Home Novel Cinta ENCIK KEMBAR JATUH CINTA
SINOPSIS ENCIK KEMBAR JATUH CINTA


Pilihan jodoh oleh Syarifah Al Bahiyah adalah pilihan muktamad. Setiap butir perkataan yang keluar dari mulutnya adalah arahan mati. Mampukah cucu kembar pertama Syarifah Al Bahiyah, Tengku Zaim Hakimi bin Tengku Zahid Harith mencari gadis yang sekufu dengannya sebelum tempoh yang diberikan tamat?

“I don’t have someone special in my heart. Someone yang sesuai untuk dijadikan calon isteri. Along rasa macam nak give up!” - Tengku Zaim Hakimi-

Cinta yang tiba-tiba datang harus dibuang jauh disebabkan gadis pilihan Syarifah Al Bahiyah wajib dinikahi. Dapatkah Tengku Zaid Hakimi bin Tengku Zahid Harith, cucu kembar yang kedua melupakan cinta yang mula bersemai dihati?

“Angah tak kan bertindak sesuka hati, Angah tak kan lukai orang yang Angah sayang…” – Tengku Zaid Hakimi-

Sengaja tidak membenarkan mana-mana perempuan hinggap dihatinya disebabkan jodoh sudah di atur oleh Syarifah Al Bahiyah. Adakah akan hadir rasa cinta pada gadis yang akan dikahwini oleh Tengku Zalif Hakimi bin Tengku Zahid Harith, cucu kembar ketiga Syarifah Al Bahiyah?

“…….I don’t think I can love her. Mungkin dia pun sama, mama papa dia yang suruh kahwin. Entah-entah boyfriend sana sini. Mana kita tahu.” – Tengku Zalif Hakimi-

Cinta yang sudah dipupuk sejak zaman persekolahan perlu bersaing dengan cinta gadis pilihan Syarifah Al Bahiyah. Demi kasih dan cinta, adakah Tengku Zaqif Hakimi bin Tengku Zahid Harith, cucu kembar keempat Syarifah Al Bahiyah akan berpoligami?

“Saya akan buat apa sahaja asalkan kita dapat bersama, boleh Intan tunggu saya ceraikan dia” – Tengku Zaqif Hakimi-

Disebalik cerita cinta cucu-cucu kembar Syarifah Al Bahiyah terselit seorang insan yang bernama Nurul Iffah binti Atan. Demi wasiat bapa Iffah, serta rasa cinta, kasih dan pengorbanan kakinya dikunci di banglo Syarifah Al Bahiyah. Siapa Iffah? Kenapa dia sangat dibenci Syarifah Al Bahiyah?

“………. this is my place almost 24 years.” – Nurul Iffah-

Sama-sama kita nantikan pengakhirannya dalam Encik Kembar Jatuh Cinta.

“Perasaan tu Allah yang bagi, even kita trying so hard nak elakkan, tapi kalau memang Allah nak bagi, Dia akan bagi jugak.” – Nurul Iffah-

Previous: BAB 15
Next: BAB 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.