Home Novel Cinta ENCIK KEMBAR JATUH CINTA
BAB 3

BAB 3

Rumah Banglo milik Syarifah Al Bahiyah sepi semula. Hanya kedengaran suara - suara Mak Ina, Mak Leha dengan Mak Nah yang berborak setelah selesai menyiapkan kerja – kerja pembantu rumah. Hari ini Nurul Iffah tidak perlu memasak kudapan petang dan makan malam. Syarifah Al Bahiyah bersama cucu-cucunya menikamti jamuan makan malam sempena hari pertama mereka bekerja. Banyak sangat nak di rai si Syarifah Al Bahiyah ni. Tau lah kaya!

“Irsyad, boleh tolong hantar pergi Mall, nak cari barang dapur sikit”

Jerit Iffah yang melihat bapa anak lima itu menggosok kereta – kereta milik Syarifah Al Bahiyah di bahagian parkir. Kilat. Tak da satu pun habuk. Inilah pengorbanan bapa nak besarkan anak-anak. Susah cari duit, macam keluarga Iffah dulu. Tak macam Syarifah Al Bahiyah dan cucu-cucunya, lahir je silver spoon. Fuhh emotional sungguh kalau bersangkut paut dengan Syarifah Al Bahiyah ni!

“Boleh je Iffah, sekarang pun boleh”.

Jawab Irsyad bersungguh. Lantas kaki Iffah masuk kedalam dan mencapai beg serta kad kredit yang dikhaskan oleh Syarifah Al Bahiyah untuk membeli keperluan dapur. Bukan boleh guna sesuka hati. Tiap bulan pasti akan di tanya kalau ada yang tak kena. Teliti betul orangnya, umur dah 68 tahun, body tip top lagi, kalau jalan sebelah cucu orang boleh cakap anak. Untunglah Syarifah Al Bahiyah. Tapi kalau Si Iffah jalan sebelah cucu Syarifah Al Bahiyah ni tak silap orang cakap couple. Eh!

Kereta yang dipandu Irsyad meluncur laju masuk ke perkarangan Syarifah Mall. Iffah keluar dari kereta. Sudah menjadi kebiasaan, Iffah akan berjalan seorang diri untuk mencari keperluan dapur. Dan semestinya tempat berbelanja wajib hanyalah di Syarifah Mall, salah satu perusahaan Syarifah Al Bahiyah. Tak kan nak kayakan tempat orang lain. Mestilah sokong Syarifah Al Bahiyah. Sebut je nama ni, sapa je tak tahu. Kalau cacing dengar mencecet lari wei!

###############################################################

“Hello, I ada perasan you dekat rumah Engku Bahiyah. You ni sapa?”

Sapa seorang gadis berskirt pendek, berbaju ketat serta rambut yang sengaja dilepaskan. Otak Iffah ligat berfikir siapa gadis dihadpannya. Adakah sepisis kutu yang suka menghisap darah bak kat Tengku Zaid.

“Maafkan saya cik, mungkin saya tak perasan. Saya maid dekat rumah Engku”.

Jawab Iffah lembut dengan penuh hormat. Perempuan yang Tengku Zaid pernah cakap macam ni agaknya. Ligat lagi Iffah berfikir. Jikalau ini yang ingin menjadi sebahagian dari hidup anak – anak yang memanggilnya ibu, baik jadi bujang terlajak! Astaghfirullah. Mohon dijauhkan dari anak- anak.

‘What a beautiful maid’

Desis Salwa Amna di dalam hati. Anak kepada Dato’ Khairil, pemegang saham dalam Syamraa Holdings.

“Oh really, I ingat you kerabat dia, by the way I nak mintak tolong sikit dengan you.”

Pinta Salwa Amna bersama dengan lenggok gediknya. Lama lah kau Iffah, alamatnya barang yang nak di beli entah ke mana. Melayan si perempuan gedik nilah, rambut dah lah macam cik ponti! Geram!

“Ye Cik, nak mintak tolong apa?”

Iffah masih lagi berlembut. Sempat lagi memberikan senyuman pada gadis gedik di hadapannya. Lembut sangat si Iffah ni, patutnya dengan kutu –kutu ni jangan bagi muka. Hish, mana boleh! Bak kata mak Cinderella, kita must be kind and have courage!

“Kalau you maid diorang, you mesti kenal Tengku Zaim kan, the eldest one. I nak mintak tolong sikit je, boleh tak you bagi no phone private Tengku Zaim, yelah… now kan dia one of the boss dekat Syamraa Holdings. But you jangan bagi tahu dia. Nah ni tips”,

Balas Salwa Amna sambil menghulurkan duit berjumlah RM 100. Semata –mata mata nak number phone sanggup betul orang-orang kaya ni nak lempar duit! Iffah memberikan senyuman.

“Maaf Cik, ini privasi keluarga Syarifah Al Bahiyah yang harus di jaga rapi, ini amanah! Minta diri dulu, Assalamualaikum.”

Usai sahaja mengucap salam Iffah terus sahaja beredar dari situ. Nampaklah muka geram Salwa Amna yang menghentak kaki kat situ, tak pasal-pasal gegar Syarifah Mall. Boleh je kalau Iffah nak bagi no phone Tengku Zaim. Hello! bukan semurah tu tau nak bagi nombor sesuka hati. Iffah loves them so much. Sebanyak buih di lautan, tak terkira banyaknya. Tulah jumlah kasih Iffah terhadap cucu-cucu Syarifah Al Bahiyah.

Disebabkan Kasih, Iffah lebih rela diam. Diam yang menyimpan duri dalam hati. Namun jika itu yang harus dia tempuh. Redha sahaja jawapannya. Iffah menyambung perjalalanan. Sesekali teringat muka Salwa Amna yang masam mencuka. Sempat Iffah tersenyum.

Troli yang berisi dengan bahan-bahan untuk dimasak ditolak menuju ke parkir kereta. Irsyad sudah setia menunggu Iffah di dalam kereta.

“Siap dah?”

Soal Irsyad bersahaja. Barangan yang berada di dalam troli di masukkan di dalam bonet kereta.

“Sorrylah lambat sikit, banyak barang nak kena cari.”

Balas Iffah bersahaja. Lantas kaki masuk ke bahagian tempat duduk penumpang hadapan.Kereta Irsyad keluar dari perkarangan Syarifah Mall.

“Kau tak bosan ke Iffah kerja dengan Engku?”

Soal Irsyad. Sengaja mencetus perbualan. Iffah melemparkan pandangan keluar tingkap.

“Bosan apanya Syad. Aku dah biasa. Anak-anak kau OK?”

“Anak-anak aku ok je. Aku bukan apa Iffah. Aku pelik dengan Engku tu, tak pernah sekali pun aku tengok dia cakap baik-baik dengan kau. Kau buat apa-apa semua salah”

Sambung Irsyad lagi. Iffah tergelak kecil. Memang Drakula tu macam tu!

“Ada lah tu yang dia tak puas hati dengan aku. Mungkin dia belum boleh maafkan aku kut.” Balas Iffah.

Seperti ada sesuatu yang dia sembunyikan.

“Maaf? Kau ada buat salah besar ke?”

Soal Irsyad tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan Iffah.

“Tak de pape lah Syad.”

Nafas ditarik panjang dan dilepaskan. Entah bermacam-macam persoalan yang diaju oleh Irsyad. Iffah sedaya upaya menyembunyikan rahsianya.

########################################################################

Jam tepat menunjukkan pukul 10 malam. Kedengaran bunyi enjin kereta milik cucu-cucu Syarifah Al Bahiyah sudah masuk di parkir kereta. Iffah yang baru sahaja menyudahkan solat isyak terus menyapai tudung dan berlalu membuka pintu bagi menyambut kepulangan Syarifah Al Bahiyah dan cucu-cucnya. Muka semua nampak stress. Tak kan lapar lagi kut? Kata pergi makan malam. Iffah bermonolog lagi.

“Boring dinner ever! Uncle –uncle tu semua tak malu ke dok sibuk kenal kan anak masing-masing. Waits! Dia ingat tu pasar ke? Shameless. Macam tu ke yang Nenda suka?”

Tengku Zalif memulakan bicara sambil melonggarkan tali leher yang di pakainya seharian. Syarifah AL Bahiyah dan kembarnya yang lain sudah menghenyakkan tubuh di atas sofa empuk di ruang tamu.

‘Oh pasal perempuan rupanya, patutlah balik masam, ni mesti ada kuasa veto suruh pilih ikan segar masa dinner tadi. Hiks.’ Hati Iffah berbicara.

“Iffah!” Tegas panggilan Syarifah Al Bahiyah.

Langkah Iffah terhenti apabila Syarifah Al Bahiyah menyebut namanya. Seperti ada tarikan magnet. Terus terkaku. Power betul suara Syarifah Al Bahiyah. Iffah berpusing menghadap Syarifah Al Bahiyah.

“As usual”

Perintah dari mulut Drakula. Langkah Iffah diteruskan, mana lagi kalau bukan dapur. Lincah tangannya membancuh air madu untuk Syarifah Al Bahiyah dan 4 cawan nescafe untuk siapa lagi kalau bukan cucu drakula tu lah. Setelah menyajikan mereka dengan air, Iffah duduk di sebelah Engku Bahiyah dan memicit kaki wanita separuh abad itu.

“Kita tengok keturunan dia, semua dari keluarga baik-baik, semuanya berpelajaran. Kalau kita nak kan yang terbaik dalam hidup, permulaannya mesti baik.”

Sengaja Syarifah Al Bahiyah nak meyakinkan yang anak-anak rakan seperjuangannya semua bagus-bagus. Bagus sebab kaya je kalau pada pandangan Syarifah Al Bahiyah ni.

“I’m sorry Nenda. Along tak bersedia nak kahwin ni semua. Dulu Nenda ada cakap, Along boleh urus sendiri pasal perkahwinan Along. Ganti Along tak dapat further study in Medic. So it’s fair kan? Along naik atas dulu”.

Suara garau Tengku Zaim mematikan suara- suara yang lain. Jawapan padat yang penuh makna. Cawan nescafe yang masih dipenuhi air di bawa bersama meniti anak tangga.

“Duk!!”

Pintu bilik Tengku Zaim tertutup sedikit kuat.Tercengang muka Syarifah Al Bahiyah. Diam tak terkata. Tengok pulak jawapan Tengku Zaid.

“I’m okay with you Nenda, as long as you happy”

Jawapan Tengku Zaid membuat Syarifah Al Bahiyah tersenyum lebar sampai ke telinga. Si Iffah pulak terkejut sampai terberhenti mengurut.

“That’s my boy!”

Bahagia sungguh wajah Syarifah Al Bahiyah. Sudah terbayang wajah bakal cucu menantunya di kepala.

“But Nenda, as long Angah belum jatuh cinta, tak kisah lah Nenda nak kahwinkan Angah dengan siapa pun, tapi kalau angah dah kahwin nanti, tetiba pulak jatuh cinta dengan orang lain, so angah akan kahwin dengan orang tu. Tak salahkan? Lagi pun kan lelaki boleh kahwin empat. This is my real answer.”

Sambung Tengku Zaid bersahaja sambil mengangkat keningnya berulang kali. Si Iffah pula hanya tersenyum manakala Syarifah Al Bahiyah terus berubah air muka. Tapi bagi Syarifah Al Bahiyah, yang penting kahwin dengan pilihan yang sudah dipilihnya. Bini kedua, ketiga, pandai lah drakula tu settle. Syarifah Al Bahiyah kan suka upah orang!

“Uda kena fikir masak – masak Nenda, mungkin Uda akan adakan pertandingan ke, nak pilih yang betul-betul boleh sehidup semati, ni untuk bakal ibu kepada anak- anak uda juga. Uda mesti nak yang terbaik. Tapi tadi Uda tengok, semua skirt terbelah, kalau boleh semua nak ditunjuk. Tak tahu malu!! Tak de ke yang baik sikit, maksud uda dari segi akhlak.”

Ayat tegas dari Tengku Zalif. Sekali lagi Nendanya terkedu. Jawapan itu juga mirip dengan seseorang yang sangat Iffah kenal. 28 tahun dulu, seorang jejaka tampan pernah mengucapkan ayat yang agak serupa. Ye! putra tunggal Syarifah Al Bahiyah. Tengku Zahid Harith!

Previous: BAB 2
Next: BAB 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.