Afifah melihat gril pintu
yang digoncang kuat dari luar. Namun Afifah masih belum ada kekuatan untuk
membuka pintu. Jantungnya berdegup kencang. Suara Aidil semakin mengasak
fikiran Afifah.
“Bam!” Pintu grill dihentak
lagi. Tersentak jantung Afifah. Bahunya terhenjut dek ketakutan. Perlahan
langkah Afifah menuju ke arah pintu tersebut.
“Bukak lah pintu ni pompuan!
Bodoh!” Jeritan Aidil semakin kuat. Tangan Afifah menggigil saat tangan
menyentuh tombol pintu. Perlahan pintu itu dibuka.
“Pui!!” Tepat ludah Aidil
mengena pada muka Afifah. Mata Afifah sedikit terpejam. Namun ludah dimukanya
tidak dibersihkan. Pintu grill di buka pula. Pandangan Afifah masih menghala ke
lantai. Takut ingin memandang muka Aidil yang sedang menyinga.
Kuat tubuh Afifah di tolak
oleh Aidil saat tubuh itu melangkah masuk. “Bam!” Pintu dihempas oleh Aidil.
Sejurus selepas itu Aidi mengunci kedua-dua belah tangan isterinya di dinding.
Afifah cemas. Apa lagi tindakan suaminya selepas ini. Air mata Afifah mengalir
lagi.
“Kau dah gugurkan ke belum
anak tu!” jerit Aidil. Afifah tidak menjawab. Matanya masih menunduk ke bawah.
Takut melihat mata Aidil yang merah seperti biji saga.
“Dia anak.. kita… bang”
Terketar-ketar bibir Afifah
saat membalas pertanyaan suaminya. Makin kuat cengkaman tangan Aidil di
pergelangan tangan Afifah.
“Harghh!! Bodoh! Kenapa kau
ni susah sangat nak faham. Kau sengaja tak makan pil perancang tu kan? Kau
sengaja nak mengandung lagi!
Jeritan Aidil makin kuat.
Tangan Afifah yang dikunci di dinding dilepaskan secara kasar. Aidil berpusing
dan menghempaskan diri di atas sofa. Afifah masih lagi terdiam tidak menjawab
pertanyaan suaminya.
“Bukan ke anak tu anugerah
bang. InsyaAllah Allah akan bagi kita rezeki…”
“Diam! Sekarang ni kau faham
ke tidak? Aku ni tak da kerja kukuh lagi! Dengan nak sara kau! Anak kau kat
atas tu lagi! Bodoh!”
Sekali lagi Aidil melepaskan
geram. Afifah hanya menahan sebak.
Badannya masih lagi melekat di dinding.
“Afi tak kan gugurkan
kandungan ni. Ni anak kita. Abang dah janji nak berubah. Tak kan di sebabkan
Afi mengandung, abang sanggup buat Afi macam ni?”
Suara Afi kedengaran sebak
di hujung. Nafas Aidil sudah tidak menentu. Badannya seperti di curah minyak
panas. Tubuhnya diangkat dari sofa. Laju langkahnya menghala ke arah Afifah.
“Zrap!” Rambut Afifah
dijambak kasar. Afifah mengadu kesakitan. Namun suara itu tidak di hiraukan
oleh Aidil. Makin kasar rambut Afifah di tarik. Tubuhnya dihempas ke lantas.
Dagu Afifah dicerut kuat oleh Aidil.
“Kau dengar sini! Aku nak
kau gugurkan budak ni! Kau faham tak aku tak nak anak lagi! Faham tak! Cukuplah
aku jaga biawak hidup dua ekor dalam rumah ni! Kau jangan nak mengada tambah
lagi satu!”
Pedas ayat yang dituturkan
Aidil. Afifah mengumpul segala kekuatan untuk membalas ayat pedas suaminya.
Mustahil dia akan menggugurkan anak yang kini sudah mencecah 2 bulan dalam
kandungan. Afifah menarik nafas panjang sebelum membalas ayat suaminya.
“Afi tak kan buat perkara
terkutuk tu bang. Ingat. Kita ni masih ada agama. Afi ni isteri abang. Kenapa
abang sanggup buat macam ni pada Afi? Abang…”
“Prang!” Tepat 5 jari Aidil
mengena di pipi isterinya. Afifah terjelopok di atas lantai. Aidil datang
mendekat.
“Apa kau cakap? Kau nak
cakap aku tak de agama? Ha? Kau sedar tak yang kau tengah cakap dengan suami
kau?”
Aidil semakin buas.
Berkali-kali pipi Afifah di tampar.
“Afi akan jaga anak kita…”
Aidil tersenyum sinis. “Aku
cakap aku tak nak anak ni! Kenapa kau degil sangat! Sini kau”
Tendangan sekuat hati
dilakukan oleh Aidil ke perut Afifah. Afifah meraung.
“Tolong Afi abang… Sakit
bang…” Esakan suara Afifah makin kuat kedengaran
Namun jeritan Afifah tidak
di hiraukan, malah sepakan demi sepakan semakin kuat sehingga darah mula keluar
di bahagian kemaluan Afifah. Aidil bertepuk tangan melihat kesengsaraan Afifah
yang sedang mengerang kesakitan.
“Isyah oh Isyah! Mana anak
Papa ni? Dah tidur ke sayang?” Panggil Aidil seraya melangkah menaiki tangga.
Afifah masih terdiam disitu. Perlahan tubuhnya di hesot dan menuju ke bilik
air. Darah mula keluar dengan banyak. Afifah menolak daun pintu bilik air.
“Aku kena kuat! Allah…”
Afifah mengerang kesakitan lagi. Perutnya di usap-usap.
“Anak
mama kena kuat. Ya Allah, lindungilah anak ini. Lindungilah dia Ya Allah”
#########################################################################
Aidil turun semula dari
tangga setelah bermain dengan anaknya yang berusia 9 bulan di atas. Lambakan
darah yang terseret di atas lantai dipandang dengan senyuman, Aidil mengikut
jejak tersebut dan sampai di hadapan pintu bilik air.
“Zrap!”
Pintu bilik air di buka
kasar. Tubuh Afifah yang lemah dipandang dengan senyuman.
“Bangun!”
Arah Aidil. Afifah masih
mendiamkan diri disebabkan menahan sakit perut yang disepak tadi. Tubuhnya tak
mampu berganjak dari bilik air. Terlalu sakit. Airmatanya tumpah lagi. Anak
yang dikandungnya seakan tidak ada lagi dalam rahimnya. Perlahan Afifah
memandang muka sinis suaminya.
“Afi…
Belum sempat Afifah
meneruskan percakapan, tubuhnya diseret oleh Aidil keluar dari bilik air. Pintu
bilik bawah dibuka. Afifah diangkat dan dicampak di atas katil.
“Argh!”
Afifah menjerit menahan
sakit. Tangannya menggigil menahan kesakitan yang menoreh setiap urat nadinya.
Aidil tersenyum memandang wanita yang baru di campak di atas katil.
“Susah sangat! Aku dah suruh
kau gugur cara halus kau tak nak! Kau yang mintak semua ni kan!”
Jerit Aidil. Dengan kudrat yang
ada, Afifah berpusing memandang suaminya yang bderdiri di birai katil. Tangisan
mula keluar lagi.
“Dalam hidup abang, Afi ni
sebenarnya isteri ke binatang? Mana janji abang yang dulu?”
“Kau diam! Kau bodoh sebab
tak dengar cakap suami! Aku dah cakap aku tak nak anak lagi. Yang kau
mengandung ni kenapa!”
Aidil mula mengganas lagi.
Afifah menahan pedih di hati. Bibir terkunci dengan kata-kata suaminya. Penat.
Mana janji yang ditabur dulu, Semuanya palsu! Loceng tiba-tiba berbunyi saat
Aidil masih lagi berkelahi dengan isterinya. Pantas langkah Aidil menuju ke
hadapan dan membuka pintu. Seorang wanita pertengahan umur masuk bersama beg
raganya.
“Berapa bulan?”
Ucap wanita pertengahan umur
tersebut. Gaya dah macam nenek sihir.
“Baru dua bulan rasanya”
Wanita pertengahan umur itu
berkerut.
“Susah sikit. Kalau 2, 3
minggu tu masih boleh lagi”
“Jangan risau, saya upkan
bayaran”
“Aku cuba. Tapi mungkin
berbahaya untuk badan dia”
Ucap wanita pertengahan umur
tersebut. Aidil hanya berwajah biasa.
“Tak kisahlah. Yang penting
saya tak nak dia mengandungkan anak haram tu!”
Tegas nada Aidil. Tak
berperikemanusian langsung. Anak yang dikandung dari perhugungan halal
dikatakan anak haram olehnya. Wanita separuh umur itu menggangguk faham. Aidil
membawa wanita tersebut masuk ke bilik tadi.
Afifah berusaha membetulkan
badannya di atas katil. Badan berusaha untuk bangun bila mendengar rengekan
anaknya di atas. Namun kaki masih longlai untuk turun dari katil.
Pintu terkuak. Muka Aidil
dan wanita yang tidak dikenali masuk ke dalam bilik. Afifah memandang pelik.
Muka bengis wanita separuh umur itu dipandang.
“Kenapa ni bang?”
Soal Afifah. Aidil hanya
tersenyum.
“Dia akan gugurkan anak
dalam perut kau.”
Ucap Aidil bersahaja.
Tersentap hati Afifah bila mendengar butiran yang keluar dari mulut suaminya.
“Apa semua ni! Abang!”
Jeritan lemah Afifah
kedengaran. Aidil memberi isyarat pada wanita pertengahan umur tersebut untuk menjalankan
tugas.
“Aku tak boleh nak fokus
kalau budak ni meronta.”
Ucap wanita tersebut. Aidil
keluar sebentar dari bilik dan menuju ke cabinet dapur. Tali rapia dikeluarkan.
Setelah itu Aidil kembali ke bilik. Tangisan Afifah makin kuat kedengaran.
Namun tubuhnya tidak mampu untuk bangun lagi. Aidil memanjat atas katil.
Kedua-dua tangan Afifah diikiat kiri dan kanan di kepala katil. Afifah tidak
mampu melawan. Mulutnya hanya keluar nama-nama Allah.
“Pegang kaki dia.”
Arah wanita pertengahan umur
tersebut. Aidil hanya menurut. Suara tangisan anaknya di atas makin kuat
kedengaran. Namun Afifah tidak terdaya untuk melawan. Kakinya dipegang kuat
oleh Aidil. Wanita pertengahan umur itu mengelurkan bahan-bahan seperti buluh,
limau, kain kuning dan macam-macam lagi. Wanita tersebut meruncingkan buluh
yang dikeluarkan di hadapan Afifah. Selepas itu buluh tersebut disapu dengan
sesuatu. Afifah hanya mampu mengalirkan airmata saat kainnya diselak.
“Arghh!!”
Jeritan
paling kuat sekali yang keluar dari bibir Afifah.
-bersambung-