BAB 19
“Ok bagus! kau jangan bunuh pulak. Kau
simpan budak tu sampai esok. Kejap lagi aku hantar mesej, lepas tu kau send pada
Tengku Zaim guna telefon budak tu!”
Panggilan telefon dimatikan. Salwa Amna tersenyum
puas. Tindakannya untuk menculik Erin Fasha berjaya. Telefon bimbit di ambil.
Tangan menaip sesuatu.
‘Dear
awak, saya tak boleh nikah dengan awak sebab saya dah ada orang lain. Sekarang
ni boyfriend saya tengah ambil saya. Kami nak pergi jauh’
Pesanan ringkas yang ditaip dan dihantar pada
penculik upahan tersebut. Salwa Amna bersiap pantas, dia perlu beraksi di depan
Syarifah Al Bahiyah sebentar lagi. Mesti Syarifah Al Bahiyah tidak sanggup
menangung malu dengan ketidakhadiran pengantin perempuan. Matanya di halakan ke
cermin. Berus make up dioles ke pipinya. Satu senyuman kepuasan terbit di
bibir.
“Tengku Zaim Hakimi memang aku punya!
Berani perempuan tak guna tu nak caras aku! Hah!”
Gaya nenek sihir. Salwa Amna tersenyum di
hadapan cermin. Bahagia sangat. Sebentar sahaja lagi dia akan berkahwin dengan
lelaki dambaan hatinya. Salwa Amna turun ke ruang tamu rumahnya. Ibu bapanya
sudah menunggu dari tadi.
“Hamboi cantiknya anak papa, mengalahkan
pengantin.”
Tegur Dato’ Khairil pada puterinya.
“Memang pengantin pun.. Dah jom, akad
nikah dah nak mula ni”
Balas
Salwa Amna. Dato’ Khairil hanya menggeleng kepala melihat telatah anaknya.
Sejak perkahwinannya terbatal disebabkan Erin Fasha, berhari-hari mogok tidak
mahu makan. Pening betul anak orang kaya ni, nak mogok makan sangat pergi
Somalia sana!
##########################################################################
Kereta yang dipandu Dato’ Khairil sampai
ke perkarangan rumah banglo Syarifah Al Bahiyah. Ramai yang hadir. Almaklumlah
cucu orang ternama, nak pulak hari ni ke empat-empat cucu akan berkahwin.
Mestilah ramai yang datang.
Kedatangan Salwa disambut oleh Syarifah Al
Bahiyah, lantas telinganya membisikkan sesuatu. Ye! Sesuatu yang Salwa Amna
nantikan. Amna membuntuti langkah Syarifah Al Bahiyah menuju ke tingkat atas.
Bilik Tengku Zaid diketuk. Setelah Tengku Zaid membuka pintu. Syarifah Al
Bahiyah dan Salwa Amna masuk ke bilik.
“Eh apa ni Nenda?’’
Soal Tengku Zaid yang masih lagi belum
berpakaian nikah. Boleh pulak
bersantai-santai diatas katil sambil menonton televisyen. Mata masih terpinga-pinga melihat kelibat
Salwa Amna yang masuk ke dalam biliknya.
“Kamu diam!!”
Marah Syarifah Al Bahiyah. Matanya merah
menahan geram. Baru sebentar tadi dia dapat panggilan telefon dari Syed Ilham
bahawa anaknya lari dari rumah disebabkan Tengku Zaid melarang Syarifah Aqilah
datang ke majlis pernikahan mereka. Itulah ayat yang disampaikan oleh Syarifah
Aqilah melalui surat pada bapanya. Tapi hakikatnya itu adalah satu perancangan.
“Amna kena tolong Engku hari ni.”
Sambung Syarifah Al Bahiyah. Ada kerutan
di muka Syarifah Al Bahiyah. Matanya sebak. Ada airmata yang mahu mengalir.
“Tolong apa Engku?”
Balas Salwa Amna yang juga pelik. Kenapa
dia yang harus masuk ke bilik Tengku Zaid bukan Tengku Zaim?
“Tolong Kahwin dengan Zaid, tolong Engku
sayang…mana nak letak muka nanti kalau orang cakap..”
Pinta Syarifah Al Bahiyah. Terkejut Salwa
Amna, dia ke sini untuk menikahi Zaim bukan Zaid. Masih belum dapat menghadam
apa yang berlaku sekarang ni!
“No, Engku! Saya cintakan Tengku Zaim
bukan Tengku Zaid.”
“Diorang tu semua cucu Engku jugak,
please!”
Rintih Syarifah Al Bahiyah. Badan hampir
melutut di hadapan Salwa Amna. Majlis akad nikah akan bermula bila-bila sahaja
apabila tok kadi sampai. Pintu bilik diketuk, Tengku Zaim masuk. Salwa Amna
berwajah tenang bila Putera Idaman nya berada dihadpannya. Tidak sabar ingin
mendengar ayat dari Tengku Zaim yang memaklumkan Erin Fasha tidak jadi menikah
dengannya.
“Angah, cuba cek ni nombor siapa?”
Ucap Tengku Zaim seraya menunjukkan
telefon bimbit ke arah Tengku Zaid. Dua kembar tu buat seperti Salwa Amna tidak
wujud disitu. Membulat mata Tengku Zaid dan Tengku Zaim. Wajahnya ditenangkan
semula supaya Syarifah Al Bahiyah tidak perasan. Satu pesanan ringkas dari
Syarifah Aqilah membuatkan mereka terkejut dan juga pelik. Pasti ada yang tak
kena. Fikir mereka.
“Boleh ye Amna?”
Soal Syarifah Al Bahiyah lagi. Tengku Zaim
sudah memandang pelik pada Tengku Zaid. Tengku Zaid hanya bertindak tenang, dia
tahu Nenda dalam kesulitan. Dia juga pasrah apa tindakan Syarifah Al Bahiyah
selepas ini. Ye! Pasrah jika Salwa Amna itu menjadi isterinya sekejap lagi.
“Sorry Engku”
Jawapan dari Amna. Lantas kaki menyusun
pergi dari bilik Tengku Zaid.Telefon bimbit Amna menghantar pesanan ringkas
pada lelaki upahan yang menculik Erin Fasha.
‘send
gambar budak tu’
Selang beberapa minit, gambar dihantar.
Salwa Amna mendengus marah. Kakinya laju melangkah keluar dari banglo.
################################################################
Syarifah Al Bahiyah bingung dikerjakan
Tengku Zaid. Kepalanya di picit berulang-ulang kali. Tengku Zaid pula hanya
memandang dari jauh Nendanya yang sedang duduk di atas sofa biliknya. Syarifah
Al Bahiyah runsing. Tidak tahu lagi jalan apa yang dia mahu pilih untuk menutup
malu. Kaki mula bangun dari sofa dan menuju ke arah pintu. Sedikit pun dia
tidak menoleh ke arah Tengku Zaid. Tengku Zaid jadi serbasalah. Tahu hati
Nendanya hancur.
“Nenda”
Panggil Tengku Zaid bila melihat Syarifah
Al Bahiyah ingin keluar dari biliknya. Panggilan dari Tengku Zaid tidak
dihiraukan. Kakinya mula menuruni anak tangga dan melangkah ditengah-tengah
manusia yang ramai dan menuju ke dapur.
‘Ramai betul manusia dalam rumah ni.’
Omel Syarifah Al Bahiyah yang juga sedang
bingung. Di hari penting sebegini Iffah tetap di dapurnya. Melayan
tetamu-tetamu yang hadir sekiranya ada yang ke dapur walaupun khemah sudah terbentang
luas di halaman rumah.
“Iffah, kau tolong carikan Cik Mat.”
Pinta Syarifah Al Bahiyah. Lagi tadi
mukanya berkerut memikirkan malu yang akan di tanggung sekiranya pernikahan
Tengku Zaid di batalkan. Iffah dengan pantas melangkah mencari Cik Mat. Selang
beberapa minit Cik Mat datang ke dapur.
“Ada apa Engku?”
“Mat, kau kena tolong aku mat. Aku malu
mat. Anak Syed Ilham lari, mana aku nak letak muka ni”
Pinta Syarifah Al Bahiyah seperti anak
kecil yang merayu dibelikan mainan. Cik mat menarik kerusi dan duduk berhadapan
Syarifah Al Bahiyah. Iffah sedari tadi menjadi pendengar setia di tepi sinki.
Rupanya ini yang akan Tengku Zaid lakukan. Puas Iffah memujuk ingin tahu
rancangan Tengku Zaid.
“Pinjam Alyaa Mat, untuk Zaid”
Pinta Syarifah Al Bahiyah
bersungguh-sungguh. Terkejut muka Cik mat.
“Aku tak kisah mat kau kaya ke tidak, aku
tak nak menangung malu, aku merayu dengan kau’’.
Sambung Syarifah Al Bahiyah. Sudu yang
dilap Iffah terjatuh. Terkejut dengar permintaan dari Engku Bahiyah.
“Tapi, saya tak boleh perjudikan hidup
anak saya, demi kemahuan Engku”
“Aku janji, aku tak buat apa – apa kat
anak kau, aku akan sayang dia macam cucu aku. Aku akan pastikan Zaid bagi yang
terbaik untuk dia.”
Balas Syarifah Al Bahiyah.
Bersungguh-sungguh meminta. Mana keturunan yang kau banggakan dulu? Padan muka!
Terdesak macam ni, orang miskin jugak kau cari! Geram! Cik Mat terdiam sekejap.
Mengingati apa yang pernah Iffah cakap dahulu bahawa Tengku Zaid pernah sukakan
Alyaa.
“Apa jaminan yang anak saya boleh
bahagia?”
Soal Cik Mat yang masih ragu-ragu dengan
permintaan Engku Bahiyah. Masing-masing diam. Syarifah Al Bahiyah tidak
menjawab. Pening dengan persoalan yang dikeluarkan Cik Mat.
“Jaminannya saya Cik Mat, saya yakin Zaid
mampu bahagiakan Alyaa. Kalau ada apa-apa yang berlaku pada Alyaa, saya sendiri
yang akan campur tangan.”
Tiba-tiba Iffah bersuara. Syarifah Al
Bahiyah yang tengah runsing turut mengiakan percakapan Iffah. Yelah nak
selamatkan maruah punya pasal!
###############################################################
Kaki
Cik Mat melangkah keluar dari dapur. Otaknya ligat berfikir, alasan apa yang
patut dia ucap pada puteri bongsunya. Kejamkah dia sebagai seorang bapa
menikahkan anak secara mengejut? Cik Mat nekad. Salah satu sebab yang menyebabkan
dia terpujuk dengan permintaan Syarifah Al Bahiyah adalah kerana sikapnya yang
baik terhadap keluarganya yang tidak putus-putus sehingga anaknya semua berjaya
melanjutkan pelajaran dan sebab yang lain adalah jaminan dari Iffah. Iffah?
Kenapa Iffah?
“Kenapa ni abah? Kenapa kita naik atas
ni?”
Soal
Alyaa Nadin pada bapanya yang memimpin tubuh puterinya ke bilik tetamu banglo
Syarifah Al Bahiyah. Di dalamnya sudah tersiap dengan baju pengantin. Entah
bila Syarifah Al Bahiyah upah orang pun tak perasan.
Tengku Zaid bersorak gembira dengan berita
yang dibawa oleh Iffah. Tanpa segan silu, depan Iffah dia menukar bajunya
kepada baju pengantin.
“Setitis air mata anak cik mat jatuh.
Keliling bandar Kuala Lumpur ni ibu kejar Angah!”
Tegas suara Iffah. Matanya dibulatkan.
“Don’t worry ibu, nyamuk nak gigit dia pun
Angah tembak nyamuk tu. Kalau tahu lah Nenda nak buat macam ni, Angah ajar
Achik idea bernas ni”
Balas Tengku Zaid tersengih. Ayat
hiperbola betul. Tengah bahagia lah tu. Geram je Iffah tengok perangai Tengku
Zaid. Rasa nak di telan. Sabar jelah!
“Hah! Itu pun sebab Amna tak nak dengan
Angah, kalau tiba-tiba dia setuju, padan muka Angah.”
Iffah menggertak. Tengku Zaid tersengih
lagi.
“Dah ibu nak turun, tadi masa ibu sampai
sini tok kadi dah tunggu kat bawah.”
Balas Iffah lagi. Laju terus Tengku Zaid
menyarung baju. Tidak sabar ingin bergelar suami pada Alyaa Nadin. Kaki Iffah
menaiki tingkat lagi satu untuk berjumpa dengan Alyaa Nadin. Dia adalah
penjamin bagi kebahagian hidup Alyaa. Iffah mengintai disebalik pintu.
“Demi nak jaga maruah Engku Bahiyah, Abah
sanggup jual anak sendiri. Abah..abah sedar tak apa yang abah buat ni?”
Alyaa bersuara sebak. Cik mat buntu bila
melihat Alyaa Nadin sudah mengalirkan air mata. Pintu bilik diketuk Iffah.
Iffah masuk tanpa disuruh.
“Makcik yang jaga Zaid dari dia kecik,
Makcik jamin dia akan beri kehidupan yang terbaik dalam hidup Alyaa.” Iffah
memulakan kata.
“Tapi Tengku ramai perem….”
“Makcik sendiri akan hukum dia, Engku
Bahiyah sendiri pun tak boleh masuk campur kalau memang betul Zaid buat Alyaa sedih.
Makcik janji.”
Ucap Iffah sambil memeluk tubuh Alyaa.
Alyaa menghamburkan tangisannya. Perlahan-lahan Iffah mengesat air mata gadis
tersebut. Cik mat sudah diarah keluar oleh Iffah. Sekarang masa untuk berbicara
soal hati sesama wanita.
Sayu hati Cik mat sambil melangkah anak
tangga.
“Cik Mat..”
Satu suara memanggil. Cik Mat menoleh.
Pandangan dihala pada Tengku Zaid Hakimi. Bakal menantunya sebentar sahaja
lagi.
“Saya janji akan bahagiakan anak cik mat”
Bicara Tengku Zaid yang juga ingin turun
ke bawah.
“Jangan janji je. Buktikan.”
Balas Cik Mat senada. Tangan orang tua itu
disalam penuh hormat. Tubuh tua Cik Mat dipeluk erat.
“Saya akan jadikan anak cik mat wanita
terbahgia. InsyaAllah.”
Bisik Zaid lagi. Mereka sama-sama turun ke
bawah. Satu persatu cucu Syarifah Al Bahiyah di nikahkan. Tiba nama Tengku
Zaid, ramai juga yang pelik. Kenapa pengantinnya bukan dari anak Syed Ilham.
Puas tadi Syarifah Al Bahiyah mengupah mak nah, mak leha dan mak ina untuk
menjadi wartwan bergerak memberitahu bahawa anak cik mat adalah pilihan Tengku Zaid
sendiri dan anak Syed Ilham juga ada pilihan hatinya.
#################################################
“Aku terima nikah Arissa Balqis binti
Ahmad dengan mas kahwin 3000 ringgit tunai…’’
Bergema Banglo Syarifah Al Bahiyah dengan
lafaz nikah dari Tengku Zaqif. Kini kesemua cucu-cucu Syarifah Al Bahiyah sudah
bergelar suami. Dah nama pun kembar, tarikh kahwin wajiblah kena sama.
Tengoklah nanti lepas kahwin, apa lagi yang tak kena dengan Syarifah Drakula
ni.