BAB 4
“Emy, proposal yang saya mintak semalam
kat mana?”
Soal Tengku Zaim terhadap Emy Amylin yang
merangkap setiausaha peribadinya sejak dua minggu lalu. Cantik orangnya! Yang
penting tak gedik dan seksi macam Salwa Amna. Tak habis – habis kacau hidup
Tengku Zaim. Kalau Tengku Zaid tu lain cerita, semua perempuan dahi licin, dia
layan. Tengku Zaim ni lain, dia macho. Manis dalam diam gitu. Tak payah cakap
pun, pandang je dah cair. Bibir merah, kening tebal, paling mahal ada lesung pipit
tu. Tak hairan semua cucu Syarifah Al Bahiyah handsome-handsome, banyak sangat
kacuk nya.
“Semalam saya dah pesan dekat Amna, suruh
dia letak atas meja Tengku kalau dah siap proposal tu.”
Balas Emy kalut. Gelabah dia melihat
Tengku Zaim yang bermuka serius tu. Masak lah kau Emy!
“I don’t want to hear any excuse! Proposal
on my desk now!”
Jerit Tengku Zaim. Tak bagi muka langsung.
Kesian Emy. Emy makin gelabah, kaki segera melangkah keluar.
“Wait! tell amna, come to my office now,”
Tambah Tengku Zaim yang sudah merendahkan
volume suaranya. Senang betul naik angin Tengku Zaim ni. Tak boleh silap sikit,
semua nak dimakannya. Mentang-mentang cucu drakula. Emy keluar dari pejabat
Tengku Zaim.
Sesusuk tubuh yang tinggi lampai, berbaju
ketat, berskrit paras peha pulak melangkah pantas dan menuju ke bilik Tengku
Zaim, sapa lagi kalau bukan Salwa Amna. Dari hari pertama kerja sehingga
sekarang tak habis-habis dengan taktiknya hendak mengurat Tengku Zaim. Ni pun
sebab dah dapat green light dari Syarifah Al Bahiyah. Tak habis habis si Omma
Berta ni, nak mengacau kehidupan cucunya. Nasiblah kau lah labu…
Pintu bilik Tengku Zaim diketuk. Muka
Tengku Zaim masam. Salwa Amna ditenung seperti hendak di telan. Proposal di
tangan Amna diletakkan di atas meja.
“Sorry late.”
Amna memecah kebisuan. Tengku Zaim menolak
kerusi kebelakang. Badannya bingkas bangun dari tempat duduknya. Muka Salwa
Amna dipandang.
“I tak kisah lah apa yang you dah cakap
dengan Nenda I, ataupun you dah jadi kesayangan Nenda I, yang penting kerja
kena siap ontime!”
Jerit Tengku Zaim. Meluat tengok perempuan
gedik dihadapannya. Entah misi apa yang sedang dilancarkan oleh Nendanya
sehinggakan perempuan gedik ni tak habis - habis nak menarik perhatian Tengku
Zaim.
“Masa pemilihan setiausaha haritu, kalau
you pilih I, Nenda you mesti tak suruh I pikat you, kenapa you tak ikut kata
Nenda you. Dia nak I yang jadi setiausaha peribadi you. Bukan Emy!”
Bentak Salwa Amna.
“Hah!”
Tengku Zaim berdengus kecil sambil
tersenyum sinis. Bukannya Tengku Zaim tak tahu niat sebenar Amna! Bukan nak
jadi setiausaha pun, tapi memang nak pikat Tengku Zaim secara dekat. Cuma kalau
jadi setiausaha tu dianggap bonus sebab dapat pergi kemana –mana urusan Syamraa
Holdings bersama.
“Kalau I bertekak dengan you bukannya I
menang pun, Just get out from here!”
Tengku Zaim beralah. Kalau di layan memang
tak kan menang. Ada je benda yang si Salwa Amna ni nak bahas. Terbengkalai
jugak projek pembinaan Mall baru di Kedah tu nanti. Tak faham sungguh Tengku
Zaim dengan citarasa Nendanya. Hmm! Perempuan yang macam ni yang dia nak? Sebab
keturunan dia anak Dato dan good education. Akhlak zero!
Tengku
Zaim kembali duduk. Proposal yang diletakkan Salwa Amna diambil. Mukanya
berubah tanda tidak puas hati. Sekali lagi nama setiausahanya di panggil.
Nasiblah kau Emy, kerja dengan cucu drakula.
#############################################################
Tengku Zaid baru sahaja selesai
bermesyuarat bersama dengan ahli lembaga ZH Hotel. Hotel yang begitu startegik.
Betul-betul terletak di tengah-tengah
Bandar Kuala Lumpur. Tempat yang strategik bagi orang – orang kenamaan dari
Luar Negara untuk menjadikan ZH hotel sebagai tempat beristirahat.
Tengku Zaid melajukan langkah dan menuju
ke parkir kereta. Dari jauh sudah kelihatan kereta BMW miliknya sudah
diletakkan betul-betul di hadapan pintu besar ZH Hotel. Langkah wanita yang
membuntuti Tengku Zaid semakin dilajukan. Tangan nya lagi tadi tidak berhenti
menulis. Setiap butir percakapan Tengku Zaid semasa mesyuarat pasti akan di
catat. Pandai Tengku Zaid, bila bab kerja cari wanita bertudung. Bila nak date
cari yang seksi meksi. Gatal!
“Kejap Tengku”
Jerit Alyaa Nadin. Mencecet Alyaa lari
mengejar langkah Tengku Zaid yang laju tu. Tengku Zaid menoleh. Tersenyum dia
melihat gadis itu berlari-lari anak ke arahnya.
“Hah, padia Alya?”
Kelihatan Alyaa sibuk membuka buku
catatannya. Masuk je minggu ke 2 hampir separuh buku nota itu penuh dengan
tulisan. Ni semua gara-gara Tengku Zaid. Suka sangat tunda meeting.
Lepastu suka bila tengok Alyaa kalut.
Makin gelabah makin dibulinya. Kalau Cik mat tahu anak dia kena buli macam ni,
masak kau Tengku Zaid.
“Lagi setengah jam, Tengku ada meeting
dengan client kita. Kawan kepada Nenda Tengku. Cucu dia punya reception dia nak
buat dekat ZH Hotel, harap Tengku tak lupa.”
Sebutir-sebutir ayat yang dituturkan Alyaa
sambil membaca nota di dalam bukunya. Tangannya ligat juga menulis note penting
disitu.
“Mengikut masa yang di berikan, in 5
months Tengku.”
Tambah Alyaa yang kini sudah mengangkat
muka dan melihat wajah Tengku Zaid. Cermin mata hitam jenama Rayben milik Tengku
Zaid dibuka dan disangkut di bahagian leher. Wow smart! Desis Alyaa. Buku yang
di pegang Alyaa di rampas Tengku Zaid. Gelabah gadis bertudung pink itu meminta
semula bukunya. Helaian demi helaian dibuka satu persatu oleh Tengku Zaid.
“Hahaha, pukul 12 esok buat check gigi,
jangan lupa beli sabun basuh, mee segera dah nak habis…hahahaha!”
Tengku Zaid tergelak membaca butir-butir
harian Alyaa Nadin yang sememangnya seorang yang teliti tentang bab-bab kerja.
Macam mana tak tebal buku nota tu, dah macam diari harian dikerjakan Alyaa.
Alyaa geram!
“Maafkan saya Tengku, ini privasi!”
Alyaa meninggikan suara. Buku bertukar
tangan. Tengku Zaid mengeluarkan phone dikocek seluarnya. Nombor Syarifah Al
Bahiyah di dail.
“Assalamualaikum Nenda, appointment dengan
Syed Ilham, Angah terpaksa cancel. Angah ada urgent matter yang kena settle
sekarang. Sorry Nenda, love you.”
Talian dimatikan. Kerja mudah. Tengku Zaid
tersenyum memandang Alyaa. Dasar kaki kelentong! Nak keluar dengan perempuan
lah tu. Alyaa Nadin mengomel dalam hati. Kalau tak disebabkan Cik Mat, tak ingin
dia bekerja dengan Tengku Zaid. Dasar playboy!
Kaki melangkah laju meninggalkan Alyaa
Nadin yang masih menyebut satu persatu jadual Tengku Zaid untuk hari ini.
Kereta Tengku Zaid dipandu laju keluar dari perkarangan hotel. Alyaa masih lagi
berdiri di hadapan pintu besar ZH Hotel. Ada keluhan kecil dari mulut Alyaa
“Cakap dengan orang macam ni tak guna lah,
membazir air liur, membazir masa. Kalau lah boleh lempang hidup-hidup.”
Omel Alyaa perlahan. Langkah diteruskan,
banyak lagi perkara yang perlu di lakukan oleh Alyaa seperti menunda mesyuarat
ke hari lain. Perangai betul Tengku Zaid. Mata masih lagi memandang buku nota yang
dirampas Tengku Zaid. Malu betul kalau ingatkan balik kejadian tadi. Hemm!
“Buk!!!”
Buku yang sedang dibaca Alyaa jatuh ke
lantai. Sepertinya dia terlanggar seseorang.
“Allah!!”
Alyaa teriak kecil. Leka sangat, sampai
orang lalu pun tak nampak. Kan dah terlanggar.
“Sorry encik maafkan saya.”
Laju mulut Alyaa menutur kata maaf. Dah
macam drama Melayu. Buku bertukar tangan. Haikal tersenyum melihat telatah
Alyaa yang sedari tadi mengomel sendirian. Mata mereka bersatu. Ada getaran
dalam hati Alyaa. Mungkinkah Haikal merasa sesuatu yang sama? Oh! Melodi cinta
sedang bermain-main dalam hati Alyaa.
‘Bila nak habis ni? Kenapa dia ni handsome
sangat!’ Hati Alyaa berbisik lagi.
“Cik Alyaa, lain kali jalan tengok depan,
bukan tengok buku.”
Ucap Haikal yang terus melajukan langkah
keluar dari ZH Hotel. Muka Alya terus bertukar merah dek kerana malu.
“Comel”
Ucap
Alyaa bersama senyuman di bibirnya. Amboi cik Alyaa, gatal jugak awak ye!
Kereta Haikal hilang dari perkarangan hotel. Tak lain tak bukan, lepak dengan
Tengku Zaid lah tu.
#########################################################################
Tengku Syarifah Al- Bahiyah menghela nafas
panjang. Belum habis bercakap talian sudah di matikan oleh Tengku Zaid.
Perkahwinan yang Syed Ilham ingin bincangkan adalah perkahwinan cucu nya dan
cucu Syarifah Al – Bahiyah. Siapa lagi kalau bukan Tengku Zaid. Cucu yang
menurut perintah asalkan Nendanya bahagia, katanya lah! Boleh pulak tiba-tiba
batalkan perjumpaan. Padahal lagi setengah jam je meeting tu start!
Berkerut dahi Syarifah Al Bhiyah mencipta
alasan untuk diberikan kepada Syed Ilham sebentar sahaja lagi. Tengku Zaqif
masuk ke bilik Nendanya. Dia baru sahaja menyemak proposal makanan sejuk beku
yang bakal diusahakan oleh Syarifah Al Bahiyah nanti. Otak bisness sangat
Syarifah Al Bahiyah ni. Mana tak pening asyik kira untung rugi je. Ni bertambah
lagi pening dikerjakan empat ekor kumbang hidup ni.
“Nenda, Achik rasa, Nenda tak boleh buat
macam ni tau. Bukan Achik nak membelakangkan keputusan Nenda, tapi Nenda cuba
fikir, kalau Nenda ada orang yang atur hidup Nenda, mesti Nenda pun akan
memberontak kan?”
Tengku Zaqif memecah kesunyian bila
melihat Nendanya senyap. Senyap memikirkan masalah cucu-cucunya lah! Sapa lagi.
Ni si Tengku Zaqif pulak nak tambah. Hmm! Rancangan Tengku Zaim yang ingin
menentukan masa depannya sendiri pun masih lagi ada campur tangan Syarifah Al
Bahiyah. Jadi jangan haraplah yang lain dapat lepas dari tangan Drakula siam ni.
Seperti Omma Berta, ada sihir di matanya. Sekali pandang je semua jadi lemah.
Bukan lemah sebenarnya, malas nak bertelagah. Lain lah Tengku Zaid, Syarifah Al
Bahiyah tu selalu dibulinya. Nak buat macam mana, geram - geram Syarifah Al
Bahiyah, dia cukup sayang dengan cucu-cucunya.
“Selama ni, hidup Nenda, moyang kamu yang
atur kan. Berjaya je sampai sekarang. Tak membantah pun.”
Balas Syarifah Al Bahiyah tegas. Memang
tak kan menang lah kau Tengku Zaqif. Bila Syarifah Al Bahiyah dah bercerita
sejarah silam ni confirm kau kalah!
“Nenda tak boleh nak samakan kehidupan
dulu dengan sekarang,”
Tengku Zaqif masih tidak berpuas hati.
Fikirannya juga buntu. Terlajak kata jugak malam tempoh hari bila masing
–masing menyoalkan jodoh yang dipilih Nenda Bahiyah. Senyap –senyap je Tengku
Zaqif ni, entah-entah ada simpan perempuan. Kalau betul, boleh pengsan Syarifah
Al Bahiyah ni. Al maklumlah, Tengku Zaqif dari dulu sampai sekarang bila Nenda
kata A, A lah yang dia ikut. Kalau nak ikutkan abang-abangnya yang lain, ada je
bantahan. Sampai tak bertegur dengan drakula tu pun pernah.
“Achik! Just follow my words. Dulu Masa
Nenda dengan arwah atok kamu pun tak saling kenal. Kami bahagia sampai sampai
ke akhir hayat dia.”
Alasan kukuh yang diberikan oleh Syarifah
Al Bahiyah. Mana mungkin dia akan melepaskan cucu-cucunya di tangan orang yang
dia tak kenal. Lagi-lagi orang tu TAK KAYA! Tengku Zaqif menghela nafas panjang. Memang tak dinafikan,
Tengku Zainal Arifin memang baik, banyak sangat yang dia beralah dengan
Syarifah Al Bahiyah ni.
Tengku Zaqif bangun dari sofa, air mineral
dituang dan diteguk perlahan. Fikirannya runsing. Lagi 4 bulan semua kena berkahwin
dengan pilihan Nenda Bahiyah. Tengku Zaim pulak kena bawak balik calon yang
setaraf dengan keturunannya dalam masa 4 bulan, jikalau tidak dia akan
dinikahkan dengan Salwa Amna. Patutlah si Salwa Amna tergedik-gedik dengan
Tengku Zaim.
Pandangan dari tingkat 9 Bangunan Syamraa
Holdings, dipandang kosong oleh Tengku Zaqif. Otaknya ligat berfikir,
fikirannya melayang teringatkan teman wanitanya yang kini baru sahaja
menghabiskan belajar di Universiti Malaya dalam bidang Sains Pentadbiran.
Kalau nak diikutkan gadis yang bernama
Intan Syaima ni, langsung tak setaraf di mata Nenda Bahiyah. Tapi itulah insan
yang sudah bertakhta di hati Tengku Zaqif. Sudahlah anak yatim piatu sejak
lahir. Dibesarkan di panti asuhan pula. Kalau Nenda Bahiyah dapat tahu perkara
ni, nahas kau Tengku Zaqif. Panggilan telefon mematikan lamunan. Nama yang
tertancap di screen telefon cukup dikenali. Panggilan berjawab.
“Ye ibu, ada apa?”
Terbeliak mata Tengku Zaqif mendengar
khabar tersebut. Panggilan dimatikan. Syarifah Al Bahiyah yang masih
menghenyakkan diri di atas sofa didampingi oleh Tengku Zaqif. Mukanya risau
akan berita yang bakal disampaikan.
“Nenda,
Angah excident, but he’s okay. Kaki patah’’.
Ucap
Tengku Zaqif lembut. Risau Nenda terkena serangan jantung. Baru je lepas
bertegang urat dengan Tengku Zaid tadi. Kaki dah patah. Tulah! derhaka lagi
dengan drakula siam ni. Syarifah Al Bahiyah bingkas bangun dari sofa, kakinya
laju melangkah keluar. Tengku Zaqif hanya membuntuti Nendanya. Nampak riak
risau di wajah Syarifah Al Bahiyah.
Iffah sudah berada di perkarangan hospital
bersama dengan Tengku Zalif. Berderau jantungnya bila mendapat panggilan
telefon di kediaman Syarifah Al Bahiyah sebentar tadi. Setelah memberitahu
Tengku Zalif, Iffah terus bersiap menunggu untuk di bawa ke hospital. Berani
mulut berbicara pada Tengku Zalif bahawa dia ingin menjenguk Tengku Zaid. Penuh
cemas mukanya. Selang beberapa minit, kereta yang dipandu Tengku Zaqif tiba
bersama Syarifah Al Bahiyah dan Tengku Zaim.
Langkah Iffah termati, lantas tangannya
digenggam oleh Tengku Zalif. Mata drakula memandang tajam. Namun langkah
diteruskan juga sehingga sampai ke wad Tengku Zaid.
Masuk sahaja ke dalam wad, Tengku Zaid
boleh tersenyum. Dengan kaki tergantung. Suka sangat agaknya. Kepala Tengku
Zaid dipeluk erat oleh Nenda Bahiyah. Hilang sedikit riak risau di matanya.
Tapi siap sedialah mendengar bebelan Drakula siam tu. Iffah hanya mampu
memandang jauh, sedikit senyuman terukir. Cemas di dada kian hilang.
“Dah habis ke kerja kau kat rumah, sampai
boleh berfoya-foya dekat sini.”
Bila drakula siam bersuara, Iffah hanya
mampu menunduk. Kakinya mula diangkat keluar dari wad. Sindiran Syarifah Al
Bahiyah tadi bermaksud dia perlu pergi dari wad tersebut. Baru sahaja hendak
melangkah keluar, ada tangan yang mengenggam erat. Siapa lagi kalau bukan
Tengku Zalif! Berani betul sama macam Tengku Zaid. Membulat lagi mata Drakula
tu. Perlahan Iffah merenggangkan genggaman tangan Tengku Zalif.
“I will take her home Nenda, tadi
kebetulan masa ibu call, Uda memang dah sampai rumah, nak amik barang, tu yang
bawak ibu sekali.”
Sedikit tegas suara Tengku Zalif. Saat
macam ni pun nak marah Si Iffah tu.
“Cepatnya balik ibu, meh sini nak hugs.”
Sampuk Tengku Zaid sambil mengangkat
kening dan tangannya seolah oleh ingin memeluk Iffah. Panas je darah drakula
tu.
‘Budak ni aku luku kepala tu baru tau
kang, jangan sampai kepala pun berbalut’ omel Iffah dalam hati.
“Saya balik dulu Engku”
Iffah bersuara. Nak pandang pun takut.
Kakinya mula keluar. Tengku Zalif yang ingin menghantar Iffah ditahan olehnya.
Tak sanggup nak dengar bebelan Syarifah Al Bahiyah yang tak henti-henti. Iffah
lebih rela naik bus atau teksi.
Melihat kesungguhan Iffah melarang untuk
di hantar pulang, Tengku Zalif kembali semula ke dalam wad. Iffah berjalan
keluar dari perkarangan hospital. Sepanjang perjalanan dia mencari kekuatan
semula untuk berhadapan dengan Syarifah Al Bahiyah di rumah nanti.
Bila semua tukang back up tiada, habislah
Nurul Iffah. Sabar jelah, anggap itu halwa telinga. Halwa tu manis, sedap di
dengar. Ini peluru berpandu, sakit menusuk kalbu. Sempat Iffah bermonolog.
Iffah.. Iffah.. Tunggulah kau dekat hentian bas ni sorang-sorang.