Home Novel Thriller/Aksi Bidadari Encik Mafia (Completed)
BEM 56

BIBIRNYA tidak lepas dari senyuman. Dipimpin tangan Qarizh keluar dari wad hospital. Sungguh gembira hatinya apabila si suami sudah dibenarkan untuk pulang ke rumah. Izz dan anak-anak buah Qarizh sedang menunggu mereka di ruang menunggu kecuali Hilmi dan Haura tiada di situ. Haura awal-awal lagi sudah memaklumkan kepada Indira yang dia tidak dapat untuk menemaninya hari ini. Tidak diberitahu pula ke mana gadis itu pergi.

"Amboi, lebarnya senyuman adik sampai ke telinga," usik Izz sambil memeluk bahu adik kesayangannya itu.

Indira tersengih sambil menganggukkan kepalanya. Tak terungkap kegembiraannya apabila Qarizh sudah ada bersama dengannya. Tidak sabar dia mahu suami kesayangannya itu sihat sepenuhnya. Mahu meluangkan masa bersama dengan menciptakan banyak memori hanya mereka berdua.

"Ni angah nak beritahu adik. Lagi sebulan kita akan balik ke Indonesia semula. So, adik kalau nak ke mana-mana pergilah. Adik dengan Qarizh dah bebas. Tiada siapa lagi dah nak menganggu kebahagiaan korang."

Indira melompat kecil. Teruja dengan berita gembira yang disampaikan oleh Izz.

"Eh, eh sayang jangan lompat. Sayang lupa ke sayang pregnant?" tegur Qarizh sambil menyentuh perut isterinya itu. Seriau dibuatnya.

Izz menggelengkan kepala. Anak-anak buah Qarizh sudah tersengih-sengih di belakang. Masaklah dapat isteri lasak macam tu. Silap hari bulan terberanak awal isteri ketua mereka itu daripada tarikh yang dijangkakan.

"Haura dengan Hilmi mana? Pergi dating ke?" tanya Qarizh apabila dia tidak nampak kelibat yang dicari.

"Jumpa Kizo," jawab Izz senada.

Qarizh sepertinya sudah tahu hanya menganggukkan kepala. Indira di sisi masih lagi tersenyum. Tidak sabar mahu pulang ke rumah. Banyak cerita yang dia mahu kongsikan bersama dengan suaminya sepanjang dua minggu itu.

"Kau orang terus nak balik ke singgah mana-mana? Kau pun belum sihat sepenuhnya lagi. Jangan nak menggatal buat aksi yang mendatangkan risiko. Ingat sikit dekat adik angah ni. Jangan buat dia risau lagi. Dia tengah bawa anak kau tu."

Qarizh senyum sambil menganggukkan kepalanya.

"Ya, ngah. Aku tahu. Kita orang terus balik rumah sajalah."

"Yalah, balik tu hati-hati. Apa-apa call angah. Angah nak siapkan kerja yang tergendala dekat sini dalam tempoh sebulan ni. So, susahlah sikit nak jumpa angah. Jagakan Dira untuk angah." Izz menepuk-nepuk bahu Qarizh.

"Nak hug angah!" Indira memeluk tubuh Izz lama.

"Jaga diri tu. Jangan nak lasak-lasak sangat. Pergilah tenangkan diri lepas Qar dah sihat sepenuhnya."

Indira menganggukkan kepala. "Baik, angah. Qar dengan adik dah plan nak ke satu tempat lepas dia dah sihat. Dia dah janji dengan adik."

Izz mengusap kepala Indira. Tersenyum. "Baguslah kalau macam tu. Nanti apa-apa chat atau call aje angah. Jangan pergi tak bagi tahu angah pula. Satu kerja angah nak kena rantau satu dunia cari korang," seloroh Izz.

Indira dan Qarizh tertawa kecil. Serentak kepala dijatuhkan sekali.

"Baik, angah," jawab Indira.



HILMI mengusap jari-jemarinya, konon mahu mengurangkan rasa gugup. Sementara menunggu Saif datang, dia hanya duduk diam saja di atas sofa. Sesekali memerhatikan Haura yang sedang bermain dengan anak saudaranya. Gadis itu langsung tidak kekok memegang bayi yang baru lahir itu. Sepertinya sudah mahir. Tanpa sedar, dia menguntumkan sebuah senyuman. Suka dia melihat Haura melayan anak Kizo itu.

"Uncle Mi," panggil Alana sebaik saja menuruni anak tangga terakhir lalu berlari anak ke arah Hilmi.

Hilmi mendongakkan kepalanya. Bibirnya tersenyum melihat anak buah Indira dan Izz.

"Ya, Lana. Baru bangun tidur ke?"

Alana tersengih lalu menyandarkan tubuhnya pada Hilmi. Diangguk sekali kepalanya tanda menjawab soalan Hilmi. Haura menoleh ke belakang sambil mengendong Haider.

"Haura, duduklah sini. Abang nak tengok Haider," panggil Hilmi perlahan.

Haura mengangguk. Perlahan dia berdiri dan penuh berhati-hati dia melabuhkan duduk di sebelah Hilmi. Hilmi menarik Alana duduk di atas ribanya lalu bahu anak kecil itu diusap lembut.

"Comelnya dia. Pipi bulat. Labuh pulak tu." Hilmi mencuit-cuit pipi Haider yang sedang lena tidur di dalam pangkuan Haura.

"Haah. Muka dia banyak muka Abang Hafiz."

Hilmi berkerut. Nama Kizo sebenar Hafiz ke? Fuh... nama bukan main. Panggilnya Kizo. Ish, ish jauh tersasar daripada nama sebenar.

"Nama abang ke tu?"

Haura tersengih. Kepala diangguk sekali. "Haah. Nama dia Hafiz Saidin. Abang Saif, Hazim Saif. Dan Haura, Haura Sahirah."

Hilmi turut tersengih. "Yang akhir tu, abang kenal sangat. Dia bakal isteri abang tak lama lagi."

Haura tersipu-sipu malu. Mengada betul adik kepada Saif dan Kizo ini. Makin nak kahwin, makin mengada-ngada jadinya.

"Hah, bukan main bersemut bagai. Jangan lepas kahwin tak bersemut pulak. Jadi bernyamuk," perli Kizo sebaik saja memastikan isterinya sudah tidur. Tanggungjawab dia untuk menjaga si kecil sementara si ibunya sedang tidur.

"Abang ni, suka tau main sergah aje. Alah, kalau dia tak bersemut. Abang semutkan dia, tentu dia sentiasa bersemut dengan Haura." Haura sengih. Pandai-pandailah abang dia fahamkan ayat dia tu.

"Eh, boleh saja. Aku semutkan dia sampai merah-merah satu badan nanti. Jangan kau pulak yang meraung tengok laki kau macam tu."

Haura mencebik. Dia pulak yang kena balik. Memang susah nak menang dengan abangnya yang satu ini. Kalau dengan Saif, abangnya yang tu selalu mengalah dengannya. Dengan Kizo, jangan haraplah dapat menang. Berangan saja.

"Assalamualaikum... sorry lambat sikit. Trafik sesak. Ada kemalangan. Fuh..." Saif melabuhkan punggungnya di sebelah Kizo. Lenguh satu badannya hari ini. Entah kerja apa yang dia buat pun dia tak tahu.

"Tak apa, janji abang sampai," sahut Haura selepas menjawab salam.

Kizo sekadar mengangguk.

"Jadi, boleh kita mulakan perbincangan tergempar ni?" Saif tersengih sambil mengenyitkan matanya.

Hilmi sudah tidak senang duduk apabila mengerling ke arah Kizo yang merenung ke arahnya. Dup, dap, dup, dap jantung dibuatnya. Penangan Kizo memang tak boleh nak tenang. Mesti macam cacing kepanasan.

Namun, demi cinta. Dia sanggup mengharungi semua ini.



"MANJANYA sayang hubby ni. Sejak tahu dia pregnant, makin menjadi-jadi, ya," ujar Qarizh sambil mengusap belakang Indira. Boleh dikatakan sepanjang hari, isterinya itu berkepit dengannya. Nak duduk bawah ketiak dia saja. Tidur pun bawah ketiak dia. Haih... manja sungguh.

"Dira rindu hubbylah. Tak puas. Dua minggu tu ibarat dua tahun tau. Terseksa menunggu hubby celikkan mata tu. Setiap hari, tidur Dira tak nyenyak. Makan pun sekadar alas perut saja untuk makan ubat." Indira mengadu.

"Ya, sayang. Hubby mintak maaf buat isteri hubby ni macam ni. Hubby dah ada depan mata sayang. Jadi, jangan risau lagi. Hubby akan sentiasa ada dengan sayang. Jaga baby sama-sama, okey?" Qarizh mengucup dahi Indira lama.

"Hubby, plan kita tu jadi tak? Agak-agak bila? Tak sabar pulak."

Qarizh tersenyum. "Bila-bila boleh, sayang. Hubby tak kisah. Hubby dah rasa sihat dah. Cuma kena habiskan ubat yang doktor bagi tu je. Tak ada masalah. Untuk sayang, hubby akan turutkan semampu hubby."

Indira tersenyum. "I love you, hubby."

"I love you too, sayang. So much." Qarizh menggesel hidungnya pada hidung Indira.

"Hubby ada satu surprise yang Dira tak bagi tahu hubby sebenarnya ni."

Dahi Qarizh berkerut halus. "Apa dia, sayang? Berdebar pula hati hubby dibuatnya."

"Sebenarnya, dalam kandungan Dira bukan ada satu baby je."

Terkelip-kelip mata Qarizh dibuatnya. Kalau bukan satu? Maknanya dia akan dapat anak kembar? Tapi kembar berapa?

"So, twins?"

Indira menggelengkan kepalanya. "Nope, triplets."

Ternganga Qarizh dibuatnya. Triplets? Sekali jalan, terus dapat kembar tiga. Terus terbayang situasi pada waktu malam nanti. Mesti riuh mahu menjaga anak-anaknya itu. Fuh!

"Kenapa muka hubby macam tu? Hubby tak suka ke kita dapat triplets?"

Laju Qarizh menggeleng. Main tuduh saja isterinya ini. Nasib baik sayang. Suami mana yang tak suka dapat anak. Nak nak pula, dapat kembar tiga sekali gus. Bukan senang nak dapat kembar seramai itu.

"Sayang ni, ada tanya soalan macam tu. Bukan tak suka. Terkejut, sayang. Tak sangka hubby akan dapat triplets. Macam manalah kita nak jaga dia orang, kan? Mesti meriah sangat."

Indira tersengih. Kepala diangguk sekali.

"Kalau bekerjasama, benda tu jadi mudah. Hubby janganlah biarkan Dira sorang-sorang jaga baby."

"Of course not, sayang. Hubby akan lebihkan masa hubby dengan sayang dan juga triplets. Company tu nanti, anak-anak buah hubby akan take over. Dia orang dah takkan duduk rumah lagi dah. Dah tak ada siapa akan kacau kita lagi. Semua dah diuruskan oleh pihak polis. Hubby pun dah nak cuci tangan."

Indira mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Jadinya, pengakhiran kisah kita happylah, kan? Dah tak ada siapa yang akan kacau kebahagiaan kita lagi."

Qarizh tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. "Ya, sayang. Tiada siapa kacau lagi."

Indira tersenyum lebar. Akhirnya impian yang diangan-angankan selama ini bakal tercapai dengan kehadiran kembar tiga tak lama lagi. Sudah dia dapat bayangkan hidupnya bersama Qarizh dan bakal anak-anaknya nanti. 


Previous: BEM 55
Next: BEM 57

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh nurshaza