Home Novel Cinta ENCIK KEMBAR JATUH CINTA
BAB 16

BAB 16

“Cik Amna ni, pakai cantik-cantik nak keluar ke sekejap lagi.”

Soal Erin polos. Masing-masing sudah tersenyum sesama sendiri. Tengku Zalif menahan gelak. Mata Salwa Amna menjeling pada Erin Fasha. Baru sebentar tadi Tengku Zaim memperkenalkannya sebagai calon isteri. Si Salwa Amna yang paling teruja bermalam di banglo Syarifah Al Bahiyah akhirnya sendiri yang makan hati. Makan malam yang terhidang tidak disentuh oleh Amna. Lagi tadi dia memandang sinis wanita yang bernama Erin Fasha.

“Dah sayang makan je. Cik Amna memang suka pakai cantik-cantik.”

Balas Tengku Zaim pada Erin. Sempat matanya dikenyit. Makin meluat Amna bila melihat Tengku Zaim memanggil Erin Sayang. Erin apa lagi, makin di balas kenyitan Tengku Zaim. Kan sekarang dia bakal isteri upahan.

“I bosan lagi tadi duduk rumah ni, macam tak ada benda nak buat”.

Ucap Didi sambil membuat muka bosan. Makanan dipinggan tidak habis di makan. Biasalah makan style anak orang kaya, wajib tak habis dekat pinggan.

“Sekejap lagi kita masuk bilik wayang. Boleh lah kalau nak tengok cerita. Atau nak jamming pun boleh. Cakap je apa you nak buat.”

Balas Tengku Zalif. Nasi ditambah untuk kali kedua. Sedap sangat lauk kari kepala ikan merah yang Iffah masak. Rugi kalau tak makan.

“Secretary you buat apa kat sini?”

Soal Syarifah Aqilah pada Tengku Zaid. Alyaa yang duduk bersebelahan Tengku Zaid sudah tersedak semasa minum air. Nasib baik ada Arissa disebelahnya, tolong tepuk bahagian belakang Alyaa.

“Saje, nak spend time dengan dia. By the way, abang Helmi kirim salam dengan you”

Balas Tengku Zaid yang sedang mencedok spagheti untuk kali kedua. Penat Iffah masak masakan Melayu dan western harini. Disebabkan nak memenuhi citarasa semua.

Dengar sahaja nama Helmi, Syarifah Aqilah panik. Dia terus menyudahkan makanan dan naik ke bilik. Tengku Zaid tersenyum. Tak kan dia sanggup nak merampas girlfriend abang kepada kawan baiknya sendiri. Entah apa agenda yang tersembunyi Tengku Zaid ni!

“Papa you kerja apa? You anak Dato’ mana?”

Soalan Salwa Amna pada Erin membuatkan semua sibuk menumpukan perhatian. Yelah! Bukan calang-calang orang yang boleh jadi cucu menantu Syarifah Al Bahiyah.

“Oh! ayah saya..”

Pantas ayat dipotong oleh Tengku Zaid.

“Papa dia pemilik perusahaan baju dekat Jepun.”

Bukan boleh percaya sangat si Erin Fasha ni. Lurus betul.

“You nampak macam muda, graduate dari mana?”

Soal Amna lagi. Tidak berpuas hati lagi dengan gadis yang dibawa oleh Tengku Zaim.

“Dia 23 tahun, haah nampak muda kan. Dia memang awet muda. Graduate dekat one of the Universiti dekat Ireland.”

Kini giliran Tengku Zalif pula bersuara. Tidak sedikit pun memberi peluang pada Erin. Tengku Zaim sedikit gusar. Takut rancangannya terbongkar.

“Yang you all semua jawabkan untuk dia ni kenapa? Dia ada mulut. Tak boleh jawab sendiri ke?”

Soal Didi tiba-tiba. Rimas bila ramai sangat tukang back up. Mereka yang berada di meja makan terkedu mendengar ucapan dari mulut Didi. Tengku Zaim pula memainkan peranan.

“Bukan macam tu. Erin ni kadang-kadang pening sikit, dia tak tahu apa dia cakap. Kan sayang kan?”

Giliran Tengku Zaim memulakan ayat. Erin hanya menggangguk tanda mengiyakan semua kata-kata Tengku Zaim.

“Something fishy…” Salwa Amna bersuara.

Derapan kaki Tengku Zaqif yang baru sahaja turun ke bawah menjadi tarikan mata-mata yang masih lagi duduk di meja makan. Masing-masing kelihatan sudah kenyang dengan makanan Iffah. Ada jugak manusia yang kenyang dengan makan hati je. Langkah Tengku Zaqif laju meluru ke dapur. Malas dia mencampuri mereka semua. Masalah cintanya dengan Intan Syaima lagi penting.

Mereka yang duduk di meja makan sudah berpindah di ruang tamu. Masing-masing semua hanya menyerahkan segala-galanya pada perancang perkahwinan. Hanya tinggal 7 minggu lagi mereka semua akan bergelar suami isteri. Salwa Amna tidak senang duduk. Kakinya diatur menuju ke bilik. Dia harus berbincang dengan Syarifah Al Bahiyah tentang perkara ini. Syarifah Aqilah pula turun dengan senyuman. Perbualan dilanjutkan. Arissa yang sedari tadi diam, terpanggil untuk ke dapur. Kelihatan Iffah dan Zaqif sedang membicarakan sesuatu. Langkah Arissa terhenti.

“Pilihan ditangan Achik. Samada Nenda atau Intan. Tapi kadang-kadang, tak semestinya orang yang bercinta dengan kita separuh mati, tu yang akan jadi jodoh kita.”

Tengku Zaqif diam. Nescafe dihirup.

“Betul ibu cakap. Allah bagi kita pilihan untuk memilih. Tapi ibu dapat rasa tak yang Achik tersepit antara dua wanita yang Achik sayang.”

“Ibu faham, sebab tu Achik kena berani buat keputusan. Tapi kalau boleh keputusan yang Achik buat, janganlah sampai memporak perandakan hubungan Achik dengan Nenda.”

Balas Iffah. Ayatnya seakan memberi isyarat supaya meneruskan perkahwinannya dengan Arissa Balqis. Tubuh Arissa yang menjengah di sebalik pintu dapur disapa Alyaa.

“Eh, awak buat apa kat sini.” Arissa terkejut.

“Saya nak minum air masak tadi, tiba-tiba tekak rasa kering.” Balas Arissa.

“Oh, jomlah masuk dapur.”

Iffah dan Zaqif menghentikan perbualan. Alyaa dan Arissa sudah berada di dapur.

“Kenapa Alyaa?” Soal Iffah.

“Tengku Zaid nak minum nescafe.”

Iffah tersenyum. Sengaja nak buli Alyaa budak Zaid ni! Desis Iffah.

“Tak pelah, pegi sana berbual dulu. Nanti makcik hantar.”

Arissa memandang Tengku Zaqif tidak berkelip. Simpati dengannya. Air masak tidak jadi diminum. Langkahnya pergi membuntuti Alyaa ke ruang tamu semula. Biarlah Tengku Zaqif membuat pilihan hatinya. Bagi Arissa, biarlah masa yang tentukan.

#######################################################################

Senyap semula banglo Syarifah Al Bahiyah. Semua bakal-bakal cucu menantu Syarifah Al Bahiyah telah menuju ke bilik masing-masing. Iffah masih setia di dapur. Mata masih lagi tidak boleh tidur. Pastinya sekejap lagi ada sahaja insan yang akan turun ke bawah. Sangkaan memang tepat! Tengku Zaid turun dengan kaki yang masih terhencut-hencut. Ada sengihan di mukanya.

“Apa sengih-sengih tu?”

Soal Iffah curiga. Tidak lama kemudian kelibat Tengku Zalif pula kelihatan. Sengihan juga diberikan pada Iffah.

“Argh!!!”

Kuat jeritan Salwa Amna dari tingkat 3. Iffah terkejut. Langkah yang ingin keluar dari dapur di tahan oleh Tengku Zalif dan Tengku Zaid. Makin risau di buatnya.

“Tak de pape lah. Dah-dah Ibu duduk je.”

Ucap Tengku Zalif. Derapan kaki Tengku Zaim pula mula kedengaran. Sengihan juga diberikan pada Iffah. Entah apa yang budak – budak ni dah buat pada Salwa Amna. Iffah hanya menggelengkan kepalanya. Tangan Iffah lincah membancuh nescafe untuk insan tersayang.

“Sorang-sorang. Angah dulu. Jujur dengan Ibu. Angah ada sembunyikan sesuatu dari kami semua ke?”

Soal Iffah. Penuh persoalan mukanya. Tengku Zaid cuba sembunyikan sesuatu. Iffah risau. Tengku Zaid mengeluh kecil.

“Maybe.”

Balas Tengku Zaid ringkas. Iffah menarik nafas. Soalan seterusnya ingin keluar dari mulutnya.

“Ha? Macam dengar bunyi phone kat atas tu. Sapa pulak yang call”

Sengaja Tengku Zaid mencari alasan. Sejurus selepas itu kaki mula melangkah ke dapur meninggalkan semua. Iffah hanya mampu menghela nafas panjang. Kembarnya yang lain hanya mampu menggeleng kepala.

“Along! Erin tu? Ibu tak risaukan Along tau. Tapi Erin.”

Nampak wajah risau di muka Iffah. Tengku Zaim hanya membuat muka biasa. Air nescafe masih di hirup.

“Ok je bu. Ibu janganlah takutkan Along. As long kita simpan rahsia ni. Semua akan selamat. Along naik dulu k.”

Giliran Tengku Zaim pula meyakinkan Iffah. Lagi sekali Iffah menggeleng. Tengku Zalif hanya membuat muka selamba. Malas dah dia nak fikir pasal pernikahan ni.

“Uda?”
Iffah memancing masalah Tengku Zalif.

“Susah bu… Entah.”

Tengku Zalif meraub wajah.

“Tak de yang senang lah dalam dunia ni. Nak kan sesuatu kena lah ada usaha. Kalau belum usaha dah cakap susah. Bukan jantan namanya”

Sengaja Iffah menguji. Tengku Zalif menjeling sedikit.

“Hmmh!! Bukan Ibu yang kena, boleh lah Ibu cakap macam ni”

Tengku Zalif memulangkan semula ayat Iffah. Iffah tersenyum.

“Sebab Ibu dah terlebih-lebih makan garam, sebab tu Ibu cakap macam ni. Ada sesuatu yang kita tak nak, tapi Allah tetap bagi. Sampai satu masa nanti baru kita sedar, sesuatu yang Allah bagi kita suatu ketika dahulu, hikmahnya baru sampai sekarang. Dah lah pergi naik. Dah malam ni”

Tengku Zalif menurut. Nescafe di habiskan. Kaki mula melangkah keluar dari dapur. Iffah seperti biasa. Hanya mengiringi langkah mereka dengan senyuman.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.