Home Novel Cinta ENCIK KEMBAR JATUH CINTA
BAB 5

BAB 5

Usai sahaja solat isyak pada pukul 10 malam, Iffah berhasrat untuk merebahkan diri di atas katil bujangnya. Kepalanya yang berdenyut-denyut membatalkan hasrat untuk ke dapur. Mata dipejamkan sambil tangan memicit-micit kepala yang pening. Baru sahaja 3 hari Tengku Zaid diarah perintah berkurung oleh Nenda Bahiyah, makin bertambah pening kepala Iffah melayani kerenahnya.

Belum cecah 5 minit Iffah berada di atas katil, pintu biliknya diketuk. Dengar sahaja bunyi ketukan pintu, Iffah sudah tahu siapa orang nya. Siapa lagi kalau bukan Tengku Syarifah Al Bahiyah. Langkah digagahi. Pintu dibuka oleh Iffah. Muka yang tidak pernah senyum selama 28 tahun Iffah berada di banglo ni tengah terjongol di depan pintu. Iffah menunduk.

“Zaid sibuk nak pergi kerja esok, budak tu bukan nak dengar cakap aku. Dia ikut kepala dia. Keras kepala! Kalau dengan kau, semua dia dengar. Pelik betul aku. Dah aku malas nak menghadap muka kau, kau tahu kan apa nak buat. Esok kalau dia pergi kerja siap kau!”

Ucap Syarifah Al Bahiyah dalam nada marah yang berbisik. Kaki Syarifah Al Bahiyah mula melangkah pergi. Iffah hanya mengeluh dalam hatinya.

‘Angah ni pun satu, kaki dah macam tu rehat lah dulu kat rumah, tak pasal-pasal aku pulak dah kena bebel dengan drakula ni’

Sempat lagi Iffah mengomel sendirian selepas sahaja pintu bilik di tutup semula. Telefon bimbit yang berada di atas kati dicapai. Satu pesanan ringkas untuk Tengku Zaid di taip. Bagus betul Iffah ni, pantas dan cekap.

Hilang terus pening kepala Iffah setelah mendengar bebelan Syarifah Al Bahiyah. Pesanan ringkas kepada Tengku Zaid sudah di hantar. Iffah keluar dari biliknya dan terus meluru ke dapur. Bunyi deruman kereta Tengku Zaim masuk ke perkarangan banglo. Sejak jadi Ceo Syamraa Holdings setiap hari Tengku Zaim pulang lambat. Lagi satu sebab, malas nak bersemuka dengan Nenda Al Bahiyah. Yelah tempoh yang diberikan oleh Nendanya semakin dekat. Iffah membancuh secawan nescafe, yang pastinya bakal diminta oleh putera sulung Zahid Harith. Dari bapak sampai ke anak, citarasa sama. Nescafe!

Setelah membancuh nescafe, Iffah berlari anak menuju ke pintu hadapan. Pintu rumah dibuka. Kelihatan Tengku Zaim berjalan bersama bungkusan plastik.

“Tolong bagi dekat Angah ibu, dia kirim tadi,”

Pinta Tengku Zaid. Bungkusan bertukar tangan.

“Lambatnya balik, banyak kerja ke?”

Soal Iffah sekadar berbalas. Masing-masing menuju ke dapur. Soalan Iffah masih tergantung. Nescafe yang dibuat sebentar tadi sudah dihirup oleh Tengku Zaim.

“Tak banyak kerja pun, saje stay dekat office. Banyak benda nak kena fikir”

Nampak tekanan di wajahnya. Banyak betul masalah yang membelenggu dalam kepala. Tak mungkin dia nak peristerikan Salwa Amna! No!

“Oh… kerja jangan stress sangat, kesihatan kena jaga. Nanti kalau sakit, semua benda tak jadi.”

Balas Iffah yang ingin berlalu pergi menghantar bungkusan pizza di bilik Tengku Zaid. Al maklumlah, susah nak turun.

Tengku Zaim termenung. Pesanan Iffah seperti angin yang dihembus bayu. Pergi begitu sahaja. Iffah tahu Tengku Zaim sedang runsing dengan tempoh yang diberikan Syarifah Al Bahiyah. Iffah mula melangakah ke anak tangga dan menuju ke bilik Tengku Zaid. Ni lagi sorang pembikin masalah. Omel Iffah.

###############################################################

Terbahak-bahak Tengku Zaim ketawa dek kerana pesanan ringkas yang sampai ke telefon bimbitnya.

“kalau dah tak sayang ibu, sanggup nak tengok ibu dibuat sup oleh Nenda, SILA PERGI KERA ESOK!!!”

Telefon bimbit diletak ditepi katil. Fikirannya melayang memikirkan sesuatu. Mata memandang syiling sambil tersenyum. Mulut terkeluar sebaris nama yang sudah mula bertakhta di hatinya.

“Tuk..tuk..”

Kedengaran pintu bilik diketuk. Iffah mula melangkah masuk bersama bungkusan Pizza Hut yang dibeli Tengku Zaim sebentar tadi. Lamunan Tengku Zaid termati. Matanya melihat susuk tubuh wanita melangkah menghampirinya.

“Dari jauh ibu dah nampak, senyum sorang-sorang, sampai ibu ketuk pintu bilik pun tak dengar . Ni angau ke apa ni?”

Soal Iffah bersahaja. Tengku Zaid membetulkan tempat duduk. Pizza yang dipesan terus dimakan dengan lahap. Macam dah kebulur sangat si Tengku Zaid ni.

“Angah dah ada calon isteri nombor dua,”

Balas Tengku Zaid bersama sengihan. Membulat mata Iffah mendengar jawapan Tengku Zaid. Laju sahaja tangan Iffah mengetuk kaki Tengku Zaid yang sakit. Ketuk-ketuk manja je. Tengku Zaid mengaduh.

“Angah mampu ke? Memang ibu tak nafikan dari segi duit Angah memang mampu. Tapi Angah kena fikir tau, soal keadilan. Mampu angah bersikap adil? Ibu tak setuju dengan cadangan Angah. Ibu ingat Angah main-main.”

Balas Iffah dengan nada nasihat. Risau betul dengan perangai Tengku Zaid, bukannya boleh percaya sangat. Rasanya dengan semua perempuan dia ucap I love you.

“Tak ibu, yang ni lain ibu. Pandang banyak kali pun tak jemu. Makin di tenung makin sayang,”

Balas Tengku Zaid sambil menyua pizza di mulutnya. Bibir sempat mengukir senyuman. Mata kirinya dikenyitkan pada Iffah. Lagi sekali Iffah mengetuk kaki Tengku Zaid. Hari sudah larut malam, malas Iffah melayan kerenah Tengku Zaid. Kaki melangkah keluar bersama bungkusan yang sudah kosong.

Iffah menuruni anak tangga yang sudah menjadi rutin hariannya sejak menjejakkan kaki ke rumah banglo ini. Kaki meluru ke dapur. Kelihatan Tengku Zaim masih belum berganjak dari kerusi. Air nescafe sudah di hirup habis. Iffah membuang bungkusan sampah yang di bawanya tadi. Laju sahaja badannya duduk berhadapan dengan Tengku Zaim. Masing-masing diam.

“I don’t have someone special in my heart. Someone yang sesuai untuk dijadikan calon isteri. Along rasa macam nak give up!”

Tengku Zaim meraup wajahnya. Runsing.

“Ibu tak boleh nak campur urusan Nenda dan Along, Cuma satu je yang ibu boleh pesan, Along banyakkan buat solat istikharah. Kalau memang jodoh, Allah akan permudahkan jodoh Along dengan Amna, mana tahu Along boleh bahagia suatu hari nanti. Amna tu pun wanita juga, wanita ni kan tulang rusuk kiri yang sememangnya bengkok. Jadi, menjadi amanah bagi lelaki yang bertanggungjawab ke atas dirinya untuk menegakkannya semula. Manusia boleh berubah Along. InsyaAllah.”

Lembut Iffah bertutur dengan bahasa yang penuh makna. Tengku Zaim merenung Iffah, matanya mula berkaca. Gugur juga sebutir air mata lelaki yang bernama Tengku Zaim. Iffah hanya menemani langkah Tengku Zaim yang keluar dari dapur bersama dengan senyuman. Sesekali ada nafas yang di hela panjang. Seperti ada beban berat yang sedang di pikul Iffah. Kadang-kadang hatinya menjadi takut. Entah apa agaknya yang disembunyikan Iffah…

Terkebil-kebil mata Iffah memikirkan masalah pewaris-pewaris kekayaan Syarifah Al Bahiyah. Ingin sahaja dia keluar dari rumah banglo kepunyaan Syarifah Al Bahiyah ini. Membawa diri ke pulau –pulau untuk menenangkan fikiran. Tetapi dia yang mengunci kakinya supaya tidak bergerak ke mana- mana. Demi kasih, cinta dan pengorbanan. Semua itu adalah kunci yang membuatkan Nurul Iffah Atan masih lagi tersangkut di banglo milik Syarifah Al Bahiyah ini.

Previous: BAB 4
Next: BAB 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.