Home Novel Cinta ENCIK KEMBAR JATUH CINTA
BAB 37

BAB 37

Pintu bilik diketuk sebelum masuk. Didi membawa masuk secawan nescafe. Tengku Zalif sudah bersiap dengan kemeja merah hati dan berseluar jeans hitam. Smart! Sempat Didi berbicara dihatinya. Air diletak di atas meja. Didi sudah duduk di sofa. Tengku Zalif sedang ralit menyapu gel pada rambutnya.

“Ada benda penting ke?”

Soal Didi. Matanya memandang belakang tubuh Zalif. Tengku Zalif masih lagi sibuk membuat bentuk dirambutnya.

“Haah ada benda penting. Kenapa kau nak tahu? Sibuk betul!”

Balas Tengku Zalif seraya berpusing. Tali leher berwarna hitam di ambil dan diserah pada Didi.

“Pakaikan tali leher ni. Aku nak tengok kau reti ke tidak.”

Arah Tengku Zalif seraya menyerahkan tali leher pada Didi. Didi mengambil tali leher tersebut.

“Mana saya tahu nak pakaikan benda ni.”

Ucap Didi bersahaja sambil tangan terpusing-pusing mengikat tali leher di leher suaminya. Tengku Zalif lagi tadi ralit memandang wajah isterinya.

“Hish! Tak tahulah!”

Didi mengalah. Tengku Zalif tersedar dari lamunan.

“Kau ni, apa yang kau tahu? Melantak, melalak, menghentak yang tu kau memang champion, yang lain fail! Dah-dah tak pasal-pasal aku mati terjerut, lepastu kau sukalah kan sebab jadi janda.”

Balas Tengku Zalif seraya menarik tali lehernya.

“Memang lah saya tak tahu, saya bukan lelaki nak pakai benda tu. Lainlah kalau awak suruh saya make up ke….”

Didi tidak mahu mengalah. Zalif memandang Didi semula.

“Oh kau ingat aku tak tahu make up? Sini muka kau. Kau duduk depan cermin ni! Kau jangan bukak mata, kau bukak mata siap kau, aku cium kau! Ke kau suka aku cium?”

Balas Zalif seraya membuat seakan hendak mencium Didi. Didi menghalang. Matanya ditutup rapat. Bedak diambil dan ditepek-tepek dimuka Didi. Selang beberapa minit Didi diarah membuka matanya menghadap cermin.

“Apa ni? Kata reti make up. Make up hantu kat luar tu lagi lawa lah.”

Bicara Didi geram. Kata pandai sangat!Omel Didi dalam hati. Tengku Zalif hampir tergelak.

“Haah memang aku tengah make up hantu pun ni. Kalau macam ni orang panggil Pontianak siam”

Giliran Tengku Zalif membawa hujah. Didi bangun dengan geram.

“Awak pernah tengok Pontianak siam ke!?” Marah Didi lagi.

“Ni kat depan aku ni, tak payah cari jauh-jauh. Apasal kau nak marah?”

Soal Tengku Zalif semula. Didi sudah duduk dibirai katil, mukanya masam mencuka. Setelah menghabiskan nescafe yang dibuat, kaki Tengku Zalif mula bangun dari sofa.

“Satu je benda kau champion selama ni, air kau sedap. Ok aku tak nak buang masa. Dengan ini saya Tengku…..”

Belum habis bercakap Didi sudah bangun dari birai katil.

“Kejap! Awak nak buat apa ni?”

Didi cemas. Zalif memandang wanita dihadapannya.

“Kan kau yang tunggu sangat, aku bukan yang jenis mungkir janji.”

“Alah lantak lah nak sebut jugak. Dengan ini saya……..”

Ayat Zalif dipotong lagi. Didi sudah melutut

“Kejap awak, saya merayu dengan awak saya tak nak jadi janda. Remy dah ada perempuan lain, kalau awak ceraikan saya, semua orang dah tak nak dekat saya.”

Balas Didi sebak sambil melutut memegang kaki Zalif.

“Ah! Peduli apa aku, kalau kau kena tinggal dengan Remy, ada aku kisah. Saya Tengku Zalif…”

Tak senang Zalif ingin menuturkannya. Kaki Zalif digoncang Didi.

“Awak nak buat apa dengan saya buatlah, tapi jangan ceraikan saya”

Air mata sudah mengalir keluar membasahi pipi yang penuh make up tadi. Tengku Zalif pulak sudah tersenyum.

‘Tahu pun kau!’ Bicara hati Tengku Zalif

“Yang kau goyang-goyang kaki aku ni kenapa? Gugur kang bulu kaki aku yang mahal ni. Dulu beriya sangat nak cerai. Belum kahwin lagi dah nak cerai. Ni sekarang dok melalak macam dugong terdampar tak dapat air.”

Nadanya sengaja ditinggikan. Suka melihat Didi merayu.

“Saya tak kisah lah awak nak panggil saya dugong ke, katak ke, beruk ke, tapi awak jangan lah ceraikan saya.”

Esakan sudah kedengaran. Tengku Zalif masih lagi dengan egonya.

“Disebabkan kau nangis dengan muka macam mak lampir, aku tangguh dulu lah. Tapi! Lepas ni kalau aku suruh buat air kau hentak…..” Ayat Zalif dipotong lagi.

“Tak..tak” Jawab Didi merayu. Posisi masih sama, melutut di kaki Zalif.

“Kalau aku suruh kau menja…” Ayat Zalif dipotong lagi.

“Tak..tak..” Perkataan yang sama Didi ucapkan.

“Kau suka aku tak?” Soal Zalif lagi bila melihat Didi membebel akan melakukan semua arahnnya.

“Tak..tak..” Didi tidak perasan dengan soalan Zalif.

“Oh kau tak suka dengan aku, Ok dengan ini saya Teng…” Belum habis lagi ayat Didi sudah menjawab.

“Suka..suka…………….saya merayu dengan awak’’ Separuh mati Didi merayu supaya dirinya tidak diceraikan. Tengku Zalif boleh pulak nak tergelak.

“Kalau aku nak kau sekarang ni, kau bagi tak?”

Soal Tengku Zalif lagi. Didi tiba-tiba terdiam. Tak mampu nak berkata-kata lagi hanya kedengaran sedu –sedan lepas tangisan. Sengal si Zalif ni!

“Oh kau tak bagi, Ok dengan ini saya Tengku Zalif Hakimi bin Tengku Zahid Harith ingin…..” Zalif panjangkan perkataan ingin.

Didi sudah menutup telinganya. Tangisan makin kedengaran semula.

“……..melamar Didi Khalisha buat kali kedua. Sudi kau jadi isteri aku?” Sambung Tengku Zalif. Didi terdiam. Tengku Zalif sudah duduk dihadapan Didi, isterinya dipeluk manja

“Dah jangan nangis, kalau orang gila tengok muka kau pun takut” Sambung Zalif. Didi membalas pelukan Zalif.

‘Tahu pun sayang, dulu gatal sangat nak cerai.’ Bicara hati Zalif.

“Kau tak jawab lagi soalan aku, kau nak jadi isteri aku ke tidak?” Soal Zalif yang sudah mengelap muka isterinya menggunakan selimut. Teruk betul!

“Kan saya dah memang isteri awak” Didi masih tidak menjawab soalan, Padahal hati dah sayang dengan Zalif.

“Dulu tu bukan isteri, dulu tu….” Zalif membalas. Lantas Didi memotong.

“Ye saya sudi, memang saya dah suka dekat awak. Bukan sebab Remy tinggalkan saya. Tapi saya dah jatuh cinta dengan awak. Awak pun suka dekat saya ke?” Balas Didi seraya menyoalnya. Jujur terus. Hilang sudah egonya dihadapan lelaki bernama Tengku Zalif Hakimi.

Soalan tidak dibalas. Zalif menyuruh isterinya membersihkan muka yang tak terurus tu. Suka kau Zalif! Ego sangat!

‘Aku pun tak da niat nak ceraikan kau! Saja je testing!’ Bicara hati Tengku Zalif. Bibir menguntum senyum.

#################################################

Majalah yang dibuka hanya di pandang kosong. Entah kenapa airmata mula mengalir sendiri. Harus korbankan kebahagiaan sendiri demi suami tercinta. Heartless! Penat asyik memujuk hati sendiri.

“Arissa…”

Tegur Iffah. Namun Arissa masih termenung memandang buku masakan Iffah. Lagi sekali nama Arissa dipanggil oleh Iffah. Lamunan terhenti. Arissa mengelap airmata yang hampir jatuh ke atas meja. Pandangan di hala ke arah Iffah yang sibuk merasa kari kepala ikan. Iffah kembali duduk setelah masakannya siap di masak.

“Tak ada orang dalam dunia ni yang menginginkan perkahwinannya hancur. Orang yang bercinta sebelum bernikah pun tidak dapat menjamin pernikahan mereka akan bahagia hingga ke akhir hayat. Allah tahu Arissa tabah. Sebab tu Dia bagi ujian ni pada Arissa. Jangan berhenti berdoa. InsyaAllah.”

Tazkirah Iffah bermula. Jam sudah menunjukkan pukul 12.30 tengah hari. Sekejap lagi cucu-cucu Syarifah Al Bahiyah yang berada di apartment hendak makan tengah hari bersama.

Kata-kata Iffah seperti angin lalu. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tak mampu untuk berfikir. Pasrah!

“Entah lah bu. Saya pasrah. Dia berhak bahagia. Saya hanya tunggu takdir perpisahan kami berdua”

Iffah menarik nafas panjang bila melihat semangat Arissa yang runtuh. Ye! Dia bukan isteri para anbia. Dia hanya manusia biasa. Apa yang Arissa boleh buat selain redha. Iffah menggenggam tangan Arissa.

“Tapi dia masih suami Arissa dan Arissa masih di bawah tanggungjawab dia”

Arissa tersenyum sinis. Entah. Penat dah nak fikir perkara ni.

“Ye memang betul apa yang ibu cakap. Tapi tak kan saya yang nak minta cerai? Seolah-olah salah itu berpihak pada saya. Saya dah beri nafkah batin pada dia. Tapi pintu hati dia masih lagi tertutup untuk saya. Saya pasrah. Saya dah terbayang yang saya akan menjadi patung bila Intan dah nikah dengan Zaqif. Sebab dekat mata dan hati Zaqif hanya ada nama Intan. Dan nama saya hanya terbit dari bibir dia saat dia marah dan benci.”

Keluar lagi airmata Arissa. Laju kakinya meninggalkan Iffah yang masih duduk di dapur. Tengku Zaqif yang mengintip di sebalik dapur menyorok bila melihat Arissa keluar dari dapur. Terasa sakit hatinya bila mendengar keluhan dari mulut Arissa. Tengku Zaqif menuju ke dapur. Mata Iffah juga basah dengan airmata. Hatinya turut sebak memikirkan nasib Arissa.

“Bu…”

Panggil Tengku Zaqif. Iffah masih membelakangkan Tengku Zaqif. Tangan masih sibuk mencedok kari kepala ikan ke dalam mangkok.

“Ni yang Achik nak kan? Ibu doakan Achik bahagia.”

Balas Iffah. Badan dipusingkan menghadap Tengku Zaqif yang sedang duduk di atas kerusi dapur. Nampak wajah serbasalah Tengku Zaqif.

“Achik...Achik….”

Ayat tidak di habiskan. Keliru. Iffah mengangkat mangkok kari kepala ikan ke atas meja dapur. Setelah itu kaki kembali mencedok sayur campur pula.

“Ibu pernah cakap dulu. Pilihan di tangan Achik. Ibu redha kalau pilihan ini yang buat Achik bahagia. Sebab ini juga pilihan Arissa untuk melihat Achik bahagia. Kalau Achik memang tak boleh nak bagi kebahagian pada Arissa, selesaikan cara baik. Macam mana Achik nikahi dia dengan cara baik, macam tu jugak Achik kena pulangkan pada keluarga dia. Ingat Achik. Achik bakal ada anak-anak. Cuba Achik bayangkan kalau anak gadis Achik nanti melalui apa yang Arissa rasa sekarang? Hidup tak selalu dekat atas. Sekejap je kalau Allah nak balas balik. Ibu bukan mendoakan Achik. Tapi ibu nak Achik fikir tindakan Achik ni. Kalau memang ini sahaja jalan penyelesaiannya….”

Panjang lebar Iffah berhujah sampai ayatnya terhenti lama.

“….ibu redha.” Sambung Iffah. Tengku Zaqif tenggelam dalam kata-kata ceramah Iffah.

###############################################

“Assalamualaikum! Ibu…”

Sapa Tengku Zalif bahagia. Iffah tersenyum kembali. Tengku Zaqif sedari tadi sudah naik ke atas semula. Entah apa penyelesaian dia dengan Arissa nanti. Iffah masih memberi ruang pada mereka berdua untuk membuat keputusan yang terbaik.

“Hemm. Asal muka terlebih sengih hari ni?”

Soal Iffah lagi. Makanan di angkat dan di bawa ke bahagian ruang makan. Didi turut membantu. Sesekali mukanya tersenyum. Yelah! Dua-dua tengah bahagia. Tengku Zalif berjalan beriringan dengan Iffah ke bahagian meja makan. Entah apa yang di bisikkan pada Iffah sehingga membuat Iffah tergelak. Didi hanya tersenyum memandang mereka berdua. Entah hatinya juga selalu tertanya-tanya, kenapa Iffah terlampau rapat dengan suaminya dan iparnya.

“Apa tengok-tengok. Ha nampak ni, ni baru betul. Lain kali masak macam ni”

Didi menjeling. Iffah hanya menggeleng kepala. Dua buah kereta sampai serentak. Sapa lagi kalau bukan Tengku Zaim dan Tengku Zaid. Dua pasangan bahagia sampai pulak.

“Hamboi semua ketawa sampai ketelinga ni. Macam ada apa-apa je?”

Soal Iffah bila semua cucu kembar Syarifah Al Bahiyah duduk di meja makan. Tengku Zaqif dan Arissa masih tidak turun dari bilik. Derapan kaki Syarifah Al Bahiyah mematikan senyuman Iffah. Laju langkahnya menuang air dan kembali semula ke dapur. Kembar yang melihat kejadian itu hanya menggeleng kepala.

“Dari jauh dah dengar suara. Apa yang bahagia sangat ni? Tak nak share dengan Nenda ke?”

Soal Syarifah Al Bahiyah.

“Encik abang tu Nenda….”

Pap! Mulut Erin Fasha pantas di tutup Tengku Zaim. Takut Erin cakap yang bukan-bukan. Erin mengerutkan dahi. Tangan Tengku Zaim di tarik.

“Apa Encik abang ni. Saya nak cakap yang Encik abang nak bawak saya pergi fun fair. Kenapa nak tutup mulut saya? Saya tahulah. Saya…”

Lagi sekali mulut Erin di tutup Tengku Zaim. Haish! Nyaris je terlepas. Syarifah Al Bahiyah dan yang lain hanya tergelak.

“Dah-dah makan.”

Arah Syarifah Al Bahiyah.

Previous: BAB 36
Next: BAB 38

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.