Home Novel Cinta ENCIK KEMBAR JATUH CINTA
BAB 39

BAB 39

Cucu-cucu Syarifah Al Bahiyah kembali duduk di banglo semula disebabkan kesihatan Syarifah Al Bahiyah sudah semakin tidak menentu. 5 bulan sudah berlalu sejak kembar bergelar suami. Tengku Zaim dan Erin Fasha masih seperti selalu. Tengku Zaid dan Alyaa tengah melayari bahagia, Tengku Zalif masih dengan kerja membuli Didi dan Tengku Zaqif sibuk merebut cinta Arissa sejak Intan mengundur diri. Penuh dengan drama. Walau apa pun, Iffah masih setia bersama mereka. Mendengar kisah duka mereka.

Jam menunjukkan pukul 12 malam, kedengaran bunyi kereta Tengku Zalif masuk ke perkarangan banglo. Perjalanan mengambil masa dua jam dari rumah papa Didi. Seperti biasa Iffah akan bergegas menyambut kepulangan mereka setelah dua hari bermalam di sana. Salam bersambut. Langkah Iffah dilajukan ke dapur. Didi dan Tengku Zalif membuntuti langkah Iffah. Tangan Iffah kembali lincah membancuh air nescafe untuk kesayangannya.

“Tak kan dah bahagia tak ada apa-apa?”

Soalan Iffah menghentikan Tengku Zalif yang sedang berbual dengan isterinya. Nescafe dihulur pada Didi dan Tengku Zalif. Amboi dah suka nescafe jugak ke Didi? Didi hanya tersenyum bila ditanya begitu. Tengku Zalif pula menghirup nescafe yang dihulur Iffah.

“Angah bahagia-bahagia dah ada.”

Iffah menyambung. Air yang diminum Tengku Zalif tersembur sedikit.

“Hah? Serius lah ibu!”

Iffah hanya menggangguk sambil tersenyum. Tengku Zalif memandang Didi. Didi yang yang ingin menyuakan air ke dalam mulutnya terhenti. Cawan diletak semula. Muka suaminya dipandang

“Apa!” Soal Didi tegas dalam manja.

“Tu lah kau! Aku dah suruh usaha lebih giat lagi, kau nak nanti Nenda suruh makan ginseng cina?”

Iffah sudah tergelak. Didi hanya menjeling. Air di hirup Didi.

“Kalau ye pun uda, dengan isteri jangan lah berkau aku. Tak bagus kalau dah ada anak-anak nanti”

Iffah tiba-tiba menyampuk. Didi tersenyum bahagia bila Iffah mempertahankan dirinya.

“Apa senyum-senyum, aku.. eh selama ni saya romantic apa”

Tengku Zalif membalas lagi. Terus guna perkataan saya bila Iffah memandang.

“Sapa lah kita ni ibu, nak kena panggil sayang, baby semua tu. Kita ni layak kau aku je.”

Nada sengaja disedihkan. Tengku Zalif sudah buat muka bila isterinya mengadu pada Iffah.

“Kamu tak payah nak sedih sangat Didi, dia ni memang macam ni. Dulu kalau kamu demam, sibuk suruh ibu pegi tengok, sikit-sikit dia call ibu suruh cek suhu, dah makan ubat ke belum. Budak ni memang ego tak bertempat”

Iffah memecah tembelang. Tengku Zalif sudah terdiam. Didi tergelak seraya menyoal Iffah seakan tidak percaya dengan kata –kata Iffah.

“Apa ibu ni, tak boleh simpan rahsia langsung?”

Rajuk Tengku Zalif. Iffah tersengih.

“Ni lah cara nak merapatkan hubungan suami isteri, dah pergi naik tidur. Esok kerja kan.”

Balas Iffah seraya menyuruh mereka pergi. Iffah tersenyum bahagia. Kalau rahsia yang selama ini disimpan dapat membahagiakan Syarifah Al Bahiyah. Dah lama Iffah bongkar. Iffah masuk ke bilik setelah melihat kelibat Tengku Zalif dan Didi menuju ke bilik. Tiba-tiba rasa rindu. Telefon bimbit lama dicapai. Iffah tersenyum dan akhirnya terlena. Entah apa yang di simpan Iffah selama ni. Iffah..Iffah..

############################################

“Jomlah Encik. Jomlah tengok cerita ni”

Rayu Erin Fasha di atas katil. Tubuh Tengku Zaim yang sudah mengantuk di gegar.

“Hmm. Awak bukak je dulu. Saya temanlah.”

Balas Tengku Zaim. Mata masih di pejamkan. Erin masih menggegar tubuh suaminya. Kali ini Tengku Zaim meniarap pula. Ngantuk sangat.

“10 minit. Nanti awak kejut saya”

Layan jugak si Tengku Zaim. Erin tersenyum bahagia. Erin merebahkan badannya di belakang suaminya.

“Ok. Saya bukak timer dekat phone. Nanti teman tengok cerita korea tau.”

Balas Erin Fasha. Celoteh Erin makin kedengaran. Tengku Zaim sudah lali dengan semua tu. Celoteh yang di dengari ibarat lagu dodoi untuk dia beradu. 10 minit berlalu begitu sahaja. Handphone Erin Fasha berbunyi. Tengku Zaim mamai mencari bunyi bising dari telefon Erin Fasha. Hmm! Erin tidur dah atas belakang suami dia.

Perlahan Tengku Zaim berpusing. Tubuh Erin di bawa ke pelukannya. Ada senyuman di bibir Tengku Zaim. Dahi Erin di kucup penuh syahdu. Nyenyak betul isterinya tidur. Entah hati Tengku Zaim resah tiba-tiba. Seolah-olah mahu menangis. Takut sekiranya gadis di hadapanya ini menghilang.

“Burger..burger…”

Igau Erin Fasha. Tengku Zaim tergelak lagi. Erin di tarik semula dalam pelukan. Sayang sangat lah tu!

########################################

“Lagipun kan saya setiausaha Tengku, selalu dekat dengan Tengku, nak risau apa?”

Soal Alyaa yang masih duduk di birai katil sambil memerhati Tengku Zaid menukar pakaian. Tidak berpuas hati bila Tengku Zaid menghalangnya bekerja. Tengku Zaid menghampiri isterinya. Mood orang mengandung kejap-kejap berubah, sukar ditafsir.

“Kejap lagi kalau Nenda tahu awak pregnant, mesti dia suruh duduk rumah. Dengarlah cakap saya. Nanti kalau dah lepas bersalin, kerja balik. Ok?”

Balas Zaid lembut pada isterinya. Lantas matanya dikenyitkan.

“Tengku bukan boleh percaya, nanti saya tak ada, Tengku pergi lepak dengan perempuan lain, macam dulu.”

Alyaa masih tidak berpuas hati. Cemburu. Kaki Alyaa sudah berdiri . Tengku Zaid menepuk dahi. Masak lah kau Tengku Zaid nak melayan kerenah orang mengandung!

“Tak, saya janji saya tak buat bukan-bukan, awak sorang ni pun dah cukup, pakej lengkap. Cantik, pandai,comel,seksi….kuat merajuk”

Balas Zaid. Tangan sudah melingkari pinggang Alyaa. Ayat dihujung diperlahankan.

“Hish dah la, saya nak turun bawah, tu loceng dah bunyi.”

Balas Alyaa seraya mencapai tudung dan keluar dari bilik serta meninggalkan Tengku Zaid. Selang beberapa langkah, Tengku Zaid berlari mengejar Alyaa dan berjalan seiringan. Tengku Zalif yang turut keluar bersama Didi asyik berdehem tak sudah bila melihat Tengku Zaid dengan Alyaa. Dah macam sakit tekak.

Masing-masing sudah mengambil tempat di atas meja makan. Nasi lemak ayam goreng yang dibuat oleh Iffah membuatkan perut masing-masing minta di isi kecuali si Zaid, Iffah dah masakkan sandwich dengan sosej.

“Any news today?”

Syarifah Al Bahiyah menyoal mereka-mereka yang berada di meja makan. Tengku Zalif makin kuat berdehem dan sesekali tersengih memandang Tengku Zaid. Engku Bahiyah memandang pelik.

“InsyaAllah Nenda, 7 bulan dari sekarang, Nenda akan bergelar moyang @ buyut”

Ucap Tengku Zaid. Yang lain terus memberikan perhatian. Ucapan tahniah tak putus-putus. Syarifah Al Bahiyah sudah senyum sampai ketelinga. Yang lain setelah mengucap tahniah terus bangun dari kerusi. Takut bila Nenda tanya yang lain bila lagi? Dari ceruk dapur Iffah tersenyum bahagia, sampai cik Mat masuk dari pintu dapur pun tak sedar.

“Sampai bila Iffah?”

Soalan Cik Mat tiba-tiba. Iffah menoleh.

“Eh Cik Mat, maaf tak perasan, Cik Mat nak air ke?”

Soal Iffah pada Cik Mat yang sudah duduk di meja dapur. Air mata bahagia pantas diseka Iffah.

“Tahniah Cik Mat, bertambah lagi cucu Cik Mat.” Sambung Iffah lagi.

“Kamu ni sampai bila Iffah?” Soalan Cik Mat untuk kali kedua. Iffah hanya membisu.

‘Entah….’ Bicara hatinya.

“Ibu…”

Panggil Didi Khalisha. Iffah tersedar dari lamunan. Airmata pantas di seka laju. Nasib baik Didi tak perasan. Didi mula duduk di atas kerusi dapur. Iffah msih setia di sinki. Pandangan di hala ke arah Didi di atas meja dapur.

“Kenapa?”
Soal Iffah. Didi mengerutkan muka.

“Zalif suruh saya buat donut. Dia suruh saya belajar dengan ibu.”

Iffah tergelak mendengar permintaan Didi Khalisha. Macam-macam perangai si Zalif ni lah.

“Ha boleh. Kenapa pulak nak belajar buat donut nak sedih-sedih macam ni. Pergi panggil Erin kat luar tu sekali. Suruh dia belajar sama-sama.”

Arah Iffah pula. Didi tersenyum. Kaki mula melangkah keluar mencari Erin Fasha. Kemana lagi budak tu kalau tak main dengan Cik Mat, dia cabut bunga Cik Mat. Hemm.. Arissa mula melangkah ke dapur. Ni lagi satu masalah.

“Ni sampai bila nak menyorok? Zaqif berhak tahu tau”

Ucap Iffah. Arissa masih diam tidak menjawab. Hati masih sakit dan ragu-ragu dengan cinta Tengku Zaqif yang tiba-tiba beralih arah! Mustahil. Arissa juga bingung.

“Hemm. Ibu nak masak apa tu?”

Soalan Iffah di balas dengan soalan. Iffah menggelengkan kepalanya. Hati Iffah mula lega bila Tengku Zaqif kembali mencari Arissa dan mahu membina rumahtangganya yang agak goyah tempoh hari.

“Nak masak bubur untuk Alyaa sekejap. Lepas tu nak ajar Didi masak donut. Pergilah tengok Didi dengan Erin dekat luar tu. Entah buat apa lama sangat.”

Kaki Arissa segera bergerak meninggalkan Iffah. Tak nak Iffah tanya lebih-lebih lah tu. Panggilan telefon dari Tengku Zaid membuat langkah Iffah terhenti dari mereneh bubur ayam. Jam dikerling. Pukul 3 petang.

“Apa dia… Ibu nak tengok lah ni. Cuba sabar sikit”

Ucap Iffah seraya telefon di angkat.

“Dia tak angkat call. Cuba ibu naik cepat. Mana tahu pengsan ke. Aduh risau ni. Cepatlah bu”

Rayu Tengku Zaid dihujung talian. Iffah menggeleng kepala. Tersenyum melihat kerenah kembar-kembar Syarifah Al Bahiyah ni. Panggilan dimatikan. Iffah membawa bubur meniti anak tangga. Pintu bilik Alyaa dikuak. Kelihatan Alyaa lemah di atas katil. Iffah menghampiri Alyaa.

“Ok tak ni?”

Soal Iffah. Dahi Alyaa di rasa.

“Ok je bu. Nak rehat je sekejap. Tapi tulah. Telefon asyik bunyi je. Pening kepala ni”

Balas Alyaa seraya menekan –nekan dahinya. Iffah tersenyum. Tu budak Zaid tu mesti tengah tak senang duduk. Iffah menyapai telefon bimbitnya di kocek baju kurung. Video call di tekan.

“Hah! Nampak tu. Ok je. Dah jangan kacau Alyaa. Bagi dia rehat”

Iffah mengacu telefon ke arah Alyaa yang sedang terbaring. Alyaa tergelak kecil. Lagi panjang bebel Tengku Zaid lepas tu. Iffah keluar semula setelah melihat Alyaa makan. Siap tunjuk dekat Tengku Zaid melalui video call lagi.

Sejurus selepas keluar, mata Iffah masih melihat ke arah bilik hujung di tingkat dua. Bibir menguntum senyum. Nafas di tarik panjang dan dilepaskan. Kaki menuju ke dapur semula. Didi, Erin dan Arissa sudah menanti di dapur.

############################################

Jam tepat pukul 6 petang. Masing-masing telah pulang ke banglo. Laju je kaki Tengku Zaid meniti anak tangga. Nak tengok bini lah tu. Tengku Zaim pula terus melayan Erin Fasha yang membuat sampan kertas. Suka hati dia je letak dalam kolam renang.

“Awak ni, macam tak de kerja lain je”

Soal Tengku Zaim yang mula duduk di kerusi sebelah kolam renang. Erin masih syok sendiri.

“Bosan Encik tahu tak. Saya tak tahu nak buat apa dekat rumah ni. Habis dah satu rumah saya pusing.”

Memang bosan pun. Yelah! Nak drive mana pandai. Kalau yang lain tu pandai drive. Mengharap biras dia yang lain keluar baru lah Erin keluar. Tengku Zaim terdiam. Betul jugak. Kesian Erin…

“Malam nanti kita keluar.”

Erin berpusing melihat suaminya. Excited terus.

“Ni tayar ke donut?”

Soal Tengku Zalif seraya memicit-micit donut buatan isterinya. Iffah menahan gelak. Malas nak campur.

“Makan jelah…”

Arah Didi. Tengku Zalif duduk di atas kerusi dapur. Didi menunggu donut pertamanya masuk ke mulut Tengku Zalif. Perlahan Tengku Zalif menyua donut ke dalam mulutnya.

“Ni ojol ke getah belada?”

Perli Tengku Zalif lagi. Kuat kunyahan yang dilakukan Tengku Zalif. Tawa yang ditahan Iffah terhambur juga. Iffah menggelengkan kepala.

“Uda… tak baik cakap macam tu. Seorang isteri dah bertukus lumus buat makanan untuk suami dia.”

Iffah mula berceramah. Didi sudah berubah air muka.

“Hmm. Boleh lah ni. Mula-mula macam tayar. Lepastu upgrade sikit macam salur getah. Lepas tu baru lah jadi donut”

Perli Tengku Zalif lagi. Didi mendengus geram. Laju kaki meninggalkan dapur. Iffah menggeleng kelpalanya

“Uda…”

Tengku Zalif tersengih. Kaki mula melangkah keluar dari dapur dan membuntuti isterinya naik ke bilik. Langkah dilajukan. Tangan Didi dipaut saat kaki mahu meniti tangga terakhir.

“Apa!”

Jelingan mata Didi menghentam mata Tengku Zalif. Tengku Zalif tersengih.

“Alah kau ni, sikit-sikit nak merajuk. Mengada betul.”

Didi menjeling lagi. Bukannya nak pujuk pun. Pantas kaki Didi berlalu masuk ke dalam bilik. Malas nak layan.

Previous: BAB 38
Next: BAB 40

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.