Home Novel Cinta ENCIK KEMBAR JATUH CINTA
BAB 8

BAB 8

“Saya dengar dari Hakim pasal perkahwinan awak tu, berapa lama lagi awak nak sorok dari saya. Awak jangan marah dia pulak, saya yang paksa dia bagitahu betul ke tidak cerita Nenda awak pasal perkahwinan awak dengan anak Dato’ Ahmad tu.”

Soal Intan Syaima marah. Hal yang membuatkan Tengku Zaqif tidak tidur lena, akhirnya terbongkar juga. Kusut kepala Tengku Zaqif bila mendengar bait kata yang keluar dari mulut Intan Syaima. Argh!

“Sayang please… jangan marah macam ni, I will settle everything. I akan cakap dengan Nenda pasal kita. Tak kisah lah apa yang nak jadi.”

Tengku Zaqif serbasalah. Antara Nenda atau Intan Syaima? Gadis yang dia cintai sejak zaman persekolahan dulu dan Nendanya? Siapa yang patut dia pilih? Pandai betul simpan rahsia, sampai abang-abangnya pun tak tahu. Ni kalau Nenda Bahiyah tahu tak masuk kerja sebab jumpa perempuan, masak lah kau Tengku Zaqif. Nasib baik dah belanja bodyguard tadi, suruh main jauh – jauh. Kalau tidak, kejap je Syarifah Drakula tu sampai.

“Settle awak cakap, saya dah macam tunggul dah ni, berapa hari lagi saya kena tunggu. Sebulan! Dua bulan! Ke lepas awak kahwin.”

Dengus Intan Syaima. Sudah tak tertahan dengan amarah yang terkumpul di hatinya. Dirinya seolah-olah dipermainkan dengan kata cinta dari Tengku Zaqif. Tengku Zaqif runsing. Tanggannya menggaru rambut yang tak gatal.

“Please sayang, you bagi I masa seminggu je lagi. I janji.”

Pinta Tengku Zaqif sambil melutut di depan Intan Syaima. Intan Syaima seperti tidak mengharap apa-apa dari kekasihnya. Dirinya juga buntu. Perlu ke dia terkejar-kejarkan lagi bakal suami orang. Tapi yang sedang melutut ini kekasihnya. Argh! Buntu

“Ok, see you next week”

Balas Intan Syaima senada. Intan Syaima bingkas bangun dari kerusi lalu meninggalkan Tengku Zaqif di pejabat milik rakannya, Hakim. Ini sahajalah antara tempat yang paling selamat untuk berdating buat masa ni. Hakim sudah terjongol di hadapan pintu bila melihat rakannya Intan Syaima keluar dari pejabatnya.

“Sorry kawan, aku terlepas. Lagipun dah banyak kali aku tipu dia. Dia berhak tahu”

Ucapan Hakim tidak di balas. Tengku Zaqif menyandarkan tubuhnya di belakang sofa. Matanya memandang syiling. Otaknya penat berfikir. Nak beritahu Nenda ibarat menyiram air ke dalam minyak. Melenting Syarifah Al Bahiyah tu nanti. Tak silap di suruhnya kahwin sekarang juga. Al maklumlah, Tengku Zaqif lah satu-satunya cucu yang taat. Paling dia sayang. Air mineral yang dihulur Hakim di sambut oleh Tengku Zaqif.. Air mineral di dalam botol diteguk laju. Sekejap sahaja habis satu botol. Haus betul ni! bukan haus. Hati tengah panas.

“Aku rasa nak bawak Syaima tu lari, kahwin lari senang cerita. Lepastu aku bawak balik semula and aku cakap kami dah kahwin. Nenda mesti tak boleh buat apa-apa.”

Tengku Zaqif menyuarakan pendapat pada Hakim. Hakim menggelengkan kepalanya. Mustahil dia akan menyokong idea gila rakannya.

“Kalau dari pihak Intan Syaima aku tak kisah wei, tapi masalahnya kau tu ada keluarga. Nenda kau tu dikenali ramai. Kalau kau nak, esok muka depan dekat akhbar CUCU SYARIFAH AL BAHIYAH KAWHIN LARI, lepas tu nenda kau sakit jantung, ha kau buat lah. Jangan cakap aku tak pesan pulak.”

Panjang nasihat dari Hakim Danish. Kawan yang sama – sama graduate masa di Universiti Cambridge dulu. Tengku Zaqif mengeluh panjang. Badannya ditegakkan. Tak senang duduk dibuatnya. Telefon bimbit di atas meja diambil lantas mendail nombor Intan Syaima. Panggilan yang dibuat tidak berjawab. Tengku Zaqif bangun dan keluar dari bilik rakannya.

“Tolonglah jawab sayang…”

Ucap Tengku Zaqif runsing sambil mendail nombor kekasih hatinya.

########################################################

Kereta Tengku Zaqif masuk ke perkarangan banglo Syarifah Al Bahiyah. Selang beberapa minit kedengaran sudah langkah Tengku Zaqif masuk ke rumah dan terus memanjat anak tangga menuju ke bilik.

Jam menunjukkan pukul 4 petang. Iffah terberhenti dari menyediakan kek untuk minum petang. Pukul 6 nanti kebiasaannya mereka akan pulang dari bekerja. Kek coklat ni pun, Tengku Zaid yang minta, ganti sarapan pagi tadi. Ni dah hilang keluar dengan Haikal. Kalau Drakula tahu, Iffah jugak yang kena marah. Laju kaki Iffah mendaki anak tangga dan terus meluru ke bilik Tengku Zaqif.

“Prang!!

Bunyi kaca pecah. Terkejut Iffah. Belum sempat nak ketuk pintu lagi. Mak ina, mak leha dan mak nah berlari mencari bunyi tersebut. Iffah sudah berada di hadapan bilik Tengku Zaqif. Dia menyuruh mak leha, mak ina dan mak nah pergi dari situ. Biar dia yang uruskan.

‘Apa agaknya yang tak kena dengan Achik ni.’ Desis hatinya.

“Achik…buka pintu, ibu kat luar ni….”

Pinta Iffah namun tiada jawapan diberikan.

“Prang!!”

Lagi satu bunyi kaca pecah. Mengucap panjang Iffah. Ketukan demi ketukan tidak di hiraukan.

“Ibu tahu, Achik tengah dengar, tak pelah kalau Achik tak nak buka pintu. Tapi kejap lagi, Nenda balik. Kalau Achik suka dengar ibu dengan pembantu rumah yang lain kena marah…”

Ayat belum habis di ucapkan oleh Iffah, pintu bilik sudah terbuka. Tangan Tengku Zaqif merah berlumuran darah. Mukanya serius. Matanya merah seperti baru sahaja menangis. Muka Iffah cemas tapi dia berusaha untuk tenang. Langkahnya perlahan menghampiri Tengku Zaqif yang kembali duduk di tepi almari.

Iffah diam. Tangannya sahaja yang bergerak membersihkan luka di tangan Tengku Zaqif. Kaca-kaca yang bertaburan dibiarkan dahulu. Sekejap sahaja bilik ni dah berselerak, sedangkan pagi tadi punyalah kemas cantik. Iffah bangun dari tepi almari, tempat Tengku Zaqif terduduk. Kakinya melangkah mengambil peti kecemasan. Luka dilap dan dibalut. Tengku Zaqif masih diam.

“Intan….”

Sebaris nama disebut Tengku Zaqif. Air matanya diseka. Ingin sahaja Iffah memeluk Tengku Zaqif seperti zaman kanak-kanak dan remaja dahulu. Tapi sekarang masing-masing sudah dewasa. Tangan Tengku Zaqif digenggam, semangat disalurkan.

“Dia minta break”

Sambung Tengku Zaqif lagi. Tengku Zaqif seperti orang hilang arah. Mukanya kembali ceria apabila buah hatinya membuat panggilan semasa dia sedang memandu pulang ke rumah. Rupa – rupanya Intan Syaima meminta supaya hubungan mereka tidak diteruskan lagi. Menurut Intan Syaima, Syarifah Al Bahiyah sudah mengetahui hubungan mereka. Entah dari mana lagi Syarifah Al Bahiyah pasang spy.

“Bangun pergi mandi, ibu merayu ni dengar cakap ibu.”

Balas Iffah. Dia tidak mahu mengulas mengenai hal itu. Tidak mahu Tengku Zaqif bersedih. Pujukan Iffah berjaya juga. Dengan langkah yang lambat, Tengku Zaqif masuk ke dalam bilik air. Iffah memanggil mak leha untuk membantunya mengemas di dalam bilik Tengku Zaqif. Semua baju baju yang berselerakkan di kutip. Kaca-kaca disapu oleh Iffah. Sebelum Mak Leha keluar sempat Iffah memesan untuk melihat keknya yang sudah dimasukkan di dalam oven. Jangan hangus sudah. Merajuk kang Tengku Zaid.

Tengku Zaqif keluar dari bilik air. Iffah sudah tiada di dalam bilik Tengku Zaqif. Lama sangat mandi, macam anak dara. Tengku Zaqif mengenakan baju yang sudah disediakan Iffah dan segera menunaikan solat Asar yang baru sahaja masuk waktu. Usai sahaja solat, Tengku Zaqif terpandang nota di tepi katil

Lets date!!

Today, 5 pm, kitchen

Tengku Zaqif tersenyum, dia terus menuju keluar dari bilik. Masalah seolah-olah hilang. Banyak betul ragam bila bercinta. Badan tak sakit, tapi hati selalu merana. Kek coklat hasil air tangan Iffah sudah tersedia. Sejurus kaki melangkah ke dapur, Tengku Zaqif terus menyuakan sepotong kek coklat ke mulutnya. Tangan Iffah lincah membuat air nescafe untuk Tengku Zaqif.

“Sedap kek ni bu”

Tengku Zaqif bersuara. Tadi bukan main lagi, siap berdarah tangan. Cepat betul mood berubah. Bagus!.

“Tengok tangan lah.“

Balas Iffah sambil menggoyangkan tangannya. Iffah masih lagi bersahaja. Tidak mahu menyoal tentang kejadian tadi. Biarkan Tengku Zaqif yang membuka mulut sendiri.

“Any story?”

Sambung Iffah. Masih tiada jawapan diberikan, mulut sibuk menyumbat kek coklat.

“Ok, kalau tak nak cerita pun tak pe, Ibu tak kisah.”

Balas Iffah lagi. Tengku Zaqif menarik nafas panjang sebelum membalas pertanyaan Iffah. Hatinya berat memikirkan masalah tadi. Penat! Penat sangat nak melayan kerenah banyak perempuan dalam satu masa.

“Intan cakap, Nenda dah tahu semuanya. So dia mintak putus dengan dengan Achik. Sekarang ni rasa macam pasrah. Serahkan pada takdir. Achik malas nak fikir”

Jawab Tengku Zaqif seraya menyumbat sepotong kek lagi ke mulutnya. Cawan yang berisi nescafe di hulur pada Tengku Zaqif.

“Memang kita nampak luaran ni semua perancangan Nenda, Nenda suruh buat tu, buat ini. Tapi sebenarnya Allah yang telah merancang kehidupan kita tanpa kita sedar, walaupun hakikatnya kita rasa terpaksa untuk buat sesuatu perkara tu. Kalau Allah tak redha perkahwinan Achik dengan pilihan Nenda, mesti tak kan terjadi punya. Dan kalau memang Allah kata, Intan Syaima bukan jodoh Achik, sampai bila-bila pun Achik tak kan kahwin dengan gadis yang bernama Intan Syaima.”

Fuhh panjang lebar Iffah memberi tazkirah petang. Sekali lagi ceramah Iffah membuat cucu Syarifah Al Bahiyah terdiam. Pagi tadi Tengku Zaid. Sekarang Tengku Zaqif. Bagus betul Iffah ni. Boleh ganti Dato’ Fadilah Kamsah.

########################################################################

“Hah! Balik pun. Suka eh kalau ibu kena marah dengan Nenda?”

Soal Iffah pada Tengku Zaid yang sedang di papah oleh Haikal. Ada je benda yang nak di buat. Pening Iffah kalau sampai Syarifah Al Bahiyah tahu. Tengku Zaid tersengih mendengar bebelan Iffah. Kereta Haikal sudah keluar dari perkarangan banglo Syarifah Al Bahiyah. Iffah memapah tubuh Tengku Zaid masuk ke ruangan makan.

“Mana kek coklat ku… Mana… Mana…”

Ucap Tengku Zaid. Geram je Iffah tengok perangai budak tempang ni. Laju langkah Iffah mengambil Kek coklat yang sudah di potong. Tengku Zaqif dah naik ke bilik. Tak boleh move on lagi lah tu dengan Intan Syaima. Kejap je teringatkan Intan balik. Lama woo bercinta. Ingat senang ke nak lupakan macam tu je. Iffah kembali semula bersama kek coklat di tangan. Tengku Zaid tersengih.

“Eh..Eh..Sini lah. Asyik nak lari je.”

Ucap Tengku Zaid seraya menangkap tangan Iffah. Tak jadi Iffah nak ke dapur. Punggung di rebahkan di sebelah Tengku Zaid.

“Apa lagi? Kejap lagi Nenda balik ni. Nak cakap apa? Cepat sikit?”

Soal Iffah. Geram-geram dilayankan juga perangai Tengku Zaid ni. Tengku Zaid masih lagi tersengih. Teringat kata-kata Haikal. Entah apa yang dia fikirkan entah. Iffah mengetuk sedikit tangan kiri Tengku Zaid. Tangan kanan masih sibuk menyua kek ke mulut.

“Cepatlah cakap. Ibu banyak kerja dekat dapur ni.” Marah Iffah.

“Yelah nak cakap lah ni. Angah dah jatuh cinta dengan dia. Angah nak bagitahu Nenda yang Angah tak nak nikah dengan perempuan pilihan dia tu”

Bersahaja ayat yang dituturkan oleh Tengku Zaid. Iffah terbangun dari kerusi.

“Angah! Sebelum buat keputusan fikir dulu apa yang akan jadi selepasnya. Ibu faham, Angah kena fikir hati Angah. Tapi Angah masih ada Nenda yang perlu Angah jaga hatinya. Tolong jangan ketepikan Nenda. Dah, Ibu nak pergi dapur dulu.”

Marah Iffah. Macam-macam perangai. Tangan Iffah dicapai lagi oleh Tengku Zaid saat Iffah mahu beredar.

“Ibu tak sokong apa yang Angah buat?”

Drama sebak dah start dah. Iffah mengeluh kecil. Tangan Zaid di genggam menggunakan kedua-dua belah tangannya.

“Bukan tak sokong. Ibu sentiasa sokong kalau itu yang membahagiakan Angah. Tapi Angah kena ingat, Angah kena fikir. Buat apa kalau ikutkan perasaan sendiri kalau perkara itu akan terjadinya kejadian benci membenci. Angah suka tengok Nenda benci menantu yang bukan menjadi pilihan dia? Fikir Ngah… Fikir… Jangan fikir mudah. Cuba fikir ke hadapan sikit. Dah Ibu nak pergi dapur ni”

Balas Iffah seraya melepaskan pegangan tangannya. Tengku Zaid terdiam. Setiap kata yang keluar dari mulut Iffah pasti ada betulnya. Kali ini muka Tengku Zaid betul-betul sebak. Rasa punah harapan untuk memiliki hati si dia. Entah siapa si dia yang dah bertakhta dalam hati Tengku Zaid agaknya. Hmm!

Previous: BAB 7
Next: BAB 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.