Home Novel Cinta ENCIK KEMBAR JATUH CINTA
BAB 14

BAB 14

“Banyak ke barang anak papa nak bawak ni?”

Soal Dato’ Ahmad pada Arissa Balqis yang sedang mengemas pakaiannya di hadapan almari.

“Tak lah papa, sikit je ni. 2 hari je pun. Bukannya lama…”

Balas Arissa Balqis bersahaja. Tangannya masih sibuk melipat baju untuk bermalam di Banglo Syarifah Al Bahiyah.

“Marah dengan papa ke?”

Soal Dato’ Ahmad lagi. Tangan yang sedang melipat baju terhenti. Mata papanya ditatap.

“Kalau dengan marah, mama boleh hidup semula, memang Qis nak marah sangat. Tapi ini jelah yang mampu Qis buat untuk laksanakan permintaan terakhir Mama. Dan lagipun ini kan impian mama nak berkeluarga dengan aunty Syahi. Walaupun mama dengan aunty Syahi tak dapat tengok sendiri kami berkahwin, Qis harap mereka bahagia di sana pa”.

Balas Arissa Balqis, tenang. Anak yang taat. Redha Allah terletak pada redha ibu bapa. Arissa berpegang dengan kata-kata itu. Permintaan mamanya sebelum menghembuskan nafas yang terakhir adalah tentang perkahwinanya dengan anak Zahid Harith dan juga Nurul Syahi. Tak kisah lah yang mana satu, tetapi mamanya berharap agar mereka dapat mengikat tali pernikahan. Sejak dari itu gadis yang bernama Arissa Balqis, pasrah. Redha dengan jalan yang dipilih oleh mamanya iaitu mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Nenda Syarifah Al Bahiyah.

“Kalau Qiss rasa susah, papa boleh batalkan everything. Lagipun yang papa tahu Tengku Zaqif suka seseorang.”

Sambung Dato Ahmad. Rasa berat hatinya ingin melepaskan Arissa Balqis. Puterinya juga berhak untuk bahagia. Lebih tepat, Arissa berhak untuk memilih pilihan hatinya. Arissa Balqis memberikan senyuman untuk bapanya.

“Its okay papa, biarlah masa yang tentukan.”

Tangannya kembali mengemas. Sebentar sahaja lagi dia akan ke rumah banglo Engku Bahiyah.

“Tapi Qiss berhak untuk pilih pasangan hidup Qiss. Buat apa Qiss nak teruskan pernikahan ni kalau Qiss sendiri tahu yang Qiss susah nak bahagia?”

Dato’ Ahmad masih ragu-ragu dengan keputusan anaknya. Lagi sekali Arissa Balqis tersenyum. Bapa mana yang mahu anaknya terseksa dengan alam pernikahan. Semua bapa inginkan yang terbaik untuk anaknya. Arissa Balqis memegang tangan bapanya sekali lagi. Kekuatan di kumpul untuk meyakinkan Dato Ahmad.

“Memang Qiss berhak untuk memilih. Dan pilihan Mama adalah pilihan Qiss. Kebahagiaan? Kalau Allah tak beri kebahagiaan itu di awal pernikahan, mungkin Allah dah aturkan sesuatu yang lebih baik. Kebahgiaan itu perlu di cari dengan usaha, berdoa dan tawakal. Qiss redha dengan pilihan Mama. InsyaAllah Allah sudah aturkan kehidupan yang terbaik untuk Qiss. Papa Cuma perlu sokong Qiss dan berdoa untuk Qiss”

Panjang lebar ayat Arissa Balqis meyakinkan Dato Ahmad. Dato’ Ahmad kembali keluar dari bilik puterinya itu. Berat kaki yang melangkah, berat lagi hati yang menahan rasa sedih melihat puterinya melaksanakan hajat isterinya yang tercinta.

Perjanjian ini dilakukan oleh mama Arissa dan Nurul Syahi sebelum mereka mendapat anak lagi. Menurut Syarifah Al Bahiyah, Nurul Syahi meninggal setelah melahirkan bayi kembar secara pembedahan dan ditambah pula dengan barah payudara yang kronik. Jenazahnya juga tidak dapat ditatap oleh mama Arissa disebabkan dia telah dikebumikan diluar negara. Itupun atas permintaan Syahi juga.

“Jom pa…”

Ajak Arissa sejurus sahaja dia siap mengemas. Comel sahaja t-shirt dan seluar jeans yang dikenakan ditubuh Arissa Balqis. Rambutnya yang lurus dibiarkan lepas. Wajahnya yang kuning langsat dikenakan sedikit bedak. Nampak seperti remaja yang baru sahaja habis sekolah padahal umur sudah sebaya dengan Tengku Zaqif, bakal suaminya. Arissa dan Papanya melangkah keluar dari rumah dan masuk ke dalam kereta.

“Ni papa nak pesan, nanti dekat rumah Engku Bahiyah, jangan malas-malas. Kalau boleh bangun pagi. Solat jangan tinggal.”

Pesan Dato’ Ahmad pada anaknya. Arissa hanya mengangguk, matanya dilarikan melihat kereta-kereta yang berada di lebuh raya. Setengah jam perjalanan sungguh tidak terasa. Arissa Balqis dan papanya sudah sampai ke perkarangan rumah Banglo Syarifah Al Bahiyah.

“Jemput lah masuk…”

Sapa Iffah pada Arissa Balqis setelah bersalaman dengan papanya. Tangan dihulur untuk bersalaman pada Iffah. Terkejut Iffah dibuatnya. Mana tak nya, yang lain tak pandang pun muka Iffah setelah dia tahu Iffah hanyalah orang gaji di rumah ini.

“Yang lain dah sampai ke mak cik?”

Soal Arissa Balqis. Begnya sudah diangkat oleh mak leha tapi Arissa Balqis menarik semula. Tidak sampai hati melihat orang tua itu mengangkat begnya. Bukannya berat sangat pun.

“Ada kat atas, tengah berehat. Kembar tak da, hantar Engku pergi airport. Tiba-tiba ada panggilan kecemasan. Ada family yang sakit kat sana. Engku kalam kabut, tu yang tak sempat nak bagitahu. Dia kirim salam semua.”

Jelas Iffah. Iffah dan Arissa mula berjalan ke ruang tamu.

“Oh, yeke….Waalaikumsalam. Ermm yang mana satu bilik saya? Soalnya lagi.

“Jom mak cik tunjukkan.”

Masing-masing mula berjalan ke tingkat tiga rumah banglo Syarifah Al Bahiyah. Arissa terpegun melihat hiasan dalaman yang sungguh cantik. Melilau matanya melihat seni bina Inggeris di dinding banglo drakula ni.

“Fuhh! besar jugak bilik tetamu ni”

Ucap Arissa Balqis teruja setelah kakinya sampai di bilik tetamu di tingkat 3. Iffah hanya tersenyum. Memang besar lah, nama pun Banglo Syarifah Al Bahiyah kan. Hadiah dari ibu bapa Tengku Zainal Arifin!

“Ha, rehat lah dulu, kejap lagi dalam pukul 1 turun bawah, makan tengah hari. Sebelah bilik cik Arissa, bilik Cik Didi Khalisha, sebelah lagi bilik Syarifah Aqilah dan sebelah lagi bilik Cik Salwa Amna.”

Lembut dan sopan Iffah berbicara pada gadis muda ini. Teringat gelagat-gelagat bakal cucu Syarifah Al Bahiyah semasa Iffah menjemput mereka semua masuk. Fuhh! Belagak. Setakat muka macam Iffah. Memang diorang tak pandang pun. Lagi-lagi Didi Khalisha dan Salwa Amna. Sempat bagi jelingan pada Iffah.

“Eh tak payah ber cik cik dengan saya mak cik, panggil Arissa je. Terima kasih makcik. Nanti saya turun.”

Balas Arissa Balqis. Lembut. Iffah tersenyum melihat gaya dan perwatakan bakal isteri pada Tengku Zaqif. Iffah meninggalkan Arissa di dalam bilik tetamu.

Jam ditangan baru menunjukkan pukul 12 tengah hari. Arissa kebosanan menunggu di dalam bilik. Ingin mengetuk bilik sebelah, sebelah dan sebelah takut mengganggu pula. Akhirnya, keputusan di buat untuk turun ke dapur, menolong apa yang patut. Tangan Iffah lincah memotong sayur kailan yang ingin ditumis bersama ikan masin.

“Masak apa makcik? Soal Arissa.

“La.. kenapa tak pergi berehat kat atas tu. Biar Mak Cik buat semua ni. Dah-dah naik atas balik.”

Tangannya sibuk menghalau Arissa naik semula. Arissa masih berdegil. Bosan duduk dekat atas tu. Tak tahu nak buat apa. Hmm…

“Tak pelah, lagipun bosan kat atas tu.”

Arissa menarik bangku dan duduk berhadapan dengan Iffah yang sedang memotong bawang. Senyuman dilepmparkan pada Iffah.

“Ha, duduklah.. Boleh teman Mak Cik.”

“Nama makcik ni apa, muka nampak muda, umur makcik berapa, dah lama ke jadi orang gaji kat sini?”

Soal Arissa. Iffah tersenyum lagi bila bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Arissa.

“Panggil je Mak Cik Iffah, umur tak payah lah tahu. Dah nak separuh abad. Lama dah jadi orang gaji. Sebelum kembar ada lagi.”

Balas Iffah bersahaja. Arissa mengangguk.

“Oh jadi makcik kenal lah dengan Nurul Syahi?”

Soal Arissa bersemangat. Iffah pelik, mana budak ni kenal Syahi. Ada riak terkejut di muka Iffah.

“Macam mana boleh kenal dengan Puan Nurul Syahi?” Soalan berbalas soalan.

“Oh, dia kawan mama dulu, ni kahwin pun sebab wasiat mama. Katanya nak berbesan dengan makcik Syahi”.

Terkejut juga Iffah mendengar. Pertama kali Iffah mendengar cerita ini.

“Oh, ermmm. Makcik tak tahu sangat, lepas Tengku Zahid Harith kahwin dalam 4 bulan macam tu, dia terus pergi oversea sebab Puan Syahi sakit, sampailah dia meninggal dan dikebumikan disana.”

Reaksi muka Iffah masih lagi menyimpan sesuatu. Ada ayat yang tak habis di tuturkan sebenarnya. Iffah menunggu reaksi dari Arissa Balqis pula. Bahan penumis sudah dimasukkan ke dalam kuali. Semerbak bau haruman masakan yang ditumis sehingga membuat Arissa terbersin.

“Dulu ibu pernah cerita jugak pasal ni…hacummm”.

Arissa sehingga terbersin buat kali kedua.

“Dah nak pukul 1 ni, makcik nak kena hidang makanan dekat sana.”

Sengaja Iffah menukar topic perbualan. Arissa melihat jam ditangannya. Lantas kakinya juga membantu Iffah menghidang menu tengah hari harini. Siakap tiga rasa, sotong goreng tepung, udang bakar, sambal berlada, dan kalian ikan masin. Fuhh lapar terus kalau tengok.

#########################################################################

“Encik? Kalau kita dah kahwin nanti saya kena buat apa je? Nenda Encik tu garang sangat ke sampai saya kena belakon macam ni?”

Soal Erin Fasha. Naik sahaja kereta celoteh tak berhenti. Pening Tengku Zaim hendak menjawab.

“Awak ikut je arahan saya. Jangan buat sesuka hati pulak.”

Erin Fasha tersengih. Tak sangka dia akan menjadi isteri orang kaya dalam sekelip mata. Otaknya sudah terbayang yang indah-indah je.

“Kalau nak makan tinggal petik jari je eh? Nanti ada orang hantar eh Encik?”

Tengku Zaim tergelak. Apa dia ingat dia ni anak raja ke? Sempat Tengku Zaim bermonolog. Sesekali Erin Fasha di sebelah di kerling. Entah apa reaksi Iffah nanti bila melihat Erin Fasha. Ada senyuman di wajah Tengku Zaim.

“Encik…. Oh Encik….”

Panggil Erin Fasha lagi bila melihat Tengku Zaim mengelamun.

“Encik ni berangan je siang-siang buta ni. Encik nak tahu tak saya ni baru je lepas clash dengan pak we saya tiga bulan lepas. Hermm. Encik tahu tak alasan dia apa?”

Tengku Zaim memberikan perhatiannya semula pada Erin Fasha.

“Hah kenapa?” Soal Tengku Zaim ingin tahu.

“Dia cakap ketiak saya busuk. Encik duduk sebelah saya ni ada bau ketiak ke? Saya rasa macam wangi. Fuhh! Alasan tak munasabah langsung! Dah lah jongang dia tu! Suka hati nak cakap ketiak saya busuk.”

Erin Fasha mula berceloteh lagi. Siap cium ketiak sendiri. Tengku Zaim tergelak lagi bila mendengar dan melihat reaksi gadis di sebelahnya. Entah kenapa hatinya bahagia bila mendengar Erin berceloteh.

“Awak ni boleh masuk Maharaja Lawak lah. Yang awak tu pun sengal pergi couple dengan budak jongang kenapa?”

Tengku Zaim melayan celoteh Erin. Erin menayangkan giginya.

“Macam ni Encik. Masa sekolah dulu saya malas nak couple-couple ni! Ustazah cakap buat apa nak couple. Jodoh tu rahsia. So saya tunggu jelah jodoh sampai. Pastu member saya cakap, jodoh tak sampai kalau tak usaha. Tu yang saya couple dengan mamat jongang tu”

Erin mula membuka cerita. Lagi sekali Erin tergelak. Cuma ada reaksi muka yang lain di wajah Tengku Zaim masa Erin berkata jodoh itu rahsia. Hatinya terdetik. Mungkin Erin jodoh yang Allah rahsiakan dari hidupnya. Tengku Zaim kembali tersenyum.

Senyap sepanjang perjalanan. Allah! Tidur dah Erin Fasha.

############################################################################

“Asal bawak Alyaa?”

Soal Tengku Zalif pada Tengku Zaid di tempat duduk belakang kereta. Alyaa Nadin terperasan bila namanya di sebut. Tengku Zaid di sebelah hanya tersengih melihat reaksi wajah Alyaa.

“Saja…”

Alyaa mengerling wajah boss nya di sebelah.

‘Apa motif dia ni?’ Bisik hati Alyaa.

“Yang kau ni lagi tadi senyap kenapa Chik? Dah-dah lah tu. Kalau kau tak nak Nenda buat yang bukan-bukan kat Intan, baik kau stop jumpa dia”

Tengku Zalif memberi tazkirah pulak. Tengku Zaqif tidak menghiraukan kata-kata kembarnya. Tangan masih ligat menaip ayat di screen telefon.

“Saya yakin yang Allah akan satukan kita juga. Tolong percayakan saya. Saya hanya cintakan awak. Hanya awak… Intan Syaima”

Butang hantar di tekan. Namun tiada balasan dari Intan Syaima. Lagi sekali ayat di taip.

“Pleasee!! Senyap tak kan selesaikan masalah!

Butang hantar di tekan lagi. Tengku Zalif yang sedang memandu hanya menggeleng melihat keadaan kembarnya. Dia dah lama pasrah dah! Telefon Tengku Zaqif berbunyi. Mesej dari Intan masuk. Ada sedikit harapan di hati Tengku Zaqif.

“Saya belajar sesuatu dari kisah kita. Memiliki hati seseorang tak semestinya memiliki badannya dan hidupnya. Dan hari ini Allah pilih saya untuk jadi orang itu. Tolong awak, saya tengah belajar lupakan awak. Tolong jangan cari saya. Please….”

Ayat yang dibaca membuatkan dada Tengku Zaqif berombak. Panas! Telefon di campak ke dashboard depan. Tengku Zalif yang sedang memandu hanya memandang je. Malas nak mencampuri urusan adik kembarnya. Tengku Zaid pula sedari tadi memandang Alyaa je. Si Alyaa pula hanya menghalakan pandangan ke luar tingkap.

Previous: BAB 13
Next: BAB 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.