BAB 22
“Kalau awak tak nak bercakap dengan saya
pun tak apa, tapi janganlah sampai awak ketepikan papa.”
Suara Arissa Balqis memecah kesunyian di
bilik persalinan antara Tengku Zaqif dan Arissa. Tengku Zaqif tidak menjawab.
Macam dah terkena sawan bisu.
“Papa tak salah pun dalam hal ni, ni
permintaan mama saya dan mama awak masa mereka muda dulu. Nenda cuma ikut
permintaan mama.”
Sambung Arissa lagi. Tengku Zaqif masih
lagi diam. Seperti manusia tidak berperasaan. Sibuk lagi tadi bermain telefon
bimbit. Hati masih setia bersama Intan Syaima. Wanita lain tak boleh ambil
tempat Intan di dalam hatinya.
Pintu bilik persalinan dikuak. Pembantu hotel
mengarahkan mereka keluar kerana majlis akan bermula sebentar sahaja lagi.
Telefon bimbit Tengku Zaqif dimasukkan di dalam poket seluarnya. Lantas badan
bangun dari sofa dan menuju ke hadapan pintu meninggalkan
“Lets go..”
Ajak Tengku Zaqif sambil membengkokkan
sikunya.
“Demi ayah awak..” Sambung Tengku Zaqif
lagi.
Arissa Balqis bangun dari tempat duduk di
hadapan cermin dan terus menuju ke tempat Tengku Zaqif. Tangan masih
teragak-agak untuk memaut lengan suaminya.
“Its ok kalau tak nak.”
Tengku Zaqif memulakan langkah pertama.
Laju Arissa memaut lengan Tengku Zaqif. Mereka seiringan menuju ke dewan utama
ZH hotel.
“Kalau rasa terpaksa tak apa lah.”
“Ye memang terpaksa, everything terpaksa,
jadi sekarang ni awak ikut je and silent.”
Tinggi nada Tengku Zaqif. Tidak menjaga
langsung hati Arissa Balqis. Arissa senyap. Buntu. Harus di buat apa lagi
dengan Tengku Zaqif ni. Tetamu yang hadir bertepuk tangan melihat pasangan ke
empat menuju ke dewan hotel. Indah sungguh warna –warni yang digabungkan oleh
perancang perkahwinan dalam menyiapkan pelamin. Tetamu-tetamu penting sedang
duduk di barisan hadapan bersama Syarifah Al Bahiyah. Senyum sampai ketelinga
Engku Bahiyah melihat majlis resepsi cucu-cucunya.
“Intan…”
Suara Tengku Zaqif separuh berbisik.
Arissa terperasan pandangan mata Tengku Zaqif menghala ke arah satu perempuan
di tempat duduk bahagian tetamu. Kuat juga hati Intan Syaima, sanggup pergi ke
majlis persandingan buah hatinya atas paksaan Hakim. Mungkin Hakim juga berbelah
bahagi antara persahabatannya dengan Tengku Zaqif dan Intan. Pada siapa dia
perlu menyokong.
Hati
Arissa resah. Tidak tahu harus bersikap bagaimana. Sesekali terbit rasa
serbasalah pada Tengku Zaqif. Arissa pasrah!
###################################################
Salwa Amna memandang sinis terhadap Erin
Fasha sewaktu bersalaman dengannya. Sejak dari tadi Erin tidak berganjak dari sisi Tengku Zaim. Kemana
sahaja yang Zaim pergi Erin wajib ada bersama.
“Tahniah..”
Ucapan satu patah dari Amna untuk Tengku
Zaim dan Erin Fasha.
“Thanks..”
Balas sepatah dari Tengku Zaim. Erin Fasha
hanya memerhati.
‘Siap kau nanti!’
Bicara hati Salwa Amna. Rancangannya gagal
disebabkan orang upahannya tersalah culik. Salwa Amna melangkah pergi. Meluat
bila melihat Erin yang tak berganjak dari sisi Tengku Zaim. Sempat lagi hentak
kaki di majlis yang gilang gemilang ni.
“Encik, kenapa tak nak kahwin dengan cik
amna tu?”
Soal Erin tiba-tiba. Tertanya-tanya juga,
kenapa dia perlu diupah sedangkan ada ramai yang gadis yang mahukan Tengku Zaim
Hakimi ni.
“Sebab jodoh saya dengan awak…”
“Alah Encik ni jawapan klise lah, tak best
langsung!”
“Habis tu, awak nak saya cakap apa?”
Soal Tengku Zaim lagi. Muka isterinya yang
comel dipandang.
“Ye lah, Encik pun tak suka saya, Encik
pun tak suka cik amna, apa beza nya saya dengan cik Amna?”
Soalan dibalas soalan. Macam tak ada
tempat lain Erin nak tanya. Tetamu tengah sibuk bersalaman dengan pengantin,
dia boleh pulak bagi soalan yang Tengku Zaim sendiri pening nak jawab.
“Dah..dah.. awak ni banyak sangat cakap
lah, kita tengah layan tetamu ni.”
Erin
tersengih. Manusia yang tak ada perasaan lah Erin ni, semuanya jadi lawak bagi
dia.
############################################################
Cantik Didi Khalisha bertudung semasa
majlis resepsi atas arahan dari Tengku Zalif. Pandai Tengku Zalif ugut gadis
tinggi lampai ni.
“Cantiknya anak papa dengan mama…”
Ucap Tan Sri Imran lantas memeluk anaknya
itu. Tak silap dia memilih lelaki untuk puterinya. Datin Sri Rafidah juga
tersentuh melihat perubahan pada diri Didi Khalisha. Gadis itu dipeluk manja.
Tengku Zalif juga bersalaman penuh hormat kedua-dua mentuanya.
“Jangan lupa, saya buat semua ni
bersebab.”
Bisik Didi ditelinga Tengku Zalif. Kalau
dari jauh orang ramai lihat nampak manis je, tapi sebenarnya penuh muslihat.
Tengku Zalif yang leka bersalaman dengan tetamu memandang tajam mata Didi
Khalisha. Lantas pinggang gadis itu dipeluk erat.
“I know..”
Balasnya
juga berbisik. Puas Didi merenggangkan pelukan namun tidak berjaya. Pasrah juga
semata-mata inginkan sesuatu dari Zalif.
##############################################################
Iffah terselit dalam seramai-ramai manusia
yang hadir di dalam dewan majlis persandingan
cucu Syarifah Al Bahiyah. Perasaannya bercampur baur. Sedih dalam
bahagia. Iffah berjalan keluar dari dewan.
‘Alamak apa pulak si Zaid ni buat kat
sini’ Bicara Iffah sendirian.
“Eh ibu, buat apa kat sini, kenapa tak
masuk. Tadi beriya kata tak nak pergi. Tiba-tiba muncul pulak.”
Tegur Tengku Zaid. Bukan tak nak pergi,
Drakula yang tak bagi. Bicara hati Iffah.
“Alyaa mana alyaa, Angah tinggal dia
sorang-sorang kenapa?” Soalan berbalas soalan.
“Angah pergi toilet tadi, Alyaa ada tu
tengah layan family dia.”
“Oh.. ok lah ibu nak balik dulu, Engku tak
tahu ibu datang.”
Laju ayat yang diucapkan. Kaki Iffah mula
melangkah. Tangan ditarik Tengku Zaid.
“Its ok, Angah ada….”
“No! Jangan cari pasal lagi dengan Nenda.
Jumpa dekat rumah nanti.”
Balas Iffah seraya melepaskan genggaman
tangan Zaid.
Tengku Zaid akur. Simpati dengan wanita
yang dipanggil ibu sejak kecil lagi. Langkah Iffah hanya dipandang bersama
helaan nafas yang panjang. Lantas Tengku Zaid kembali mendapatkan Alyaa. Ramai
wanita-wanita yang menjadi peneman di Kelab turut hadir di majlis gilang
gemilang ini.
“Ni pilihan you?”
Tegur satu suara perempuan. Tengku Zaid
menoleh. Tangan Alyaa disebelah digenggam.
“Ye. You ada masalah?”
Soal Tengku Zaid serius. Gadis Kelab Malam
yang dikenali dengan nama Iris itu memandang sinis wajah Alyaa.
“Tak macam taste you. Bukan taste you
macam Miss World ke?”
Soal Iris lagi. Tengku Zaid tersenyum
sinis. Alyaa sudah membuat muka malas. Ingin berlari dari Tengku Zaid tapi genggaman
tangan semakin dieratkan. So, Alyaa kenalah dengar drama dekat depan dia ni.
“Memang kalau dia masuk Miss World pun,
confirm dia tak akan menang. Tapi kalau I yang jadi jurinya, Seribu Miss World
yang datang I tetap pilih dia.”
Balas Tengku Zaid Hakimi. Bahu Alyaa Nadin
dipeluk. Iris membuat muka menyampah, lantas berlalu pergi bersama
rakan-rakannya yang lain. Alyaa terkejut mendengar pengakuan Tengku Zaid, namun
dia hanya berdiam tidak menyoal. Dah cakap dah. Tengku Zaid ni, ayat memang
macam gula-gula kapas. Lembut dan manis!