Home Novel Cinta ENCIK KEMBAR JATUH CINTA
BAB 12

BAB 12

“Pak Irsyad kat mana? Owh tak boleh datang ye. Ok tak pe, nanti saya urusakan.”

Talian telefon dimatikan. Tengku Zaim terkandas ditepi jalan kampung. Keretanya tiba-tiba rosak. 3 hari lagi masa yang diberikan Nenda habis. Jadi jawapan jodoh dia adalah Salwa Amna. Pasrah. Tengku Zaim mencari nombor telefon adik kembarnya pula.

“Eh Encik, apasal kereta ni?”

Sapa seorang gadis bertubuh kecil, berbaju kemeja dan bertopi. Rambutnya diikat seperti ekor kuda.

“Adik yang bawak motor tu ke?”

Soalan berbalas soalan. Motorsikal yang dibawa tadi diletak tepi. Gadis kecil itu membuat muka selamba.

“Haah, saya lah yang bawak motor tu, mesti tak percaya kan. Saya ni heroin kampong kalau Encik nak tahu. Apalah sangat bawak-bawak motor macam ni”

Balasnya panjang lebar. Siapa entah yang tanya heroin kampong ke tidak. Tersenyum Tengku Zaim bila mendengar suara comel gadis itu.

“Hah, kenapa dengan kereta Encik ni?”

Matanya melilau melihat kereta Tengku Zaim yang tersadai di tepi jalan.

“Rosak. Eh, adik ni tak sekolah ke?”

Soal Tengku Zaim lagi. Pelik pula bila melihat budak muda macam ni main motor tengah hari macam ni.

“Eh banyak tanya pulak Encik ni, nak saya tolong tak? Saya kerja dekat bengkel depan tu ha, kejap saya call kawan suruh tarik kereta encik. Oh apa tadi? Sekolah? Saya tak sekolah dah encik, last sekolah tahun lepas. Sekarang kerja”

Tengku Zaim mengangguk faham. Tetapi entah kenapa ada rasa ingin tahu dalam hati Tengku Zaim. Ingin diselidiki lagi sejarah gadis yang berada di hadapannya.

“Kenapa tak sambung belajar dik?”

Soalan Tengku Zaim mengalahkan wartawan. Gadis tersebut memandang pelik muka Tengku Zaim. Lagi tadi banyak betul soalan dari Tengku Zaim. Dah lah tengah-tengah panas ni.

“Eh encik ni, dah kenapa jadi reporter tak bertauliah? Disebabkan encik ni handsome boleh tahan, saya jawab jugaklah. Lepas mak bapak saya meninggal, saya dah tak sekolah. SPM pun cukuplah encik, lagipun saya sara hidup saya je dan bayar hutang keluarga”

Tengku Zaim bersimpati mendengar butir – butir kata yang keluar dari mulut gadis di hadapannya. Hutang keluarga? Macam Iffah pulak. Tengku Zaim masih mengatur ayat untuk bertanya. Gadis tersebut masih melilau mencari kelibat kawannya yang dikatakan bekerja di bengkel di hadapan sana.

“Oh… nama adik ni sapa?”

“Erin Fasha.. ha dah sampai pun kawan saya tu, ha encik naik motor dengan sayalah, ke nak duduk dalam kereta je?”

Erin memberi pilihan. Entah macam mana, kakinya boleh terus menuju ke motorsikal Erin. Kereta yang rosak dibaiki di Bengkel Meng Meng. Laju betul Si Erin Fasha pecut motorsikalnya. Sampai sahaja di Bengkel Meng Meng Tengku Zaim terus turun. Laju Erin Fasha berjumpa dengan bossnya.

“Encik, boss saya ni pekak sikit tau, encik kena cakap kuat – kuat”

Selamba ayat yang dituturkan Erin dihadapan boss nya sendiri. Tergelak Tengku Zaim melihat Erin Fasha mengutuk bossnya. Erin Fasha kembali ke bahagian motor-motor yang belum siap di baiki. Tengku Zaim juga membuntuti langkah Erin sementara menunggu keretanya di baiki pekerja lain.

“Dah lama awak kerja kat sini?”

Soal Tengku Zaim sambil menunggu keretanya siap. Lincah betul tangan Erin Fasha membaiki motorsikal yang dihantar pelanggan di hadapan Tengku Zaim.

“Lama dah encik. Ayah meninggal masa umur 12 tahun. Mak pulak baru meninggal tahun lepas. Ayah saya dulu ada hutang, dia pinjam cina Along. Selalu kena ugut bila nak bayar hutang. Rumah, tanah semua dia dah ambil. Saya cakap kat cina tu, saya bayar hutang tiap bulan. Mungkin dia kesian sikit dekat saya lepas mak meninggal. Lebih kurang macam tulah cerita dia.”

Balas Erin sambil tangannya sibuk membetulkan motor. Makin bersimpati Tengku Zaim mendengar cerita gadis di hadapannya ini.

‘’Oh… banyak lagi ke hutang dengan cina tu?”

Soal Zaim lagi. Erin masih melakukan tugasnya. Banyak pulak Si Tengku Zaim ni tanya. Erin pun jenis melayan. Jawab jelah. Motor yang rosak masih lincah di baiki oleh Erin Fasha.

“Adalah dalam 50 ribu ringgit. Sampai tua pun tak tahu lah boleh habis ke tidak. Kadang-kadang saya sengaja doa biar mati cepat. Tapi bila fikir balik, tu hutang keluarga, kesian pulak ayah saya nanti. Tak tenang dia dekat sana.”

Balas Erin Selamba. Bertambah simpati hati Tengku Zaim pada gadis di hadapannya. Idea tiba-tiba terkeluar dari kepala Tengku Zaim.

“Kerja dengan saya nak?”

Soal Tengku Zaim. Erin terberhenti melalukan kerja. Mata Tengku Zaim dipandang.

“Kerja apa encik?”

Soal Erin dengan muka polosnya itu. Sepatutnya gadis seusianya itu sedang bertukus lumus mencari ilmu. Tetapi dia disini bermain dengan spanar dan playar.

“Jadi isteri saya.. “

Tiga patah kata yang terucap di bibir Tengku Zaim. Mulut Erin melopong. Matanya tidak berkedip. Tengku Zaim ketawa.

“Kejap-kejap! Encik tengah melamar saya ke ni, sejak bila encik jatuh cinta dengan saya? Kahwin bukan boleh buat main-main. Lagipun saya baru 18 tahun. Encik ni sihat ke tidak?”

Bertubi-tubi soalan dari Erin. Terasa seperti mimpi. Erin menampar sekali mukanya. Dah ada kesan minyak hitam di pipi Erin. Comel betul budak ni. Tengku Zaim tergelak melihat gadis di hadapannya. Entah kenapa dia rasa Erin Fasha ni lucu budaknya.

“Segala hutang awak saya akan lunaskan. Saya akan beri awak gaji RM5000 sebulan. Tugas awak Cuma satu je. Jadi isteri saya, yang lain saya uruskan. Dalam masa dua hari saya tunggu jawapan awak. Ni kad saya. Kalau saya tak terima jawapan dari awak maksudnya awak tak setuju lah. Ok lah kereta saya pun dah siap. Saya jalan dulu.”

Panjang lebar Tengku Zaim menghurai kata. Langkah dilajukan membayar duit kepada boss Erin Fasha. Kereta dinaiki dipandu laju. Tepinga-pinga Erin Fasha dibuatnya.

“Apa dia ingat ni macam cerita teman lelaki upahan versi perempuan. Aku rasa dia ni memang tak waras lah. Tapi dia cakap tadi dia bayar gaji aku, kiranya aku kerja dengan dia. Tapi seumur hidup aku, aku tak pernah pulak dengar kerja jadi isteri orang. Habis tu? lepas habis kerja kena cerai. Gila!!”

Bebel Erin Fasha. Boss Erin melihat mulut Erin Fasha yang terkumat-kamit tu.

“Amoi, itu motor sudah siap ka, apa lu cakap solang-solang?”

Tegur boss Erin. Erin tersengih, tangannya kembali lincah membaiki motor. Fikiran masih lagi segar dengan kata-kata Tengku Zaim. Kad yang diberi oleh Tengku Zaim dibaca.

“Wow!! Tengku Zaim Hakimi bin Tengku Zahid Harith, Ceo Syamraa Holdings!”

Jerit Erin. Bossnya sudah memandang tajam. Teman –temannya yang lain memandang pelik.

“Hoi kau kenapa?”

Soal teman sebengkel Erin Fasha.

“Aku rasa aku terkena durian runtuh wei!”

Balas Erin Fasha lagi. Senyumannya sampai ke telinga. Arif hanya tersenyum menggeleng melihat tingkah Erin. Kalau dilayan memang tak siap kerja jadinya.

“Ah kira jadi jelah, setakat kerja jadi bini dia, bila lagi aku nak kahwin dengan orang kaya. Inilah peluang keemasan.”

Bebel Erin lagi. Bossnya sudah menjeling. Kedua-dua belah tangan Erin diangkat tanda menyerah meminta maaf.

#########################################################################

“Sayang tak nak nikah dengan dia! Tapi sayang kena nikah dengan dia”

Keluh Syarifah Aqilah dengan nada sebak. Helmi yang duduk di hadapan kekasihnya juga runsing. Susah betul kalau kena nikah paksa macam ni. Kena korbankan hati demi hasrat keluarga. Helmi mengeluh lagi.

“Mungkin dia yang terbaik untuk sayang. Abang tak tahu nak buat apa dah. Tak kan abang nak bawak sayang lari?”

Helmi menyuarakan isi hatinya. Tak rela. Sapa yang rela melihat kekasih menikah dengan orang lain. Airmata Syarifah Aqilah mula mengalir. Tangan Helmi di ramas lagi. Tak ingin dia bernikah dengan Tengku Zaid. Semuanya atas desakan keluarga.

“Abang….”

Sebak nada Syarifah Aqilah. Helmi mengesat air mata Syarifah Aqilah yang keluar. Sayu.

“Abang akan cuba berbaik dengan Mama dan Papa sayang. Abang cuba… Tapi kalau itu memang keputusan muktamad mereka, abang terpaksa lepaskan sayang.”

Ayat pasrah. Makin kuat tangisan Syarifah Aqilah di tengah-tengah restaurant mewah tu. Orang sekeliling yang tengok ingatkan bergaduh besar. Hmm..

Previous: BAB 11
Next: BAB 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.