Home Novel Cinta ENCIK KEMBAR JATUH CINTA
BAB 33

BAB 33

“Dia akan tolong kita yakinkan Nenda. Intan jangan risau. Intan sorang dalam hati abang, even lepas kahwin nanti Intan sorang yang abang pandang.”

Bicara Tengku Zaqif pada Intan Syaima. Wanita yang dirinduinya selama ini. Sanggup mencipta beribu penipuan dengan Syarifah Al Bahiyah untuk balik awal sebab nak berjumpa dengan Intan Syaima. Jumpa kat mana lagi kalau bukan pejabat Hakim. Sejak-sejak Hakim ambil Intan Syaima kerja dengannya. Makin laju langkah Tengku Zaqif!

“Dia nak tolong macam tu je? Ke dia ada muslihat?”

Balas Intan Syaima seakan tidak percaya dengan kata-kata Zaqif. Tengku Zaqif pula terdiam sekejap, mengingat kembali kata-kata Arissa Balqis

‘Make me your real wife and I will help you to persuade Nenda’.

Intan Syaima yang duduk di sofa berhadapan dengan Tengku Zaqif membangunkan diri menghadap tingkap. Tengku Zaqif masih lagi duduk di sofa.

“Ye tanpa syarat!”

Balas Tengku Zaqif tipu. Air mineral di atas meja diteguk perlahan. Jam ditangan sudah mencecah pukul 5 petang. Intan Syaima menoleh Tengku Zaqif. Masih lagi tak percaya dengan kata-kata kekasihnya

“Awak akan ceraikan dia lepas saya jadi madu?”

Soal Intan lagi masih tidak berpuas hati. Tengku Zaqif bangun dari sofa. Kakinya melangkah menuju betul-betul di hadapan Intan Syaima.

“Dia pilihan Nenda. Intan pilihan abang. Kat situ Intan dapat fikir kan siapa yang ada dalam hati abang ni. At the same time, abang kena jaga hati Nenda.”

Balas Zaqif tersirat. Intan Syaima diam. Pandangan dilarikan keluar tingkap. Mampukah dia untuk hidup bermadu. Tapi hatinya terlalu sayangkan Tengku Zaqif Hakimi. Susah nak padamkan rasa ni.

“Ok! I’m just follow your words.”

Balas Intan Syaima. Langkah di atur keluar dari pejabat Hakim Danish.

###############################################################

Meriah petang Jumaat di Rumah Banglo Syarifah Al Bahiyah gara-gara Engku Bahiyah rindu dengan suasana makan bersama. Iffah lincah menyediakan minum petang untuk mulut-mulut di rumah banglo tersebut. Penuh kudap-kudapan di atas meja halaman rumah. Sibuk Iffah menyusun makanan-makanan di atas meja atas bantuan si mulut becok, Erin Fasha. Didi Khalisha dan juga Arissa turut membantu. Sekarang hanya tinggal yang lain balik dari kerja.

Deruman kereta-kereta cucu-cucu Syarifah Al Bahiyah sudah kedengaran. Syarifah Al Bahiyah seperti biasa akan menyalin baju dahulu baru turun ke bawah. Cucu-cucunya yang lain sudah duduk di atas meja. Tengku Zaim masuk ke dalam berjumpa dengan Iffah, laju je langkah macam ada urusan penting.

“Hah, Kak Ari. Lupa pulak nak cerita. Kak Ari nak tahu tak sebab apa kalau siang-siang Erin duduk rumah Nenda?”

Tutur Erin bersahaja. Yang lain sudah memandang.

“Kenapa?”

Soal Arissa bersemangat. Pelik juga bila pagi-pagi Tengku Zaim hantar Erin dirumah Nenda. Yang lain sudah memasang telinga untuk mendengar.

“Apartment tu berhantu…” Balas Erin. Didi sudah kecut perut.

‘Selama ni tak ada apa-apa pun yang pelik.’

Bicara hati Didi. Takut juga bila siang-siang Tengku Zalif tinggalkan dia. Hari ni pun sebab ada makan-makan sebab tu pagi-pagi lagi Tengku Zalif dah hantar Didi dekat rumah Nenda Bahiyah.

“Hish! Mengarut je Erin ni, selama ni saya duduk dengan Alyaa selamat je, bahagia tak terkata. Tak ada hantu nak kacau pun”

Tengku Zaid menyampuk. Alyaa disebelah dipandang. Mana tak bahagia, dah dapat si Alyaa ni. Dah ada kat sebelah pun kadang-kadang angau kuda belang dia datang. Yang lain masih setia mendengar, nak tahu apa yang Erin ingin perkatakan.

“Ya Allah Tengku, ni betul. Saya tak tipu. Nanti kalau Encik abang sampai cuba tanya dia. Kalau malam –malam ada hantu cangkung. Dia selalu pandang kitorang.”

Sambung Erin bersungguh. Didi sudah kecut disebelah. Yang lain masih nak tahu kisah selanjutnya. Masing-masing muka serius.

“Mana awak tahu hantu tu pandang?” Soal Tengku Zalif. Macam tak percaya dengan ucapan Erin.

“Lah! Tengku tak tahu ke? Encik abang kan boleh nampak hantu, dia yang cakap.”

Balas Erin polos. Yang lain sudah tergelak. Giliran Tengku Zaqif pulak nak bertanya soalan.

“Macam-macam hal Along ni”. Omel Tengku Zaqif.

“Habis tu Encik abang awak tu buat apa kat hantu tu?” Soal Tengku Zaqif. Erin makin semangat nak bercerita. Yang lain asyik nak tergelak je dengar celoteh Erin.

“Encik abang cakap, hantu cangkung tu tak suka kalau tengok ada manusia peluk-peluk. Saya pun apa lagi, saya peluk Encik abang kuat-kuat. Hantu tu pun lari.”

Balas Erin siap bangun dari kerusi menggayakan dia memeluk Tengku Zaim. Ketawa yang melekek-lekek membuat Tengku Zaim terpanggil semula ke hadapan.

‘Ni mesti Erin punya kerja’ Omel Zaim. Kaki sudah dilajukan ke halaman rumah.

“…..kitorang main perang-perang mata, kadang-kadang cari barang tersembunyi, main nyorok-nyorok dalam….”

Mulut Erin ditutup dari belakang. Laju Tengku Zaim jalan bila mendengar Erin bercerita. Mukanya sudah tersengih melihat kembarnya yang lain. Muka Erin dipandang. Pandangan mata Zaim dibulatkan. Erin pula tersengih. Kembarnya yang lain sudah tersengih nakal pada kembar sulungnya.

Derapan kaki Syarifah Al Bahiyah sudah kedengaran. Masing-masing sudah mengambil tempat. Dalam rumah nak makan dengan cucu sendiri pun pakai cantik-cantik Si Syarifah Al Bahiyah ni.

Masing-masing sudah menyua makanan kemulut.

“Dah nak masuk 3 bulan ni, tak kan sorang pun tak ada tanda-tanda.”

Giliran Syarifah Al Bahiyah bersuara. Masing-masing dah tak senang duduk. Yang bahagia Erin sorang je. Budak tu bukannya ada perasaan.

“Soon Nenda.”

Tengku Zaid bersuara. Berani dah sekarang, sejak-sejak bahagia ni. Engku Bahiyah tersenyum melihat Tengku Zaid. Yang lain sudah takut bila di soal Syarifah Al Bahiyah. Kalau Si Zaim mulalah buka pasal kerja. Engku Bahiyah memang otak bisness, memang dilayannya.

####################################

Usai sahaja solat maghrib masing-masing sudah bersiap untuk pulang ke apartment. Kereta Tengku Zaid dan Tengku Zaim sudah keluar dari perkarangan rumah. Iffah masih setia menunggu di hadapan pintu besar banglo. Tengku Zalif dan Didi Khalisha sama-sama menuruni anak tangga.

“Saya balik dulu makcik.”

Ucap Didi seraya bersalaman dengan Iffah. Iffah turut menghulurkan tangan.

“Makcik, makcik! Aku kerat jugak mulut tu. Panggil ibu sekarang!”

Arah Tengku Zalif seraya bersalaman dengan Iffah. Didi terkejut.

“Uda! Cakap baik-baik kan boleh…”

Marah Iffah. Didi hanya turut dengan kata Tengku Zalif. Selang beberapa minit kereta Tengku Zalif juga hilang dari perkarangan banglo. Iffah hanya tersenyum. Doa tak putus-putus pada semua.

#####################################################

“Buat apa tu?”

Soal Tengku Zaim bila melihat Erin Fasha tersengih memandang telefon bimbitnya. Tengku Zaim masih meneruskan pemanduannya. Erin Fasha tersengih lagi.

“Ada orang nak friend dengan saya dekat Wechat. Handsome.”

Balas Erin Fasha lagi. Zap! Jantung Tengku Zaim berdegup. Seperti terkena renjatan elektirk. Mata asyik nak mengerling je siapakah gerangan lelaki yang dikatakan handsome oleh Erin Fasha. Kali ni Erin Fasha tergelak lagi.

“Dia cakap saya comel. Hik hik hik. Memang comel pun”

Erin Fasha mula berceloteh. Hati Tengku Zaim dah tak tenang. Nak sahaja dirampas telefon Erin Fasha. Nak sahaja dia menjerit dengan lelaki yang sedang berWechat dengan isterinya.

“Ermm… awak balas apa dengan dia?”

Soal Tengku Zaim ingin tahu. Erin masih menghadap screen telefon. Tangan menaip sesuatu.

“Saya nak cakap dengan dia, Encik abang lagi handsome dari dia. Hehehehe.”

Fuhh! Lega! Hilang batu besar yang bertenggek dekat kepala tadi. Tengku Zaim tersenyum dalam kesamaran lampu jalan raya. Pemanduan di teruskan. Erin Fasha meletakkan telefon bimbitnya di atas dashboard. Mata di hala pada suaminya yang tengah memandu.

“Encik. Tadikan ibu cakap, kalau encik abang nak dekat-dekat dengan saya dia suruh lari jauh-jauh. Sebab ibu cakap Encik tengah sakit urat. Takut Encik terpeluk saya, pastu tak boleh nak lepaskan. Betul ke Encik?”

Soal Erin polos. Terbatuk Tengku Zaim mendengar soalan isterinya.

“Ibu!!!!” Keluh Tengku Zaim dalam hatinya. Cepat betul Iffah berpesan pada isterinya. Peluk selimut jelah kau Zaim. Hahah!

“Mana ada. Mengarut je Ibu tu. Tapi kalau awak nak lari jauh-jauh pun tak pe. Nanti kalau hantu cangkung datang…”

“Ok-ok… Ha’ah Ibu mengarut je. Jangan risau. Nanti saya peluk Encik kuat-kuat. Tak lepas pun tak pelah.”

Cepat je Erin menyampuk ayat suaminya. Tengku Zaim tersengih di dalam hati. Erin..Erin.. Kena main jelah kau dengan Tengku Zaim ni. Perjalanan baru masuk 15 minit Erin Fasha pun sudah berlayar dalam mimpinya. Tengku Zaim menggenggam tangan Erin Fasha. Tangan itu dibawa ke bibirnya. Cinta? Mungkin?

#########################################

“Nak apa lagi? Nak nasi goreng, saya dah masakkan. Asyik meleset je”

Marah-marah manje je. Alyaa menghela nafas. Tengku Zaid sudah merebahkan kepalanya di riba Alyaa.

“Pening lah. Cuba usap-usap sikit kepala ni”

Balas Tengku Zaid seraya mengangkat tangan Alyaa dan diletakkan di dahinya. Alyaa tersenyum. Manja betul suaminya. Tangan Alyaa mula bergerak memicit kepala Tengku Zaid. Berbunga-bunga hati Tengku Zaid sejak Alyaa dah confess perasaan haritu.

“Dah ke belum?”

Tangan Alyaa berhenti memicit. Mata mereka bersatu. Cepat-cepat Alyaa mengalih pandangan ke arah TV di hadapan.

“Belum. Sakitnya pindah dekat sini pulak.”

Balas Tengku Zaid seraya mengangkat tangan Alyaa dan diletakkan di bahagaian dadanya. Lagi sekali Alyaa tersenyum. Alahai! Mengada betul!

Previous: BAB 32
Next: BAB 34

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.