Home Novel Cinta ENCIK KEMBAR JATUH CINTA
BAB 11

BAB 11

Pesanan ringkas dari Syarifah Al Bahiyah yang masuk sebentar tadi membuatkan Intan Syaima menarik nafas panjang. Drama apa lagi yang harus dia telan. Kedengaran suara riuh rendah di rumah sewa yang didiami oleh Intan dengan celoteh rakan-rakannya. Syarifah Al Bahiyah melarang sekeras-kerasnya dia berjumpa dengan Tengku Zaqif. Dirinya akur! Sedar dengan keadaan diri.

“Hoi!”

Sapa Shira. Kawan rumah Intan Syaima. Intan terkejut. Lamunan terus terhenti.

“Kau dah buat apa pandang tingkap tu, tengok bintang?”

Soal Shira lagi. Hati yang masih resah tidak mampu membalas gurauan kawannya. Fikiran masih memikirkan Tengku Zaqif Hakimi. Pedih.

“Kau gaduh ke?, tu Zaqif datang. Ada kat luar pagar, dia cakap kau tak angkat phone. Pastu dia pesan, dia tak kan pergi selagi kau tak keluar.”

Sambung Shira lagi bila melihat rakannya masih termenung menghadap luar tingkap. Risau terus Intan Syaima. Degil betul insan yang bernama Tengku Zaqif ni. Kau tahu tak nenek kau tu Singa! Intan merungut dalam hati. Kaki bergegas melangkah keluar. Sesusuk tubuh sasa berkaca mata sudah pun berada di hadapan pagar. Muka Tengku Zaqif berkerut. Basah sedikit tubir matanya. Mungkin baru lepas menangis.

“Ada apa lagi?”

Bersahaja Intan menutur kata. Perasaan yang telah lama hadir harus dibuang jauh. Dihadapannya bukanlah Tengku Zaqif yang dulu, tapi dia bakal suami kepada gadis pilihan Syarifah Al Bahiyah. Tapi mampukah dia?

“Tolong jangan buat saya macam ni please… Hati saya masih setia pada awak. Tak terlintas pun saya nak mencintai orang lain.”

Balas Tengku Zaqif. Hatinya runsing. Syarifah Al Bahiyah sudah mencampuri segala-galanya. Keputusan muktamad dari Syarifah Al Bahiyah! Dia wajib berkahwin dengan Arissa Balqis. Menurut Syarifah Al Bahiyah lagi, Arissa Balqis adalah anak kawan baik Mamanya. Dan pernikahan ini wajib diteruskan. Tengku Zaqif tidak mampu untuk melawan lagi.

“Make me stay and I will.”

Sebak nada Intan. Ini keputusan yang pahit yang perlu dia terima. Tapi dengan kudrat yang dia miliki, mampukah dia melawan semuanya. Tengku Zaqif runsing, hatinya dipagut rasa bersalah dengan gadis dihadapannya. Hati Nenda atau Intan Syaima? Buntu.

“Saya akan buat apa sahaja asalkan kita dapat bersama, boleh Intan tunggu saya ceraikan dia”

Tengku Zaqif merayu seperti anak kecil. Bersungguh! Mata Intan di tatap lama. Menunggu jawapan dari gadis itu. Sedangkan hati masih lagi buntu. Tidak ada lagi jalan penyelesaian. Kata-kata Syarifah Al Bahiyah wajib dia ikut. Arahan mati yang tidak boleh di bantah lagi.

“Mencintai awak sesuatu yang indah, tapi hakikatnya ia satu kesilapan. I made a choice… it’s you… but your choice is Nenda… Saya tak salahkan insan yang bernama Tengku Zaqif. Nenda ada kuasa atas diri awak. Sedangkan saya hanyalah orang biasa yang hanya mampu mencintai awak dalam diam”.

Intan Syaima menuturkan kata – kata yang juga membuatkan hatinya pedih. Tak rela melepaskan Tengku Zaqif. Ingin sahaja dia membawa Tengku Zaqif pergi jauh. Tapi apakan daya? Intan Syaima hanyalah gadis miskin yang tidak punya apa-apa. Hidup di dunia ini hanya menumpang kasih dan ehsan orang lain.

“Intan Syaima, bagi saya masa. Tolong jangan buat saya macam ni, please!”

Pinta Tengku Zaqif. Kata-kata Intan sebentar tadi bagaikan panahan yang menusuk ke dalam hatinya. Tapi Tengku Zaqif juga tidak tahu hendak berbuat apa-apa. Intan.. Intan… Nenda… Hanya dua nama itu yang bermain-main di fikirannya. Tengku Zaqif meraub wajahnya.

“Hukuman untuk awak, please don’t fall for anyone else. Keep your heart just for me. Saya tak cakap saya tunggu awak, saya cuma serahkan pada takdir. Lagi satu, awak tak payah lah datang sini lagi, saya risau Nenda tahu. Assalamualaikum.”

Balas Intan seraya kakinya mula melangkah masuk ke dalam rumah. Meninggalkan Tengku Zaqif sendirian. Laungan demi launguan dari bibir Tengku Zaqif tidak dihiraukan. Sempat Tengku Zaqif menggegar pintu pagar rumah Intan. Hatinya pedih.

####################################################################

Selang beberapa minit, kedengaran bunyi kereta Tengku Zaqif meluncur laju. Intan hanya mampu menghamburkan tangisan disebalik pintu. Puas dia berfikir, sememangnya hujung jarinya pun tidak layak untuk insan yang bernama Tengku Zaqif Hakimi bin Tengku Zahid Harith.

Jam menunjukkan pukul 12 malam. Kereta yang dipandu Tengku Zaqif baru sahaja tiba diperkarangan rumah. Nenda Bahiyah sudah menunggu di ruang tamu bersama dengan 3 orang lagi cucunya. Sedari tadi panggilan yang di buat untuk Tengku Zaqif tidak berbalas.

“Baru balik Achik?”

Soalan pertama yang keluar dari mulut Syarifah Al Bahiyah tidak berbalas. Kakinya laju ingin mendaki anak tangga. Hati masih sakit dengan kejadian tadi. Tidak tahu harus marah pada siapa?

“Nak Nenda hantar Intan Syaima ke luar negara ke?”

Soalnya lagi. Langkah Tengku Zaqif terhenti. Kaki berpusing dan meluru ke ruang tamu.

“Stop bother her Nenda, Achik dah ikut segala kemahuan Nenda, kenapa nak kacau hidup Intan Syaima?”

Tegas ayat yang dibicarakan oleh Tengku Zaqif bila nama wanita yang dia cintai itu disebut. Kembar yang lain hanya mendengar. Simpati ada, sedih ada. Tapi masing-masing ada masalah sendiri. Satu je masalah besar yang mereka semua hadapi. Syarifah Drakula!!

“Intan Syaima or sapa-sapa sekalipun. Nenda tak dengar sebarang alasan!

Ayat yang membuatkan cucu-cucunya semua terdiam. Malas untuk berbalah lagi. Jam pun dah cecah pukul 12 malam ni. Kalau jerit-jerit sampai pagi tak siap. Masing-masing menunggu butir kata yang selanjutnya.

“Nenda ingat nak postpone wedding kamu semua sebab kaki Angah patah haritu. Tapi sekarang macam dah baik sebab dah boleh jalan sana sini kan. Jadi kita proceed dengan tarikh asal kita. Lagi 3 bulan nikah. Rehat dalam seminggu, kita buat reception dekat ZH hotel”.

Bersahaja Syarifah Al Bahiyah bersuara. Seperti tidak bersalah langsung.

“Tapi Nenda kena ingat, Along masih ada lagi seminggu untuk cari calon yang setaraf dengan kita.”

Tengku Zaim bersuara untuk menegakkan haknya. Syarifah Al Bahiyah berwajah tenang.

“Ok Nenda tunggu. Esok mereka semua tak jadi bermalam di banglo kita. Nenda dah tunda lagi 2 minggu sebab anak Syed Ilham ada urusan dekat oversea. Ok! Nenda dah penat, nak masuk tidur.”

Sambung Syarifah Al Bahiyah sejurus menggerakkan kakinya menuju ke bilik. Tak kisahlah kalau Salwa Amna tak jadi bernikah dengan Tengku Zaim, yang penting bakal cucu yang Tengku Zaim pilih mestilah setaraf dengan dirinya.

“Kejap Nenda, satu sahaja permintaan dari kami, kami dah ikut semua kemahuan Nenda, yang ni permintaan kami, berhentikan spy-spy yang selalu perhatikan kami semua. Kalau Angah tahu Nenda masih buat lagi kerja spy-spy, Angah tak teragak agak nak buat hal masa akad nikah nanti, tak kisah lah siapa yang malu.”

Tegas permintaan Tengku Zaid. Bunyi seakan mengugut. Berani betul! Syarifah Al Bahiyah menoleh kembali pada cucu-cucnya.

“OK..”

Sepatah perkataan yang dituturkan, kakinya menyambung pergerakan. Cucu kembarnya masih lagi disitu. Setelah melihat Syarifah Al Bahiyah hilang dari pandangan, Iffah keluar dari dapur membawa 4 cawan nescafe.

“Nah minum dulu, tenangkan hati tu. Muka dah macam ayam berak kapur tertelan cuka.”

Sapa Iffah yang sengaja menceriakan keadaan. Masing-masing menghirup nescafe yang dibuat Iffah. Segar.

“Long, kalau kau berani lah kan, aku ada idea. Sebab kau je sekarang ni yang boleh pilih calon.”

Entah apa lagi idea Tengku Zaid ni. Macam –macam perangai. Iffah yang mendengar terus mengerutkan dahi.

“Angah jangan bagi cadangan bukan – bukan”

Marah Iffah. Punggung turut di rebahkan di atas sofa

“Tak ibu, ni baik punya.”

Sambung Tengku Zaid lagi.

“Apa dia?”

Soal Tengku Zaim ingin tahu. Tengku Zalif dan Tengku Zaqif hanya menunggu ayat yang ingin dibicarakan oleh abang kembarnya.

“Kau cari lah sapa-sapa anak yatim piatu, lepas tu kau upah dia jadi anak orang kaya. Alahai setakat dokumen tu kau palsukan je.”

Semangat Tengku Zaid menuturkan idea gilanya. What? Anak yatim. Masak kalau Nenda Bahiyah tahu. Tengku Zaim seperti bersemangat.

“Haah kan, kalau gitu kita suruh Intan Syaima jelah.”

Balas Tengku Zaim. Dengki! Mata Tengku Zaqif membulat. Tangannya digenggam membuat penumbuk ke arah Tengku Zaim. Masing-masing tersengih. Suka melihat Tengku Zaqif geram. Sempat lagi membuli di saat-saat genting begini.

“Alah gurau sikit tak boleh. Bukan dengan Intan lah. Pandailah Along cari dekat rumah anak-anak yatim tu nanti.”

Tengku Zaim memujuk. Iffah sudah tidak senang duduk. Ada je benda yang budak-budak ni nak buat.

“kalau Nen…..” Ayat Iffah belum habis sudah dipotong.

“Ibu, yang penting Along tak kahwin dengan Amna, Along ni masih ada peluang bu. Hish kalau Achik dah lama Achik buat kan? Betul tak Achik”

Tengku Zalif pula menyokong idea Tengku Zaid. Tengku Zaqif hanya menghela nafas panjang. Hanya nama Intan yang bermain di fikirannya.

“Ok, Along akan cari gadis tu, pasal dokumen semua korang yang kena tolong Along, kecuali Achik lah. Dia kan 24 jam dengan Nenda.”

Balas Tengku Zaim, dihujung ayat sempat lagi mengusik Tengku Zaqif. Makin geram dibuatnya. Nasib baik ada Iffah. Iffah menggelengkan kepalanya. Jam sudah mencecah pukul 1 pagi.

“Sudah-sudah, masuk tidur, kang esok tak bangun pagi. Engku menjerit, ibu yang susah”

Balas Iffah seraya bangun dari sofa. Semua cucu-cucu Syarifah Al Bahiyah bangun, masing-masing mendaki anak tangga dan menuju ke bilik.

‘Semoga Allah permudahkan segalanya’ sempat Iffah memohon doa untuk mereka.

#########################################################################

Mata masih terkebil-kebil mengingatkan si Alyaa Nadin. Entah kenapa hatinya tidak boleh duduk diam bila gadis itu muncul di hadapannya.

“Argh!”

Ada keluhan kecil di situ. Nama Alyaa terus bermain di fikirannya. Ingin sangat keajaiban berlaku saat hari pernikahannya nanti.

“Hai lah hati… kenapa lah kau suka dekat Alyaa”

Tengku Zaid berbicara sendirian. Tangannya sibuk mengambil telefon bimbit di sebelah katil. Nama Iffah di aplikasi whats up di tekan.

“Sleep?”

Butang hantar di tekan. Selang beberapa minit kemudian, mesej dari Iffah masuk.

“Bangun buat solat dua rakaat. Minta petunjuk. Kalau dia memang yang terbaik untuk Angah, Allah akan hadirkan dia dalam hidup Angah. Jangan nak runsing sangat. Apa yang Angah dapat lepas akad nikah nanti, itulah yang terbaik. Itulah yang Allah pilih untuk Angah. Dia nak tengok sama ada Angah berjaya atau tidak mendidik amanah yang Dia titipkan.”

Tengku Zaid hanya bertanya dah tidur ke belum. Amik kau! Panjang lebar ceramah yang Iffah beri. Tersenyum sendirian Tengku Zaid saat membaca pesanan ringkas dari Iffah.

“It’s all about LOVE”

Butang hantar di tekan lagi. Masih mencari kepastian. Betulkah Syarifah Aqilah akan bersama dengan dirinya.

“It’s not about love. It’s all about you. Kejar cinta Allah dulu maka Allah akan lahirkan insan yang sempurna yang betul-betul cintakan kita. Kadang-kadang mata manusia ni dikaburi dengan perasaan damai bila kita suka seseorang. Sedangkan Allah dah menjanjikan yang terbaik. Kenapa kita tak nak yakin dengan Allah? Jawapannya ada dalam diri Angah. Tanya hati tu? Kenapa kita tak bersyukur dengan apa yang Allah dah beri. 3 bulan. Lama lagi. Apa-apa boleh berlaku dalam masa 3 bulan ni. If you want a miracle. Jangan lupa doa..doa..dan doa. Hanya Allah yang mampu mengubah segalanya. Nite. Assalamualaikum.”

Tersenyum Iffah saat menekan butang send. Macam-macam perangai betul kembar-kembar Syarifah Al Bahiyah ni. Iffah pun melayan je. Kerana dalam hatinya ada sifat sayang dan kasih seorang ibu. Iffah tersenyum lagi bila teringatkan gelagat mereka semua. Mata masih tidak mampu di pejam. Kipas di syiling di pandang dengan pandangan kosong. Sesekali bibir terbit senyuman. Entah apa yang difikirkan Iffah. Hmm… Malam.

Previous: BAB 10
Next: BAB 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.