BAB
31
Perlahan
Iffah menaiki tangga dan menuju ke bilik hujung yang berada di tingkat dua.
Pintu bilik tersebut di ketuk.
“Masuk…”
Arah
Tengku Zahid Harith. Iffah memulas tombol pintu dan bergerak masuk ke dalam
bilik anak majikannya. Nescafe di letak di atas meja. Tengku Zahid Harith masih
leka memandang laptop di atas katil. Wajah Iffah masih tidak di pandang.
“Err…
Saya keluar dulu Tengku.”
Pinta
Iffah. Tengku Zahid mengangkat muka.
“Esok
exam apa?”
Soal
Tengku Zahid bila mengetahui Iffah masih lagi menjalani Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM). Iffah masih berdiri di sebelah meja.
“Esok
Addmath… Ermm saya keluar dulu Tengku”
Iffah
melajukan langkah menuju ke pintu.
“Kejap!”
Arah
Tengku Zahid. Iffah berpusing semula.
“Saya
harap awak tak menyesal dengan semua ni…
##################################################
“Menung apa tu Iffah?”
Soal
Cik Mat yang menjengah dari pintu dapur. Lantas badannya duduk di birai pintu
dapur. Iffah yang syok termenung memandang nasi lemak pagi tadi terus tersedar
dari lamunan.
“Tak de
menung apa lah Cik Mat, cuma terfikir apa jadi lah budak-budak dekat apartment
nanti.”
Balas
Iffah bersahaja. Nasi lemak yang belum habis dimakan disua ke mulut.“Ambilkan
aku air sejuk segelas Iffah, penat tadi aku gali lubang nak tanam pokok ros
banyak sikit. Si Erin tu, suka-suka hati dia pergi petik bunga-bunga tu. Aku
tak habis cakap lagi dia dah petik.” Balas Cik Mat sambil mengipas ngipas
topinya ke muka. Iffah tersenyum mendengar. Erin..erin.. Omel Iffah. Air sejuk
didalam peti sejuk diambil dan diberikan kepada Cik Mat.
“Sampai
bila Iffah nak macam ni?”
Soal
Cik Mat tiba-tiba sewaktu Iffah menghulur air. Iffah kembali semula duduk di
atas meja dapur.
“Asalkan
diorang bahagia, saya bahagia Cik Mat”
Balas
Iffah yang menyua lagi nasi ke mulutnya. Cik Mat hanya mengeluh panjang.
Derapan kaki manusia mematikan perbualan Iffah dan Cik Mat. Setelah
menghabiskan air di dalam gelas, Cik Mat mula melangkah ke kebun bunga. Arissa melangkah
ke dapur dan duduk berhadapan dengan Iffah.
“Hermm,
macam mana?”
Soal
Iffah pada Arissa. Kerusinya dibetulkan.
“Dia
cakap ok, tapi pasal yang pindah dekat apartment dia tak nak. Saya pun ok je
lah, as long dia nak dengar cakap saya.”
Balas
Arissa. Berhasil juga idea Iffah menyuruh Arissa mengugut Zaqif dengan
menggunakan nama Nenda. Padan muka! Iffah sudah meletakkan nasi lemak
disebelah. Mata difokuskan pada Arissa. Kedua-dua jari ibu diangkat tunjuk
tanda bagus.
“Tapi
Ibu, kalau dia tetap nak kahwin dengan Intan…..”
Arissa
tidak menghabiskan bicaranya. Iffah sudah membisikkan sesuatu rancangan baru
pada Arissa. Semangat sentiasa di salurkan. Hampir sejam jugak sesi bual bicara
bersama Iffah. Muka Arissa sedikit ceria.
“Dah
jom masak’
Ajak Iffah seraya bangun dari kerusi. Arissa
hanya mengikut arahan Iffah. Hari ni yang makan tengah hari sikit je. Sikit ke
banyak ke yang penting masak. Syarifah Drakula nak balik makan kejap lagi
dengan Zaqif.
#################################################
Kereta yang dipandu Tengku Zalif meluncur
laju memasuki lebuhraya. Didi Khalisha hanya menghalakan pandangan keluar
tingkap. Harini dia dan Tengku Zalif akan merasmikan apartment pemberian
Syarifah Al Bahiyah. Tengku Zalif menari-narikan tangan di atas stereng kereta.
Sesekali bibir mengikut bait-bait lagu yang keluar dari corong radio. Melihat
Didi yang mengelamun di sebelahnya, sengaja muzik semakin dikuatkan. Didi
menoleh suaminya di sebelah. Menyampah!
“Apa tengok-tengok! Suka hati aku lah.
Kereta aku!”
Dia dah mula dah. Didi mendengus geram.
Malas nak melayan. Tangan disilangkan diperut. Pandangan dihala semula ke luar
tingkap. Tengku Zalif tersenyum puas. Semakin dia ingin membenci gadis itu
semakin lahir rasa cinta. Hmm! Radio diperlahankan oleh Tengku Zalif.
“Rumah mesti bersih. Baju aku pastikan
licin. Lepastu aku nak kau masak. Nak keluar pergi mana-mana bagitahu aku
dulu.”
Didi masih memandang keluar tingkap. Malas
nak melayan perangai suaminya. Tengku Zalif menonjol sedikit bahu Didi berulang
kali.
“Kau dengar tak?”
Sengaja cari pasal. Didi menepis tangan
suaminya. Mukanya dikerutkan.
“Dengarlah…”
Balas Didi senada.
‘Huh!
Bilalah dia nak ceraikan aku. Meluat!’ Bisik Didi dalam hatinya.
################################################################
“Awak dah yakinkan Nenda?”
Soal Tengku Zaqif bersahaja. Arissa masih
sibuk melipat baju-baju di hadapan almari. Pedih mendengar pertanyaan suaminya.
Tengku Zaqif masih lagi menunggu jawapan dari Arissa. Permainan di teruskan.
Arissa pasrah sekiranya Intan mahu bermadu dengan dirinya. Tapi dia perempuan!
Mana ada perempuan yang rela dimadukan. Tengku Zaqif masih menunggu jawapan
isterinya sambil bermain game di telefon bimbit.
“Itu urusan saya. Intan sanggup hidup
bermadu?”
Soal Arissa. ‘Atau lebih tepat lagi berkongsi
hak orang lain?’ Sambung hati Arissa. Ada keluhan kecil dalam hatinya. Mata
masih difokuskan pada baju yang dilipat.
“Itu urusan saya. Yang penting Nenda
sanggup terima Intan. Saya tak nak tahu apa alasan yang awak beri pada Nenda.
Yang penting saya nak nikah dengan Intan. Dan saya tak kan ceraikan awak.
Terpulang pada awak nak hidup dengan saya sampai bila. Kalau awak dah tak
sanggup, awak boleh mintak cerai.”
Sekali lagi kata-kata pedas yang menusuk
jantung Arissa. Arissa menahan sebak di dada. Dia kena kuat.
“Ok! Dan saya harap awak tak lupa
perjanjian kita.”
Balas Arissa. Tengku Zaqif hanya
mendiamkan diri. Intan Syaima lagi penting. Entah kenapa hatinya tidak boleh
terima perempuan yang bernama Arissa Balqis.
“Walaupun badan kita bersatu. Hati saya
tetap milik Intan sorang.”
Sekali
lagi ayat pedas menerjah ketelinga Arissa Balqis. Pasrah!
##################################################################
“Asal Tengku senyum-senyum ni?”
Jeling Alyaa Nadin. Lagi tadi suaminya
asyik tersengih macam kerang busuk. Tengku Zaid menggenggam tangan Alyaa di
tempat duduk sebelah. Alyaa hanya menghela nafas. Tahan jelah dapat suami angau
dengan bini sendiri.
“Saje. Senyum pun salah ke?”
Tengku Zaid mula bermain kata-kata. Alyaa
mengalih pandangan keluar tingkap.
“Hish Tengku ni… ada-ada je.”
Tengku Zaid tersengih lagi. Makin erat
tangan Alyaa di genggam.
“Lepas ni kat dalam apartment tu. Hanya
ada saya dan awak. Tak de sapa boleh kacau saya. Hehehhee”
Alyaa mula menjeling. Dia start dah! Sabar
jelah Alyaa. Zaid…Zaid…