Home Novel Cinta ENCIK KEMBAR JATUH CINTA
BAB 6

BAB 6

Indah permandangan di halaman banglo Syarifah Al Bahiyah ni. Pandai cik Mat mendekorasikan tanaman yang berwarna –warni di sekeliling banglo. Kolam ikan kesayangan Tengku Zalif selalu menjadi perhatian sesiapa sahaja yang berkunjung ke banglo ini. Unik! Kolam ikan ini boleh dilihat di terowong kaca yang memuatkan dua orang untuk masuk menembusinya. Disitulah tempat Tengku Zalif selalu menghilang bila hendak menenangkan fikiran.

Iffah sedang ralit memberi makanan ikan. Deruman enjin kereta yang masuk ke perkarangan rumah menyedarkan Iffah. Jam di tangan pukul 10 pagi. Siapa pula yang balik? Tanya Iffah sendirian. Kaki bergegas menuju ke pintu hadapan.

‘Haikal rupanya, eh kenapa pulak anak Cik Mat ada dekat sini’.

Omel Iffah separuh berbisik. Haikal dan Alyaa mula berjalan menghampiri Iffah yang menanti di hadapan pintu.

“Eh mak cik Iffah, kami datang nak jumpa Zaid. Dia call saya suruh datang. Yang ni Alyaa setiausaha Tengku Zaid”

Sapa Haikal yang melihat Iffah berada di luar rumah. Alyaa yang sememangnya sudah mengenali Iffah terus bersalaman. Ada-ada saja si Zaid nilah. Iffah hanya menggelengkan kepalanya.

“Mak cik kenal sangat Alyaa ni, marilah masuk.”

Pelawa Iffah seraya membawa mereka masuk ke rumah. Mereka berdua membuntuti Iffah masuk ke rumah banglo yang tersergam indah itu. Alyaa sudah merebahkan dirinya di atas sofa.

“Haikal naiklah atas, bawak Zaid turun. Dia dah macam cacing kepanasan kat dalam bilik tu.”

Suruh Iffah pada Haikal. Laju Haikal melangkah anak-anak tangga dan terus meluru ke bilik Tengku Zaid. Selalunya Iffah yang menjadi mangsa sekiranya Tengku Zaid hendak turun ke bawah bersiar – siar. Kaki satu je yang patah, mengada je lebih Tengku Zaid tu. Tapi kalau nak turun tangga memang kena papah lah. Langkah Iffah diteruskan ke dapur untuk menyediakan air. Alyaa juga menyusun langkah mengikut Iffah ke dapur.

############################################################

“Hey bro!!”

Jerit Haikal yang merempuh bilik Tengku Zaid tanpa salam. Terkejut muka Tengku Zaid yang hanya berseluar pendek. Baru sahaja ingin mengambil telefon bimbitnya. Ingin bertanya keberadaan Haikal dan Alyaa.

“Hoi, kau tak tahu nak ketuk pintu ke, aku lempang jugak mamat ni.”

Balas Tengku Zaid dengan nada yang sengaja di marahkan. Tongkatnya di hala ke arah Haikal tanda tidak berpuas hati. Haikal membuat muka sedih.

“Yelah, sorry boss, lain kali aku tak buat lagi.”

Sengaja disedihkan nadanya. Dengan kaki yang masih terhencut-hencut, tangan kanan memegang tongkat, Tengku Zaid menghampiri Haikal lalu bahu kawannya diketuk manja.

“Alah, bergurau pun dah tak boleh sekarang. Baru dua minggu aku cuti kau dah banyak berubah lah. Sedih lah macam ni. Kaki tempang. Perempuan semua dah menjauh. Kawan yang ada pun nak sentap.”

Balas Tengku Zaid sengaja disedihkan lagi nadanya. Bertuah betul! Sengaja buat Haikal serbasalah. Nak kena kan Haikal lah tu. Geram je muka Haikal. Nasib baik kawan.

“Dah - dah jom turun, aku siku jugak kepala kau ni. Memang dua minggu kau cuti, aku rasa hari- hari aku datang rumah kau. Dah! Tu ha Alyaa ada kat bawah tu, kang lama dia tunggu. Kau nak buat apa dengan si Alyaa tu, cakap kat telefon tak boleh ke? Sibuk sangat sampai nak bawak ke rumah.”

Omel Haikal yang sudah mengendong Tengku Zaid di belakang tubuhnya. Mak aih! Berat betul abang sado ni.

‘Berat betul anak gajah ni.’

Omel Haikal. Kepala Haikal di ketuk. Tulah kutuk lagi Mr playboy Syarifah Al Bahiyah ni. Langkah Haikal perlahan disebabkan anak gajah bertenggek di belakangnya. Iffah dan Alyaa sudah berada di ruang tamu rumah.

“Ya Allah Angah! Kenapa tak pakai baju! Tak malu ke dengan Alyaa.”

Lantang suara Iffah menjerit bila melihat Tengku Zaid turun dengan hanya berseluar pendek. Merah muka Alyaa Nadin melihat boss nya tidak berbaju. Alyaa pula sudah serbasalah bila melihat Tengku Zaid sudah duduk di atas sofa berhadapan dengannya.

“Saya dah suruh tadi Mak Cik. Zaid yang tak nak”

Ucap Haikal bersahaja. Dia pun pening dengan tingkah laku Zaid. Iffah sudah menggeleng kepala.

“Hermm mak cik, saya keluar sekejap, jumpa abah.”

Pinta Alyaa yang menjadikan alasan untuk berjumpa cik Mat di luar. Padahal tadi baru sahaja berbual dengan abahnya. Berkat kerja dengan keluarga Syarifah Al Bahiyah ni lah, semua anak cik mat dapat sambung belajar. Alyaa nilah yang bongsu, abang dengan kakak semua dah kahwin. Pernah terfikir nak kahwinkan Alyaa, tapi rasa dia muda lagi. Umur baru mencecah 23 tahun. Belum puas tengok anak daranya tu duduk bersama di rumah.

Jeritan Iffah tadi hanya dibalas senyuman oleh Tengku Zaid yang sudah duduk bersila di atas sofa. Baru sahaja Alyaa ingin melangkah keluar, namanya sudah di panggil oleh Tengku Zaid. Saja lah tu nak buli!

“Hah, Alyaa. Tolong senaraikan perkara yang penting yang patut saya tahu.”

Pinta Tengku Zaid. Alyaa kalut, kaki yang ingin melangkah terbantut. Pandangan ditundukkan lalu dia duduk di atas sofa semula. Iffah berlari meniti anak tangga dan terus meluru ke bilik Tengku Zaid. Macam-macam perangai cucu Syarifah Al Bahiyah ni! Pening dikerjakan.

#####################################################

‘MasyaAllah ni bilik ke pusat pelupusan sampah.’

Omel Iffah yang ingin mengambil baju Tengku Zaid di dalam almari. Mak ina sudah terjongol di depan pintu Bilik Tengku Zaid. Nak mengemas bilik bujang sorang ni.

“Tengok ni Kak ina, dia main campak-campak je baju”

Sapa Iffah sekadar menyambung bebelan. Wanita separuh abad itu hanya menggelengkan kepala. Baju yang bersepah dikutip. Baru je bersihkan bilik ni tadi dah bersepah lagi. Tak pelah Mak Ina, selama ni dah bersenang lenang.

########################################

“Aku lupa amik fail yang kau kena sign tu, sekejap eh, aku amik dalam kereta”

Pinta Haikal yang terus berlalu meninggalkan Alyaa dan Tengku Zaid sendirian. Apa lagi, Haikal mula sahaja melangkah keluar, Tengku Zaid terus menyoal Alyaa.

“Cik Alyaa dengan Haikal bercinta ke? Amboi sedapnya awak, ke sana ke mari. Dah macam belangkas.”

Alyaa masih menundukkan pandangan. Tak sanggup melihat tubuh putih sado Tengku Zaid.

“Tak Tengku, apa yang saya buat dengan Encik Haikal, semua atas urusan kerja, tak lebih dari tu.”

Gelabah suara Alya. Sikit - sikit gelabah si Alyaa ni, dah macam penyakit, kalau kena gertak sikit mesti kalut nak jawab. Si Tengku Zaid ni pulak suka menyakat. Tak habis dengan perempuan dekat kelab malam, dengan Alyaa pun jadi. Iffah turun membawa baju Tengku Zaid. Baju dihulur namun tak diambil.

“Nah pakai cepat!” Arah Iffah geram.

“Pakaikan”

Pinta Tengku Zaid manja. Allah depan Alyaa pulak tu. Kadang-kadang dah macam budak syndrome pulak Tengku Zaid ni. Alyaa ketawa kecil. Lagi sekali Tengku Zaid merengek sengaja. Geli betul! Iffah mendengus geram.

“Angah ni tak malu ke depan anak dara cik Mat tu, nanti apa pulak kalau cik mat nampak. Sengaja betul! Tak malu!”

Marah Iffah sambil memakaikan juga baju ditubuh Tengku Zaid. Kang lagi lama tak pakai baju tu kalau tak diikutkan perangai Tengku Zaid ni.Haikal masuk semula ke dalam rumah. Fail sudah bertukar tangan. Alyaa sudah mampu memandang Tengku Zaid. Perbincangan dilanjutkan lagi. Iffah melangkah semula meninggalkan ruang tamu.

“Air jangan lupa minum” pesan Iffah pada mereka.

“Oh ibu, lupa pulak”.

Entah apa lagi si Tengku Zaid ni! Iffah berpusing semula memandang muka kesayangannya.

“Ye ada apa?”

Muka Tengku Zaid serius. Senyuman sengaja dimatikan. Otak ligat menyusun ayat. Alyaa yang memandang juga takut. Tiba-tiba je muka jadi serius macam ni.

“Kenalkan ini Alyaa Nadin, my future wife.”

Bersahaja ayat yang dituturkan Tengku Zaid dalam riak muka yang serius. Terdiam semua. Haikal terpinga – pinga. Alyaa membulatkan biji mata. Alyaa seperti terkena renjatan elektrik. Iffah menggeleng kepalanya. Langkahnya meluru kepada Tengku Zaid. Tangannya laju menampar lembut bahu Tengku Zaid.

“Sudah, jangan kacau anak dara orang. Nanti ibu panggil cik Mat kang. Dia tengah sabit rumput belakang rumah tu, nak dia sabit sekali kepala Angah?”

Iffah membalas laju bila melihat wajah Alyaa sudah merona merah. Tengku Zaid tergelak. Puas mengenakan gadis itu.

“Tapi kalau betul pun apa salahnya”

Tambah Haikal sambil ketawa. Tak habis lagi Alyaa dijadikan bahan gelak. Alyaa hanya mampu diam, mulut seperti terkunci. Lagi kalau dia bersuara, makin menjadi –jadi di buatnya.

“Sudah… Angah! Haikal…”

Iffah memberi amaran. Mereka berdua tersenyum. Perbincangan dilanjutkan, sesekali terdengar suara gelak ketawa mereka. Iffah seperti biasa menuju ke dapur untuk menyiapkan makan tengah hari. Macam- macam kerenah cucu Syarifah Al Bahiyah ni.

“Banyaknya susun barang dalam peti ais tu.”

Sapa Mak Leha yang baru sahaja menapak ke dapur. Lincah Iffah menyusun barang – barang yang di belinya semalam. Selalu lambat nak habis barangan dapur ni, tapi di sebabkan Tengku Zaid punya selera makin menjadi-jadi, Iffah lah jadi mangsanya.

“Alah susun sikit-sikit je ni kak, nak masak lebih sikit hari ni, Alyaa dengan Haikal ada sama.” Balas Iffah.

“Jadi ke perjumpaan dengan bakal – bakal cucu menantu Engku tu? Semalam Engku pesan dengan saya suruh bersihkan bilik-bilik dekat atas tu. Katanya nak suruh mereka bermalam dekat banglo ni.”

Laju mulut Mak Leha berkata. Iffah terberhenti melakukan kerja penyusunannya. Otaknya berfikir macam-macam. Ada kerutan di dahi Iffah.

“Ada juga saya dengar dari budak-budak, tapi tak tahu pulak sampai bermalam.”

Balas Iffah dalam riak ingin tahu. Apa pula rancangan Syarifah Al Bahiyah kali ini. Tak senang lah mereka duduk rumah tu nanti.

###############################################################################

“Comel kening tu. Pakai apa ye sampai boleh comel macam tu?”

Usik Tengku Zalif pada pekerja Watson di Syarifah Mall. Pekerja di situ memberikan senyuman manis pada pemilik Syarifah Mall.

“He’eh dia ni, menggedik pulak. Saya Cuma cakap kening je comel. Bukan muka.”

Bersahaja ayat yang dituturkan oleh Tengku Zalif. Tak jaga hati langsung. Selepas menuturkan ayat tersebut, kaki Tengku Zalif mula melangkah keluar dari Watson dengan senyuman di bibir. Nampak wajah gadis itu yang bertukar pada warna merah. Kaki laju melangkah masuk ke dalam lif.

Pantas langkah Tengku Zalif masuk ke dalam pejabatnya. Suara salam menyapa Tengku Zalif yang baru sahaja muncul di pejabat. Sempat Tengku Zalif mengangkat tangannya.

“Boss. Ni buku yang boss suruh saya cari.”

Pembantu peribadi Tengku Zalif menyerahkan buku yang berjudul Rumah Tangga Bahagia pada Tengku Zalif.

“Hermm, letak atas meja tu”

Arah Tengku Zalif. Kaki Aina mula melangkah keluar dari pejabat boss nya. Tengku Zalif mengambil buku tersebut. Hatinya masih tertanya-tanya. Mampukah dia untuk menjadi suami pada gadis yang langsung dia tak cinta dan langsung dia tak kenal. Tapi kata orang, tak kenal maka tak cinta?

“Hermm! Falsafah lama. Mana mungkin wujudnya cinta kalau kita tak suka dia”

Tengku Zalif berbicara sendirian. Buku di hadapannya di buka. Khusyuk matanya memandang satu ayat yang di tuturkan.

“Kejar cinta Allah dahulu, Nescaya Allah akan datangkan cinta manusia”

Bait ayat di dalam buku itu di sebut. Tapi hati Tengku Zalif masih berteka – teki. Kali ini kata-kata Iffah pula menerjah ketelinganya.

“IKHLAS!”

Ye! Ikhlas yang kau perlukan Tengku Zalif. Tengku Zalif meraub wajahnya. Tak guna kalau baca berpuluh-puluh buku pun kalau hati tak ikhlas nak terima semuanya.

Previous: BAB 5
Next: BAB 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.