BAB 25
“Ye, memang Nenda dah janji yang kamu
semua cuti lepas majlis ni, tapi sekarang tengah ada krisis dalam Syamraa, tak
kan kamu semua nak biarkan Nenda uruskan sorang-sorang. Pasal honeymoon tu,
tunda dulu dalam dua tiga minggu ni. Nanti kalau dah stabil, kamu nak pergi
mana, pergilah”
Pinta Syarifah Al Bahiyah. Baru sahaja dua
hari cuti dah kena panggil kerja semula. Bukan dua hari k! Dah dekat sebulan
lebih. Berlemak dah tu.
“And pasal apartment tu, lepas balik
honeymoon kamu duduk lah. Lagipun bagilah Nenda berkenal-kenalan dengan
cucu-cucu Nenda ni”
Sambung Syarifah Al Bahiyah lagi. Masing-masing
hanya senyap mendengar ucapan Syarifah Al Bahiyah di ruang tamu. Duduk sebelah
isteri masing-masing pulak tu. Nampak sweet je semua.
“Kalau gitu, Along dengan Achik jelah
kerja. Apa kena mengena dengan Angah”
Tengku Zaid membalas. Tangan Alyaa
disebelah diusap-usap. Alyaa hanya mampu tersenyum geram disebabkan Syarifah Al
Bahiyah ada disitu.
“Mana boleh macam tu, kena fair lah! Alah,
macam dekat sini tak boleh honeymoon.”
Balas Tengku Zaim tidak berpuas hati.
“Haah Angah, kat sini kau nak honeymoon
ke? Honeystar ke? Semua boleh”
Tengku Zalif membalas. Didi disebelah
dipandang bersama kening yang diangkat berkali-kali. Didi menjeling senyum.
Takut jugak dengan Nenda Drakula. Yang lain sudah tergelak. Tengku Zaqif hanya
diam, apa sahaja arahan Nenda itulah yang dia ikut. Malas nak membantah.
“Dah-dah, keputusan Nenda muktamad. Erin
jom?”
Balas Syarifah Al Bahiyah. Erin hanya
menoleh Syarifah Al Bahiyah dengan muka bersahaja. Tengku Zaim panik.
“Kenapa dengan Erin Nenda?” Soal Tengku
Zaim takut.
“Kenapa apa? Nenda nak ajak dia pergi Spa.
Teman Nenda sekejap. Tak kan tak boleh.”
“Eh boleh Nenda, lagipun saya memang dah
lama tak pergi Spa.” Balas Erin. Lakonan dimulakan. Mata sebelah dikenyit pada
Tengku Zaim.
“Encik jangan risau lah, saya dah hafal
semuanya. Pandai-pandailah saya kelentong” Bisik Erin pada suami disebelahnya.
“Amboi, siap bisik-bisik. Nenda tak bawak
kemana bini kamu tu.”Sambung Nenda Al Bahiyah.
“Oh tak delah, sebab ingat nak bawak Erin
keluar, yelah esok dah mula kerja, tapi kalau Nenda nak ajak dia pun boleh”
Balas Tengku Zaim mencari alasan.
“Eh tak pe Nenda, jom.”
Sejak bila pulak budak ni kamcing dengan
Syarifah drakula ni. Erin…erin… Bayang Erin dan Syarifah Al Bahiyah mula hilang
dari banglo. Tengku Zaim yang risau, turut keluar dari banglo. Nak jadi spy
isteri sendiri.
“Ok jom.”
Ajak Tengku Zaid pula pada Alyaa.
“Eh nak pergi mana Tengku?”
“Kita honeymoon dekat rumah bapak mertua
saya.”
Balas Tengku Zaid. Alyaa tidak tahu ingin
geram atau gembira. Geram dengan perkataan honeymoon, tapi gembira sebab nak
balik rumah cik mat.
“Eh betul ke ni Tengku?”
Tengku Zaid sudah tersenyum.
“Eh betul lah, awak ingat saya ni suka
main main ke? Tapi ada syarat lah.”
“Syarat apa pulak”
Bicara Alyaa separuh berbisik.
“Ha apa tu?” Gertak Tengku Zaid
“Ha ye, apa dia?” Alyaa kalut.
“Tolong picitkan jerawat batu dekat dahi
ni”
Balas
Tengku Zaid. Ya Allah, yang pelik –pelik betul. Perangai! Alyaa memukul lembut
tangan Tengku Zaid bingkas bangun dari sofa dan menuju ke bilik. Yang masih
setia disofa tergelak mendengar Tengku Zaid menyakat Alyaa.
Tengku Zaqif sudah meluru ke dapur. Tanpa
dia sedar langakhnya dibuntuti Arissa. Iffah seperti biasa. Memasak..memasak
dan memasak.
“Nescafe bu…”
Pinta Zaqif. Iffah yang sibuk menyusun
barangan dapur terhenti dengan permintaan Tengku Zaqif.
“Eh tak pe bu, biar saya yang buat. Ibu
sambunglah buat kerja.”
Suara Arissa menyambung sejurus selangkah
kakinya ke dapur. Iffah tersenyum
“Eh tadi cik mat panggil ibu, sekejap eh”
Iffah sudah keluar mengikut pintu dapur.
Sengaja mencari alasan meninggalkan mereka berdua. Laju tangan Arissa membancuh
nescafe setelah di ajar sukatannya oleh
Iffah minggu lalu. Air sudah terhidang di atas meja. Tengku Zaqif sibuk
memandang telefon bimbitnya. Aroma air nescafe sudah mencucuk-cucuk hidung.
Tekaknya diminta untuk di isi. Tapi ego mengatasi segalanya. Kaki Tengku Zaqif
bangun ingin melangkah pergi. Air nescafe buatan Arissa dibiarkan begitu
sahaja.
“Air..” Sapa Arissa.
“Tak haus.”
Balas Tengku Zaqif dua patah. Kakinya laju
keluar dapur dan menaiki anak tangga. Selang beberapa minit Tengku Zaqif turun
semula dan terus keluar dari rumah. Deruman kereta Tengku Zaqif memanggil Iffah
masuk semula ke dapur.
“Sabar ye. Ibu tahu Arissa kuat”
Tutur
Iffah seraya melangkah semula ke dapur. Arissa dipeluk lembut oleh Iffah.
Semangat disalurkan. Arissa hanya diam,empangan air mata pecah juga. Sampai
bila? Desis hatinya
########################################################
“Kenapa pulak saya tak boleh kerja dengan
papa?” Saya dah janji dengan papa, saya nak kerja dengan dia lepas habis
master. Apa hak awak nak halang saya? Saya dah ikut semua yang awak nak! Susah
sangat ke perkataan cerai yang awak nak cakap tu!”
Bentak Didi pada suaminya. Belum lagi 3
bulan dah bentak-bentak. Tengku Zalif duduk di atas sofa sambil menukar-nukar
siaran TV. Malas nak layan dengan jeritan.
“Suka hati saya lah saya nak buat apa
dengan awak, papa awak dah serahkan awak pada saya. Jadi, papa awak pun tak
berhak nak halang saya buat apa-apa terhadap awak selagi benda tu tak
bercanggah dengan agama, susah sangat nak dengar cakap ni kenapa?”
Malas nak balas dengan jeritan. Didi diam
sekejap. Dari berdiri, tukar posisi duduk di atas katil. Muka suaminya tidak
dipandang. Lamanya nak 3 bulan! Omel hatinya.
“Awak ingat saya tak tahu, kalau awak
kerja dengan papa awak, lagi panjang langkah awak nak jumpa si Remy tu. Lagipun
papa awak dah tahu pasal Remy tu dan saya yang mintak dengan papa supaya awak
tak payah kerja. Lagipun saya mampu. Kenapa? Awak dah kebulur ke semenjak duduk
dengan saya?”
Sambung Tengku Zalif lagi. Didi mendengus
geram, kakinya dihentak menuju bilik air.
“Ha kuat lagi hentak kaki tu, nak aku ikat
kau terus pun boleh”
Sambung Tengku Zalif lagi.Pintu bilik air
ditutup kuat. Tengku Zalif tersenyum puas.
“Baru tahu aku sapa’’ Ucap Tengku Zalif
sendirian.
######################################################
Salwa Amna terperasan Syarifah Al Bahiyah
yang semakin mesra dengan Erin Fasha saat keluar dari SPA. Tersenyum memanjang
Syarifah Al Bahiyah bila ramai yang puji dirinya muda. Yelah. Semua orang sebut
yang Erin anak dia. Bahagia lah tu.
“Hah! Kau nampak perempuan puaka sebelah
perempuan tua tu!”
Ucap Salwa Amna pada penculik upahannya.
Dua orang penculik upahan Salwa Amna hanya menggangguk faham. Salwa Amna
menaikkan semula cermin tingkap.
“Kali ni kalau kau salah lagi! Memang
nahas kau!”
Ugut Salwa Amna pada penculik upahannya.
Tak habis lagi si Salwa Amna ni rupanya. Buat-buatlah bertaubat! Salwa Amna
menekan pedal minyak. Tiba-tiba dia ternampak kelibat Tengku Zaim yang tengah
memerhati Erin Fasha dan Syarifah Al Bahiyah. Makin meluat Salwa Amna melihat
kejadian tu!