dua belah tangan Haura yang melekat pada pipinya lalu dikucup lembut.


KAKI mengorak langkah masuk ke dalam bilik. Kelihatan isteri yang tercinta sedang duduk di atas buaian yang terletak di balkoni bilik mereka. Patutlah menghilang lepas saja mereka menjamu selera tadi. Rupanya termenung jauh dekat balkoni tu. Suka buat dia tercari-cari.

"Sayang, kenapa tinggalkan hubby dekat bawah sorang-sorang?" Qarizh melabuhkan duduknya bersebelahan dengan Indira.

Indira tersengih. Lengan Qarizh dipaut rapat dengan dirinya. Qarizh membetulkan duduknya. Bahu si isteri dipeluk rapat ke tubuhnya. Tangannya mula mengusap perut Indira yang membulat besar itu.

"Sorry... tadi Dira mengah sekejap sebab triplets ni tak duduk diam. Ingatkan nak duduk sekejap saja. Terlajak pula. Cantik sangat bulan dengan bintang malam ni." Indira menuding jarinya ke langit yang dihiasi dengan bulan dan bintang-bintang yang berkelipan.

Qarizh pandang ke arah yang ditunjukkan oleh Indira. Bibirnya tersungging sebuah senyuman. Kepala dibawa angguk sekali.

"Cantik sangat. Cantik macam sayang. Macam bulan menyinari langit di waktu malam. Kalau sayang pula, sentiasa menyinari hidup hubby."

Indira tertawa kecil. Dilentukkan kepalanya di atas bahu Qarizh. Jari-jemari suaminya disatukan dengan jari-jemarinya.

"Hubby rasa bahagia tak sekarang?"

Qarizh angguk.

"Hubby dah mula rasa bahagia selepas semuanya sudah berakhir. Tiada siapa yang busuk hati dengan kita lagi. Dan hubby pun sekarang dah mula berubah satu per satu. Hubby bersyukur adanya orang yang sudi nak bantu hubby berubah kepada kebaikan. Tinggalkan dunia mafia yang melalaikan."

Indira toleh. Pipi Qarizh diusap lembut.

"Dira pun nak berubah slowly juga. Boleh Dira mintak izin dekat hubby?"

"Apa tu, sayang?" Qarizh menyelitkan rambut yang terjuntai di sisi dahi Indira ke belakang telinga.

"Dira nak berhijab. Haura dengan Dira dah sama-sama rancang, nak berhijab."

Lebar senyuman Qarizh. "Boleh, sayang. Kalau itu mendatangkan kebaikan, hubby akan sokong sayang. Dan semestinya hubby akan izinkan. Itukan perintah Allah."

Indira angguk. "Terima kasih, hubby."

"Sama-sama, sayang."

"Hubby, Dira tak tahu nak cakap macam mana lagi. Dah tak ada perkataan lain yang boleh Dira ungkapkan. Dira terlalu sayangkan hubby. Pada masa yang sama, sangat mencintai. Hubby cinta pertama dan terakhir Dira. Takkan ada lelaki lain yang boleh menghuni dalam hati Dira lagi. Terima kasih sebab sudi setia tunggu Dira bertahun-tahun. Tak pernah putus cari Dira. Dan jutaan terima kasih Dira ucapkan pada hubby sebab ajar Dira apa itu erti cinta yang sebenar." Air mata Indira menitis ke pipi. Sudah lama dia ingin ungkapkan ayat-ayat itu pada Qarizh tapi tidak berpeluang. Tetapi hari ini dia dapat juga luahkan ayatnya itu kepada Qarizh.

"No need to thanks, sayang. I am not perfect. Hubby memang setia tunggu dan cintakan sayang. Tapi pada masa yang sama hubby pernah sakiti hati sayang. Perkara tu paling susah untuk hubby maafkan diri hubby sendiri. Sepatutnya hubby yang berterima kasih dekat sayang sebab sudi terima hubby yang cetek dengan ilmu agama. Hubby sepatutnya jadi imam untuk sayang. Tapi hubby sendiri pun ilmu agama pun, tak tahulah nak cakap macam mana." Air mata Indira diseka menggunakan ibu jarinya. Pipi si isteri dikucupnya sekilas.

Indira menggeleng. "Itu tak jadi masalah, hubby. Semua orang tak sempurna. Kita sama-sama berubah kepada jalan yang lebih baik. Kita buat semuanya sama-sama. Tak ada berat sebelah. Insya-Allah, kita akan rasa nikmat itu."

Qarizh senyum. Kepala dibawa angguk sekali. Dia menyandarkan sisi kepalanya pada kepala Indira.

"Indira Callista, sentiasa menjadi bidadari kepada Tengku Qarizh Nadim. Only you till forever."

Indira tersenyum. Bahagia yang didamba selama ini, akhirnya dikecapi. Ditambah lagi, dengan kehadiran tiga cilik tidak lama lagi. Pasti meriah keluarga kecilnya ini. Dan yang pastinya, takkan ada sesiapa yang akan mengacau kebahagiaan mereka lagi. Dia berjanji pada dirinya untuk terus kekal menjadi bidadari Qarizh sehingga akhir nafasnya.


Previous: BEM 56
Next: Epilog

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh nurshaza