BAB 10
Rumah Banglo Syarifah Al Bahiyah kembali
sepi. Masing –masing sudah pergi bekerja kecuali Tengku Zalif yang sengaja
memohon cuti pada hari ini. Alasan yang diberikan pada Nenda Bahiyah, dia ingin
berjumpa dengan Didi Khalisha. Tak sabar betul Tengku Zalif ni, bukan ke minggu
ni mereka semua akan bermalam di banglo Syarifah Al Bahiyah. Syarifah Al
Bahiyah pun suka je bila si Tengku Zalif nak berjumpa bakal cucu menantunya
Derapan kaki Tengku Zalif sudah kedengaran
menuju ke dapur. Jam menunjukkan pukul 10 pagi. Iffah sibuk memikirkan menu
tengah hari. Sekejap sahaja Tengku Zalif sudah berada di hadapan peti ais. Air
mineral sejuk diteguk.
“So, how your future wife? Is it ok?”
Tegur Iffah. Air mineral yang dipegang di
letak di atas meja. Tengku Zalif menarik nafas panjang. Iffah masih menyelak
buku resepi di hadapannya.
“Uda ikut cakap ibu lah ni, sebab tu tak
membantah. Sekarang ni Uda nak pergi train gadis yang bernama Didi Khalisha
sebelum dia menjadi isteri Uda.”
Kerusi dihadapan Iffah di tarik,
punggungnya diletakkan di atas kerusi.
“Macam ni lah anak ibu, dengar kata.
Looks, bila kita anggap sesuatu perkara itu positif, hasil yang kita dapat akan
positif. Teruskan berfikiran macam ni.”
Iffah sudah memulakan memulakan tazkirah
pagi. Buku masakannya di tutup. Matanya di halakan ke arah wajah masam Tengku
Zalif.
“How long ibu? Uda cuba to be good husband
but I don’t think I can love her. Mungkin dia pun sama, mama papa dia yang
suruh kahwin. Entah-entah boyfriend sana sini. Mana kita tahu.”
Iffah memberikan senyuman. Sudah tersedia
ayat di dalam kepalanya untuk meyakinkan Tengku Zalif.
“Terlafaz sahaja akad nikah, she will be
your responsibility. Time tu segala dosa dia Uda yang tanggung, so pandai
–pandailah Uda jaga dia. Didik dia. Jadikan dia seorang wanita yang bila orang
lain tengok, aku cemburu kau dapat isteri macam dia. Apa – apa yang pernah
berlaku sebelum terlafaznya akad nikah, Uda tidak boleh pertikaikan. Sebab itu
zaman silam dia.”
Panjang Iffah berhujah. Namun Tengku Zalif
masih belum yakin lagi dengan jawapan Iffah yang panjang berjeler tu. Yelah!
Yang perlu berhadapan dengan semua ni dia! Bukan orang lain. Dia yang perlu
tangani masalah yang akan timbul nanti! Iffah sudah bangun dan mengambil
beberapa biji bawang untuk memasak.
“How about love? Bukan ke kita perlukan
cinta untuk hidup bersama?”
Soal Tengku Zalif lagi. Iffah tersenyum.
Bawang yang dipotong diletak tepi. Matanya memandang Tengku Zalif.
“Do you love your work?” Soal Iffah lagi.
“No…” Jawab Tengku Zalif.
“See! Uda tak suka kerja Uda, tapi Uda
buat dengan bersungguh-sungguh sebab apa? Sebab tu dah jadi tanggungjawab Uda.
Sama macam perkahwinan, bila kita ada rasa tanggungjawab, kita tak suka! Tapi
kita tetap buat. Perasaan cinta tu akan lahir sendiri. Kalau Allah dah
takdirkan Uda hidup bersama dengan dia, InsyaAllah! Allah akan lahirkan
perasaan cinta tu. Doa banyak-banyak. Buat solat isthikarah.”
Panjang lebar Iffah meyakinkan Tengku
Zalif. Tengku Zalif mengalah. Senyuman diberikan pada Iffah.
“Baiklah ibuku tercinta. Oklah Uda nak
pergi jumpa bakal menantu ibu. Nama dia Didi Khalisha. I will make her
beautiful inside and out. Just like her name.”
Balas
Tengku Zalif seraya melangkah keluar dari dapur. Iffah tersenyum melihat
gelagat – gelagat pewaris Syarifah Al
Bahiyah ni. Dah Iffah, pergi masak. Sekejap lagi drakula balik nak
makan. Deruman enjen kereta Tengku Zalif sudah kedengaran. Sekejap sahaja
kereta itu hilang dari perkarangan rumah.
Sepanjang perjalanan Tengku Zalif
memikirkan kata – kata Iffah.
‘Yes!! I will prove it’ bicara Tengku
Zalif sendirian.
Semangat yang disalurkan oleh Iffah
terkesan juga dalam hati Tengku Zalif. Kereta yang dipandu meluncur laju masuk
ke Syariffah Mall. Tempat yang dijanjikan untuk berjumpa dengan Didi Khalisha.
Tengku Zaqif masuk ke Syariffah Mall dan terus meluru ke Starback Cafe. Kelibat
Didi Khalisha sudah kelihatan dari jauh. Tengku Zaqif melajukan langkahnya.
“Sorry I’m late.”
Sapa Tengku Zalif pada Didi Khalisha.
“It’s okay, I pun baru je duduk.”
Balas Didi bersahaja. Tengku Zalif
mengambil tempat duduk di hadapan Didi.
“So, apa yang you nak bincangkan, I tak
boleh lama”.
Pinta Didi. Mukanya serius.
‘Fuhh! Ganas jugak minah ni’ Bisik hati
Tengku Zalif.
“First of all, I nak say thank you sebab
meluangkan masa untuk jumpa dengan I.” Tengku Zalif memulakan bicara. Didi
tidak menjawab. Air kopi dihirup Didi.
“Ada boyfriend?”
Soal Tengku Zalif lagi. Didi memandang tepat
wajah Tengku Zalif.
“Of course ada, dia nak datang sekejap
lagi, sebab tu I cakap I tak boleh lambat.”
Balas Didi tegas. Lantas Tengku Zalif
teringat kata-kata Iffah, masa silam seseorang tidak boleh dipertikaikan. Dia
belum sah menjadi suami kepada Didi Khalisha.
“Ada apa-apa lagi yang you nak cakap?”
“Ada…Soon I will be your husband
InsyaAllah.”
“Yes I know. But nothing will changed with
my life. Perkahwinan hanya satu title dalam hidup I. Yeah.. lepas ni ramai yang
panggil I madam kut. Tapi tu bukan bermaksud hidup I akan berubah jugak.”
Suara Didi mula meninggi. Rumit juga
wanita yang bernama Didi Khalisha ni. Tengku Zalif mengeluh di dalam hati.
‘Mungkin ini belum masanya, betul kata
ibu. Siapa Didi Khalisha sekarang yang aku cuba nak ubah mengikut cara yang aku
nak. Dia ada hidup dia.’
Hati kecil Tengku Zalif berbicara lagi.
“Okay Didi. I just nak kenal sikit dengan
gadis yang macam mana yang I akan nikahi nanti.”
Nampak ada riak mengalah di situ. Mengalah
sebab Didi bukan lagi yang halal dalam dirinya. Tengku Zalif menunggu masa yang
sesuai itu tiba. Ye! Masa selapas sahaja terlafaz akad nikah. Bermula saat itu
tanggungjawabnya bermula.
“Tiada yang berubah Tengku Zalif Hakimi,
you dengan kehidupan you, and I dengan kehidupan I. For sake of my parents I
tebalkan hati I untuk terima semua ni. I harap you faham. I cuma tunggu lafaz
nikah dan lafaz talak dari you.”
Wow!!! Ayat yang tak disangka-sangka akan
keluar dari mulut Didi Khalisha. Hebat wanita yang berada di hadapan Tengku
Zalif ni! Penuh dengan muslihat. Terkejut juga wajah Tengku Zalif. Ada juga
perempuan yang sebegini rupa. Tapi memang tak boleh nak salahkan Didi. Betul
juga dia kata, dia ada kehidupan dia. Jadi sekarang ni, Tengku Zalif ni
pengacau ke? Kelibat seorang lelaki tiba-tiba muncul antara Didi dan Tengku
Zalif. Tengku Zalif masih lagi tenang.
“Boyfriend I pun dah sampai, lagipun kita
tak payah lah jumpa lagi, tunggu akad nikah je nanti. Eh lupa pulak, jumpa kat
rumah you nanti.”
Sambung Didi sebelum kaki melangkah pergi
meninggalkan Tengku Zalif. Sempat lagi Tengku Zalif menghela nafas panjang.
‘Hai, nasib kau lah Zalif! Betul jugak apa
Didi cakap. Esok lusa cerai jelah. Apa kurang handsome ke aku ni? yelah nak
buat macam mana, dia dah cinta mati dengan boyfriend dia, memang aku pengacau
lah sekarang ni’ Bibir menutur kata sendirian.
“Hoi!”
Suara garau lelaki menyapa Tengku Zalif.
“Berangan! Cakap sorang-sorang” Sambung
Hakim. Tengku Zalif tersentak.
“Kalau aku ada sakit jantung tadi, mahu
tak meninggal wei!”
Balas Tengku Zalif. Hakim tergelak kuat.
“Baguslah, tak payah kau susah –susah nak
kahwin, pelik betul Nenda korang semua ni.”
Tengku Zalif tersengih. Kepala nya
digelengkan tanda mengiakan kata kawannya.
“Zaqif macam mana? Dah lama dia tak
contact aku, sejak Nenda kau tahu pasal Intan, mamat tu senyap je
Tengku Zalif menggaru kepala yang tidak
gatal.
“Mamat tu lagi sorang, dia tu dah la
kesayangan Nenda. Dari dulu tak pernah membantah, boleh pulak senyap –senyap
bercinta.”
Turut runsing dengan masalah kembarnya yang
lain.
“Habis tu Nenda buat apa kat Zaqif?”
“Kau tahu jelah Nenda aku tu, dia akan
buat macam-macam supaya impian dia tercapai. Nak tak nak kena kahwin jugak
dengan Arissa Balqis. Sebab tu aku ni, dari dulu tak da nya nak bukak hati aku
untuk mana-mana perempuan.”
Panjang lebar Tengku Zalif berhujah. Hakim
menggeleng kepalanya.
“Habis Zaim macam mana? Kata dia boleh
nikah dengan gadis pilihan sendiri.”
Soal Hakim lagi. Dah macam wartawan tak
bertauliah si Hakim ni. Semua benda nak di korek.
“Dia tak jumpa yang setaraf, nak tak nak
kena kahwin jugak. Hish! Kau ni banyak pulak tanya. Masalah aku ni kau tak nak
tanya. Dah cepat order, aku belanja”
Balas
Tengku Zalif geram. Masalahnya pun tak habis fikir. Nak kena fikir masalah
kembarnya yang lain. Hakim tersengih. Cepat je order bila dengar perkataan
belanja.
########################################################
“You tak boleh nak mengelak lagi dari I
Zaim. Hanya I yang boleh nikah dengan you. I tunggu you jadi suami I. I akan
pastikan yang you hanya bernikah dengan I”
Ucap Salwa Amna sebelum keluar dari bilik
mesyuarat. Tengku Zaim mendengus kecil. Penat sudah berhadapan dengan gadis di
hadapannya. Entah kenapa cepat sahaja anginnya akan berubah kalau berjumpa
dengan Salwa Amna.
“Betul lah cakap you. I pun tak sabar nak
nikah dengan you”
Balas Tengku Zaim. Mukanya sengaja
disenyumkan. Sengaja melayan drama di hadapannya. Nampak wajah Salwa Amna
berubah air mukanya. Bahagia. Seperti ada kelopak bunga ros yang jatuh di atas
kepalanya. Tengku Zaim mengatur ayat lagi.
“Dan tak semestinya hanya ada lafaz akad
nikah. Kita juga perlu ada lafaz cerai. Dan I harap you tak lupa. Kuasa talak
tu di tangan lelaki”
Sambung Tengku Zaim. Sengaja menghancurkan
perasaan bahagia dalam hati Salwa Amna. Dengar suara Salwa Amna yang mendengus
geram. Tengku Zaim bahagia dapat mengenakan wanita di hadapannya. Namun
kata-kata Iffah selalu sahaja menerjah ketelinga. Tapi dia tetap tak boleh
terima Salwa Amna! Entah kenapa. Hatinya seolah-olah mintak dijauhkan dari
Salwa Amna.
Salwa Amna menghentak kaki dan keluar dari
bilik mesyuarat. Terbit pula rasa bersalah dalam hati Tengku Zaim. Tapi hatinya
puas selepas berkata begitu. Zaim…Zaim… Telefon bimbitnya berbunyi. Nama Tengku
Zaqif terpapar di screen telefon.
“Hah
Kenapa?”
Soal
Tengku Zaim. Badan kembali duduk di atas kerusi bilik mesyuarat. Sejurus
telefon di matikan, kaki Tengku Zaim mula melangkah keluar dari pejabatnya.
Entah kenapa pulak si Tengku Zaqif ni. Macam-macam hal!
“Macam dah tak de masa je dekat rumah tu”
Soal Tengku Zaim pada Tengku Zaqif yang
banyak sangat termenung tu. Bangunan Syamraa Holdings yang berkembar membuatkan
mereka senang untuk berhubung. Tengku Zaim menghirup milo panas di hadapanya
sambil menunggu butiran dari kembarnya. Tengku Zaqif menghela nafas panjang.
“Aku nak bawak lari Intan.”
Sebaris ayat yang membuatkan Tengku Zaim
tersedak semasa menyua minuman ke mulutnya. Biar betul Tengku Zaqif ni!
“Kalau Nenda koma, at least masih ada
nyawa lagi lah. Tapi kalau tiba-tiba… Ha.. Ha.. Kau jangan buat bukan-bukan.
Kau kalau tak nak, baik kau bincang betul-betul dengan Nenda. Kang tak pasal
jadi majlis lain kang”
Tengku Zaim menakutkan adik kembarnya.
Lagi sekali Tengku Zaqif meraub wajah. Susahnya!
“Kau tak faham long. Kau tak penah simpan
perempuan dalam hati kau. Aku memang tak boleh nak lupakan Intan. Makin aku
sakitkan hati dia, hati aku yang sakit.”
Keluhan demi keluhan dilepaskan. Tengku
Zaim hanya mampu mendengar. Mungkin dia tidak seteruk adik kembarnya. Tapi
masalah dia pun besar jugak. Tengku Zaim juga mengeluh di hadapan Tengku Zaqif.
“Entahlah.. Pokok pangkalnya sekarang ni
Nenda. Hish! Entahlah. Kau tanyalah Ibu macam mana. Aku pun tak reti nak bagi
kau nasihat. Aku pun pening dengan si minah gedik tu.”
Giliran Tengku Zaim pula merungut. Dari
jauh kelihatan pula kelibat Tengku Zalif yang mula menghampiri meja mereka
berdua. Kejap je sampai lepas dapat mesej dari Tengku Zaqif.
“Apa susah-susah. Aku baru je jumpa
perempuan ni. Kau nak tahu dia cakap apa?”
Ucap Tengku Zalif seraya menyedut teh ais
Tengku Zaqif. Masing-masing menuggu jawapan dari mulut Tengku Zaqif.
“Aku tunggu lafaz akad dan lafaz cerai.
Simple! Buat apa kita nak pening kepala. Nikah jelah. Lagipun itu yang Nenda
nak. Agak-agak bosan cerai! Mudah. Tak payah rumitkan.”
Tengku Zalif memberi cadangan . Tengku
Zaim tergelak. Ayat yang sama yang dituturkan pada Salwa Amna. Tengku Zaqif
masih lagi hambar. Runsing. Ni kalau Iffah tahu plan diorang ni. Memang masak
semua kena tazkirah!
“Hermm… Entahlah wei. Kahwin pun susah
sangat kita ni. Orang bahagia nak kahwin. Kita?”
Keluh Tengku Zalif lagi. Ada senyuman
malas di bibirnya. Masing-masing tengah memikirkan Nenda Bahiyah. Siapa lagi?
Satu-satunya insan yang mereka kasih. Insan yang sanggup membesarkan mereka
berempat tanpa kasih seorang ibu dan ayah. Dialah ibu dan ayah bagi mereka
semua.