BAB 24
Jam tepat menunjukkan pukul 6 pagi.
Seperti biasa, usai sahaja menunaikan solat subuh Iffah sudah keluar dan menuju
ke dapur.
‘Nak masak sarapan apa ye?’
Bicara Iffah sendirian. Kaki mula
melangkah masuk ke dapur. Terkejut melihat ada manusia yang sedang menyembamkan
muka di atas meja dapur.
“Astaghfirullah, kenapa tidur dekat sini
Achik? Bilik punya lah luas, dekat dapur jugak dia nak tidur.”
Bebel Iffah dipagi hari yang melihat
Tengku Zaqif tidur sambil duduk di dapur. Bebelan Iffah menyedarkan Tengku
Zaqif.
“Nescafe…”
Pinta Tengku Zaqif. Matanya masih lagi
dipejamkan. Kepalanya masih dilentokkan di atas meja.
“Whats wrong Achik? Kenapa tinggal Arissa
dekat atas tu?”
Soal Iffah pada Tengku Zaqif. Pelik kenapa
pagi-pagi dah tercongok dekat dapur ni.
“Tak lah ibu, lepas solat tadi Achik
turun.”
Tengku Zaqif menjawab malas. Badannya
sudah ditegakkan. Air nescafe dihulur Iffah.
“Arissa dah bangun solat ke belum?
Tanggungjawab tu, jangan lupa pulak”
“Dia dah bangun..”
Air nescafe dihirup lagi. Iffah menarik
nafas panjang.
“Macam-macam hal” Omel Iffah
Belum 5 minit Iffah berada di dapur,
kedengaran derapan kaki manusia yang sedang menuju ke dapur. 2 lagi kesayangan
Iffah muncul. Tengku Zaim! Dan Tengku Zaid!
“Allah! Ni dah kenapa pagi-pagi lagi dah
turun. Selalunya kalau cuti, selagi tak kejut, kalau boleh tu, memang tak nak
bangun.”
Iffah menyambung leterannya. Tangan nya
sudah ligat membancuh lagi 2 cawan nescafe.
“Tiba-tiba rasa haus tekak ni, sebab tu
turun.”
Balas Tengku Zaid bersahaja. Masing-masing
pandang sesama sendiri. Tiba-tiba tergelak.
“Dah kenapa ketawa?”
Soal Iffah yang turut rasa nak tergelak
bila cucu-cucu majikannya ketawa.
“Tak de pape saje.. Entah…”
Balas Tengku Zaim. Ketawa masih bersisa.
Iffah sudah bangun untuk mengambil beberapa biji bawang merah dan bawang putih
untuk dijadikan perencah nasi goreng.
“Ok, sekarang ni jujur jelah dengan ibu,
sapa yang tidur dekat sofa semalam?”
Masing-masing dah memandang sesama
sendiri. Soalan cepumas dari Iffah.
“Yang penting Along tak bu, kuat suara
Erin menjerit semalam”
Balas Tengku Zaid bersama senyuman nakal.
“Hoi, mana ada! Kau jangan nak fikir
bukan-bukan?”
Iffah sudah memandang Tengku Zaim.
“Along…. Shes 18. Remember!”.
Sedikit tegas nada Iffah.
“Tak ibu..tak… Kau ni Angah, aku luku
jugak kepala budak ni!”
Balas Tengku Zaim yang sudah ingin menyiku
kepala Tengku Zaid. Tengku Zaqif hanya tersengih mendengar perbualan kembar
mereka.
“Alah ibu, biar lah Along nak buat apa
pun.”
Tengku Zaqif menambah. Muka Tengku Zaim
sudah merona merah. Gara-gara Erin Fasha menjerit akibat mahu dipeluk olehnya
menjadi topik hangat pagi ni.
“Sudah-sudah, pegi naik atas balik. Baru
pukul 6.30 ni. Pegi mandi lepastu bawak isteri turun. Orang dah ada bini
patutnya disayang, ni di tinggal.”
Iffah sambung bebelan. Tengku Zaim dan
Tengku Zaqif menghabiskan nescafe dicawan. Kaki mula melangkah keluar ke dapur.
Tengku Zaid masih setia bersama Iffah.
“Long jangan lupa mandi..”
Sempat
lagi Tengku Zaid menyakat. Kedua-dua keningnya diangkat. Lantas kaki yang mula
ingin melangkah keluar dari dapur datang semula. Kepala Tengku Zaid diluku.
Baru puas Tengku Zaim! Dapur kembali aman. Tengku Zaid sudah naik ke atas
setelah berkali-kali di halau oleh Iffah.
###################################################
Sejadah baru sahaja disidai Tengku Zalif.
Didi masih setia di atas katil. Mata baru rasa mengantuk. Kejutan demi kejutan
tidak dihiraukan. Akhirnya Tengku Zalif solat sendirian.
“Saya kira sampai tiga, kalau awak tak
bangun jugak. Siap!”
Tinggi nada Tengku Zalif. Didi menekup
mukanya dengan bantal. Malas mendengar leteran suaminya.
“Ok, tak nak dengar kan…”
Sambung Tengku Zalif seraya melajukan
langkah ke bilik air dan membawa semula segayung air.
“Siap kau! Degil sangat kan”
Omel Tengku Zalif. Kaki dilajukan sehingga
sampai ditempat Didi. Bantal yang ditekup dimuka, dirampas kasar. Air di dalam
gayung dicurah ke muka Didi. Rasakan! Tercungap-cungap Didi bila air masuk ke
hidung. Sepantas kilat dia terus terduduk.
“Awak ni kenapa? Nak bunuh saya ke?”
Soal Didi geram. Air yang termasuk ke
hidungnya membuatkan Didi terbatuk. Jelingan diberikan pada suaminya. Tengku Zalif
tersenyum puas.
“Haah memang kalau boleh orang yang tak
nak solat ni, baik bunuh aje. Senang sikit, tak banyak dosa nanti. Hey! kau
dengar sini k. Aku ni suami kau tau. Dari atas sampai bawah aku tanggung dosa
kau! Sekarang kau tak payah banyak cakap. Kau bangun solat!”
Marah Tengku Zalif. Fuhh macam singa. Sah
keturunan drakula. Didi ketakutan, langkah dilajukan menuju ke bilik air.
Selang beberapa minit Didi keluar semula. Solat yang sekian lama dia tidak
lakukan, kini dia terpaksa melakukannya di hadapan suaminya sendiri.
Tengku Zalif sudah menyiapkan baju untuk
isterinya. Sejurus sahaja Didi melipat telekung, Tengku Zalif menyerahkan
bajunya.
“Kau nampak tak iron board kat hujung tu.
Kau gosok baju aku. Lepastu dalam rumah kau kena pakai baju longgar-longgar
macam ni. Kau jangan nak menggedik pakai baju hantu bungkus tu!”
Tengku Zalif dah start dia punya misi.
Didi hanya menurut. Banyak benda dia kena bersabar semata-mata nak kan lafaz
talak. Didi meneliti baju blous saiz L.
“Saya saiz S kenapa kenapa kena pakai saiz
L?”
Didi agak tidak berpuas hati. Tengku Zalif
yang sedang ralit melihat tab di tangan terus bangun dari katil bila melihat
Didi tidak berpuas hati dengan arahannya.
“Sebab dalam rumah ni, ada banyak lagi
mata-mata yang tak boleh pandang tubuh kau! Kalau kau nak sangat baju saiz S!
Baju –baju yang balut tubuh kau tu! Kau boleh pakai depan aku je. Faham?”
Tengku Zalif mula menyinga. Sengaja. Hmm!
Baru kau tahu aku sapa? Hati Tengku Zalif tersenyum puas. Didi tidak
menyambung. Jelingan maut diberikan. Tengku Zalif boleh pulak nak tergelak.
“Nak sangat pakai baju singkat-singkat tu
boleh je. Nanti malam aku suruh kau pakai”
Usik
Tengku Zalif seraya menyandarkan diri di kepala katil. Bibir yang ingin
tersengih di tahan. Didi pulak tak pasal-pasal dah kena gosok baju cucu drakula
ni!
##################################################
Jam loceng yang menunjukkan pukul 8 pagi
sudah bergema di Banglo Syarifah Al Bahiyah. Kelihatan penuh meja makan.
Masing-masing duduk sebelah menyebelah bersama isteri tercinta. Cinta ke? Hee. Nasi
goreng kampong dan Grilled Cheese Sandwich sudah terhidang. Setelah bacaan doa
dilakukan oleh Tengku Zalif, dia terus menyua nasi goreng ke dalam mulutnya.
Sedap!
“Mak nah sini sekejap.’’
Panggil Tengku Zalif yang melihat Mak nah
kebetulan lalu di situ.
“Ada apa Tengku?”
Ada yang terberhenti makan bila mendengar
Tengku Zalif memanggil Mak nah. Ada pula yang tak ambil kisah.
“Basuhkan cadar katil bilik saya, tukar
yang baru.”
Pinta Tengku Zalif bersahaja. Didi
disebelah hanya menumpukan pada Grilled Cheese Sandwich nya. Kembar yang
memandang Tengku Zalif lantas berdehem. Syarifah Al Bahiyah tersenyum bahagia.
“Apa ehem ehem? Tersedak ke?”
Sambung Tengku Zalif lagi. Gara-gara dia
menyuruh Mak nah membasuh cadar yang dicurah air pagi tadi, dia akhirnya
menjadi mangsa sakat kembar yang lain. Tak henti-henti kembarnya berdehem.
Sarapan diteruskan. Arissa dan Alyaa hanya melihat adik beradik kembar itu
mengusik Zalif. Erin tak amik bahagian langsung. Entah paham ke tidak tu?