Home Novel Cinta ENCIK KEMBAR JATUH CINTA
BAB 17

BAB 17

“Semua dokumen lengkap. Kalau Nenda nak Along call perusahaan kat Jepun tu pun boleh”.

Ucap Tengku Zaim pada Syarifah Al Bahiyah. Dia sendiri terkejut keberadaan Erin Fasha semasa ketiadaanya. Dia tidak sangka Tengku Zaim akan bawa Erin Fasha bermalam di banglonya. Syarifah Al Bahiyah masih tidak berpuas hati dengan jawapan cucunya. Puas dia mendengar rayuan dari Salwa Amna mengenai pernikahan ini.

Dengan idea gila-gila si Zaid dan Zalif untuk mengenakan si Salwa Amna sewaktu tengah malam membuatkan Syarifah Al Bahiyah lagi masam mencuka. Tidak pernah di dalam banglo Syarifah Al Bahiya ada katak. Tapi malam tu boleh pulak ada di bilik Salwa Amna.

“Along boleh kahwin dengan budak ni, tapi!! Kalau Nenda dapat tahu ada yang tak kena. Bukan Along yang dapat balasannya tau. Tahu lah Nenda nak buat apa dekat budak tu.”

Ugutan daripada Nenda Drakula. Glup! Tengku Zaim menelan liur.

“Buat apa nak tipu Nenda. Semua benda dah terbukti.”

“Ok… Nenda terima dia.”

Bersorak gembira hati Tengku Zaim. Semata-mata tidak mahu Salwa Amna menjadi isterinya, sanggup dia berbuat demikian. Tengku Zaid dan Tengku Zalif turut berasa gembira melihat kembar sulungnya. Kelibat Tengku Zaqif menuruni anak tangga mula kelihatan. Laju kaki ingin meluru keluar dari rumah tanpa singgah diruang tamu. Nendanya juga tidak dipandang.

“Achik…nak kemana tu?”

Soal Syarifah Al Bahiyah tegas. Tengku Zaqif menoleh malas.

“Ada hal kejap”

Di hujung minggu begini tak lain tak bukan, pasti dijadikan Hakim sebagai alasan untuk bertemu dengan Intan Syaima walaupun Intan sendiri sudah tidak mahu berjumpa dengannya.

“Duduk sini sekejap, Nenda ada perkara nak bincang.’’

Balas Nenda Bahiyah bersahaja. Kaki yang ingin melangkah keluar dimatikan bila arahan sudah dikeluarkan.

“Ada lagi beberapa minggu lagi untuk akad nikah. So Nenda nak kamu semua fokus pada perkahwinan yang bakal diadakan nanti. Nenda tak nak ada kesilapan masa perkahwinan nanti. Sebab kamu semua berempat, tak nak lah ada yang tersilap. Bagi wedding planner tu kerjasama sikit. Urusan pejabat Nenda dah minta orang lain uruskan.”

Ucap Syarifah Al Bahiyah.

‘’Yes!!’’

Tengku Zaid dan Tengku Zalif berteriak kecil. Suka dengan arahan dari Nendanya. Itu bermaksud dia tidak perlu pergi bekerja. Tengku Zaim dan Tengku Zaqif hanya bersahaja.

“Tapi bukan bermaksud kamu boleh berbuat sesuka hati! Dah! Nenda ada urusan luar. Achik tak payah lah kamu jumpa Intan Syaima tu. Jom ikut Nenda!”

Tegasnya lagi. Nasib lah Tengku Zaqif oi! Bercucukan drakula siam ni. Langkah yang berat dituruti juga oleh Tengku Zaqif. Arahan mati oleh Syarifah Al Bahiyah harus dia ikut. Hatinya tidak mampu melawan. Sayang punya pasal. Hilang sahaja Syarifah Al Bahiyah bersama Zaqif, Iffah muncul dari dapur. Ada sahaja benda yang dia ingin tanya pada cucu-cucu Syarifah Al Bahiyah ni.

“Lepas ni makin meriah lah rumah Engku ni. Setahun nanti dengar pulak baby nangis malam-malam.”

Iffah menyapa mereka yang sedang berbual.

“Hish ibu ni. Entah-entah sampai kami-kami ni jelah keturunan Al Bahiyah bu.”

Balas Tengku Zaid. Iffah yang berdiri terus duduk di atas sofa. Ingin sambung perbualan.

“Heh, kamu tengok lah lepas kahwin nanti, lepas 3 or 4 bulan kahwin kalau tak da tanda-tanda isteri kamu semua pregnant, nanti Nenda suruh pergi cek doctor. Ha, lepas tu kalau ada masalah ke apa, siaplah dia hantar pergi luar negara. Lepas tu bermacam-macam herba dan ubat yang kamu kena telan.”

Sambung Iffah. Semua mata memandang Iffah. Seolah-olah tidak percaya dengan kata-katanya.

“Seriuosly!! Mana ibu tahu? Ingatkan bila dah kahwin selesai masalah.”

Balas Tengku Zalif. Tengku Zaim dan Tengku Zaid semangat mendengar. Risau pun ada.

“Dulu arwah papa kamu dengan mama Syahi kena macam tu.”

“Oh yelah, patutlah diorang buat kaedah bayi tabung uji. Lepas tu mama pulak disahkan Kanser payudara. Papa pulak meninggal dalam kemalangan kapal terbang terhempas saat mama memang betul-betul perlukan papa. Ya Allah kesiannya mama. Bila kami lahir pulak mama pulak pergi.”

Balas Zaid sebak. Hmm… Iffah yang mendengar turut sayu. Mungkin itu alasan Iffah untuk mengunci dirinya di sini.

“Besar betul dugaan Nenda, saat anak meninggal, tok pa sakit jantung sebab terkejut. Mana nak jaga tok pa, mana nak tengok mama kat luar negara tu. Patutlah Nenda tu kental betul hati dia.”

Sambung Tengku Zalif. Iffah yang sedari tadi mendengar perbualan mereka turut rasa sebak.

“Eh Erin sekarang duduk mana Along”

Soal Iffah sengaja mengubah tajuk perbualan.

“Ada dekat apartment Haikal. Tumpang dekat situ sampai majlis nanti. Ni pun sekejap lagi nak pergi sana.”

Balas Tengku Zaim. Risau juga Iffah dengan Tengku Zaim. Takut rahsia terbongkar, padahnya nanti Erin juga yang kena sebab bersubahat.

“Ok lah bu.. pergi dulu.”

Ucap Tengku Zaim seraya bangun dari sofa. Tengku Zalif juga turut pamit, ada urusan yang perlu diselesaikan. Iffah masih setia bersama Tengku Zaid. Fikirannya seakan memproses sesuatu. Iffah turut bangun hendak ke dapur. Sebentar lagi makanan tengah hari perlu disediakan.

“Ibu…”

Panggil Tengku Zaid. Iffah menoleh semula.

“Ye, ada apa?” Soal Iffah.

“On my wedding day. I’m feel sorry towards Nenda but….” Tengku Zaid terdiam.

“Kenapa ni? Cuba terus terang dengan ibu? Angah nak buat apa masa nikah nanti? Jangan sampai malukan Keluarga Syed Ilham dan Nenda!” Suara Iffah tegas.

Tengku Zaid meraub wajahnya.

“I’m sorry.”

Balas Tengku Zaid seraya bangun dari sofa. Kakinya masih bergerak lambat akibat kemalangan tempoh hari. Iffah menggeleng kepala. Entah apa rancangan Tengku Zaid dia sendiri tidak ketahui.

#######################################################################

“Pegang sana sini. Hish! Geram pulak aku!”

Omel Tengku Zalif sendirian. Matanya dari tadi memandang bakal isterinya yang sedang di peluk oleh seorang lelaki di Syarifah Mall. Tengku Zalif sudah menggenggam penumbuk.

“Macam ni yang Nenda cakap baik? Akhlak mana akhlak? Letak kat lutut? Perempuan cap ayam macam ni!”

Ucap Tengku Zalif geram. Telefon di ambil. Beberpa keeping gambar di snap dan di hantar pada Iffah. Ayat di taip.

“Agaknya Nenda pilih calon dekat Kelab Malam kut. Entah-entah GRO?”

Butang send di tekan.

Iffah berhenti memasak. Ada keluhan kecil di bibirnya. Nak melayan lagi satu cucu kembar Syarifah Al Bahiyah.

“Cubalah fikir positif. Mungkin Allah nak hantar Uda untuk jadikan Didi lebih muslimah. Setiap perancangan Allah ada sebabnya. Janganlah fikir negative sangat.”

Iffah cuba meyakinkan Tengku Zalif. Butang hantar di tekan.

“Entah-entah Uda cemburu ni?”

Sengaja Iffah mengusik. Butang hantar di tekan lagi. Tengku Zalif tidak menjawab. Marah lettu. Iffah tersenyum dan menyambung semula aktiviti masakannya.

“Apa yang tersenyum tu Iffah.”

Sergah Cik Mat di pintu dapur. Kus semangat! Iffah terkejut dan menoleh ke arah Cik Mat. Air di dalam peti ais di hulur pada Cik Mat.

“Budak-budak tu Cik Mat. Ada je benda yang tak kena. Semua bendalah tak kena. Bukan susah pun. Suruh kahwin je”

Omel Iffah. Cik Mat menghilangkan dahaganya. Air diteguk perlahan.

“Apa-apa lah Iffah. Yang penting kamu bahagia.”

Balas Cik Mat. Iffah tersengih. Kesitu pulak Cik Mat ni. Iffah bermonolog lagi.

Previous: BAB 16
Next: BAB 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.