BAB 2
“Aku tak suka cucu-cucu aku lambat pergi
kerja. Jadi tugas kau, pastikan jam 8.30 pagi cucu aku dah bergerak pergi kerja!!
Kau dengar tak aku cakap, pergi kerja!!! Bukan baru nak bangun. Satu hari cucu
aku lambat, nahas kau!!”
Arahan cukup pedas dan kasar keluar dari
mulut Syarifah Al Bahiyah, boleh bernanah telinga ni dengar. Namun apa kan
daya, ini lah perisa yang harus Iffah telan selama hidup di banglo Syarifah Al
Bahiyah ni. Saudagar kaya dari Negara Iseketambola. Boleh melawak pulak! Kau
tak nampak ke singa tu. Ni bukan singa lagi, ni drakula. Melihat Iffah yang
hanya menunduk termenung, lantas Syarifah Al Bahiyah menunjal kepala Iffah.
“Baik Engku.”
Balas Iffah bersahaja. Matanya masih
menunduk. Seperti ada sihir yang terkena dalam badan Iffah. Takut betul dengan
panahan mata drakula ni.
Melangkah sahaja kaki Syarifah Al Bahiyah,
setitis air mata Iffah jatuh tanpa sengaja. Tiada habuk masuk untuk dijadikan
alasan penipuan air jernih yang mengalir ini. Hanya pada Allah dia mengadu.
“Mak!”
Terkeluar juga nama itu dari mulut Iffah
dek kerana terlalu rindukan Ibunya. Pesan ibunya juga yang menjadikan dia kental
dan tabah seperti sekarang. 35 tahun dahulu, seorang kanak – kanak yang cukup
comel membawa bakul yang berisi nasi lemak keliling kampong bagi membantu hidup
keluarganya. Setiap hari cuti, Iffah dan ibunya pasti bertukus lumus mencari
duit untuk keperluan harian.
Bapa Iffah penoreh getah di Kebun
kepunyaan jirannya. Tiada kenderaan untuk dinaiki sekiranya ada kecemasan.
Semuanya bergantung pada kudrat yang diberikan Allah. Sakit yang ditahan ibunya
akhirnya terbongkar juga. Ibu Iffah menghidap kanser perut dan hanya mampu
bertahan untuk beberapa bulan sahaja. Demi kasih dan cinta terhadap isterinya, Pak
Atan dan Iffah berjalan kaki ke pekan dan berjumpa dengan orang kaya pada waktu
itu untuk meminta bantuan. Siapa lagi kalau bukan Tengku Zainal Arifin. Ye,
suami drakula!
“Satu je pesan mak, jadi insan yang baik
hati, biarlah orang pijak kepala kita. Allah kan ada”.
Pesan Ibu Iffah sebelum menghembuskan
nafas terakhir. Gadis kecil yang berusia 10 tahun ketika itu hanya mampu
memandang sayu. Tidak mampu lagi menangis dan meraung. Iffah kaku melihat
ibunya yang di kapankan dan dimasukkan kedalam liang lahad.
“Pap..pap…”
Iffah terjaga dari kenangan silam apabila
dia mendengar derapan kaki manusia yang meluru ke dapur. Lantas air matanya
diseka. Otak ligat mencari alasan untuk menipu. Biasalah sekejap lagi ada wartawan
tak bertauliah ni mesti nak korek rahsia, segala benda nak dikorek. Ibarat tahi
hidung, kalau boleh lagi dalam korek baru puas. Siapa lagi kalau bukan Tengku
Zaid Hakimi!
“Angah dah nampak dari jauh tadi. Ni mesti
kerja Nenda kan? Alah ibu… Nenda tu memang macam tu, tapi hati dia baik, ibu
jangan ambil hati k. I will be your shoulder to wipe your tears.”
Tengku Zaid memulakan bicara setelah
melihat mata Iffah merah. Ayat si Zaid ni, manis macam gula- gula, kalau
perempuan tu entah yang keberapa puluh dia ngayat. Sweet talker betul! Belum
sempat Iffah membalas Tengku Zaid menyampuk lagi.
“Bawang
tak da, habuk tak da. Tu yang ada peti ais, apa kata ibu tolong tuangkan air
milo dalam peti ais. Ye ibu ye… dah tak moh sedih sedih, alolololo”,
Tengku Zaid tersengih. Iffah membuat muka malas. Namun tangannya
sudah membuka peti ais. Air di hidang pada Tengku Zaid. Ada-ada je Si Tengku
Zaid ni. Terubat sedikit hati Iffah melihat putera Tengku Zahid Harith ni.
Tengku Zaid dan kembarnya masak benar
dengan perangai Syarifah Al Bahiyah, suka sangat memarahi Nurul Iffah. Entah
mereka semua pun kurang pasti puncanya. Yang Tengku Zaid dan kembar-kembarnya
tahu, Nurul Iffah sedang membayar hutang kelurga dan sanggup tidak berkahwin
sampai ke tua. Ye! itu memang salah satu sebab, tapi banyak lagi rahsia yang
perlu dicungkil dari Nurul Iffah. Rahsia yang Iffah miliki tak boleh dibiarkan
terbuka, ianya wajib dikunci. Masuk dalam peti besi, mangga rapi – rapi,
lepastu tanam jauh – jauh.
“Haha! Nice jokes”
Balas Iffah seakan memerli.
‘Orang tengah sedih boleh pulak dia
melawak. Sumbat dalam peti ais baru tahu’ omel Iffah perlahan.
“Ye, ye ok! Sorry ok! Angah gurau je. Tengok
ibu sedih macam ni, tak best lah. Tak macam ibu yang selalu. Like a diomand in
the sky.”
Balas Tengku Zaid dengan membuat nada
mengalah tapi dihujung ayat tu sempat pulak bernyanyi.
“Dah 25 tahun ni, tak teringin nak
beristeri ke, dah - dah lah tu main mainkan perasaan perempuan. They have a
feeling too”.
Iffah menukar tajuk perbulan. Risau
melihat perangai playboy cucu majikannya itu. Sebijik macam bapak dia!! Hai
Iffah, Marah ke? Hehehe.
“Perempuan ni banyak tau, wanita yang
sikit. Semuanya nak duit, dengar je nama Al Bahiyah yah yah terus jadi sebaik -
baik umat. Ya Ampunn! Yang gedik jadi solehah!”
Balas Tengku Zaid. Sempat lagi memain -
mainkan nama Nendanya. Belum sempat lagi Iffah membalas satu lagi makhluk
berkaca mata sampai. Tengku Zaqif!!
“Wanita itu ibarat air milo, ianya sedap
di minum sejuk - sejuk ditengah panas macam sekarang ini”
Falsafah tak bertauliah dari Tengku Zaqif.
Kalau A. Samad Said dengar mahu tak terkentut wei!! Laju je tangan Si Iffah
mengetuk bahu Zaqif yang sedang menonggak air sejuk tanpa menuang di dalam
cawan. Perangai betul!
“Dah lah pergi sana, ibu nak masak dah
pukul 11 pagi ni, falsafah lah, apa lah. Pergi! Pergi sana!”
Marah Iffah dengan tangannya seolah olah
menghalau mereka berdua. Lain yang ditanya, lain yang dijawab.
“Kami tunggu Ibu kahwin dulu, baru kami kahwin.
Ada banyak ni calon, Ibu pilih je’’
Tengku Zaqif masih lagi menyambung
perbualan. Gaya macam Nenda Drakula, sukahati suruh pilih pilih, ingat ni ubat
nyamuk ke.
‘Hish! kalau tak kerana empat manusia
kembar dalam rumah ni tak ingin aku duduk dalam rumah nilah.’ Desis Iffah yang
juga lantas beristighfar panjang.
“Kenapa ibu, ok setuju? Ibu muda lagi baru
44 tahun kan, alah lagi pun muka tak macam 44, macam baru nak masuk 30. Badan
ramping, tinggi lampai, putih melepak, ada lesung pipit, bulu mata lentik,
fuhhh, mesti masa sekolah ramai peminat. Sekali tengok macam Lisdawati”
Sengaja Tengku Zaid mengusik Iffah.
Mestilah Nurul Iffah ramai peminat, anak kacukan cina mualaf kut. Masa sekolah
dulu tak payah cakap lah, memang beraturlah lelaki nak try.
“Hish budak-budak ni, dah – dah! Pegi
mandi! Bagus sangatlah tu lepas sarapan tidur, biar dia perut boncit. Buat
–buatlah bangun awal! Jogging, mandi, sarapan, lepastu pergi kerja. Barulah
hidup sihat. Dah pergi sana kang ibu simbah dengan air.”
Nurul Iffah mula berceramah. Baru sahaja
hendak menambah perencah dalam bicara, Tengku Zaid dan Tengku Zaqif sudah mula
beredar pantas. Malas nak dengar lah tu! Bertuah betul. Haih!!! lagi dua orang
pulak sampai, memang tak masak lah kau Nurul Iffah, siaplah dengar bebelan
drakula Al Bahiyah.
“Ni dah kenapa pulak turun? Nak masak pun
tak senang.”
Sambung Iffah pada Tengku Zaim dan Tengku
Zalif. Masing-masing tergelak bila Iffah sudah membebel. Laju tangan Iffah
membancuh nescafe untuk insan kesayangannya.
“Hai bu, baru dua bulan, tak kan dah tak
sudi nak tengok muka kami. Nak suruh kami balik UK ke?”
Soal Tengku Zaim sengaja. Iffah menghela
nafas panjang. Nak je diketuk kepala budak-budak ni.
“Kesitu pulak. Sekarang ni ibu nak masak.
Dah jangan kacau.”
Iffah marah-marah manja. Mukanya sengaja
diseriuskan. Tengku Zaim pantas menghabiskan nescafe di hadapannya. Setelah itu
kaki melangkah keluar dari dapur dan meninggalkan Tengku Zalif yang masih setia
bersama Iffah. Iffah mengambil beberapa biji bawang dan duduk berhadapan dengan
Tengku Zalif. Sedari tadi Tengku Zalif hanya mendiamkan diri. Mungkin ada
masalah yang terkumpul di dalam fikirannya.
“Kenapa ni?”
Soal Iffah bersahaja. Tangannya ligat
mengupas bawang merah. Tengku Zalif masih lagi diam.
“Tak semua masalah kita boleh kongsikan
dengan manusia, ada perkara yang kita lebih selesa kongsikan bersama yang Maha
Esa. Sebab Dia lebih mengerti apa yang kita perlukan dalam hidup. Jangan rasa
malas untuk mengadu padaNya”
Sambung Iffah lagi. Seperti tahu apa yang
tersirat dalam hati Tengku Zalif.
“Tak de papelah ibu. Cuma hati
kadang-kadang tak tenang. Uda tak habis fikir, sampai bila Nenda nak aturkan
semua benda. Walaupun kami membantah, tapi bila tengok muka Nenda, jadi tak
sampai hati”
Balas Zalif bersama keluhan kecil. Oh
pasal Nenda Drakula rupanya. Iffah melemparkan senyuman untuk Zalif.
‘’Sebab Uda belajar untuk ikhlas. Sebab tu
Uda terima segala keputusan Nenda dengan hati terbuka. Sebab Uda tahu, yang
merancang kita tapi Allah yang tentukan.” Sambung Iffah. Zalif terdiam.
‘Aku ikhlas ke?’ Soal hatinya.
“Nenda tu bu….” Balas Zalif tak habis.
Nafasnya ditarik panjang dan dilepaskan.
“Dah lah, tak payah fikir sangat. Selama
ni apa yang Nenda buat semua benda yang baik-baik kan. Nenda sayang kamu semua.”
Balas Iffah lagi. Badan sudah digerakkan
menghala ke peti sejuk. Ikan yang sudah di siang dikeluarkan. Tengku Zalif
masih lagi menghadap cawan yang masih berisi dengan air nescafe.
“Yelah-yelah. Uda naik dulu.”
Nescafe dihabiskan. Iffah menyambung
tugasannya. Macam-macam kerenah. Sempat Iffah mengukir senyum saat kaki Tengku
Zalif melangkah keluar dari dapur.
‘Semoga Allah permudahkan segalanya.
Amin…’