Home Novel Cinta ENCIK KEMBAR JATUH CINTA
BAB 38

BAB 38

“Memang tak boleh nak dinafikan, dua-duanya baik. Kalau dulu Achik tersepit antara Nenda dan Intan. Sekarang Arissa”

Tutur Tengku Zaqif. Cermin mata dibuka dan diletak di atas meja dapur. Iffah setia mendengar. Memang tak dinafikan. Tengku Zaqif sendiri sukar hendak buat keputusan. Telefon bimbit Zaqif dihulur pada Iffah. Iffah mengambil dan membaca isi kandungannya.

“I hope she will meet a good husband. Anggap ini satu ujian yang Achik sedang hadapi. Intan perempuan, dia tahu apa yang Arissa rasa.”

Balas Iffah selepas membaca pesanan ringkas dari Intan bahawa dia akan mengundur diri dan memohon maaf sebab mengganggu hubungan Zaqif dan Arissa.

“Intan cuba letakkan diri dia dalam diri Arissa, sebab tu dia buat keputusan macam ni. Ibu tahu, Achik sebenarnya dah mula terima Arissa, hati yang menidakkan, sebab Achik rasa simpati pada Intan. Achik takut untuk jatuh cinta pada Arissa, sebab tu Achik mula marah-marah Arissa, sebab apa? Sebab Achik nak uji diri Achik sendiri. Lepas Achik marah dia, Achik sakit hati tak.”

Panjang lebar Iffah berhujah pada Tengku Zaqif. Tengku Zaqif hanya mengeluh. Dugaan perasaan yang sangat kuat antara wanita yang hadir dalam dirinya.

“Entah lah ibu, kadang-kadang Achik pun keliru dengan perasaan sendiri, dengan Intan tiba-tiba nak pergi. Dengan Arissa yang bersungguh nak Achik dengan Intan Kahwin.”

Balas Zaqif seraya meraub wajahnya.

“Achik tak keliru lagi dengan perasaan Achik, buktinya sekarang. Lepas dapat mesej ni, Achik tak lagi seperti dulu. Masa Intan minta break Achik marah-marahkan. Sebab apa? Sebab cinta kan? Tapi sekarang Achik masih depan Ibu. Perasaan yang ada untuk Intan hanya tinggal perasaan simpati. Sebab dah macam-macam janji Achik buat dengan dia.”

Balas Iffah lagi. Kakinya bangun. Tangannya lincah membuat air nescafe walaupun Zaqif tidak meminta.Nescafe dihulur Iffah.

“Cuba kalau Arissa yang mintak cerai dengan Achik sekarang? Achik tak akan lepaskan dia kan? Bukan sebab Nenda lagi. Tapi sebab hati.”

Iffah menyambung lagi. Jam sudah hampir pukul 12 malam. Iffah masih lagi setia dengan ceramahnya. Nescafe dihirup Tengku Zaqif.

“Achik rasa Achik ni tak guna hidup, banyak sangat perasaan yang Achik sakitkan. Dulu dengan Intan Syaima sekarang dengan Arissa Balqis….”

Panjang lebar Tengku Zaqif mengingat semula apa yang pernah dia lakukan pada Arissa. Serbasalah terus menyelubungi.

“Sekarang ni pergi naik atas, ego tu tinggi sangat. Tak nak mengaku kan? Malu? She’s your wife. Buat apa nak malu. Kalau dulu, dia sendiri berani confess yang dia suka dekat Achik, kenapa Achik tak?”

Sambung Iffah lagi sejurus mengarah Tengku Zaqif naik ke biliknya. Tengku Zaqif menghabiskan nescafe dicawan. Kaki mula melangkah keluar dari dapur. Hati masih tertanya tanya sama ada hatinya sudah ada pada Arissa Balqis atau tidak. Pintu bilik dikuak, lampu sudah terpadam. Arissa sudah pun merebahkan diri di atas katil. Tengku Zaqif merapati Arissa, jantung berdegup kencang, sama seperti yang dia rasa dulu masa bercinta dengan Intan. Tiba-tiba Arissa menoleh. Tengku Zaqif terpana sekejap. Arissa tiba-tiba bangun.

“Sorry, saya lupa ni tempat Intan Syaima”

Kakinya melangkah dan menuju ke atas carpet.

“This is my place..”

Bicara Arissa lagi. Tubuh direbahkan. Melihat kejadian itu, hati Tengku Zaqif seperti disagat. Entah kenapa hati terpanggil untuk ke sana. Tengku Zaqif bangun, kaki melangkah menuju ke carpet. Tubuh direbahkan sebelah Arissa. Malam….

##############################

Sejadah selepas solat Subuh dilipat Arissa. Tengku Zaqif masih lagi berada di dalam bilik air. Almari biliknya di buka. Baju-baju dilipat dan dimasukkan di dalam bagasi. Tengku Zaqif yang keluar dari bilik air terkejut melihat tindakan Arissa.

“Awak nak pegi mana?”

Soal Tengku Zaqif yang sedang memerhati Arissa di hadapan Almari. Lincah tangannya mengemas baju-baju tersebut.

‘Nak lari ke?’ Bicara hati Zaqif

“Tak payah nak tunjuk simpati sampai nak tidur dekat carpet jugak. Jangan risau, saya tak pergi mana-mana. Mulai sekarang saya kena belajar terima kenyataan. Tu saya dah sediakan ruang untuk Intan Syaima’’

Balas Arissa seraya menunjukkan almari bajunya sudah kosong. Bagasi ditutup. Tengku Zaqif sudah terkedu. Sejak dari semalam Arissa asyik menyebut nama Intan Syaima.

“Sekejap!”

Tegas suara Zaqif yang sudah bangun merapati Arissa. Pandangan Arissa dihalakan pada suaminya.

“Tempat awak dekat bilik ni, jangan pergi mana-mana!”

Sambung Tengku Zaqif. Arissa sudah tersenyum sinis.

“Dalam bilik ni tempat yang paling layak untuk saya, kat atas carpet hijau tu, sedangkan tempat Intan Syaima ada dalam hati awak. Ke dari awak kahwin dulu, awak memang sengaja nak dera perasaan saya?”

Arissa membalas seraya keluar dari bilik dan menuju ke bilik tetamu. Tengku Zaqif masih begitu. Lembab betul! Pegilah pujuk!

Pagi-pagi lagi dah kedengaran suara Erin Fasha menyanyi. Kereta Tengku Zaim sudah meluncur laju meninggalkan perkarangan banglo sejurus meninggalkan Erin di Banglo. Arissa pula sedang menuruni anak tangga. Erin yang tengah bahagia lantas di sapa.

“Zaim mana Erin?”

Soal Arissa memulakan perbualan. Tangan Arissa dipaut dan ditarik pergi ke dapur. Soalan tak jawab Erin. Hanya membuat isyarat sudah pergi kerja. Iffah sudah siap menyediakan makanan di ruang makan. Syarifah Al Bahiyah dan Zaqif masih belum turun.

Erin dah bersemangat nak bercerita. Ada sahaja cerita dia ni. “Kak Ari nak tahu tak? Semalam saya dengan encik kan tengok movie dalam bilik, cerita hantu. Lepastu hantu tu terkeluar dari TV. Kata encik, tu kawan hantu cangkung. Saya pun apa lagi, saya peluk encik abang kuat-kuat. Punyalah saya takut. Saya gigit dada encik abang. Dah ada bekas.”

Erin yang bercerita dia juga yang ketawa. Iffah yang tengah mengelap dapur terberhenti bila mendengar cerita Erin. Tergelak dibuatnya. Arissa yang menahan tawa terhambur juga. Ada juga penghibur dipagi hari.

#################################################

“Heh nak buat apa baju-baju tu?”

Soal Tengku Zalif pelik. Didi membawa baju-baju singkatnya keluar dari bilik dan di masukkan ke dalam kotak. Tengku Zalif yang baru lepas bersarapan duduk sebentar di ruang tamu sebelum pergi bekerja.

“Nak buang lah. Awak kan tak suka saya pakai baju- baju ni.”

Didi masih teringat kata-kata lepas fashion show tempoh hari. Tengku Zalif mengatakan bahawa dia tak nak melihat Didi memakai baju ini lagi. Padahal masa tu hatinya tengah berkocak. Tengku Zalif membuat muka selamba.

“Simpan balik baju tu. Mulai sekarang aku nak kau kena pakai baju ni dekat rumah.”

“Tak kan kat rumah pun kena pakai baju cantik-cantik macam ni?”

Soal Didi tidak puas hati. Muka dikerutkan. Posisi masih sama. Berdiri di hadapan pintu bilik.

“Ye! Dengar je cakap aku. Patutnya depan suami pakai cantik-cantik. Kalau keluar pakai selekeh pun tak pe. Sedap sikit aku nak tengok kau…. Nak cium pun wangi je”

Balas Tengku Zalif. Ayat di hujung diperlahankan. Didi menjuihkan bibir. Baju-baju di bawa ke dalam semula. Tengku Zalif meletakkan stoking di atas meja ruang tamu. Sengaja menunggu Didi Khalisha datang kepadanya. Didi keluar dari bilik dan terperasan sesuatu. Entah teringat pula kata-kata Tengku Zalif tempoh hari. Pantas tangan menyapai stoking di atas meja.

“Sini sikit kaki tu”

Arah Didi seraya menyarungkan stoking di kaki suaminya. Tengku Zalif tersengih. Sengihan pantas di tahan bila mata Didi kembali melihatnya. Tengku Zalif menarik tangan Didi. Dahi isterinya dikucup.

“Thank you. Dah aku nak gi kerja. Nanti balik masak sedap-sedap”

Ujar Tengku Zalif seraya keluar dari apartment. Didi tersenyum. Hati bahagia sangat.

Previous: BAB 37
Next: BAB 39

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.