Home Novel Cinta ENCIK KEMBAR JATUH CINTA
BAB 26

BAB 26

“Dah la… tak payah cari dia lagi. Kau ingat dia tak ada perasaan ke?”

Soal Hakim. Air fresh orange yang baru sahaja sampai disedut. Tengku Zaqif masih ralit memandang gambar-gambar Intan Syaima di dalam telefon bimbitnya. Ikatan cinta sentiasa tersemat dalam diri.

“Dia jadi datang tak?”

Nasihat kawannya tidak dihiraukan. Matanya masih lagi sibuk memandang gambar-gambar Intan.

“Jadi. Tapi sekejap je dia kata. Tapi sampai bila kau nak buat macam ni Zaqif, kau tu dah ada isteri kat rumah. Intan tu, bila dia nak belajar lupakan kau, kau cari dia balik. Cair lah hati perempuan tu wei.”

Hakim menyambung leterannya.

“Kau tak faham….”

Sebaris ayat ditutur Tengku Zaqif.

“Haah, memang aku tak paham manusia keras kepala macam kau ni, aku rasa nak ke…..”

“Ha, Intan dah sampai….”

Sambung Tengku Zaqif bila melihat kelibat kekasihnya masuk ke dalam restaurant.

“So kau boleh duduk jauh sikit.”

Sambung Tengku Zaqif lagi. Hakim sudah menggeleng kepala. Air orennya diambil dan dibawa ke meja sebelah. Intan Syaima berjalan menghampiri meja Tengku Zaqif. Punggung dilabuhkan di atas kerusi berhadapan dengan Tengku Zaqif.

“Cantik…”

Ucap Tengku Zaqif pada Intan Syaima yang mengenakan baju blaus putih berseluar slack hitam serta bertudung maroon.

“Sayang nak makan apa? Biar abang order” Soal Tengku Zaqif.

Intan memandang Zaqif, perasaan yang dahulunya dia ingin buang jauh tetapi semakin hari semakin dekat. Intan juga celaru.

“Tak lapar. Saya tak boleh lama”

Tengku Zaqif kembali memandang Intan. Gadis itu menundukkan pandangan.

“I really miss the old us” Intan bersuara lagi.

“Abang tahu, boleh Intan tunggu. I’m promise.”

Balas Tengku Zaqif. Ingin sahaja dia memeluk Intan sekarang ni. Tapi hukum agama lebih utama.

“Tapi apa yang kita buat sekarang ni salah, jumpa senyap-senyap. Nanti kalau Nenda tahu macam mana?” Balas Intan. Risau.

Tengku Zaqif sudah menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“3 or 4 months, abang rasa cukup. Intan tunggu tau.”

Ada keluhan di hati Intan. Entah betul atau tidak tindakannya. Hakim yang mendengar hanya mampu menggeleng. Rumit betul! Bicara Hakim

#########################################################

“Hai, hari-hari jumpa abah dekat rumah Engku, masih lagi nak balik rumah ke?”

Soal cik Mat pada puterinya yang sedang menonton TV. Cik Mat dan Tengku Zaid pula sedang duduk di atas kerusi ruang tamu rumah papan Cik Mat.

“Saya yang nak rasa suasana tidur dekat rumah papan ni abah. Cantik rumah abah ni, kemas je.”

Balas Tengku Zaid sambil menghirup air nescafe yang dibuat Alyaa.

“Alah macam nilah rumah abah, tak lah lawa mana, bolehlah setakat nak berlindung dari hujan, panas, ribut…”

Tengku Zaid tersenyum. Mata Alyaa lagi tadi hanya difokuskan pada TV dihadapan sambil bersila.

“Eh, esok kerja kan? Dah-dah masuk tidur. Nadin ni kalau dah tengok TV, sampai ke pagi jawabnya.”

Suruh Cik Mat. Alyaa sudah menoleh abahnya.

“Baru pukul 11 abah….”

Alyaa menjawab. Masih tidak berpuas hati atas arahan abahnya.

“Hermm suka hati kamu lah, abah dah tua, tak boleh tidur lambat-lambat. Kamu dah ada laki, pandai lah laki kamu nak ajak kamu tidur.”

Cik Mat membalas panjang. Sempat lagi mengusik anaknya.

“Abah ni……….”

Alyaa menjerit kecil. Cik Mat sudah masuk ke dalam biliknya. Hanya tinggal Alyaa yang masih menghadap TV dan Tengku Zaid yang menghabiskan sisa nescafe di cawan. Kaki Zaid mula melangkah bangun dari kerusi. Alyaa yang duduk bersila dipandang. Inilah pertama kali dia melihat wajah Alyaa dengan rambutnya yang ikal. Cantik. Ye lah, Alyaa pun takut nanti Cik Mat soal yang bukan-bukan, masak nak menjawab. Baginya biarlah masalah dia dan suaminya tersimpan di dalam bilik, bukan untuk pengetahuan umum.

“Jom…”

Ajak Tengku Zaid yang sudah tersenyum memandang Alyaa. Alyaa menoleh suaminya.

‘Sengih-sengih dah kenapa, miang!’ Alyaa berbicara separuh berbisik.

“Kalau awak tak nak masuk bilik saya jerit Ab…..”

Ugut Zaid. Sepantas kilat Alyaa bangun menutupi mulut Zaid. Geram.

“Tengku nak apa? Masuk lah dulu, nanti saya masuk.”

Tangan yang melekat dimulut Zaid dilepaskan Alyaa. Muka Zaid tersenyum gatal. Sekali lagi Tengku Zaid ingin memanggil cik mat, pantas Alyaa mematikan TV dan terus masuk ke bilik. Dengki betul! Omel Alyaa.

“Saya nak tidur dekat atas”

Pinta Tengku Zaid yang sudah merebahkan diri di atas katil bujang yang dihuni Alyaa selama ini. Muka Alyaa geram.

“Mana boleh, saya dah lama tidur kat atas katil ni, saya tak kira! Tengku tidur bawah, saya dah bentang toto.”

Balas Alyaa tidak berpuas hati.

“Kalau awak tak bagi saya jerit, ab…”

Ugut Zaid. Lantas sekali lagi mulut Zaid ditutup Alyaa.

“Ye..ye.. dah tidur lah kat atas tu! saya tidur kat bawah.”

Alyaa geram. Kakinya sudah berada di atas toto. Bantal sudah tersedia. Hanya tinggal badan sahaja untuk direbahkan diatasnya. Alyaa hanya mampu menarik nafas panjang melayan suaminya yang kadang-kadang tak berapa nak betul tu.

“Sapa cakap awak boleh tidur dekat bawah?”

Dia dah statrt dah Tengku Zaid ni. Alya memalingkan mukanya kesebelah sana. Tidak mahu memandang Tengku Zaid.

“Tengku nak apa lagi?”

Geram dengan tingkah Tengku Zaid.

“Sini baring dekat sebelah saya..”

Alyaa terbangun dari toto yang dibentang bersebelahan katil.

“Tengku ni jangan macam-macam, kang saya jerit baru tahu. Lagipun mana muat katil ni!”

Matanya bulat memandang Tengku Zaid yang berada di atas katil. Berombak dada Alyaa menahan marah. Si Tengku Zaqid ni sempat mengenyitkan matanya pada Alyaa.

“Muat lah. Ok, saya ke sini sikit. Awak tidur sini, saya tak kacau.”

Tengku Zaid muka menghimpit ke dinding sambil tangannya menepuk-nepuk tempat disebelahnya untuk mengajak Alyaa tidur. Kedua-dua keningnya diangkat. Gatal! Alyaa masih lagi membatu. Tubuhnya direbahkan semula di atas toto. Malas nak layan! Omel hatinya.

“Abahhhh………..”

Tanpa disangka-sangka Zaid menjerit memanggil cik mat. Alyaa terkejut lantas terduduk. Mulut Zaid ditutup lagi.

“Kenapa tu Zaid?”

Soal Cik Mat dari biliknya yang terdengar panggilan Zaid.Alyaa sudah gelabah. Tangannya masih lagi melekat dimulut Zaid.

“Tak de pape abah, ni Zaid tiba-tiba pulak terjatuh, nak sebut aduh, tersebut abah..”

Balas Alyaa kalut. Matanya tajam memandang Tengku Zaid. Tengku Zaid tersengih. Nasib baik Cik Mat tak banyak soal malam tu. Fuhh! Alyaa turutkan kata suaminya. Bantal yang di letakkan oleh Alyaa ditengah-tengah dibaling jauh oleh Zaid. Tak habis-habis ugut Alyaa nak panggil Cik Mat.

“Sikit je Tengku pegang saya, saya gigit-gigit telinga Tengku”

Tegas nada Alyaa yang membelakangkan suaminya. Tengku Zaid tersenyum puas. Kalau lagi dulu tidur rumah cik mat kan bagus. Bicara hatinya.

“Saya suka orang gigit telinga saya, pegang macam mana? Macam ni?”

Balas Zaid sambil tangannya merayap pada bahu Alyaa. Alyaa menepis geram.Selimutnya ditarik sampai ke atas kepala. Tengku Zaid yang tak boleh tidur. Sepanjang malam matanya hanya memandang Alyaa. Dah duduk sebelah bini pun masih angau lagi. Zaid…zaid…

############################################################

“Yang mana satu ek? Banyak betul baju minah ni. Ha yang ni pun macam ok.”

Omel Tengku Zalif sendirian sambil mengeluarkan baju-baju singkat milik isterinya yang sudah tidak di pakai lagi. Tengku Zalif tersenyum sendirian melihat baju singkat isterinya.

“Mak ai! Baju lubang-lubang macam ni pun ada. Hemm!”

Keluh Tengku Zalif. Baju tersebut turut di keluarkan. Bersusun baju-baju Didi Khalisha di atas kati. Baju yang tidak di dizinkan melekat di tubuh Didi lagi kini di atur kemas di atas katil. Habis semua baju di keluarkan. Pintu bilik tiba-tiba di ketuk. Didi masuk bersama secawan nescafe. Pelik melihat Tengku Zalif yang mengeluarkan baju-baju mahalnya.

“Awak nak buat apa ni?”

Ada nada tegas di situ. Didi meletakkan cawan nescafe di atas meja. Kaki mula melangkah ke arah baju-baju yang di susun Tengku Zalif. Tengku Zalif pula masih setia di hadapan almari.

“Eh! Sapa suruh sentuh baju tu! Letak balik. Suka hati kau je nak sentuh!”

Marah Tengku Tengku Zalif. Dalam hati tengah ketawa terbahak-bahak. Didi Khalisha menahan geram. Baju di letak semula.

‘Sabar-sabar… kejap je lagi’ Bisik hatinya.

Tengku Zalif menutup pintu almari. Muka Didi yang duduk di atas sofa di pandang. Didi menjeling geram. Pandangan di hala semula ke arah TV di hadapan. Tengku Zalif datang mendekat dan mendekat.

“Kau nak buat apa ni!”

Marah Didi bila tubuh Zalif mula merapat. Tengku Zalif membuat muka selamba. Pantas tangan mencapai alat kawalan jauh TV di sebelah Didi. TV dimatikan. Kan dengki tu! Didi mendengus geram.

“Awak ni tak habis-habis nak cari pasal! Awak nak apa!”

Tengku Zalif menahan tawa.

“Saje nak main dengan kau.”

Didi takut. Masih tak faham dengan maksud tersirat Tengku Zalif.

“Dah bangun dari sofa ni. Bangun sekarang!”

Arah Tengku Zalif tegas. Didi bangun. Kakinya di hentak kuat. Geram je dengan perangai Tengku Zalif ni. Didi mula menghampiri katil yang bersusun dengan baju. Rasa nak di tumbuk lumat-lumat je Tengku Zalif ni.

“Ok, aku nak kau pakai baju-baju tu. Aku nak tengok fashion show halal. Cepat!”

Arah Tengku Zalif bersahaja. Didi masih lagi membatu di birai katil. Geram tahap dewa. Muka suaminya tidak di pandang. Tengku Zalif menghirup nescafe yang di buat Didi. Kakinya disilangkan.

“Ok tak pe kalau tak nak. Aku senang je. Mungkin lafaz tu tak kan terlafaz”

Ugut Zalif. Didi Khalisha mendengus lagi. Kaki mula bangun dan mengambil salah satu baju di atas katil. Kaki meluru ke arah bilik air.

“Wait! Sapa suruh salin dalam bilik air. Sini!”

Dia start lagi. Dengki! Tengku Zalif menahan gelak. Muka Didi sudah merona merah. Macam-macam hatinya memaki Tengku Zalif.

“Dah-dah, pergi salin dalam bilik air. Tengok muka kau macam nak terberak je”

Sambung Tengku Zalif. Kaki Didi mula masuk ke dalam bilik air. Terhambur tawa Tengku Zalif. Suka sangat menyakat. Didi keluar semula dengan baju kemeja paras peha yang digayakan dengan seluar pendek paras peha juga. Tengku Zalif terkesima sekejap.

‘Jangan Zalif! Dia milik orang lain..’ Ada keluhan kecil dalam hatinya.

“Aku nak kau jalan catwalk! Macam kau jalan pergi shopping tu! Ha? Tangan letak dekat pinggang”

Didi hanya menurut. Muka masam mencuka je lagi tadi. Tengku Zalif pula leka memandang pertunjukan fesyen di hadapannya. Zalif..Zalif..

Previous: BAB 25
Next: BAB 27

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.