Home Novel Cinta ENCIK KEMBAR JATUH CINTA
BAB 40

BAB 40

Tengku Zaid yang sedang membisikkan sesuatu pada Tengku Zaqif lantas disergah Iffah di ruang tamu. Tengku Zalif masih berada di bilik Syarifah Al Bahiyah disebabkan urusan kerja yang tak pernah habis.

“Bisik-bisik.. ni bini-bini kamu mana?”

Soal Iffah yang menghulur nescafe.

“Alyaa tidur bu, tadi pening-pening kata dia.” Balas Zaid bersahaja. Bahunya ditepuk Iffah.

“Bertuah betul! Alyaa tengah pening boleh borak pulak kat sini, Angah naik atas sekarang! Pegi tengok dia.”

Marah Iffah bila Tengku Zaid meninggalkan Alyaa seorang diri di atas. Tengku Zaqif sudah naik ke atas setelah berbisik dengan kembarnya. Entah apa yang dia nak buat agaknya. Tengku Zaid masih lagi setia dengan Iffah.

“Dia tengah merajuk pasal Angah tak bagi kerja, nak duduk dekat-dekat pun nanti dia marah”

Tengku Zaid meluah perasaan bila Zaqif sudah hilang dari pandangan. Iffah tersenyum.

“Orang mengandung memang macam tu. Dah lah ibu nak pergi dapur”

Kaki Iffah mula bangun dari sofa dan ingin menuju ke dapur. Tiba-tiba kedengaran laungan Arissa memanggil Iffah. Iffah yang ingin berlari ke atas ditarik Zaid.

##############################################

“…satu….je….permintaan….saya…..saya…nak..dengar..awak..cakap..awak..suka saya…supaya..saya boleh…pergi…dengan tenang.”

Nafas Tengku Zaqif tersekat-sekat. Lakonan Tengku Zaqif menjadi. Tiba-tiba sahaja terbaring di hadapan bilik air. Arissa bingung.

“Awak kenapa ni! Ya Allah!”

Balas Arissa kalut. Kepala Tengku Zaqif dipangku. Tiba-tiba tiada lagi suara yang keluar dari mulut Tengku Zaqif. Arissa memeluk kepala Tengku Zaqif sambil menangis. Air mata sudah berjuaraian.

“Awak…bangun..bangun”

Rintih Arissa dalam esakan. Iffah dipanggil lagi namun tidak juga muncul. Arissa mencium-cium muka Tengku Zaqif

“Awak..bangun..bangun…tak kan awak sanggup nak tinggal saya, ni anak dalam perut saya tak ada ayah….”

Arissa menangis meraung-raung. Tiba-tiba mata Tengku Zaqif tercelik. Badan terduduk.

“Anak?”

Soalan pertama Zaqif pada Arissa. Lupa dah lakonan tadi. Arissa memukul dada Tengku Zaqif geram. Langkah Arissa dilajukan keluar dari bilik. Tengku Zaqif tersenyum puas. Tiba-tiba terdengar Arissa menjerit. Tengku Zaqif berlari keluar. Iffah sudah memapah Arissa. Tengku Zaqif berlari mendapatkan Arissa. Iffah menjeling geram.

“Bagus sangat perangai! Nasib baik terseliuh sikit je ni, kalau jadi apa-apa padan muka Achik. Menangis tak berlagu! Tu anak dalam perut tu lagi!”

Iffah memarahi Tengku Zaqif. Arissa masih lagi dipapah Iffah. Lantas tubuh Arissa dicempung oleh Tengku Zaqif. Mukanya risau. Arissa sudah memukul-mukul dada suaminya. Geram. Tengku Zaqif hanya membiarkan pukulan isterinya.

“Ikut sangat idea gila si Angah ni, dah pergi naik atas sebelum ibu pulak naik angin”

Marah Iffah pada Tengku Zaqif dan Tengku Zaid. Langkah dilajukan sampai ke bilik. Macam-macam hal? Omel Iffah.

“Nasib baik ada Ibu sempat sambut saya jatuh tadi. Ni semua pasal awak”

Marah Arissa bersama tangisan. Tengku Zaqif sudah duduk di atas katil bersama Arissa. Dada Tengku Zaqif masih menjadi mangsa pukulan Arissa sedari tadi. Lantas Arissa dipeluk sekuat hati. Mulut tak berbicara, biarkan Arissa melepaskan segala-galanya. Tahu pun takut! Buat lagi benda pelik-pelik. Tengku Zaid ni pun satu! Tengku Zaqif turun semula selepas kaki Arissa disapu minyak dan tertidur. Iffah masih lagi di dapur yang sudah menjadi sebahagian dalam hidupnya.

“Nescafe..”

Pinta Tengku Zaqif. Iffah sudah menjeling tajam. Marah tadi tak hilang lagi tapi tangan sudah digerakkan. Tengku Zaqif terdiam bila Iffah sudah menjeling

“Buat lagi macam tu!”

Marah Iffah bersambung. Nescafe dihulur.

“Sorry bu, ermmm dia bagi tahu ibu dia pregnant? Dah berapa bulan?”

Soal Tengku Zaqif. Iffah sudah duduk berhadapan.

“Tu lah, sampai bini sendiri pregnant pun tak tahu, dah nak masuk 2 bulan tahu tak.”

Nada sudah diperlahankan. Tengku Zaqif tersenyum. Tak sangka dah nak bergelar Ayah tak lama lagi.

“Dah nak dapat anak ni, perangai tu jaga, buat lagi bukan-bukan siap Achik. Si Angah ni pun satu…..”

Bebel Iffah. Kakinya sudah melangkah ke sinki. Pinggan yang dibasuh tadi di lap. Bebelan masih tak habis. Tengku Zaqif hanya tersenyum. Entah dengar-entah tidak.

##################################

“Jomlah Encik.. jomlah”

Rayu Erin Fasha pada Tengku Zaim. Tak pasal-pasal malam ni kena teman Erin Fasha pergi karokae. Pening kepala Tengku Zaim. Orang sekeliling memerhati je pasangan bahagia tu. Ada lah mata-mata yang macam tak percaya Erin tu bernikah dengan mamat handsome ni.

“1 jam Rm 20 je.”

Ucap penjaga kaunter tersebut. Erin tersenyum pada Tengku Zaim.

“Duit… Hehehehe”

Pinta Erin. Tengku Zaim mengeluh. Dompet dikeluarkan. Sejurus selepas itu Tengku Zaim dan Erin Fasha masuk ke dalam pusat karoke di dalam pusat membeli belah. Semua lagu –lagu telah di pilih oleh Erin Fasha. Tengku Zaim menggelengkan kepalanya. Excited betul budak ni. Lagu pertama. Memori berkasih. Tergelak Tengku Zaim melihat kerenah Erin Fasha. Time ni nyanyi lagu Sakitnya tuh disini pulak. Layan jelah Zaim oi.

“Ok dah puas? Jom balik”

Ajak Tengku Zaim pula. Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Erin mengerutkan dahinya.

“Encik ni… Sikit-sikit nak balik. Nantilah kejap. Jomlah makan. Kita makan dominos eh”

Pinta Erin comel. Tengku Zaim hanya turutkan. Dah nama pun sayang.

############################################

Iffah yang baru sahaja ingin merebahkan badan di atas katil. Pintu biliknya pula diketuk. Pintu dikuak, Tengku Zaid sudah tercongok di depan pintu. Pelik Iffah. Selalunya nak apa-apa mesej.

“Call ibu tak dapat, sebab tu datang sini” Suara Tengku Zaid cemas.

“Kenapa ni? Phone ibu mati agaknya.”

Soal Iffah. Tangan Iffah di tarik naik ke bilik. Alyaa sedari tadi kehulur-kehilir keluar bilik air. Alahan mengandung teruk. Iffah masuk ke dalam bilik Tengku Zaid dan menuju ke bilik air. Iffah memapah Alyaa ke katil.

“Tengok ni ibu buat..”

Tutur Iffah pada Tengku Zaid. Minyak angin disapu pada kaki dan belakang badan Alyaa. Kakinya dipakaikan stokin.

“Esok beli vitamin C, tekak dia tak sedap ni, loya.” Pesan Iffah pada Zaid yang memerhati tindakan Iffah.

“Lepas ni dah tak payah baca majalah kereta, majalah lelaki. Pergi beli majalah perempuan mengandung. Boleh tahu macam mana nak handle bila jadi macam ni”

Sambung Iffah lagi. Tengku Zaid sudah tersengih. Kaki Alyaa dipicit-picit. Alyaa yang masih boleh mendengar butir kata dari mulut Iffah, tergelak kecil.

Iffah keluar dari bilik Tengku Zaid setelah semuanya ok. Pandangannya mesti akan dilarikan ke bilik hujung sekali bila pergi ke tingkat dua. Jam di dinding sudah mencecah pukul 1.00 pagi. Langkah Iffah berani menuju ke bilik tersebut. Pintu bilik dikuak.

‘Tak kunci’ Bicara hatinya.

Ingatan diimbas kembali 26 tahun dahulu. Iffah selalu menghantar nescafe pada Putra tunggal Syarifah Al Bahiyah. Sergahan mematikan lamunan. Syarifah Al Bahiyah muncul tiba-tiba. Mungkin rindu pada anaknya. Iffah sudah terdiam. Tak tahu hendak menjawab apa. Jelingan sudah diberikan. Iffah cepat-cepat Iffah menundukkan pandangan dan berlalu pergi. Fuhh! Panahan mata Omma bertha berhantu.

#################################################

“Hish tak nak lah peluk-peluk. Sana lah sikit”

Dengus Didi Khalisha. Tangan Zalif masih lagi merayap pada tubuh isterinya. Entah kenapa angin semacam Didi harini. Tengku Zalif asyik nak membuli je.

“Period eh?”

Soal Tengku Zalif. Didi mengerutkan dahi. Malas nak melayan. Matanya ngantuk. Badannya penat.

“Jangan kacau lah. Awak kacau saya lagi saya tidur bawah”

Ugut Didi lagi. Tengku Zalif terdiam sekejap. ‘Angin laut mana pulak dia malam ni. Selalu ok je’ Bisik hati Tengku Zalif. Didi di sebelah dikerling lagi. Selimut sudah sampai ke kepala. Tengku Zalif memandang syiling. Entah kenapa tangannya masih gatal menyelak selimut isterinya.

“Apa lagi? Dah pukul 2 pagi ni. Tidur lah”

“Ok-ok aku tak kacau. Hemmh!”

Tengku Zalif menghala semula pandangan ke syiling. ‘ Dia teringat kat Remy lagi ke?’ Tengku Zalif resah. Amboi! Dalam hati ada cinta ke bang oi?

Previous: BAB 39
Next: BAB 41

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.