Home Novel Cinta ENCIK KEMBAR JATUH CINTA
BAB 20

BAB 20

“Ingat pesan Nenda, orang tua-tua cakap sebelum bersanding jangan nak mengada –ngada pegang sana sini!”

Tegas arahan Syarifah Al Bahiyah di ruang tamu rumahnya. Isyarat mata Omma Bertha tepat mengena pada mata cucu-cucunya.

“Apa ni Nenda, tu semua karut je… Dah nikah dari atas sampai bawah halal. Macam ni ha…”

Tengku Zaid menyampuk dan menggengam tangan Alyaa. Geram Alyaa dibuatnya. Rasa ingin sahaja ditelan manusia yang bernama Tengku Zaid Hakimi ni! Alyaa serbasalah. Nak di tarik takut pulak depan Nenda Drakula ni. pasrah jelah Alyaa.

“No! means no! Erin, Alyaa, Didi, Arissa. Kamu jangan layan diorang ni semua, kamu nanti masuk bilik atas. Reception minggu depan, tak lama.”

Tegas Nenda Bahiyah. Masing-masing menggangguk. Baru tahu panahan mata drakula. Mesti takutkan.

“And ni…”

Sambung Engku Bahiyah lagi sambil memberi kunci apartment pada setiap cucu-cucunya.

“Bukan bermaksud tinggal terus kat sana, Nenda tak suka Banglo ni tiba-tiba kosong, jadi kamu kena bergilir. At the same time, Nenda nak ajar kamu hidup berdikari.”

Baik jugak Syarifah Al Bahiyah ni. Jam sudah menunjukkan pukul 1.00 pagi. Penat masih tak hilang sejak melayani tetamu petang tadi, kini harus mendengar tazkirah dari Syarifah Al Bahiyah. Erin lagi tadi dah terpusing-pusing kepala mendengar. Syarifah Al Bahiyah belum habis bercakap dia sudah terlentok di bahu Tengku Zaim. Sabar jelah si Erin ni.

“Dah, masuk tidur.”

Ucap Syarifah Al Bahiyah lantas kaki mengatur langkah ke bilik. Masuk sahaja Engku Bahiyah, Iffah terus keluar bersama dengan air susu. Bukan nescafe k.

“Hai ibu, kenapa susu?”

Soalan Tengku Zalif. Didi di sebelahnya hanya membuat muka selamba. Tidak berminat langsung dengan pernikahan ini. Tengku Zalif hanya berlagak biasa.

“Nanti kang tak boleh tidur. Dah cepat minum”

Air di letak di atas meja. Iffah melihat kepala Erin yang sudah tersengguk-sengguk di bahu Tengku Zaim. Bibirnya menguntum senyum.

“Along, kesian Erin tu, pergi angkat dia hantar kat bilik.”

Arah Iffah. Tengku Zaim tidak banyak membantah. Wanita di sebelahnya dikerling. Kepalanya di gelengkan. Kaki lantas bangun dan ingin mengangkat tubuh kecil Erin Fasha.Tiba-tiba?

“Aaaaaa…..tolong-tolong hantu…”

Mulut Erin ditutup oleh Tengku Zaim. Erin memandang suaminya.

“Hei..Hei.. Awak kenapa?”

Soal Tengku Zaim cemas. Yang lain sudah tergelak.

“Tak, dulu mak saya cakap, kalau ada lelaki nak buat bukan-bukan jerit macam tu.’’

Balas Erin polos. Tergelak yang lain mendengar. Macam-macam hal si Erin Fasha ni.

“Dah Erin, pegi naik atas tidur.”

Ucap Iffah bersama senyuman. Tengku Zaim dan Erin Fasha melajukan langkah meninggalkan mereka semua. Selang beberapa minit Alyaa dan Didi bangun ingin masuk ke bilik. Didi sudah laju bergerak meniti anak tangga meninggalkan Tengku Zalif. Lagi tadi tak habis-habis bermain isyarat mata supaya Tengku Zalif tak lupa lafaz yang satu lagi tu.

“Eh, tak kan nak tinggal suami sorang-sorang”

Tengur Tengku Zaid bila melihat langkah Alyaa lemah meniti anak tangga. Alyaa menoleh semula. Terlupa sudah bersuami. Hatinya masih lagi pedih dengan keputusan cik mat walaupun badan terpaksa redha. Alyaa hanya memandang bisu.

“Dah Alyaa, naik atas. Ibu bagi izin.”

Balas Iffah yang membahasakan dirinya ibu sejak women talk siang tadi. Iffah memandang Tengku Zaid geram. Tengku Zaid tersengih. Alyaa meneruskan langkah yang sudah jauh ditinggalkan Didi.

“Yang kamu berdua ni, sampai bila tak nak bercakap?”

Soal Iffah pada Tengku Zaqif yang sibuk bermain telefon bimbit. Tiada jawapan diberikan oleh Tengku Zaqif. Sibuk membaca status Facebook Intan Syaima yang sedang kecewa walau hakikatnya dia sendiri merana. Seperti hidup dalam dunianya sendiri si Tengku Zaqif ni. Tengku Zaid dan Tengku Zalif sudah bergerak masuk ke bilik. Arissa masih setia menunggu. Nasihat papanya sentiasa tersemat diminda.

‘Suami harus diutamakan’.

“Boleh saya tanya makcik sesuatu?”

Soal Arissa kepada Iffah yang sedang memujuk Tengku Zaqif supaya bercakap. Iffah mengganggukkan kepala.

“Kenapa mereka semua panggil makcik ibu?”

Iffah tersenyum dengan soalan yang diberikan. Belum sempat nak menjawab Tengku Zaqif sudah menyampuk.

“Sebab masa tadika dulu, ada budak cakap kami tak ada mama, lepastu ibu jadi mama kami. Ibu tak nak tidur ke? Achik masuk dulu. Dah ngantuk.”

Ucap Zaqif seraya bangun dari sofa dan menuju ke bilik. Iffah hanya mampu menggeleng kepala melihat kerenah Tengku Zaqif ni.

“Makcik memang bahasakan diri makcik ibu dari diorang kecil lagi sebab kalau boleh makcik tak nak lah diorang hilang panggilan tu.”

“Oh… Ibu… kalau macam tu saya pun nak panggil makcik ibu, sebab saya pun dah lama hilang kasih sayang seorang ibu.”

Balas Arissa. Iffah mendepangkan tangannya untuk memeluk Arissa.

“Ibu harap Arissa dapat bersabar dengan perangai Zaqif, dia tu kuat merajuk. Ibu tahu Arissa ni baik, boleh jaga Zaqif.”

Bisik Iffah ditelinga Arissa. Pelukan dilepaskan. Ada airmata yang tersimpan di tubir mata Arissa.

Iffah mengarah Arissa naik ke bilik. Arissa meniti anak tangga dan menuju ke bilik. Dia belajar untuk menerima segalanya. Dia berusaha untuk menjadi yang terbaik walau hati masih lagi menidakkan takdir. Tapi Tengku Zaqif sedikit pun tidak menjaga perasaanya walaupun sudah bergelar isteri. Tangan yang bersalaman sewaktu pembatalan air sembahyang ditarik laju oleh Tengku Zaqif. Tersiat juga hatinya melihat kelakuan Tengku Zaqif Hakimi. Sekejap sahaja Arissa sudah sampai di tingkat 3. Pintu bilik dikuak.

‘Tidurlah Arissa, mana tahu esok Tengku Zaqif jatuh cinta dekat kau!’

Bicara Arissa perlahan sambil merebahkan diri di atas kati. Penat badan. Penat fikiran. Penat lagi hati yang menanggung rasa. Malam…

###########################################################

Mata masih memandang syiling. Airmata turun dengan laju. Alyaa Nadin teringat bait-bait kata Cik Mat selepas dia bergelar isteri petang tadi. Sekelip mata statusnya berubah. Allah! Keluhan kecil dilepaskan. Pesanan ringkas dari Tengku Zaid tiba-tiba masuk.

‘Terima kasih sebab sudi terima saya walaupun saya tahu awak terpaksa”

Alyaa tidak membalas pesanan ringkas tersebut. Hatinya masih sakit. Telefon bimbitnya berbunyi lagi.

“Saya janji akan sediakan yang terbaik untuk awak walaupun saya tahu saya bukanlah pilihan terbaik dalam hati awak”

Tengku Zaid mula bermain dengan kata-kata. Alyaa menolak tepi telefon bimbitnya.

“Ye! Memang Tengku bukan pilihan hati saya. Tapi Tengku jodoh saya. Saya…”

Omel Alyaa sendirian. Matanya masih basah dengan air mata.

‘saya… tak boleh nak terima Tengku. Maaf’ Bisik hati Alyaa. Mukanya di tekup dengan bantal.

############################################################

“Ye. I tak tidur dengan dia. Jangan harap dia dapat tidur dengan I. Setakat ni semua berjalan lancar. I akan pastikan dia ceraikan I. Tapi you kena sabar sikit lah. Tak kan lah I nak suruh dia ceraikan sekarang”

Ucap Didi Khalisha di hujung talian. Badannya di golek-golekkan di atas katil.

“Yeke? Dia tu dah halal untuk you. Mustahil dia tak buat apa-apa. I lelaki. I tahu apa yang dia rasa. Nanti kalau you dah duduk satu bilik….”

Ayat tidak di habiskan. Sendu suara kekasih gelap Didi Khalisha. Tersenyum saat Didi Khalisha mendengar keluhan kekasihnya.

“I tak sangka you sayang gila dekat I. You jangan risau. I tak kan benarkan dia sentuh I. Love you sayang.”

Didi Khalisha mula bermain dengan kata-kata. Panggilan di matikan. Terbayang saat dia menjadi Puan Didi Khalisha petang tadi. Masih teringat muka berlagak Tengku Zalif saat menyarungkan cincin di jari manisnya.

“Itu semuanya fake!”

Jerit Didi Khalisha sedikit kuat.

##################################################

“What? Cerai? Hahahaha. Mustahil? Perkahwinan yang di bina bukan untuk di hancurkan. Tapi untuk di jaga dan di bentuk.”

Omel Tengku Zalif bila teringat kata-kata Didi Khalisha. Bermacam-macam strategi yang di pasang di kepalanya untuk berhadapan dengan isterinya. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Tengku Zalif bangun dan membuat solat sunat dua rakaat seperti yang di arah Iffah.

Ye! Bak kata Iffah. Tak semua benda yang boleh kita kongsikan dengan manusia. Sebab manusia hanya mampu menjadi pendengar. Tapi bila kita mengadu dengan Allah. Allah mampu memberikan jalan penyelesaian yang terbaik.

Previous: BAB 19
Next: BAB 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.