Home Novel Cinta ENCIK KEMBAR JATUH CINTA
BAB 28

BAB 28

Tengku Zaqif merebahkan diri di atas sofa biliknya. Perang bisu masih berjalan seperti biasa. Arissa keluar dari bilik air, berbaju tidur paras peha. Saja ingin memikat suami sendiri. Tengku Zaqif masih lagi menatap telefon bimbitnya. Minyak wangi dan losyen yang disapu Arissa menggetarkan nafsu kelelakian Tengku Zaqif. Tapi ego masih mengatasi segala-galanya.

“2 bulan dah, sampai bila awak tak nak cakap dengan saya. Saya isteri awak yang sah”

Tutur Arissa. Kaki mula melangkah dan duduk di atas carpet bersebelahan sofa Tengku Zaqif. Muka suaminya yang masih ralit memandang telefon bimbit di pandang. Arissa mengeluh lagi.

“Kalau awak diam macam ni, sampai bila-bila masalah tak akan selesai”

Sambung Arissa. Selimut yang tersedia dibuka lalu menutupi tubuhnya. Arissa merebahkan diri di atas carpet yang dihuninya selama dua bulan ini. Matanya dihalakan ke syiling.

“Masalah memang tak akan selesai selagi kita tak bercerai.”

Ucap Tengku Zaqif tiba-tiba.

‘’Cerai?’’

Bicara Arissa separuh berbisik.

“Kenapa sampai bercerai?”

Soal Arissa yang sudah mula duduk. Tengku Zaqif meletakkan telefonnya ditepi dan turut duduk. Baguslah sorang duduk atas-sorang duduk bawah.

“Dan Nenda tak akan benarkan saya ceraikan awak”

Tengku Zaqif menyambung ayatnya yang tadi. Arissa masih setia mendengar. Matanya menghadap muka Tengku Zaqif.

“Apa yang boleh saya buat untuk awak?”

Balas Arissa yang bangun dan duduk disebelah Tengku Zaqif. Tengku Zaqif tidak pulak menjauh.

“Awak sanggup nak tolong saya?”

Tidak berkelip wajah Arissa memandang.

“Kalau itu yang boleh buat awak bahagia.”

Balas Arissa. Tengku Zaqif bangun dari sofa dan berdiri.

“Tolong saya yakinkan Nenda. Saya nak nikah dengan Intan Syaima walau apa pun yang terjadi, Syaima mesti jadi isteri saya!”

Pinta Tengku Zaqif tegas. Arissa terkejut. Lantas dirinya juga bangun dari sofa. Muka suaminya dipandang.

“But I’m your wife.”

Arissa menegakkan haknya. Tengku Zaqif masih lagi berdiri dihadapan Arissa. Pakai wangi-wangi, sengaja nak goda aku ke kau ni? Bicara hati Tengku Zaqif. Tengku Zaqif memusingkan badan membelakangi isterinya. Penghawa dingin kuat dipasang, tapi peluh tiba-tiba keluar di dahi Tengku Zaqif. Pantas dilap.

“Dari zaman sekolah dulu kami bersama dan saya tiba-tiba end up dengan awak. Saya cintakan dia. Lagipun saya mampu!”

Balas Tengku Zaqif lagi. Arissa sudah bingung. Drama apa lagi yang bakal hadir dalam dirinya. Puas dia memikat Tengku Zaqif.

“Sedangkan satu awak tak bersikap adil, inikan dua. Awak ingat saya ni kayu yang tak ada perasaan ke? Awak nak suruh saya yakinkan Nenda yang awak nak kahwin dengan Intan Syaima, awak sedar tak yang dekat depan awak ni isteri awak yang sah, yang patut awak lindung!”

Berani Arissa membalas. Tengku Zaqif memandang Arissa semula.

“But you, bukan gadis dalam hati I!”

Tengku Zaqif mula meninggikan suara sambil menunding jari telunjuk pada Arissa. Matanya dibulatkan.

“So lepas awak kahwin nanti, saya hanyalah perhiasan yang akan tergantung dalam bilik ni, hanya untuk awak lihat, anak patung yang untuk awak permainkan! Saya pulak tengok awak bermadu kasih dengan madu saya! Macam tu?”

Balas Arissa geram.

“Ok kalau macam tu, awak pergi mahkamah Syariah, awak mintak cerai dengan saya, sebab saya tak nak amik risiko dengan Nenda. Nak tak nak, saya akan kahwin juga dengan Intan Syaima. Sama ada awak masih isteri saya atau tidak.”

Zaqif mula menjawab panjang. Perasaan Arissa tidak dihirau langsung. Berbahang biliknya sekejap. Air mata Arissa yang mula mengalir, pantas diseka. Tengku Zaqif sudah meluru ke atas katil dan merebahkan dirinya. Arissa kembali semula ke carpet yang dihuni selama ini. Tak tersentuh langsung Arissa yang tidur di atas carpet.

“Walaupun saya cakap saya dah mula mencintai awak…”

Arissa menyambung perbualan sebentar tadi. Sengaja menduga hati Tengku Zaqif.

Tengku Zaqif terdiam.

‘Dia suka dekat aku? Dia gila ke? Aku tak bercakap dengan dia pun dia suka dengan aku? Susah betul perempuan ni!’ Bicara Hati Tengku Zaqif.

Telefon bimbit diambil, gambar Intan Syaima dipandang.

“Ye…” Sepatah kata dijawab Tengku Zaqif.

Arissa menarik selimut. Hatinya pedih. Tengku Zaqif sudah larut dengan dunianya.

############################################

“Tengku… sini…”

Panggil Alyaa lembut pada Tengku Zaid yang sudah merebahkan diri di atas sofa. Tengku Zaid bangun, kakinya dilajukan menuju ke tempat Alyaa.

“Serius!”

Ucap Tengku Zaid. Badannya sudah direbahkan disebelah Alyaa.

“Apa yang serius? Lagipun saya tak nak lah derhaka. Sebab saya Tengku sakit-sakit badan. Oh lupa saya nak cakap, tadi Dato’…”

Mulut Alyaa ditutup Tengku Zaid.

“Kat rumah you are my wife, kenapa nak cakap pasal kerja?”

Soal Tengku Zaid. Jari telunjuk yang melekat dimulut ditolak Alyaa. Alyaa merebahkan diri diatas katil.

“Tangan jangan gatal!”

Amaran dari Alyaa yang sudah melihat Tengku Zaid merapati tubuhnya. Tengku Zaid kembali semula ke sofa, sengaja buat-buat merajuk. Alyaa terperasan. Alah merajuk ke? Mengada betul! Hati Alyaa berbicara. Alyaa bangun dari katil dan menuju ke sofa, tangan suaminya ditarik. Tengku Zaid merenggangkan pegangan tangan Alyaa. Merajuk lagi.

“Kata tadi tak nak derhaka, nak pegang-pegang pun tak boleh.”

Tengku Zaid bersuara. Badannya dipusingkan ke bahagian penyandar sofa. Sengaja membelakangi Alyaa. Alyaa masih lagi berdiri berhadapan sofa. Buruk betul Tengku ni merajuk! Bicaranya separuh berbisik.

“Yelah nak pegang-pegang lah…”

Balas Alyaa berani, serbasalah pula dengan suaminya. Lagipun hatinya sudah memberi sedikit ruang pada Tengku Zaid. Lakonan menjadi, Tengku Zaid berpusing semula. Cepat je bangun. Tangan Alyaa dipegang. Bahagia betul! Senyum sampai telinga.

“Jangan nak lebih-lebih! Saya cuti!”

Amaran dari mulut Alyaa pada Tengku Zaid. Tangannya sudah melingkari pinggang Alyaa. Alyaa hanya membiarkan. Bukan kali pertama Zaid peluk dirinya. Masa tidur dekat rumah cik Mat, tangan tu asyik merayap. Lepas tu sikit sikit ugut Alyaa nak panggil Cik Mat.

Muka Zaid sudah tersenyum lebar.

“Cuti pun cutilah, yang penting abang dapat peluk”

Alyaa hanya menarik nafas panjang. Suka hati lah nak bahasakan abang ke, saya ke, awak ke? Omel Alyaa dalam hati. Dah nak tidur.

“Awak tak dapat terima saya lagi ke?”

Alyaa yang baru sahaja ingin menutup mata terbangun semula. Soalan apa malam-malam buta ni! Bicara hati Alyaa yang tidak terkeluar.

“Tidur Tengku, esok kerja..”

Soalan tidak dijawab. Tengku Zaid mengemaskan pelukan.

“Semoga Allah buka hati Alyaa Nadin untuk abang. Amin” Bisik Tengku Zaid.

‘Dah terbuka, Cuma belum mampu nak berkata’ Balas Alyaa di dalam hatinya.

#########################################

“Laju betul lah wifi dekat rumah Encik ni. Best betul”

Erin Fasha mula mengomel. Tengku Zaim sudah melelapkan matanya di atas sofa. Sedari tadi omelan Erin hanya di balas Hmm… dengan Tengku Zaim. Erin mula membuka youtube pulak. Kali ni tengok perempuan bersalin.

“Ya Allah! Sakitnya….”

Jerit Erin Fasha. Tengku Zaim terkejut pantas bergerak ke arah Erin.

“Kenapa? Kenapa?”

Soal Tengku Zaim cemas. Erin pelik melihat suaminya yang cemas.

“Encik ni kenapa? Mengingau ke? Ni saya tengah tengok video perempuan beranak. Sakitnya Encik. Encik saya kena lahirkan anak untuk Encik ke? Ada dalam perjanjian tak?

Soal Erin polos. Penat Tengku Zaim nak melayan. Hmm! Kaki melangkah semula ke atas sofa. Macam-macam perangai si Erin Fasha ni.

“Mestilah. Cuba senaraikan tanggungjawab seorang isteri tu apa?”

Usik Tengku Zaim. Sengaja membiarakn isterinya yang tengah bergolek-golek atas katil tu berfikir matang sikit.

“Haah kan mestilah kena. Nak google lah macam mana nak pregnant”

Balas Erin polos. Pantas kaki Tengku Zaim menghampiri isterinya. Telefon Erin Fasha di rampas. Tengku Zaim menepuk dahi. Erin memandang pelik.

“Tak.tak. Sekarang ni bukan masanya. Dah cepat tidur. Dah malam dah ni. Awak nak tidur pukul berapa? Saya ni kerja esok”

Bebel Tengku Zaim. Makin hari main pening dengan gelagat isterinya. Erin Fasha tersengih. Pantas selimut menutupi kepala. Tengku Zaim kembali semula ke atas sofa bersama telefon bimbit Erin yang di belikannya. Erin yang berada di atas katil di kerling. Kejap je budak tu dah tidur. Selimut dah kesana sini. Tengku Zaim yang mengantuk tadi terus hilang mengantuk. Telefon bimbit Erin Fasha dibuka. Gambar kahwin Erin dan Tengku Zaim di screen telefon. Tengku Zaim tersenyum lagi bila membaca ayat di situ.

‘Encik abang Erin punya’

Erin..Erin… Ucap Tengku Zaim sendirian.

Previous: BAB 27
Next: BAB 29

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.