Home Novel Cinta ENCIK KEMBAR JATUH CINTA
BAB 13

BAB 13

“Tengku Zaid, lepas ni kita ada meeting dengan setiausaha Dato’ Amin mengenai weeding anak dia. Dia nak buat besar – besaran dekat ZH hotel ni.”

Alyaa Nadin membaca buku catatannya yang penuh dengan tulisan. Sedari tadi Tengku Zaid memandang sahaja laptop dihadapannya. Entah apa yang ditenung agaknya. Alyaa berdehem sedikit apabila melihat Tengku Zaid yang tiada tindak balas.

“Tengku ok ke?”

Soalnya lagi. Alyaa menguatkan sedikit suaranya.

“Ye ok, apa tadi? Meeting dengan Dato’ Amin? Pukul berapa? 3 petang? Ha ok..”

Laju ayat yang dituturkan.

‘Ada masalah ke Tengku Zaid ni’ desis Alyaa.

Telefon bimbit Tengku Zaid berbunyi. Pesanan ringkas dari Tengku Zaim membuatkan dirinya tersenyum.

“Tahniah Along…”

Sebaris kata keluar dari mulut Tengku Zaid. Alyaa dapat mendengar ayat yang disebut. Mulut tak berani nak bertanya. Tiba- tiba pintu pejabat diketuk. Haikal Arshad masuk tanpa disuruh.

“Cik Alyaa keluar sekejap boleh tak? Saya ada hal kejap dengan Zaid.”

Pinta Haikal. Alyaa hanya menurut, lantas dia bangun dan ingin keluar dari pejabat Tengku Zaid. Hatinya kini sudah dapat menyingkirkan lelaki yang bernama Haikal Arshad. Bagus betul Alyaa, cepat move on! Buat apa simpan orang yang tak de perasaa dalam hati kita.

“Sekejap Alyaa..”

Pinta Tengku Zaid. Alyaa menoleh semula.

“Tolong cek semula, semua date –date besar yang menggunakan ZH hotel, and kalau saya terleka pasal meeting kejap lagi, awak ketuk pintu ok!”

Sambung Tengku Zaid seraya memberikan segaris senyuman. Alyaa..Alyaa.. Ye! Wanita inilah yang membuat hati Tengku Zaid memainkan lagu cinta di hatinya.

“Baik Tengku”

Kaki Alyaa melangkah keluar dari pejabat Tengku Zaid. Haikal Arshad mengerutkan dahi. Ada sesuatu yang penting sedang bermain di fikirannya.

“Ha ada apa? Aku yang nak kahwin, muka kau yang runsing. Asal?”

Soal Tengku Zaid pada sahabatnya. Haikal Arshad masih lagi serbasalah untuk memberitahu rakannya. Tapi ini penting.

“Syarifah Aqilah Afrina…”

Sebaris nama disebut oleh Haikal. Matanya mereka saling memandang. Tengku Zaid sedikit terkejut. Kenapa nama bakal isterinya disebut oleh Haikal Arshad.

“Kenapa dengan dia? Kau suka dia ke?”

Balas Tengku Zaid. Semangat Zaid ingin tahu.

“Bukan… dia girlfriend abang aku. Sekarang ni tengah meroyan , menangis – nangis depan abang aku, dia tak nak kahwin dengan kau.”

Haikal memulakan cerita. Inikah miracle yang Tengku Zaid tunggu?

“Serius ke bro! kesiannya abang mi…ok tak pe..”

Balas Tengku Zaid lantas membisikkan sesuatu ke telinga Haikal. Entah apa yang dirancang agaknya. Nampak muka Haikal yang berkerut saat ayat yang di bisikkan masuk ke gegendang telinganya.

‘’Boleh ke macam tu?”

Soal Haikal risau. Tengku Zaid menarik nafas panjang. Tengku Zaid juga kurang yakin sebenarnya dengan idea yang baru sahaja di bisikkan.

“Boleh je. Kau jangan risau. Biar aku yang uruskan.”

Pintu pejabat diketuk oleh Alyaa. Namun masih tiada arahan untuk menyuruhnya masuk.

‘Tunggu lima minit lagi lah”’

Bicara Alyaa sendirian. Tiba – tiba Tengku Zaim datang bersama seorang perempuan. Terkejut Alyaa dibuatnya, dan yang penting bukan Salwa Amna.

“Eh Alyaa, Zaid ada?” Soal Tengku Zaim.

“Ada Tengku, dia tengah meeting dengan Haikal”

“Oh! tu bukan meeting namanya, tu lepaking!”

Balas Tengku Zaim. Kakinya melangkah menuju ke pejabat Tengku Zaid meninggalkan Alyaa di luar. Penuh tanda tanya dalam hati Alyaa, siapa perempuan yang bersama dengan Tengku Zaim tu. Sapa lagi kalau bukan Erin Fasha! 5 minit kemudian Haikal keluar. Sempat dia berpesan pada Alyaa supaya menunda meeting pada pukul 4. Membebel panjang Alyaa dibuatnya.

“What Along?? Seriously!! Ni budak bawah umur ke apa? Mana along cari ni? boleh ke berlakon depan Nenda nanti?”

Bertubi-tubi soalan Tengku Zaid setelah nama Erin Fasha diperkenalkan. Erin pula sempat mengerutkan dahinya bila dirinya di sebut budak bawah umur. Tak puas hati!

“Boleh.. yang tu semua Along uruskan, sekarang Angah kena settle semua dokumen yang Angah kata nak tolong haritu. Along akan bawa Erin tidur kat banglo masa perjumpaan bersama bakal-bakal isteri korang. Hahahaha.”

Balas Tengku Zaim. Tiba-tiba rasa bahagia dengan rancangan yang dibuat. Terpinga-pinga Erin melihat dua beradik ni berbual. Masih belum dapat menangkap maksud yang tersirat. Tengku Zaid mengerutkan dahinya. Boleh ke budak Erin ni belakon? Lebih tepat lagi, boleh ke dia berhadapan dengan drakula tu?

“Habis Amna dah tahu ke belum?”

Soal Tengku Zaid. Tengku Zaim tersenyum. Inilah masanya nak mengenakan perempuan gedik tu! Ye! Entah kenapa anti betul Tengku Zaim dengan Salwa Amna tu!

“Belum tahu lagi. Bagilah dia merasa jadi calon cucu menantu untuk dua hari kat banglo tu”.

Balas Tengku Zaim lagi. Sempat mereka berdua ketawa. Erin masih lagi diam duduk di atas sofa. Lagi tadi perbualan dua beradik itu tidak dapat di tangkap lagi maksudnya. Lagi sorang kembar mereka datang. Tengku Zalif! Selamba je menerjah pejabat kembarnya.

“Mana satu Along?”

Soal Tengku Zalif tanpa ucap salam pun. Tengku Zaim memberi peluang Erin memperkenalkan diri. Erin berdiri penuh semangat. Yelah! Lagi tadi tunggu turn. Bilalah dia boleh bercakap?

“Oh hai, nama saya Erin Fasha binti Johari, umur 18 tahun, kerja dekat bengkel Meng Meng…..”

Belum habis ayat memperkenalkan diri ayatnya dipotong. Tengku Zalif membuat muka tidak percaya. Tengku Zaim pulak boleh tergelak.

“Wait..wait… Along seriously! Ni macam adik-adik kita je ni.”

Tengku Zalif seakan tidak percaya dengan wanita pilihan abangnya. Mustahil Erin Fasha akan berhadapan dengan Nenda Drakula tu!

“Encik! eh sorry-sorry…Tengku. Saya dah 18 tahun lah Tengku. Kalau kat panggung wayang tu, cerita 18sx saya dah boleh masuk tengok.”

Balas Erin Fasha selamba. Tergelak mereka semua mendengar jawapan Erin. Pening kepala tengok gelagat Erin Fasha.

“Eh dah – dah, sekarang ni. Siapkan dokumen yang penting. Along nak tunjuk dekat Nenda.”

Balas Tengku Zaim dengan ketawa yang masih bersisa.

“Dah jom…”

“Nak pergi mana Encik?” soal Erin.

“Dah-dah, kalau awak kat sini memang tak siap kerja diorang ni semua. Kita pergi cari barang sikit. Awak kan sekarang orang kaya. Kena pakai barang-barang yang orang kaya pakai. Ingat tu.”

“Ok! Along gerak dulu, apa-apa call.”

Sambung Tengku Zaim. Tengku Zalif dan Tengku Zaid memandang pelik. Tak pernah Alongnya bersikap begitu. Ketawa pun jarang dengan orang yang baru sahaja dia kenal. Tapi Erin Fasha telah berjaya membuat Tengku Zaim Hakimi ketawa terbahak-bahak harini.Tengku Zaim dan Erin keluar dari pejabat Tengku Zaid. Tengku Zalif dan Tengku Zaid memandang sesama sendiri.

“Boleh ke Ngah?”

Soal Tengku Zalif lagi. Takut rahsia mereka akan terbongkar. Tengku Zaid hanya tergelak kecil. Dia pun bingung.

“Entahlah… Layan jelah. Pandai-pandai lah kita back up nanti.”

Selang beberapa minit, Tengku Zalif pun turut mengatur langkah kembali semula ke tempat kerja. Alyaa pula masuk ke dalam pejabat.

“Tengku, meeting yang Tengku mintak postpone tu dah ditunda esok. Dato’ ada urusan penting.”

Ucap Alyaa setelah melaksanakan tugasnya sebentar tadi. Tengku Zaid sudah mengatur ayat di kepalanya. Dia juga harus memainkan drama melayu di banglo nanti. Drama untuk membawa Alyaa ke bangl0 Syarifah Al Bahiyah.

“Oh yeke, bagus kalau macam tu sebab saya pun ada urusan dengan awak ni.”

Tutur Tengku Zaid.

“Ada apa Tengku?”

Melihat muka Tengku Zaid yang serius, pasti ada perkara penting yang hendak dibicarakan.

“Next week sabtu dengan ahad, awak ada urusan tak? Or ada date ke?” Soal Tengku Zaid.

“Date dengan sapa pulak! Bf pun tak de.” Omel Alyaa separuh berbisik.

“Ha, apa? Bf? Oh ada date dengan bf?”

Soal Tengku Zaid yang terdengar perkatan BF.

“Eh tak Tengku, maksud saya, weekend ni tak de kerja.”

Kalut Alyaa menjawab. Tengku Zaid tersenyum. Kerusinya dipusingkan sekali. Badannya bangun dari kerusi tersebut. Pandangan di halakan tepat pada wajah Alyaa Nadin yang berada di hadapan mejanya. Alyaa memandang pelik gelagat bossnya.

‘Pehal lah mamat ni!’ Bisik hati Alyaa.

“Ok kalau macam tu, weekend ni awak kena tidur di banglo Nenda sebab saya ada benda nak bincang pasal reception dekat ZH hotel nanti. Masa tu banyak benda yang awak kena take over, yelah sebab saya kan pengantin time tu.”

Balas Tengku Zaid. Seperti ada sesuatu yang sedang di rancangkan. Tapi entah? Mungkin ada bersangkut paut dengan pernikahannya.

“Eh tapi Tengku… Reception tu lama lagi kan. Ada 2 bulan lebih lagi. Lagipun tak kan lah bincang-bincang ni semua sampai kena tidur rumah Tengku.”

Balas Alyaa tidak berpuas hati.

‘Suka hati betul lah mamat ni, mentang –mentang cucu Engku Bahiyah, suka hati nak main arah-arah!’ Omel Alyaa dalam hati.

“Senang sikit, kembar saya yang lain pun nak bincang idea masing-masing. Lagipun saya mintak awak tukang catat je.”

Tengku Zaid meyakinkan Alyaa. Padahal semua dah serah pada perancang perkahwinan. Saje je si Tengku Zaid ni.

“Kalau awak ragu-ragu lagi nanti saya tanya Cik mat.”

“Ermmm…. Tapi…”

Alyaa terdiam. Tak tahu nak bagitahu jawapan apa. Rasanya macam tak penting pulak nak kena tidur sana. Alyaa masih berfikir dalam hatinya.

“Ni kira awak kerja lebih masa, saya up lah gaji awak. Amacam?”

Sampuk Tengku Zaid sambil mengangkat kedua – dua keningnya. Alyaa memandang muka Tengku Zaid. Bermacam-macam persoalan yang timbul dalam hatinya.

“Yelah..yelah.. nanti saya tanya Abah dulu, kalau abah bagi saya ok je. Tapi Engku Bahiyah ok ke?” Soal Alyaa lagi.

“Eh mestilah ok. Awak kan anak cik mat merangkap setiausaha saya. Lagipun mesti Nenda faham.”

Lagi sekali ayat yang dituturkan meyakinkan Alyaa. Entah apa yang dirancang Tengku Zaid, Alyaa pun tak pasti. Macam-macam ragam!

“Ok, kalau macam tu, nanti saya mesej Tengku. Ada apa-apa lagi ke Tengku.”

Soal Alyaa yang sudah ingin melangkah keluar. Tengku Zaid tersenyum lantas menggeleng kepalanya. Sempat menjerit pada Alyaa supaya jangan lupa apa yang mereka bincangkan tadi.

Previous: BAB 12
Next: BAB 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.