Home Novel Cinta ENCIK KEMBAR JATUH CINTA
BAB 30

BAB 30

Arissa duduk termenung memandang sayur bayam dihadapannya. Fikirannya buntu memikirkan permintaan Tengku Zaqif. Ada ke? Isteri yang cukup sifat dan sihat zahir batin nak carikan isteri lain untuk suaminya? Puas otaknya mencari jawapan tapi masih buntu.

“Kenapa Arissa?”

Sapa Iffah lembut. Bawang diambil beberapa biji untuk dijadikan perencah masakan. Erin tadi kata nak belajar masak, tu dah berendam dalam air. Dah tak ada orang nak layan dia cakap, dia kawan Cik Mat. Arissa masih diam. Sayur dihadapannya dipotong. Iffah risau memandang wajah Arissa.

“Perangai betul lah si Zaqif ni!”

Iffah berbicara separuh berbisik.

“Ni mesti pasal Zaqif kan? Dia nak kahwin lagi satu kan? Budak tu memang dah angau sangat dengan Intan. Tak pe, sini ibu ajar Arissa macam mana nak buat Zaqif takut.” Pantas Iffah berbicara dan membisikkan sesuatu pada Arissa.

“Boleh ke buat macam tu ibu?”

Soal Arissa. Macam tak percaya dengan idea Iffah.

“Arissa kena kuat, lagi kita lemah lagi orang pijak kepala kita…… macam ibu”

Balas Iffah, ayat dihujung diperlahankan. Sedar jugak Si Iffah ni, apasal tak ajar Arissa must be kind and have courage? Mana boleh, tu wasiat mak Iffah. So Iffah je kena ikut.

Arissa menggangguk. ’Mungkin boleh cuba, kita tengok malam nanti Tengku Zaqif!’Omel Arissa. Iffah tersenyum. Semangat disalurkan pada Arissa. Semoga berjaya!

################################################################

Seperti biasa makanan tengah hari sudah terhidang. Syarifah Al Bahiyah dan Tengku Zaqif tidak dapat makan tengah hari bersama. Biasalah banyak urusan. Yang lain sudah menunggu di meja makan kecuali Erin. Entah apa yang dibualkan dengan Cik Mat kat belakang tu.

“Jom lah Ibu makan sekali, asyik duduk dapur je, tak bosan ke?”

Tengku Zalif bersuara pada Iffah yang sedang menuang air ke dalam gelas.

“Haah ibu, Nenda bukannya ada.” Sambung Tengku Zaid pula. Iffah turutkan kemahuan mereka.

“Kejap nak panggil Erin’’

Selang beberapa minit Iffah kembali semula. Erin sudah ada di belakang Iffah sambil memegang 3 kuntum bunga ros. Iffah kembali duduk di tempat Tengku Zaqif yang bersebelahan Arissa. Erin berlari menuju ke arah suaminya. Semua yang ada di meja makan memandang pelik. Iffah sudah menggelengkan kepalanya. Entah apa lagi si budak Erin Fasha ni!

“Nah Encik abang, Cik Mat cakap encik suka bunga, sebab tu saya petik bunga ni. Encik tak marah saya lagi kan? Sorry lah pasal honeymoon tu. Lepas ni saya tak cakap lagi dah. Cik Mat cakap 3 kuntum bunga ros maksud dia ‘saya mintak maaf’.”

Ucap Erin selamba seraya memberikan 3 kuntum bunga ros pada Tengku Zaim. Erin masih lagi berdiri. Tengku Zaim yang duduk terus terbangun. Nak tergelak pun ada. Yang lain dah ketawa terbahak-bahak. Ada juga penyeri dalam rumah banglo ni. Bunga ros bertukar tangan. Tengku Zaim menghidu bunga yang diberi oleh isterinya. Wangi.

“Tapi kan Encik, pelik lah saya tengok bila lelaki suka bunga, entah –entah encik ni mat bunga tak? tak pun encik ni lembut? Saya pun tak de lah suka bunga macam encik ni”

Sambung Erin lagi. Yang lain sambung ketawa. Penat dengan lawak Erin.Zaim sudah malu-malu bila diperkata sebegitu.

“Habis tu awak ni lelaki ke perempuan? Kenapa perempuan tak suka bunga?”

Soal Zaim lagi yang sama-sama berdiri dengan Erin di sebelah meja makan. Iffah turut menggeleng kepala seraya ketawa dengan drama yang sedang berlaku dihadapannya.

“Haah Encik, saya pun kadang-kadang confius yang saya ni lelaki ke perempuan. Mak saya cakap kad…”

Belum habis Erin cakap, badannya sudah dipeluk Tengku Zaim.

“Eh kenapa ni Encik?”

Soal Erin pelik bila dirinya dipeluk. Ingin menolak badan sasa Tengku Zaim tidak kuat.

“Kejap-kejap…saya nak cek betul tak awak ni perempuan.”

Balas Zaim yang mengemaskan lagi pelukan. Yang lain sudah ketawa terbahak-bahak. Erin Fasha mengerutkan dahinya. Pipi mula menjadi kemerah-merahan.

“Ok, betul perempuan..”

Sambung Zaim lagi. Pelukan dileraikan. Tak jadi makan tengah hari jawabnya.

“Dah-dah Along, makan..”

Arah Iffah bila melihat Erin sudah terdiam. Macam –macam perangai. Tengku Zaim tersenyum. Puas mengenakan Erin Fasha.

###############################################################

Tengku Zalif menuruni anak tangga dan menuju ke ruang tamu. Kembarnya yang lain sudah bergerak ke tempat kerja semula setelah makan tengah hari. Tengku Zalif tersengih dari jauh bila melihat isterinya sedang ralit membaca majalah di ruang tamu. Ada je benda nak di dengki.

“Hoi sini kau.”

Panggil Tengku Zalif. Ganas betul! Didi menjeling malas. Tengku Zalif pula sudah duduk berhadapan dengan isterinya di ruang tamu. Mata Didi Khalisha masih difokuskan pada majalah di tangan.

“Aku cakp sini, sinilah!”

Makin kuat nada Tengku Zalif. Iffah yang melihat dari jauh hanya berdoa supaya jodoh mereka berpanjangan. Didi menghempas sedikit majalah di atas sofa. Kaki mula bergerak dan berdiri bersebelahan dengan suaminya.

“Nah pakaikan.”

Arah Tengku Zalif seraya memberikan stoking miliknya. Membulat mata Didi Khalisha. Marah yang di tahan terkeluar juga.

“Awak ingat saya hamba awak ke?”

Dengus Didi Khalisha. Tengku Zalif sudah dapat mengagak yang isterinya akan berkelakuan begitu. Ada sengihan di wajah Tengku Zalif.

“Bukan nak jadikan kau hamba. Tapi cuma nak suruh kau ingat. Yang syurga kau ada dekat bawah telapak kaki aku ni. Bukan nak suruh kau sujud dekat kaki aku, tapi nak suruh kau hormat aku sebagai suami kau.”

Balas Tengku Zalif bersahaja. Ayat pedas yang membuatkan Didi Khalisha terdiam. Tengku Zalif menyarung sendiri stoking nya. Sejurus selepas itu kaki bangu dari sofa. Didi masih diam berdiri di sisi suaminya. Tengku Zalif menghulurkan tangan.

“Nah pahala.”

Ucap Tengku Zalif seraya menghulurkan tangannya. Didi masih tidak menyambut tangan suaminya. Ego!

“Sekurang-kurangnya ada jugaklah penambahan pahala kau masa jadi isteri aku. Tak nak salam sudah.”

Sambung Tengku Zalif seraya melangkah keluar dari banglo Syarifah Al Bahiyah. Didi rasa serbasalah. Namun ego mengatasi segalanya. Hatinya masih belum terbuka untuk Tengku Zalif.

Previous: BAB 29
Next: BAB 31

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.