BAB
13
Sedari
tadi Ayu Zafirah mengunci diri di dalam bilik. Emir Furqan masih di ruang tamu,
berbual bersama bapa mertuanya.
“Kenapa
Ibu tak keluar tadi Pa?” Soal Emir bersahaja. Air yang disediakan oleh pembantu
rumah diminum.
“Tadi
dah bawak turun, entah tiba-tiba dia macam tak selesa. Tu yang Papa bawak naik
atas semula.” Balas Dato Ilias. Emir hanya menggangguk. Isterinya sedari tadi
tidak kelihatan. Setelah akad nikah, Ayu Zafirah terus naik ke atas.
“Nah
amik ni.” Ucap Dato Ilias lagi bersama kunci yang dihulur di atas meja. Emir
memandang pelik.
“Apa
ni Pa?” Soal Emir. Kunci di atas meja di ambil.
“Jangan
harap dapat masuk kalau kunci ni tak da. Papa pun kadang-kadang pening tengok
anak Papa tu. Keras kepala.” Balas Dato Ilias. Emir tergelak. Macam-macam bermain
difikrannya.
“Yeke
Pa? ketuk banyak kali dia tak kan bukak?” Soal Emir lagi. Dato Ilias
mengangguk.
“Pegilah
try kalau nak. Papa pun nak tengok Ibu ni. Esok jelah kamu jumpa Ibu ye.” Balas
Dato Ilias. Giliran Emir pula menggangguk. Dato Ilias sudah bergerak menuju ke tingkat
dua wings sebelah kanan. Bilik Ayu Zafirah wings sebelah kiri.
“Kunci
bilik dah dapat, sekarang ni nak cari kunci hati pulak” Ucap Emir sendirian. Kakinya
turut melangkah meniti anak tangga. Emir berdiri betul-betul di hadapan pintu
bilik Ayu Zafirah. Ketukan demi ketukan dilakukan sekadar menguji kebenaran
Dato Ilias. Betul! Memang tidak dibuka. Jam ditangan dikerling. ‘Baru pukul 9
malam’ Bicara hatinya. Emir memberanikan diri membuka pintu bilik isterinya.
“Allah!”
Bilik penuh dengan baju yang berselerak. Sofa yang ada di dalam bilik juga
penuh dengan baju-baju yang tidak di basuh. Senyap-senyap Emir masuk ke dalam
bilik Ayu Zafirah tapi masih tidak kelihatan tuan punya badan. Emir mengalihkan
sedikit baju di atas sofa dan duduk di atasnya. Ayu Zafirah keluar dari bilik
air. Matanya ternampak satu makhluk yang duduk di atas sofa biliknya.
“Hoi!”
Jerit Ayu Zafirah. Fuhh! Drama bermula dalam hidup Emir Furqan. Macam biasa
senyuman diberikan pada Ayu Zafirah.
“Assalamulaikum”
Salam diberikan pada Ayu Zafirah.
“Kau
buat apa dalam bilik aku ni! Keluar dari sini, mata sepet ada hati nak nikah
dengan aku! Dah ceraikan aku. Menyemak dalam bilik aku buat apa!” Jerit Ayu
Zafirah kuat. Emir tersenyum lagi. ‘Saat isteri kurang akal, suami harus
bersabar’ akal mengingatkan hati Emir.
“Ayu
dah solat?’’ Soal Emir. Soalan bertubi-tubi Ayu tidak dijawab. Ayu Zafirah
mendengus geram. Pandangan tajam diberikan pada suaminya. Tangan disilang
dipinggang.
“Kau
pandang muka aku ni! Ada muka suka dekat kau ke? Aku lagi rela jadi janda
sekarang ni. Dah kau tak payah nak buat baik dengan aku. Kau keluar dari bilik
ni!” Sambung Amarah Ayu Zafirah. Lantas badannya direbahkan di atas katil yang
bersebelahan sofa. Emir hanya mampu berdoa, supaya hati isterinya dilembutkan.
Kaki diberanikan melangkah ke birai katil Ayu Zafirah. Isterinya dipandang.
“Aku
tak paham dengan kau ni? Punya banyak perempuan kat luar sana, dengan aku jugak
yang kau nak? Kau tak ada otak ke? Otak kau dah tak berfungsi! Oh waits, sebab
aku orang kaya, tu sebab kau terkejarkan aku!” Sambung Ayu Zafirah pedas.
Suaminya yang berdiri di birai katil dipandang. Seperti biasa Emir Furqan
memberikan senyuman pada isterinya.
“Apa
yang abang faham sekarang ni, abang dah pun menjadi seorang suami pada gadis cantik
yang bernama Ayu Zafirah. Cantik keningnya. Comel pipinya. Halus bibirnya. Ikal
rambutnya. Semua tu tiada cacat cela, tidak ada kurang satu pun. Cuma..” Balas
Emir tak habis.
‘’Apa!
Kau nak cakap aku perempuan jijik sebab selalu keluar dengan jantan? Haah
memang! So ceraikan aku! Aku tak perlukan pujian dari kau!” Bentak Ayu Zafirah
lagi.
“Bukan
tu. Cuma sekarang ni, hati isteri abang kurang kasih sayang, kurang perhatian
dan kurang rasa cinta. Boleh abang cuba untuk mengisi kekurangan dalam hati Ayu”
Balas Emir lembut.
“Argh!!!
Diam.Diam. Diam. Geli aku dengar dah sekarang aku nak tidur. Kau tak layak
tidur sini. Aku geli nak tengok muka kau!” Marah Ayu Zafirah lagi. Emir masih
bersabar. Nafas ditarik panjang. Rilex baru first day. Firkirnya.
“Habis,
tempat yang paling layak untuk abang dekat mana? Carpet? Sofa?” Soal Emir.
Tidak mahu mengganggu ketenterman isterinya lagi. Ye! Banyak dia harus bersabar.
“Carpet
aku tu pun kau tak layak nak sentuh guna hujung jari kau! Kalau kau nak sangat
tidur dalam bilik ni, kau tidur dalam bilik air sana. Aku tak nak tengok muka
kau. Bilik air tu pun kira baik aku bagi kau tempat! Dah jangan kacau aku! Aku
nak tidur.” Balas Ayu Zafirah kasar. Lantas selimut dinaikkan ke atas kepala. Emir
terpinga-pinga.
“Selalunya
dalam drama tidur sofa, ni kena tidur bilik air?” Bisik Emir senidiran. Tu
drama Emir. Ni reality! Hish kau ni pun!. Emir keluar semula dari bilik dan
mengambil beg bajunya yang diletakkan di bilik tetamu lantas masuk semula ke
dalam bilik Ayu Zafirah. Kain pelekat dikeluarkan. Bantal di atas sofa di ambil
dan terus meluru masuk ke dalam bilik air.
“Besar
jugak bilik air ni. Macam hotel. Siap ada bathtup” bicara Emir sendirian.
Langsir bathtup diselak, percikan air yang bersisa di dalam bathtup dilap
menggunakan kain yang tersedia di atas rak. Emir membentangkan kain pelekat dan
bantal di dalamnya. Kaki mula melangkah masuk. Emir tergelak kecil. Tak pernah
terlintas dalam kepala otak kena tidur dalam bilik air. Emir.. Emir.. kenapalah
kau ni baik sangat.
……………………………………
Ayu
Zafirah mengeliat, lantas telefon yang terletak di bawah bantal di ambil. 4
pagi. Ayu Zafirah bangun dari katilnya lantas seluarnya dibuka dan hanya
berbaju tidur paras peha. Lupa agaknya dia dah kahwin. Pantas bilik airnya
dibuka dan duduk di atas tandas duduk. Lupa bahawa ada manusia yang sedang
tidur disebalik langsir bath tup. Emir terdengar sesuatu, automatic matanya
terbuka. Emir terduduk di dalam bath tup. Langsir bath tup diselak. Muka Ayu
Zafirah yang mengantuk dipandangan.
Ayu
Zafirah masih mamai. matanya yang masih belum jelas kelihatan ada manusia di
hadapan di pejam dan dibuka berulang kali. Emir masih memandang.
“Argh!!
Pervet! Kau buat apa dekat sini?” Soal Ayu Zafirah yang masih duduk di atas
tandas duduk berhadapan dengan bath tup. Emir tidak mampu menghadam. Lantas
langsir di tutup semula.
“Ayu
yang suruh abang tidur sini” Balas Emir. Entah kenapa dada Emir berdegup
kencang. Ayu Zafirah masih dengan maki hamunnya. Tuala yang tersedia di ambil
dan dililit dipinggang. Ayu Zafirah membuka kasar tirai langsir di bath tup.
“Kau
sengaja nak amik kesempatan dekat aku kan? Dah kau keluar sekarang ni. tidur
atas sofa!” Balas Ayu geram. Lantas kakinya dihentak dan ingin keluar dari
bilik air.
“Ayu.”
Panggil Emir. Ayu menoleh. Mukanya masih masam.
“Kau
nak apa lagi? Tak payah nak terima kasih
kat aku!” Balas Ayu.
“Tak.
Ayu dah terbangun ni, apa kata kita tahajud” Balas Emir bersama senyuman.
“Kalau
kau nak kau buat sorang, aku nak tidur.” Balas Ayu bersahaja, lantas keluar
dari bilik air. Emir terus mengambil wudhuk dan keluar dari bilik. Ayu sudah
merebahkan diri di atas katil. Sejadah dibentang. Emir mengangkat takbir. Mata
Ayu yang terpejam tidak dapat terlelap semula. Perasaan geram bercampur dengan
satu perasaan aneh menyelubungi diri. Sabar jelah Emir…
………………………………….
Tangan
Hanna Tasneem menghempap dada bidang Syamil Izzani tanpa sengaja. Lantas mata
Syamil terbuka. Saat ingin mengalihkan tangan, Syamil terpandang muka Hanna
yang sedang tidur mengiring. Dadanya berdegup kencang lagi. Seperti ada tarikan
magnet yang menarik bibirnya ke arah muka Hanna Tasneem.
“Allah!”
Syamil terjerit kecil. Badan terus dibangunkan dan berdiri di sebelah katil.
Tiba-tiba buat bumping dekat tepi katil tu. Muka Hanna Tasneem tidak dipandang.
Peluh sudah jatuh berjuaraian. Jam di dinding baru pukul 5 pagi. Tersedar awal
pulak si Syamil ni. Hanna tersedar bila terdengar suara orang mengira, mata
mencari kelibat suaminya.
“Abang
buat apa ni?” Soal Aneem bila melihat Syamil bumping bersebelahan katil. Syamil
terkejut lantas terpusing dan terbaring di lantai. Muka Hanna dipandang lagi. “Astaghfirullah”
lantas Syamil bumping semula. Hanna memandang pelik.
“Abang
kenapa senam pagi-pagi ni? Abang ok tak?” Soal Aneem lagi.
“Ok-ok,
abang lupa harini ada checkup. So kena buat exercise sikit.” Balas Syamil tipu.
Hanna hanya menggangguk. Kakinya diturunkan di atas katil dan pergi
bersebelahan Syamil.
“Sini
biar Aneem teman abang” Balas Aneem seraya membuat bumping disebelah suaminya.
Makin tak karuan Syamil Izzani. Langkah dipercepat sehingga dia kehabisan
tenaga. Lantas badan direbahkan dan menghadap syiling. Peluh jangan cerita
banyaknya. Aneem turut menghalakan pandangan ke syiling.
“Abang.”
Panggil Aneem. “Hmm” Balas Syamil.
“Dah
dekat sebulan lebih kita kahwin, abang ada rasa apa-apa?” Soal Aneem polos.
Syamil masih menghalakan pandangan ke syiling. Aneem masih disebelah dan
berbuat perkara yang sama. Jantung Syamil berdegup kencang lagi. ‘Ini ke cinta’
Soal hatinya yang masih belum pasti.
“Abang
belum ada jawapan. Aneem?” Soal Syamil pula.
“Entah.”
Balas Aneem sepatah. Perbulan mereka terhenti bila mendengar azan subuh dari
telefon Syamil Izzani. Masing – masing bangun dari lantai. Aneem terus meluru
ke bilik air. Langkah Aneem hanya di pandang oleh Syamil Izzani. Kepalanya
digaru berkali-kali. Argh! Sterss tengok dua ekor ni!
……………………..
Hanna
Tasneem dan Syamil Izzani menuruni anak tangga di cafenya. Pekerja Syamil
masing-masing sibuk membuat kerja.
“Pergh
bang! Handsome gila pekerja abang. Asal tak pernah cakap pun ada pekerja
handsome macam ni?” Jerit Aneem sedikit kuat. Semua pekerja terdiam kaku. Langkah
Syamil terberhenti. Cengkerik lalu sekejap.
“Asal
senyap? Hahaha. Nama awak sapa?” Soal Aneem pada Danial. “Oh hai. Danial” Balas
Danial ringkas. Syami sudah turun menghampiri Aneem yang duduk berhadapan
cashier. Kelihatan Aaron tercari-cari sesuatu.
“Eh
awak cari apa tu?” Soal Aneem pula. “Eh, tak da apa lah Puan.” Balas Aaron
kalut. Sengihan diberi.
“Weh
Fariq, semalam kau letak mop dekat mana?” Soal Aaron.
“Oh
cari mop ke? Ni ada dekat sebelah ni, amik je. Saya bagi pinjam.” Balas Aneem sseraya
menunjukkan tangan nya pada Syamil Izzani. Masing-masing senyap semula bila
Aneem selamba berkata Syamil Izzani batang mop. Syamil masih menghadap telefon
di tangan. Belum sempat hadam apa yang dibicarakan Aneem.
“Asal
senyap balik ni? Tak lawak ea? Selalu macam lawak.” Balas Aneem lagi. Pekerja yang
lain takut nak buat reaksi muka. Tak pasal-pasal mengamuk Syamil Izzani. Aaron
pula pantas kebelakang mencari batang mop sebenar. Yang lain sudah merah muka
menahan ketawa.
“Dah
jom Aneem.” Ajak Syamil pada isterinya. Aneem hanya membuntuti langkah suaminya
keluar dari café dan masuk ke dalam kereta.
“Abang.
Aneem nak try couple lah.” Ucap Aneem tiba-tiba. Syamil memandang pelik
isterinya.
“Apa
Aneem cakap? Couple? Kenapa pulak?” Soal Syamil tidak puas hati. Aneem
tersengih.
“Entah,
tengok Qilah couple macam best. So macam nak try.” Balas Aneem lagi. Suka hati
je nak cakap macam tu! Hoi laki kau tu nak campak mana? Muka Syamil Izzani
berkerut.
“Tapi
kan Aneem dah kahwin. Kenapa nak couple pulak?” Soal Syamil lagi. Kereta sudah
dipandu keluar dari perkarangan café.
“Abang
jeles ke ni? Aneem bukan nak kahwin pun dengan diorang. Aneem nak try je.”
Sambung Hanna Tasneem. Syamil senyap seketika. ‘Wait! Aku cemburu? Mustahil.’
“Kalau
dapat couple dengan Danial tu pun best jugak bang. Handsome. Aneem suka.” Sambung
Aneem. Zup! Jantung Syamil berdegup kencang. ‘Aneem cakap dia suka Danial!’
Bicara hati Syamil. Kereta sudah masuk ke perkarangan Kolej Melati. Aneem masih
belum turun lagi. Masih menunggu jawapan Syamil.
“Bila
Aneem tengok Danial dengan tengok Abang sapa yang Aneem lagi suka?” Soal
Syamil. Matanya dihalakan pada mata Aneem. Aneem memberikan senyuman.
“Kalau
Aneem cakap Danial? Apa abang rasa?” Soal Aneem. Syamil terdiam tidak menjawab.
Jantungnya berdegup kencang. Tangan kanan Syamil ditarik Aneem dan di salam.
“Kalau
abang dah dapat jawapan, nanti abang bagitahu dengan Aneem. Aneem keluar dulu.
Assalamualaikum” Balas Aneem bersahaja dan meninggalkan Syamil yang masih
terpinga-pinga. Telefon Syamil berbunyi saat Syamil tengah menghadam ayat Hanna
Tasneem. Telefon di angkat.
“Encik
Syamil Izzani bin Syahdan?” Soal si pemanggil
“Ye
saya.” Balas Syamil ringkas.
Lama
mereka berbual. Setelah itu Syamil mematikan talian. Keretanya mendesup laju
keluar dari perkarangan Kolej Melati.
………………………………
Kereta
meluncur laju ke Syarikat Pembinaan JJ. Syamil Izzani turun dari kereta dan naik
ke tingkat dua bangunan 10 tingkat itu. Kedatangan Syamil di sambut seorang
wanita muda yang merupakan setiausaha Dato Jamil. Wait? Dato Jamil? Atok Hanna?
Syamil masuk ke dalam pejabat setelah di arah masuk. Dato Jamil duduk menghadap
belakang. Derapan kaki manusia yang masuk ke pejabatnya membuatkan dia membuat
satu pusingan pada kerusinya. Lantas senyuman diberikan pada Syamil.
“Assalamualaikum”
Ucap Dato Jamil.
“Waalaikumsalam”
Balas Syamil ringkas.
“Tahu
tujuan saya suruh kamu datang kemari.” Tanya Dato Jamil. Syamil hanya
menggeleng.
“Tahu
saya siapa?” Soal Dato Jamil lagi. Syamil menggeleng.
“Saya
Dato Jamil. Atok Hanna Tasneem.” Balas Dato Jamil ringkas. Ada riak terkejut di
muka Syamil. Kenapa pulak Atok yang buang Hanna dulu nak jumpa Syamil.
“Boleh
saya tahu kenapa Dato nak jumpa saya?” Soal Syamil.
“Kau
nak tahu tak! Musnah semua rancangan aku sebab kau!” Marah Dato Jamil
tiba-tiba. Syamil terkejut dengan perubahan Dato Jamil. Tak pasal-pasal nak
marah. Syamil berusaha untuk sabar. Masih teguh berdiri di hadapan meja Dato
Jamil. Dah lah tak pelawa duduk!
“Aku
tunggu umur Hanna Tasneem 24 tahun sebab aku nak dia habis belajar lepastu aku
nak nikahkan dia dengan calon pilihan aku! Yang kau sesuka hati nikah dengan
cucu aku tu buat apa?” Marah Dato Jamil lagi. Syamil bertambah pelik. Masih
tidak faham dengan situasi yang dia alami.
“Tapi
saya dapat izin dari atok Alib. Dan pernikahan saya dengan Hanna Tasneem bukan atas
paksaan sesiapa. Kami yang sukarela nak bernikah.” Balas Syamil berani. Dato
Jamil mendengus geram.
“Alib
tu apa tahu? Tak kan aku nak serah satu-satunya cucu aku pada lelaki yang tak
ada masa depan macam kau! Setakat buat café yang entah bila-bila boleh
bankrupt!” BAlas Dato Jamil sinis.
“Dato
tak da hak nak campur urusan rumah tangga saya. Hanna Tasneem dah menjadi
tanggungjawab saya.” Balas Syamil sedikit tegas. Geram bila Dato Jamil menghina
kerjanya.
“Apa
jaminan kau yang cucu aku boleh bahagia?” Soal Dato Jamil lagi.
“Maaf
Dato’ saya rasa Dato tak patut campur urusan rumahtangga saya. Setahu saya Dato
dah buang Hanna Tasneem dulu. Kenapa ssekarang Dato nak cari dia balik? Kalau
Hanna tahu perkara ni, dia mesti benci dengan Dato’’ Balas Syamil selamba.
Berubah wajah Dato Jamil.
“Dia
cucu aku! Aku berhak buat apa yang aku suka.” Balas Dato Jamil geram. Giliran
Syamil pula ketawa sinis.
“Hmmhh!
Dan saya suami dia, orang yang paling berhak nak buat keputusan untuk Hanna
Tasneem.” Balas Syamil.
“Aha!
Kau cakap kau berhak buat keputusan untuk Hanna Tasneem? Kau tak sedar yang
bapak kau tu dulu bermadu. Dan aku tengok muka kau ni sedikit pun tak memberi
jaminan apa – apa pada cucu aku!” Balas Dato Jamil. Merah muka Syamil menahan
geram. Entah bila Dato Jamil membuat background check ke atas dirinya.
“Daripada
kau ikut jejak langkah bapak kau, baik kau lepaskan cucu aku sekarang!” Sambung
Dato Jamil. Syamil menggenggam penumbuk. Nak je ditumbuk muka tua Dato Jamil.
Dadanya berombak laju.
‘’Saya
tak kan lepaskan Hanna Tasneem walau apa pun terjadi!” Marah Syamil.
“Apa
jaminan yang kau tak kan nikah lagi satu!” Marah Dato Jamil pula. Syamil
berusaha untuk sabar. Ayat di atur dalam kepala.
“Ok!
Kalau Dato nak sangat jaminan. Sekiranya saya melafazkan akad nikah untuk kali
kedua bersama dengan orang lain maka jatuhlah talak pada Hanna Tasneem binti
Haidhar!” Marah Syamil Izzani serta berlalu keluar dengan geram. Dato Jamil
ketawa jahat. Tangannya ditepuk berkali-kali. Otak memikir strategi. Kini hidup
Hanna Tasneem pula yang dijadikan taruhan. Tak pasal-pasal Syamil Izzani telah
menjatuhkan lafaz taklik pada Hanna Tasneem. Argh!