Home Novel Cinta ENCIK KEMBAR JATUH CINTA
BAB 32

BAB 32

Jam sudah menunjukkan pukul 12 malam. Tengku Zaim masih lagi terkebil-kebil memandang syiling di apartment pemberian Nenda Bahiyah. Si Erin Fasha pula ada di bilik sebelah. Makin kuat celotehnya, katanya macam drama dalam TV lah kena duduk bilik asing-asing. Erin..erin.

‘Menyesal aku suruh dia tidur bilik sebelah, patutnya dia tidur dengan aku!’

Bicara Zaim sendirian. Badannya sudah dibangunkan. Tingkap sliding dibuka oleh Zaim. Angin malam masuk menyapa muka. Ketukan pintu mematikan lamunan. Erin! Bicara Zaim gembira.

“Saya tak boleh tidur lah Encik, tiba-tiba Encik tak ada dekat bilik, habis tu saya nak cakap dengan sapa? Penat saya cakap sorang-sorang tak ada orang balas”

Tutur Erin seraya melangkah ke bilik. Ketuk pintu bukan main laju, belum suruh masuk dah masuk. Tengku Zaim terdiam sekejap.

‘Apa hal pulak pakai baju tidur katun-katun ni, bila masa pulak dia beli?’

Bicara Zaim separuh berbisik. Nak tergelak pun ada. Soalan Erin tidak dijawab. Bebelan Erin dah sebati dalam dirinya. Kadang-kadang tak paham pun apa yang dibicarakan Erin.

“Encik! Encik dengar tak ni?”

Soal Erin lagi. Zaim tersedar.

“Ye awak nak tidur sini tidur lah”

Balas Zaim. Erin sudah bangun dari katil Tengku Zaim. Zaim masih setia di tepi tingkap.

“Encik ni ada masalah pendengaran ke? Saya cakap bukan nak tidur sini. Saya cakap dua bulan lebih ni, saya dah ikut semua cakap Encik. Nenda pun dah kamcing dengan saya. Ermm tak nak guna peratus lah, kita guna bintang. Encik nak bagi berapa bintang?”

Soal Erin yang sudah pusing-pusing di bilik Tengku Zaim. Memang tak tahu diam. Pening lagi nak menjawab soalan si Erin ni. Tengku Zaim memandang bintang yang tak kelihatan di langit. Idea harus dicari.

“Ermm boleh la 3 bintang, tapi tu pun semua bintang malap-malap.”

Balas Tengku Zaim yang masih menoleh keluar tingkap.

“Hah!? Kenapa 3 bintang? Lepastu semua malap-malap pulak? Haritu pun Encik bagi saya 50 percent, sekarang bintang malap, Ke Encik tak suka saya?”

Soal Erin tidak berpuas hati. Tengku Zaim sudah tergelak kecil.

‘Ada lah sayang sikit’ Bicara hatinya. Muka Erin yang duduk di birai katil dipandang semula.

“Awak nak dapat bintang cerah?”

Erin sudah menggangguk laju. Polos.

“Pergi matikan lampu..”

Arah Tengku Zaim. Sepantas kilat Erin menutup lampu utama, lampu tidur di buka.

“Encik… kita nak main nyorok-nyorok ke?”

Soal Erin berbisik. Tengku Zaim sudah tergelak. Kakinya sudah mula melangkah menuju ke katil. Erin yang berdiri ditepi katil diangkat Zaim naik ke atas katil. Erin terjerit kecil.

“Haah, kita nak main nyorok-nyorok dalam selimut”

Erin terdiam sekejap. Tubuh Erin dipeluk Tengku Zaim. Muka Erin ditenung dalam. Ada getaran nafsu dalam hatinya. Erin kaku. Bibir belum menyentuh dahi, Erin mengganggu suasana.

“Encik…kenapa tiba-tiba saya berpeluh ni? Mak saya cakap kalau rumah yang baru masuk macam ni, ada banyak roh-roh jahat. Tu ha, Encik tak perasan ke langsir tu goyang-goyang. Encik takut kan? Sebab tu peluk saya. Ok tak pe, saya peluk Encik balik.”

Balas Erin polos. Aduh pening betul jadi Erin ni. Tengku Zaim sudah mengeluh panjang di dalam hatinya. Pelukan dileraikan. Tingkap bilik ditutup Zaim. Tingkap bilik yang terlupa ditutup menyebabkan angin masuk dikata roh jahat oleh Erin.

“Haah betul tu cakap awak, saya memang jenis boleh nampak makhluk-makhluk macam ni, tu ada dekat belakang awak tengah cangkung. Dia lagi tadi tenung awak.’’

Balas Tengku Zaim melayankan cerita hantu Erin. Erin ketakutan. Tubuh Zaim disebelah dipeluk kuat. Terus senyap. Zaim tersenyum.

‘Bagus jugak cerita hantu ni’ bicara hatinya.

#####################################################

Alyaa baru sahaja keluar dari bilik air di dalam apartment barunya bersama Tengku Zaid. Buku harian Alyaa yang mencatat soal kerja dibaca Zaid satu persatu diatas katil. Tiba-tiba buku ditutup kasar. Alyaa yang duduk di hadapan cermin solek kelihatan pelik. Zaid bangun menuju ke tempat Alyaa.

“Betul lah sangkaan saya selama ni. Awak memang sukakan Haikal. Sebab tu awak tak pernah nak bagi hati dan perasaan awak dekat saya.”

Ucap Zaid seraya keluar dari bilik. Alyaa bingung.

‘Bila pulak Tengku tahu? Abah pun tak tahu.’ Bicara hatinya. Risau melihat Tengku Zaid merajuk. Mata terpandang buku hariannya.

“Allah…”

Teringat semula dia pernah menulis pasal Haikal di dalam buku tu. Alyaa keluar dari bilik mencari suaminya. Tengku Zaid sedang merebahkan diri di atas sofa panjang. Lengannya diletakkan di atas dahi.

‘Nak pujuk macam mana ni, dia ni merajuk dah lah buruk’ Omel Alyaa sendirian. Kakinya pantas dilajukan dan duduk berhadapan sofa Tengku Zaid. Fikiran ligat mengatur ayat.

“Tengku…”

Panggil Alyaa. Namun Tengku Zaid masih membatu.

“Tengku jangan lah merajuk macam ni, tu kan masa saya belum kahwin dengan Tengku”

Alyaa cuba memberi penjelasan.Tengku Zaid masih diposisi sama.

“So memang betul lah awak suka dekat dia?”

Hatinya sedikit tersiat bila Alyaa menulis pasal sahabat baiknya sendiri. Alyaa terdiam. Nak jawab macam mana soalan ni.

“Ye, saya tersuka dekat Encik Haikal, tapi tu dulu. Lagipun Encik Haikal tak suka dekat saya.”

Balas Alyaa cepat. Tengku Zaid sudah berpusing membelakangi Alyaa. Mukanya disembamkan dibahagian penyandar sofa.

“Awak mesti suka dekat dia sangat-sangat sampai awak tulis dalam buku awak tu, pasal saya awak tak ada tulis satu pun.”

‘Ya Allah memang buruk bila mamat ni merajuk.’

Hati Alyaa berbicara lagi. Penat otak asyik nak memproses ayat untuk memujuk Tengku Zaid.

“Sapa cakap saya tak ada tulis pasal Tengku, Tengku je tak tahu”

Balas Alyaa lagi. Mungkin inilah masanya. Tengku Zaid yang mendengar seperti bersemangat sikit, posisi masih belum diubah.Tadi punya lah hampa melihat tulisan Alyaa memuji Haikal.

‘Nasib baik kau tak tahu Haikal, Alyaa suka kau.’ Bicara hati Zaid cemburu.

“Lagi tadi saya belek buku tu, yang pasal saya semua pasal kerja. Agaknya sekarang pun awak anggap saya ni boss awak, bukan suami.”

Nada disebakkan. Saja buat Alyaa serbasalah. Nak juga dia tahu apa yang Alyaa nak balas. Alyaa pula sudah gelabah.

“Tengku special, saya tak tulis pasal Tengku dekat dalam buku tu, lagipun dah nak lunyai buku tu. Tak kan saya nak tulis pasal Tengku dekat situ.”

Balas Alyaa serbasalah. Tengku Zaid sudah memusingkan badannya semula menghadap syiling.

“Habis tu mana buktinya? Saya nak tengok.”

Pinta Zaid. Alyaa cuba untuk bertenang.

“Saya tulis semua pasal Tengku dekat dalam hati saya. Kat situ sendirinya tertulis I love Tengku Zaid Hakimi. Kalau Tengku nak bukti, belah lah dada saya ni”

Balas Alyaa malu-malu seraya masuk ke bilik. Drama sangat! Nak main belah-belah dada. Lempang kang! Tengku Zaid apa lagi, jalan tak cukup langkah masuk ke bilik bersama senyuman gatal campur miang dia tu. Nak tengok pulak apa si Tengku Zalif buat dekat apartment baru dengan Didi.

######################################################

Rancangan di TV ditukar-tukar oleh Tengku Zalif menggunakan alat kawalan jauh sambil merebahkan diri diatas katil empuk. Didi sibuk meyapu losyen di kakinya di hadapan cermin.

“Kau pakai apa tu?”

Soal Zalif memecah kebisuan.

“Losyen” Jawab Didi sepatah.

“Alah kaki kau tu dah putih, nak pakai losyen buat apa? Membazir kau tahu tak.”

Macam biasa. Sengaja mencari pasal.

“Ni untuk lembabkan kulit bukan untuk putih!”

Balas Didi geram. Nadanya sengaja ditinggikan. Tengku Zalif menahan tawa. Yelah! Mana dia tahu. Sengaja nak dengki!

“Dah-dah meh sini. Baik kau sapu dekat kaki aku ni. Kaki kau tu memang dah berkulit lembab! Spesis katak kau tahu!’’

Arah Tengku Zalif selamba. Di hujung ayat sempat lagi mengutuk. Apa sahaja yang Didi buat semua tak kena. Semunya buruk di mata. Didi mengeluh geram. Meluat! Ada je benda yang tak kena. Kaki mula bangun menghampiri suaminya. Tengku Zalif sengaja menyelak kain pelikatnya.

“Heh! Kaki berbulu ada hati nak pakai losyen!”

Marah Didi. Boleh pulak dia samakan Didi dengan katak. Zalif oi, tu bini kau. Kau kahwin dengan katak ke?

“Dah kau jangan banyak cakap, aku cakap sapu-sapu jelah.”

Arah Tengku Zalif lagi. Lagi tadi cuba menahan gelak.

‘Pasal katak aku tarik balik’

Losyen dituang ke atas kaki Tengku Zalif.

“Kaki bulu-bulu ni, dah macam beruk.”

Bicara Didi separuh berbisik. Tangannya masih menyapu losyen di kaki Zalif.

“Apa! Kau cakap laki kau beruk? Kalau aku beruk. Kau tu bini beruk. Dah aku haus pergi buat nescafe. Kau bangun ni, kalau kau hentak lagi kaki kau tu, aku gosok bulu kaki aku ni dekat kaki kau! Biar sama-sama berbulu!”

Macam singa jadian betul. Didi hanya menurut. Langkahnya seperti biasa. Takut juga kena bulu kaki beruk. Selang beberapa minit Didi kembali bersama Nescafe ditangan. Tengku Zalif tiada di atas katil.

‘Mana pulak mamat ni, tadi sibuk nak nescafe, kalau aku jahat memang aku letak racun tikus dalam ni’

Bicara Didi sendirian apabila melihat Tengku Zalif tiada di bilik.

“Haaaaa!!! Apa kau cakap? Kau nak letak racun tikus, lepas tu esok aku mati kejung senang lah kau nak lari.”

Tengku Zalif yang berdiri dibalik pintu menyergah Didi yang sedang mengomel sorang-sorang. Air nescafe tertumpah sedikit ke lantai dek terkejut punya pasal. Didi terdiam tak tahu nak cakap apa.

“Entah-entah kau memang dah letak racun dalam tu? Baik kau minum dulu!”

Arah Tengku Zalif yang melihat Didi ingin menyerahkan nescafe padanya.

“Saya tak gila lagi!’’ Balas Didi tegas. Nescafe tetap dihulur.

“Ah! kau memang mereng sejak mula kahwin lagi, mana ada orang nak jadi janda. Kau sorang je dalam dunia ni. Dah sekarang ni kau minum dulu air ni, kalau tak aku tuang dalam mulut kau!”

Macam komandor Kesatria. Didi hanya turutkan, Air nescafe diminum dua teguk. Cawan yang berisi nescafe diambil dari tangan Didi. Zalif minum yang selebihnya. Ni namanya sweet sweet Singa. Zalif sudah merebahkan diri diatas katil, TV sudah dimatikan. Didi masuk semula kebilik setelah menghantar cawan ke dapur.

“Sampai bila nak tidur pegang tangan? Tak bosan ke?” Soal Didi yang sudah merebahkan diri di sebelah Zalif.

“Sapa cakap harini tidur pegang tangan, hari ni aku nak ubah mood”

Balas Zalif seraya memeluk tubuh Didi. Didi terkejut sekejap. Cubaan demi cubaan untuk meleraikan pelukan tidak berjaya.

“Kau diam! kang aku buat bukan-bukan baru tahu”

Sambung Tengku Zalif lagi. Didi tidak lagi menolak. Takut. Dikesamaran lampu tidur, hati Tengku Zalif tidak tenang. Fikiran buntu.

‘Kenapalah kau tak suka aku, kalau kau suka aku, aku tak payah nak kasar-kasar macam ni’

Bicara hati Tengku Zalif. Masih lagi tiada kesudahan. Ego tinggi. Pandai-pandailah tanggung sendiri.

Previous: BAB 31
Next: BAB 33

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.