BAB 34
“So? Intan cakap dia setuju jadi madu
saya? Dia setuju dengan syarat-syarat yang saya bagi dekat awak?”
Soalan Arissa dibalas anggukan oleh Tengku
Zaqif. Arissa risau, tetapi permainan ini harus diteruskan juga, walaupun hati
sendiri tengah sakit.
“Saya harap awak tak lupa janji awak.”
Sambung Arissa. Rambut yang masih tidak
terurus di sikat rapi dihadapan cermin. Tengku Zaqif sibuk memandang telefon di
atas katil. Tengok gambar Intan Syaima lah tu, siapa lagi!
“Hemm…”
Balas Tengku Zaqif. Arissa sudah melangkah
ke katil. Lampu tidur dipasang, lampu utama dimatikan. Sejurus itu badannya
direbahkan disebelah Tengku Zaqif. Matanya dihalakan ke syiling.
“Esok kita cari cincin nikah untuk madu
saya”
Arissa memecah kesunyian lagi. Tengku
Zaqif hanya diam.
‘Kau ni hati batu ke? Dah tahu tengah
sakit hati, nak tambah pulak sakit hati. Lepas tu, yang kau ni tak habis –habis
curah minyak wangi kat badan kau kenapa?’
Soalan hati Zaqif yang tak terluah. Nafsu
kelelakiannya tidak dapat dibendung. Tiba-tiba Arissa dipeluk. Terkejut Arissa
dibuatnya.
“Saya akan laksanakan tanggungjawab saya
pada awak, seperti apa yang awak minta sebelum ni. Semua ni saya buat bukan
demi awak, tapi demi cinta saya pada Intan Syaima”
Bisik Zaqif ditelinga Arissa. Tangannya
Zaqif sudah melingkari tubuh Arissa. Air mata Arissa gugur juga. Pasrah. Badannya
yang berkahwin bukan hati.
‘Semoga
Allah buka pintu hati awak’ Doa Arissa di dalam hati. Lampu tidur dimatikan Tengku
Zaqif. Malam……
###################################################
“Nak
pegi mana pagi-pagi dah cantik macam ni?”
Soal Iffah pada Arissa yang sedang menuang
air ke dalam gelas. Air diteguk Arissa perlahan. Soalan Iffah masih belum
berjawab. Mata Iffah masih setia bersama buku masakan dihadapannya.
“Nak keluar sekejap dengan Zaqif, bu.
Harini kami makan dekat luar, ibu tak payah masak banyak –banyak tau.”
Balas Arissa yang sudah ingin melangkah
keluar dari dapur.
“Arissa..”
Panggil Iffah. Arissa menoleh semula.
“Semoga berjaya. Ibu doakan yang terbaik.
Macam ni lah anak ibu, cantik bertudung.”
Sambung Iffah lagi. Suka melihat
penampilan baru Arissa Balqis. Arissa tersenyum. Dalam hati mengaminkan
kata-kata Iffah. Kaki mula melangkah laju keluar dari banglo. Tengku Zaqif
sudah menunggu di kereta.
Iffah kembali semula menyelak helaian buku
masakan.
“Makan
sorang-sorang lah jawabnya Engku harini.” Omel Iffah sendirian.
Kereta Tengku Zaqif keluar dari
perkarangan banglo. Radio yang dipasang di dalam kereta menceriakan suasana
bisu antara Zaqif dan Arissa.
“Minggu ni kita cari cincin, minggu depan
nanti kita cari baju pulak. Urusan bunga telur, pelamin semua tu awak jangan
risau biar saya uruskan. Lagipun saya kat rumah bukannya buat apa pun.”
Arissa berani memulakan kata. Tengku Zaqif
hanya memfokuskan matanya pada jalan raya. Rasa serbasalah terus menyelubungi
Tengku Zaqif sejak peristiwa malam tadi.
“Saya tahu awak tengah sakit hati, senang
awak mintak je fasakh dengan saya dekat makhmah syariah.”
Tengku Zaqif membalas.Arissa tersenyum
sinis.
“Cetek betul pemikiran awak, atas sebab
apa saya nak pergi mahkamah. Suami saya selalu ada di sisi. Nafkah zahir batin
dia bagi. Cuma satu je yang dia tak kan bagi dekat saya…. Hati dia. Tak kan
saya nak mintak fasakh sebab suami saya tak bagi saya hati dia.”
Arissa mula berhujah. Kereta diberhentikan
ditepi oleh Zaqif. Arissa dipandang. Cantik! Desis hatinya. Mungkin sebab
Arissa dah bertudung sebab tu cantik kut. Tudung biru muda bersama kemeja
lengan panjang dan seluar jeans hitam. Simple! Comel bila dipandang.
“Sebab saya tahu awak sakit hati, dan saya
tak nak sakitkan hati awak lagi! Faham tak!”
Jerit Tengku Zaqif yang terus dihuni rasa
serbasalah. Arissa hanya melarikan pandangannya ke depan. Wajah Zaqif tidak
dipandang.
“Sejak hari pertama saya nikah lagi saya
dah sakit hati. Mungkin sekarang dah biasa. Dah macam rutin harian. Apa kata
sekarang ni awak drive. Hati saya pandai lah saya urus.”
Balas
Arissa. Tengku Zaqif meraub wajahnya sekali. Pedal minyak ditekan. Kereta
meluncur laju semula.
###########################
“Nak
cari cincin kahwin or cincin tunang cik?”
Soal pembantu kedai Emas yang melihat
Arissa sibuk memandang mencari cincin yang sesuai untuk Intan Syaima.
“Ada tak cincin yang sesuai untuk
dipakaikan dekat bakal madu saya?”
Balas Arissa pada pembantu kedai tersebut.
Pembantu kedai tersebut teragak-agak hendak membalas. Last-last tak jawab pun
soalan Arissa. Tengku Zaqif hanya duduk disebelah seperti tidak berminat.
Setelah setengah jam menelek cincin, akhirnya Arissa mengeluarkan sebentuk
cincin berlian. Cantik!
“Cincin ni saya beli guna duit saya.
Anggaplah hadiah perkahwinan awak”
Bicara Arissa sejurus membayar pada
pembantu kedai tersebut. Kaki sudah melangkah keluar dari kedai Emas. Kaki Tengku
Zaqif dilajukan membuntuti Arissa. Tangan Arissa dicapai kasar
“Apa yang awak nak buat sebenarnya!? Awak
sengaja nak sakitkan hati sendiri supaya saya simpati pada awak!? Macam tu!?
Jangan harap lah Arissa Balqis Dato’ Ahmad!”
Jerit Zaqif ditengah-tengah Pusat membeli
belah. Sibuk mata-mata disekeliling yang memandang. Arissa membiarkan tangannya
dipegang.
“Aha! Saya memang tahu Tengku Zaqif Hakimi
memang tak ada perasaan simpati sejak hari pertama saya tidur beralaskan
carpet. Hati saya pun dah malas nak layan perangai awak. Dah jadi heartless!
Awak nak apa lagi? Saya dah bagi green light suruh awak kahwin pun nak marah
–marah macam ni?”
Balas Arissa geram. Tangan yang dipegang Tengku
Zaqif direntap. Tengku Zaqif buntu. Penyelesaian yang ingin dicari makin
bertambah rumit.
“Saya masih tak faham kenapa awak masih
nak bersama dengan saya, sedangkan awak tahu, hati saya pada orang lain.”
Balas Tengku Zaqif yang sudah merendahkan
suaranya. Mukanya memandang wajah Arissa Balqis. Terbit rasa simpati. Baru nak
rasa simpati! Mana Intan Syaima awak tu!
“Sebab awak suami saya…. Fullstop!”
Dihujung ayat ditegaskan nadanya. Arissa
sudah kembali berjalan meninggalkan Zaqif sendirian.
‘Aku memang tak paham dengan perempuan ni’
Langkahnya
turut dilajukan mengejar Arissa. Apa lagi tindakan Arissa lepas ni… Kalau dulu
kau nak kena pilih samada jaga hati Nenda atau Intan? Sekarang ni dah bertambah
lagi sorang?
##########################################
“Erin Fasha.. Buat apa tu?”
Bergema suara garau Tengku Zaim memanggil
Erin Fasha. Tangan masih ralit memandang tab di ruang tamu apartment. Erin
Fasha sibuk bernyanyi-nyanyi di dapur sambil membuka plastik mee segera. Bila
air sudah menidih, mee segera di masukkan. Pantas kaki berlari ke arah suaminya.
“Encik love bite tu apa? Semalam saya
dekat twitter. Kecoh budak-budak sekolah saya dulu cerita pasal love bite”
Soalan polos dari Erin Fasha. Tengku Zaim
terkedu. ‘Yang aneh-aneh je budak ni nak tanyalah! Masak aku!’ Bisik Tengku
Zaim.
“Hermm. Encik fikirlah dulu. Saya nak
tengok meggie dekat dapur tu”
Erin mula melangkah semula ke dapur
meninggalkan Tengku Zaim. Sekali lagi Tengku Zaim menghela nafas panjang.
“Hish! Bertuah betul lah budak ni. Ada je
benda pelik-pelik yang dia nak tanya.”
Omel Tengku Zaim sendirian. Erin Fasha
membawa mangkok ke hadapana. Dari jauh dah tersengih memandang muka Tengku Zaim
yang sedang duduk di atas sofa.
“Makan meggie je. Cubalah makan yang
berkhasiat sikit. Biar urat-urat saraf dalam kepala tu berhubung. Tak delah nak
tanya soalan yang pelik-pelik”
Ujar Tengku Zaim. Erin duduk di sebelah
suaminya. Mee segera dipusing-pusing menggunakan garfu. Bebelan Tengku Zaim di
balas dengan sengihan.
“Orang cakap, malu bertanya sesat jalan
Encik. Encik kan bijak. Belajar jauh-jauh, tak kan soalan simple tak boleh nak
jawab. Kalau encik tak nak jawab tak pe. Nanti saya google. Senang cerita”
Balas Erin Fasha. Tengku Zaim menepuk
dahi. Pening melayan kerenah isterinya. Alahai! Siaran ditukar-tukar oleh Erin
Fasha. Herm! Drama korea dia dah start dah. Lupa lah soalan tadi. Tengku Zaim
menarik sedikit mangkok meee segera Erin Fasha.
“Heppp! Tadi kata tak nak kan. Jangan
kacau saya punya”
Mata masih menghala ke arah TV. Boleh
perasan pulak mangkok mee segera yang ditarik Tengku Zaim. Tengku Zaim
tersenyum. Pantang betul kalau orang amik meggie dia.
#########################################
Didi Khalisha membawa keluar cadar katil
untuk di basuh. Penat! Kalau Tengku Zalif ada dekat rumah, ada je benda yang
dia tak puas hati. Didi kembali semula ke ruang tamu. Punggung dilabuhkan di
atas sofa. Kepala di sandar di belakang sofa. Tengku Zalif yang melihat hanya
tersengih. Namun cepat –cepat sengihannya dimatikan bila Didi mula membuka
mata.
“TV depan aku ni macam berhabuk. Tolong
lap sikit”
Arah Tengku Zalif lagi. Baru je Didi nak duduk.
Ada je benda nak di sakat. Didi mengeluh geram. Namun digagahkan juga. Semua
disebabkan lafaz talak yang dia inginkan dari Tengku Zalif. Namun semakin hari,
ada sesuatu yang menghalang hatinya untuk meminta lafaz tersebut.
“Dah!”
Didi kembali semula ke sofa setelah
mengipas habuk di screen TV menggunakan bulu ayam. Tengku Zalif senyap kembali.
Telefon Didi Khalisha berbunyi di dalam bilik. Laju langkah Didi meninggalakan
Tengku Zalif.
“Ye.. I faham. Sekejap je lagi. Sabar lah
sikit”
Dengus Didi di hujung talian. Sapa lagi
kalau bukan kekasih gelapnya. Tengku Zalif yang mendengar perbualan di sebalik
pintu hanya menghela nafas panjang.
“Buat apa simpan dia lama-lama kalau dia
tak bahagia dengan aku. Mungkin dia memang milik orang tu. Dan aku hanya perampas.”
Bicara Tengku Zalif sendirian. Kaki
kembali semula ke sofa bila mendengar derapan kaki Didi yang ingin memulas
tombol pintu. Didi melihat wajah selamba suaminya. Entah kenapa hati terbit
pula rasa serbasalah.
‘Awak baik. Tapi aku ada sebab kenapa aku
nak kan Remy’
Bisik hati Didi.