Home Novel Cinta ENCIK KEMBAR JATUH CINTA
BAB 23

BAB 23

“Besarnya bilik encik! Ya Allah kenapa besar sangat ni? Ni dah macam rumah. Buat apa lah bilik besar-besar, tak takut ke?”

Celoteh Erin tak henti-henti sambil berpusing-pusing dibilik suaminya.

“Erin..erin.. Awak ni lagi tadi tak berhenti cakap, asyik cakap aje tak penat ke?”

Balas Tengku Zaim yang sudah merebahkan diri di atas katil. Penat tak hilang dengan majlis siang tadi. Pening tengok perangai bini sendiri. Sempat Tengku Zaim menggelengkan kepalanya.

“Mak saya cakap mulut saya macam bontot ayam, sebab tu tak boleh diam. Saya nak tidur mana ni Encik?”

“Ai, awak kan saya upah jadi isteri saya, apa tugas seorang isteri?”

Soal Tengku Zaim pula. Badannya sudah dibangunkan dan duduk menyandar di belakang katil. Saja menyakat isterinya.

“Ye lah, biasanya kalau drama-drama dalam TV tu kan, kalau main kahwin-kahwin macam ni, kena tidur bilik asing-asing. Tak pun tidur atas lantai. Lagipun mana saya boleh tidur sebelah Encik, nanti kalau saya tercium Encik macam mana, Encik tu dah lah handsome.”

Erin tersengih. Seperti tiada perasaan. Perempuan-perempuan yang suka Tengku Zaim pun, tak pernah cakap dia handsome depan-depan. Selamba betul Erin!Tengku Zaim sudah menggeleng. Satu yang ditanya sepuluh jawapan diberikan.

“Dah – dah banyak sangat tengok drama, awak tidur sini, biar saya tidur dekat sofa.”

Kakinya mula melangkah ke sofa. Pening kalau di layan lama-lama.

“Eh, nanti-nanti…mana boleh macam tu Encik, saya kan isteri upahan encik, so saya yang tidur sofa, tak berkat duit saya dapat nanti. Mak saya ca……”

Belum habis ayat Erin, Tengku Zaim sudah berlari menuju ke tempat Erin yang berada di depan cermin. Tengku Zaim membuat seakan-akan mahu memeluk tubuh Erin.

“Stop…stop…harassment. Harassment!” Jerit Erin Fasha.

“Tak habis – habis mak awak kata, saya cakap awak tak nak dengar, dah pegi naik atas katil. Tidur! kalau tak saya peluk awak. Apa tadi? Harrassment? Banyak lah awak punya harassment. Harrasment dengan isteri dapat pahala tahu tak.”

Panjang lebar Tengku Zaim bercakap. Sampai terdiam Erin. Zapp!! Terus Erin naik atas katil, mukanya ditutup dengan selimut.

“Tahu pun takut”.

Tengku Zaim tersenyum, lampu bilik dimatikan, lampu tidur dipasang. Hatinya sukar ditafsir. Bahagiakah? Kenapa Erin Fasha? Ah! Tidur mata, tidur…. Bicara hati Zaim yang tiada jawapan.

############################################################

“Tengku buat apa ni?”

Soal Alyaa yang baru sahaja masuk ke bilik Tengku Zaid. Sibuk Tengku Zaid meletakkan kelopak-kelopak bunga ros di atas katil. Ada sahaja ideanya.

“Saya tengah cari hati saya yang tercicir. Rasanya ada dekat sini.”

Alyaa sudah menjeling. Ada sahaja loyar buruknya.

“Saya penat ni Tengku…. nak tidur.”

Balas Alyaa segera menggerakkan kaki ke atas sofa. Tudungnya masih lagi melekat di atas kepala. Ikutkan hatinya tidak mahu sebilik dengan Tengku Zaid. Tapi atas nasihat cik mat dia turutkan.

“Oh saya dah jumpa.”

Tengku Zaid yang turut pergi ke sofa yang bersebelahan dengan katil. Bakul berisi kelopak bunga diletak tepi. Alyaa memandang Tengku Zaid yang berbaju melayu dan berkain pelekat. Tiba-tiba pulak macam memikat.

“Saya rasa hati saya dah tercicir dalam hati awak cik alyaa. Boleh awak pulangkan balik, sebab…..sebab….”

Tiba-tiba Tengku Zaid rebah di hadapan Alyaa. Alyaa cemas, kepala Tengku Zaid dipangku.

“Eh Tengku! Kenapa ni? Bangun Tengku…”

Alyaa menampar lembut pipi Tengku Zaid. Cemas. Tengku Zaid membuka sedikit matanya memandang Alyaa.

“Sayaaa….tak boleh… nak bernafas tanpaa… hati saya… sampai hati awak…curi…”

Nada Tengku Zaid tersekat-sekat. Nafasnya sengaja dibuat supaya tercungap-cungp. Makin cemas Alyaa Nadin. Lakonan Tengku Zaid menjadi. Alyaa kalut.

“Sejak bila pulak saya curi hati Tengku, Tengku tunggu sekejap, saya panggil Nenda.”

Tengku Zaid bangun dengan pantas. Tangan Alyaa dicapai.

“Eh tak..tak… saya gurau je.” Tengku Zaid senyum

“Tengku! Nak sakit sangat, nanti Allah bagi betul-betul baru tahu.”

Alyaa geram. Tengku Zaid sudah mendapatkan Alyaa. Tangan isterinya digenggam. Alyaa menolak. Semakin kemas genggaman tangan Tengku Zaid ditangan Alyaa.

“Tapi memang betul, awak memang pencuri. Awak curi dalam diam hati saya. Kalau saya jumpa doktor sekarang, memang dia akan cakap saya ni sakit. Sebab kalau saya pandang syiling saya nampak awak……dan walau awak ada dekat depan saya, kepala saya masih terbayang muka awak”

Alyaa pelik, kena sawan ke Tengku ni! Omel hatinya.

“Saya tahu Tengku tak jadi kahwin dengan Syarifah Aqilah, mungkin Tengku masih belum dapat terima kenyataan……dan saya pun belum dapat terima kenyataan yang…. Tengku ni suami saya”

Balas Alyaa perlahan. Pandangan ditundukkan. Muka Tengku Zaid tidak dipandang. Mungkin terlalu cepat Tengku Zaid Hakimi meluahkan isi hatinya yang selama ini ditahan.

“Awak naik lah tidur atas katil, saya tidur situ..”

Tengku Zaid berlalu pergi ke atas sofa. Alyaa masih lagi kaku, kaki tidak mampu melangkah. Tengku Zaid sudah baring di atas sofa. Matanya dipejamkan. Lampu bilik dibiarkan terbuka. Alyaa bergerak ke atas katil yang dipenuhi kelopak bunga ros. Badan diselubungi dengan selimut. Tudung masih setia di kepala. Merajuk ke dia? Berdosakah aku? Fikiran Alyaa bercelaru. Buntu.

##################################################

“Tidur!”

Arah Tengku Zalif. Tangannya sudah menggenggam tangan Didi Khalisha di atas katil. Permainan apa yang Tengku Zalif sedang lakukan. Mata Didi terkebil-kebil memandang syiling dalam kesamaran lampu tidur. Matanya dikerling sedikit memandang Tengku Zalif.

‘Oh dah tidur.’

Bicara hatinya. Genggaman tangan Tengku Zalif dilonggarkan. Zap! Tengku Zalif mengeratkan semula. Didi memandang syiling semula.

‘Tak kan nak pegang tangan sampai pagi!’ Omel hatinya.

“Saya tahu awak tak tidur, Ingat! Sekali awak tak dengar cakap saya. Bertambah lagi sebulan permintaan awak tu. Kalau banyak kali, berbulan-bulan jawabnya.”

Tiba-tiba suara Tengku Zalif memcah kesunyian malam.Didi hanya mendiamkan diri. Matanya dipejamkan. Otaknnya masih ligat berfikir. Tidak sangka Tengku Zalif boleh menjadi segarang seperti ini. Dia ingatkan mudah sahaja meminta lafaz talak dari Tengku Zalif.

‘Tak lama, 3 bulan je. Sabar ye sayang.’ Bicara hati Didi sambil membayangkan wajah teman lelakinya.

##################################################################

Tengku Zaqif keluar dari bilik air. Matanya terpandang Arissa yang duduk di hadapan meja solek. Tiada getaran nafsu pun di dalam hatinya. Kakinya melangkah ke sofa. Seperti biasa, sawan bisu telah melekat di dalam diri Tengku Zaqif.

Arissa bangun dari meja solek. Almari didalam biliknya dibuka. Selimut yang tersusun rapi di ambil lalu dia menutupi tubuh Tengku Zaqif. Tengku Zaqif yang perasan dengan tindakan Arissa hanya mendiamkan diri. Matanya ditutup rapat.

Arissa mencapai bantal dan juga selimut di atas katil dan merebahkan diri di atas carpet bersebelahan sofa Tengku Zaqif. Tindakannya mendapat perhatian.

“Kenapa tak tidur atas katil?”

Soal Tengku Zaqif pada Arissa yang sudah memjamkan mata.

Arissa tidak memandang muka Tengku Zaqif, selimut ditarik menutupi atas dada.

“Tak kan saya nak tidur dengan selesa sedangkan suami saya hanya beralaskan sofa.” Balas Arissa bersahaja.

Tengku Zaqif tidak sedikit pun tersentuh. Baginya Intan Syaima lagi penting. Matanya terus dipejam di atas sofa.

Selamat malam pengantin baru…………

Previous: BAB 22
Next: BAB 24

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.