Home Novel Cinta ENCIK KEMBAR JATUH CINTA
BAB 27

BAB 27

Makin meriah Banglo Syarifah Al Bahiyah sejak kehadiran cucu menantunya. Bagi Iffah hujung minggu atau hari biasa, sama sahaja. Tugasnya hanyalah memasak. Baru sahaja 2 hari Syarifah Al Bahiyah, Zaqif dan Arissa ke luar negara atas urusan kerja, cucu-cucunya yang lain sudah bermaharajalela di rumah.

“Encik, tak bosan ke duduk dalam rumah je?”

Soal Erin pada Tengku Zaim yang sedang merebahkan diri diatas katil. Matanya sibuk menghadap tab, sejak-sejak dia sudah kembali menjadi Ceo Syamraa Holdings seminggu lalu.

“Encik, encik dengar tak saya cakap ni, mana ada orang pukul 12 tengah hari macam ni duduk atas katil.”

Sambung Erin lagi. Suaminya masih lagi menghadap tab. Urusan Syamraa Holdings lagi penting. Erin Fasha datang mendekat di tepi Tengku Zaim.

“Encik..encik”

Tangan dilayang dihadapan Zaim. Zaim meletakkan tab ditepi, selagi tak dilayan selagi tu mengacau je kerjanya.

“Ada apa Erin Fasha?”

“Encik, selama ni saya jadi isteri encik bagus tak? Power tak lakonan saya? Kalau markah seratus peratus encik nak bagi berapa?”

Tengku Zaim sudah menggeleng kepala. Pening nak mencari ayat untuk menjawab.

“Ermm boleh la…”

Balas Tengku Zaim. Nadanyanya dimalaskan.

“Boleh la je Encik? Bagilah lah markah? 80 ke? 90 ke? Encik ni tak best langsung.”

Kaki Erin Fasha sudah mundar mandir di hadapan katil Tengku Zaim. Excited nak dengar jawapan dari suaminya. Otak Tengku Zaim ligat mencari idea. Tengku Zaim diam sekejap.

“Sekarang ni, ada lah dalam 50 peratus. Awak nak jadi seratus peratus?”

Balas Tengku Zaim seraya menyoal isterinya. Erin menggangguk semangat. Tengku Zaim bangun dan mengeluarkan kain batik di dalam almari.

“Perempuan kalau dekat rumah pakai kain batik, macam ibu Iffah tu, bukan pakai seluar senam ni. Lepas tu belajar masak sedap-sedap bukan tahu masak meggie je. Dah pergi pakai kain batik ni lepas tu belajar masak dengan Ibu Iffah.”

Tengku Zaim menahan gelak. Erin mengambil kain yang diberikan.

“Oh macam tu ye Encik, tapi saya tak pernah pakai kain batik, susah nak lari nanti. Ok tak pelah, saya pakai seluar kat dalam kain dekat luar, demi encik.”

Balas Erin polos. Sejurus menyarung kain batik dia turun ke bawah. Tengku Zaim sudah ketawa melekek. Dengar suara Erin yang menyanyi saat turun dari tangga. Iffah yang mendengar dari dapur hanya tersenyum. Ceria rumah bila ada Erin. Erin menjengah ke dapur bersama sengihan.

“Kau kenapa pakai kain batik ni Erin?”

Soal Didi yang sedang menolong Iffah didapur. Atas arahan Tengku Zalif. Dia harus duduk dirumah, mengemas bilik, belajar memasak. Arahan mati dari Tengku Zalif.

Iffah memandang Erin pelik.

“Nak kena belajar masak ni ibu, encik abang sayang yang suruh”

Pinta Erin pada Iffah yang sedang memotong ayam di sebelah sinki. Iffah tersenyum. Ada-ada saja budak bertuah Zaim ni! Omel hatinya. Iffah mengambil lagi beberapa biji bawang dan diberikan pada Erin.

“Nah potong..”

Arah Iffah. Erin mengambil bawang tersebut dan duduk di sebelah Didi Khalisha.

“Kenapa kena pakai kain batik kalau nak belajar masak?”

Soal Didi pelik. Erin memberikan sengihan pada birasnya.

“Memanglah, Kak Didi tak tahu ke? Kalau nak jadi isteri solehah kan kena pakai kain batik.”

Iffah hampir sahaja tergelak. Didi pulak sudah membuat muka pelik

‘Entah pape je budak ni’ Bicara hati Didi.

Berjurai-jurai air mata Didi dek kerana bawang yang dipotong. Matanya sudah berkali-kali dibasuh. Tidak berani hendak keluar dari dapur, Tengku Zalif asyik memerhati dari ruang tamu. Sekejap-sekejap mengintai ke dapur.

“Baru suruh kopek bawang dah sedih-sedih. Apalah kau ni?”

Suara Tengku Zalif yang menjengah ke dapur. Iffah menggeleng kepala. Apa lagi agaknya Si Tengku Zalif ni.

“Uda…”

Tegur Iffah. Tengku Zalif tersenyum. Didi pula hanya menjeling suaminya. Geram. Erin pula sekejap je dah keluar dari rumah. Bawang satu je dia kopek.

“Kau kena belajar macam mana nak jadi isteri solehah. Tengok macam ibu tu. Semua benda tahu. Kau apa tahu?”

Sambung Tengku Zalif lagi seraya berlari ke ruang tamu semula. Malas mendengar leteran Iffah.

“Jangan layan sangat dia Didi”

Balas Iffah bersahaja. Didi Khalisah hanya mendiamkan diri. Malas nak melayan semua orang dalam rumah ni.

###################################################

Jam hampir pukul 1.00 tengah hari, deruman kereta Tengku Zaid sudah kedengaran masuk ke perkarangan banglo bersama Alyaa. Semenjak Syarifah Al Bahiyah tak ada Tengku Zaid asyik bermalam di rumah cik mat je. Habis Alyaa dikerjakan.

Makanan belum habis di hidang, masing-masing sudah tunggu di meja makan. Erin masuk semula ke dapur. Tolong angkat makanan je. Erin menuju ke ruang makan bersama Ayam masak lemon yang dimasak Iffah. Penuh hati-hati Erin memegang mangkok yang berisi ayam. 5 langkah lagi sampai di atas meja, tiba-tiba?

“Zass…”

Kain batik melorot kebawah. Erin menjerit kecil. Mata-mata yang lain sudah memandang. Tawa yang ditahan tekeluar juga.

“Encik…”

Erin sudah buat muka sedih. Mangkok yang dipegang sudah beralih di tangan Alyaa. Tengku Zaim sendiri tak boleh tahan melihat kejadian tersebut. Kesian Erin! Iffah keluar dari dapur, kain batik yang sudah terjatuh diambil

“Dah pegi sana duduk, tak payah pakai kain ni.”

Arah Iffah seraya mengambil kain tadi.

“Ibu dengar ada yang ketawakan Erin lagi siap. Biar esok Ibu buat gulai kain”

Marah Iffah pada mereka yang berada di meja makan. Kakinya mula melangkah ke dapur semula. Masing-masing senyap sekejap, walaupun sesekali terkeluar juga. Erin hanya diam sebab malu.

“Dah-dah makan, lepas ni kita keluar.”

Zaim memujuk Erin yang hanya diam lagi tadi. Ingat orang tak da perasaan ke?Omel hati Erin. Lauk ayam dan sayur dicedok Zaim masuk ke pinggan Erin. Merajuk ke? Hati Zaim berbicara. Tahu pun risau.

“Dah lah Erin, kau kira ok reti pakai kain batik, aku tak reti langsung tau”

Tiba-tiba Didi bersuara memujuk. Kesian pulak tengok birasnya yang sedari tadi diam. Erin mula menyuakan nasi ke mulut. Mulutnya yang selalunya becok mati begitu sahaja dek kerana malu.

################################################

Deruman kereta Tengku Zaim dan Tengku Zaid sudah kedengaran. Masing-masing keluar membawa isteri jalan-jalan dihujung minggu. Tengku Zaim tu nak pujuk si Erin lah tu, kalau tak asyik sibuk dengan tab. Tak keluar bilik pun tak pe.

“Awak nak pahala lebih tak?”

Soal Tengku Zalif pada Didi yang sedang ralit membaca majalah di ruang tamu. Bosan! nak ajak Tengku Zalif keluar malu. Ego tinggi. So kena lah bertahan lagi 2 bulan lebih ni. Bicara Didi dalam hatinya.

“Pahala apa pulak?”

Tangan masih sibuk menyelak helaian majalah. Tengku Zalif sudah merebahkan diri di atas sofa.

“Ah kau nak ke tak nak ke, aku nak bagi jugak. Sini picit kaki aku”

Arah Tengku Zalif. Didi sudah menjeling. Majalah ditutup agak kasar dan diletakkan di atas meja.

“Ah, kau tak nak tak pe….”

Belum habis ayat yang ditutur, Didi sudah bangun dari sofa yang berhadapan dengan Tengku Zalif. Kakinya mula melangkah dan duduk ditepi sofa. Dalam geram-geram, tangannya sudah diletakkan di kaki Tengku Zalif dan mula mengurut. Tengku Zalif terlena sekejap, gara-gara dipicit Didi.

‘Oh kau tidur ye! sedap-sedap kau suruh aku picit, nanti kau!’

Bicara Didi dalam hati. Bulu kaki Tengku Zalif yang lebat dicabut Didi dua helai.

“Aduh!”

Tengku Zalif mengaduh. Muka Didi selamba. Tangannya masih memicit kaki suaminya.

“Kau buat apa?”

Soal Tengku Zalif geram. Didi hanya menggangkat bahu tanda tidak faham apa yang dimaksudkan Zalif. Iffah rasa terpanggil melihat Tengku Zalif dan juga Didi yang berada di ruang tamu. Mukanya tersenyum.

“Amboi uda…. Kalau ye pun nak suruh urut, naik lah bilik”

Sapa Iffah. Tengku Zalif terbangun, senyuman diberikan pada Iffah. Didi sudah berhenti memicit.

“Kenapa berhenti?”

Soal Zalif yang masih melunjurkan kaki di sofa. Didi menjeling, tangannya menyambung semula.

“Eh dah-dah, apa kata buatkan saya nescafe”

Arah Zalif lagi. Iffah hanya menggeleng.

“Biar Ibu buat” Balas Iffah.

Tengku Zalif menahan Iffah. Didi sudah bangun dan menuju ke dapur. Iffah kembali duduk.

“Kenapa buat dia macam tu?”

Zalif mengeluh panjang.

“Im trying to not fall in love with her, sebab tu Uda buat macam tu.”

“Perasaan tu Allah yang bagi, even kita trying so hard nak elakkan, tapi kalau memang Allah nak bagi, Dia akan bagi jugak. Jangan lah kasar sangat.” Balas Iffah lembut.

Selang beberapa minit, Didi sampai semula ke ruang tamu bersama secawan nescafe. Iffah kembali ke dapur.Tengku Zalif diam memikir kata-kata Iffah.

##################################

“Awak nak tahu tak Alyaa?”

Soal Tengku Zaid bila masing-masing senyap sepanjang perjalanan. Alyaa masih menghala pandangan ke luar tingkap.

“Hmm..”

Balas Alyaa malas. Mood bila nak period ni memang tak menentu. Janganlah ada yang kacau. Tengku Zaid mengerling isterinya di sebelah. Alyaa masih tidak ada respond lagi.

“Nak cakap apa tadi?”

Soal Alyaa bila Tengku Zaid senyap semula. Alyaa masih menghala pandangannya ke hadapan pula. Tengku Zaid mengangkat kening. Tak tahu nak tanya apa sebenarnya. Cuma tak syok tiba-tiba senyap.

“Oh tak delah. Saja nak bagitahu awak yang awak ni comel”

Tengku Zaid sudah bermain ayat gula-gula dia. Alyaa hanya membuat wajah biasa. Serius tak de mood.

“Nanti singgah kejap supermarket. Saya nak beli barang sikit. Saya tidur kejap eh Tengku”

Balas Alyaa seraya memjamkan matanya. Tengku Zaid mengeluh kecil. Kereta meluncur laju masuk ke bahagian supermarket. Lama dia biarkan Alyaa tertidur di dalam kereta.

‘Susahnya dia ni. Saya suka awak Alyaa.’

Ucap Tengku Zaid separuh berbisik. Laju je tangannya mengusap dahi Alyaa. Alyaa tersedar.

“Eh dah sampai ke?”

Terpisat-pisat Alyaa membuka mata.

“Haah dah sampai. Awak nak beli apa?”

Soal Tengku Zaid.

“Tengku tunggu sekejap eh. Saya tak lama pun”

Balas Alyaa seraya membuka pintu dan masuk ke supermarket. Ingat Tengku Zaid nak tinggalkan Alyaa ke? Pantas kakinya masuk dan mencari kelibat Alyaa. Alyaa menuju ke tempat tuala wanita. Mata masih mencari-cari jenama yang selalu di pakai. Tak perasan agaknya dari tadi Tengku Zaid perhati je Alyaa dari jarak 2 meter. Alyaa ralit sangat memandang jenama tuala wanita yang selalu dia pakai.

“Oh awak selalu pakai yang tu ke?”

Tegur Tengku Zaid.

“Allah!”

Alya terkejut. Terpelanting tuala wanita jenama Intimate di hadapan Tengku Zaid. Allah malunya. Muka Alyaa merona merah. Tengku Zaid membuat muka selamba. Tuala wanita yang terpelanting di hadapannya di ambil dan di bawa. Alyaa menarik tangan Tengku Zaid.

“Hish. Biarlah saya yang bayar.Tengku ni kan….”

Marah Alyaa. Tengku Zaid menahan gelak. Tahu isterinya tengah malu.

“Alah Alyaa, buat apa nak malu. Ni normal lah. Saya kan suami awak. Saya kena ambil berat pasal semua ni.”

Tengku Zaid sempat memberikan senyuman pada isterinya. Alyaa masih malu. Dah lah kepit tuala wanita tu dekat ketiak dia. Alyaa tak tahu nak jawab apa dah. Laju kaki meninggalkan Tengku Zaid di kaunter. Alyaa menuju ke arah kereta.

Tengku Zaid menghulur tuala wanita pada isterinya. Alyaa masih melarikan pandangan ke luar tingkap. Tak habis-habis Tengku Zaid tersenyum. Alyaa pulak masih lagi malu dengan kejadian tadi.

“First day ke?”

Usik Tengku Zaid lagi. Alyaa memang tak kan lah nak pandang muka suaminya. Alyaa msih diam membatu.

“Second day?”

Usik Tengku Zaid lagi bila Alyaa tidak menjawab. Muka Alyaa panas berbahang menahan malu.

“ketiga? Keempat?...” Ayat Tengku Zaid di potong.

“Belum kena lagi. Saje buat spare. Dah jangan bahas lagi benda ni!”

Nada Alyaa sedikit tegas. Tengku Zaid menjuihkan bibir. Angin Alyaa tak baik. Ok cukup Zaid. Dah-dah lah tu!

Previous: BAB 26
Next: BAB 28

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.