Home Novel Cinta ENCIK KEMBAR JATUH CINTA
BAB 41

TEASER 41


Didi turun meniti anak tangga dengan laju. Malas hendak melayan Tengku Zalif yang asyik membulinya.

“Heh, tunggu aku!”

Jerit Tengku Zalif yang melihat isterinya ingin menghala ke dapur. Didi menoleh. Muka dikerutkan.

“Pergi naik atas salin baju! Cuti seminggu sekali, nak ajak keluar pun susah!”

Jerit Tengku Zalif lagi. Didi sudah menghentak kaki diposisi sama. Mukanya makin dikerutkan.

“Malas!”

Balas Didi geram. Tengku Zalif sudah berlari mendapatkan Didi. Muka isterinya di pandang.

“Kau ni patutnya untung dapat aku tahu tak? Perempuan ramai nak dekat aku, tapi kau yang jadi bini aku”

Balas Tengku Zalif bersahaja. Ada sahaja nak digaduhkan kalau si Zalif ni. Didi sudah membuat muka menyampah.

“Oh kau tak caya, cuba kau check phone aku. Cuba kau tengok berapa banyak nama perempuan yang nak try. Semua aku tak layan tau.”

Sambung Tengku Zalif lagi bila isterinya malas melayani kerenahnya. Didi mendengus geram.

“Awak pergilah dengan perempuan tu! Dah malas lah nak layan awak ni. Tak habis –habis nak cari gaduh!”

Balas Didi sedikit tegas. Tengku Zalif pula terkejut dengan sikap Didi. Sejak dua menjak ni ada je benda Didi tak puas hati.

“Ok, tak pe, aku pergi sekarang!”

Balas Tengku Zalif seraya melangkah menjauhi Didi. Iffah yang sedari tadi ada di dapur terpanggil ke ruang hadapan bila mendengar bising-bising.

“Astaghfirullah..”

Ucap Iffah lantas kaki melangkah laju mendapatkan Didi yang sedang terbaring. Tengku Zalif yang sudah sampai ke pintu hadapan rumah dipanggil Iffah. Sepantas kilat Zalif lari mendapatkan isterinya.

“Kenapa ni? Uda buat apa?”

Soal Iffah sejurus sahaja Tengku Zalif sampai di sebelah Didi. Soalan Iffah belum dijawab. Tubuh Didi sudah dicempung.

“Tadi ok je, tiba-tiba jadi macam ni.”

Muka Zalif sedikit cemas. Iffah dan Zalif sama-sama menuju ke bilik. Iffah segera mendail nombor doktor pribadi Keluarga Syarifah Al Bahriah. Tahu pun risau si Zalif ni, cari lah pasal lagi!

“Tulah, gaduh lagi! Ingat ibu tak dengar dekat dapur tu.”

Marah Iffah. Tengku Zalif terdiam. Didi Khalisha diletak di atas katil.

“Ibu turun dululah, kejap lagi doctor sampai tu”

Arah Zalif. Iffah terberhenti mengusap kepala Didi.

“Banyak kali dah cakap, suruh lembut dengan isteri. Tengok dah jadi macam ni kan susah. Dah ibu turun dulu. Dia ok je ni. Pitam agaknya.”

Balas Iffah seraya melangkah keluar. Tengku Zalif merapati isterinya. Sesekali pipi Didi dipicit nak membangunkanannya. Didi tersedar sedikit, kepalanya dipicit-picit. Lantas Tengku Zalif menyuruhnya tidur kembali. Tahu pun risau!

################################################################

“Tak puas –puas mandi kolam. Demam kang asyik berendam je”

Bebel Tengku Zaim bila melihat Erin berpusing-pusing di dalam kolam renang. Macam biasa. Mesti tayang gigi.

“Biarlah. Habis tak tahu nak buat apa. Nak bawak motor Encik tak bagi”

Balas Erin pula. Gila nak suruh Erin Fasha bawak motor kat bandar ni? Pitam terus Tengku Zaim.

“Encik.”

Panggil Erin lagi. Tengku Zaim hanya memerhati isterinya di tempat duduk bersebelahan kolam renang. Mata masih memandang tab.

“Haritu kan. Masa saya tengah kelaur dengan Ibu. Rasa macam ada orang ikut lah.”

Sambung Erin Fasha.

“Hmm perasaan awak je tu. Sapa jelah nak tengok awak”

Balas Tengku Zaim bersahaja. Erin tersengih lagi. Air dipercik-percik pada suaminya. Tengku Zaim menghalang air yang terkena kemuka.

“Mandi..mandi..”

Arah Erin. Tengku Zaim mengeluh. Baru je lepas mandi dekat atas tadi. Dah kena layan perangai budak ni. Pantas Tengku Zaim membuka baju. Seperti biasa, dengan hanya berseluar pendek Tengku Zaim melompat masuk ke dalam air. Erin dah biasa dah. Boleh tersengih je tengok badan suami dia tu.

“Encik. Ketul-ketul kat badan ni nak suruh sapa tengok? Nak suruh saya tengok eh?”

Soal Erin polos. Sengihan diberikan. Tengku Zaim tergelak mendengar soalan isterinya. Macam tak de benda je nak ditanya.

Previous: BAB 40
Next: Bab 42

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.