Home Novel Cinta ENCIK KEMBAR JATUH CINTA
BAB 21

BAB 21

“Nampak Erin tak ibu?”

Soal Tengku Zaim sejurus sampai sahaja ke dapur. Peti sejuk dibuka lantas air mineral sejuk diteguk tanpa menuang dahulu ke dalam gelas. Iffah yang melihat hanya mampu menggelengkan kepala. Malas dah nak tegur. Semua sama je perangai. Hmm!

“Ketuk bilik dia dekat tingkat atas tak berjawab, mesej tak berjawab.”

Sambung Tengku Zaim lagi pada Iffah yang sudah sibuk menyediakan bahan-bahan yang untuk di masak tengah hari nanti.

“Hai, pagi-pagi lagi dah cari bini. Rindu ke?”

Tengku Zaim terkedu.

‘Rindu? Haah kenapa aku cari Erin? Oh sebab aku nak tunjuk kat dia tempat reception nanti.’ Bicara hati Zaim yang tidak terkeluar.

“Hish, mana ada… I just wanna talk about our reception dekat ZH hotel nanti”.

“Tadi dia tanya ibu, kolam renang tu boleh mandi ke tidak, ibu cakap boleh. Tiba-tiba dah hilang. Rasanya dia pergi mandi kolam kat luar tu.”

Balas Iffah bersahaja. Tanpa menyambung perbualan, Tengku Zaim sudah berlalu pergi menuju ke luar rumah. Laju Tengku Zaim berlari keluar menuju ke bahagian kolam renang. Isterinya yang sedang mandi kolam dipandang dengan keluhan.

‘Mana mungkin….selimut tetangga……..hangat ditubuhku……’

Kuat suara Erin menyanyi sambil berendam dalam kolam renang.

“Erin Fasha!”

Jerit Tengku Zaim sedikit kuat bila melihat isterinya yang sedang berendam tu. Nyanyian Erin Fasha termati. Erin memandang suaminya bersama sengihan.

“Saya tak tahan bila tengok air macam ni Encik, mak saya cakap kita kena guna kemudahan yang ada.”

Balas Erin Fasha. Asyik guna nama mak aje.

Tengku Zaim memandang hairan.

‘Budak ni tak ada perasaan ke? Memang sah aku kahwin dengan manusia bawah umur. Entah-entah belum baligh.’ Omel Tengku Zaim dalam hati.

“Encik tak nak mandi ke? Ke Encik ni tak tahu berenang. Atau Encik ni takut air…..Alah benda kecik je ni, saya boleh ajar…”

Tengku Zaim yang penat mendengar Erin membebel terus membuka baju dan seluar. Dengan hanya berseluar pendek dia terus terjun ke dalam kolam renang. Menjerit terus Erin Fasha. Tulah siapa suruh cabar.

“Argh!!!”

Jerit Erin Fasha kuat. Tak perasan bila masa Tengku Zaim meloncat masuk ke dalam kolam. Tulah, panjang sangat membebel.

“Kenapa awak jerit, tadi nak sangat saya mandi dalam kolam ni?”

“Memang lah, tapi saya tak suruh Encik bukak baju, kalau ikut hukum mahkamah Encik telah melakukan gangguan sexual terhadap saya.”

Balas Erin yang sudah menutup mata dan bangkit duduk di tepi. Tengku Zaim sudah ketawa terbahak-bahak. Tiada rasa bersalah pun dia menayangkan body nya yang kental mental tu.

“Awak belajar kat mana suami melakukan gangguan sexual kena hukum dekat mahkamah. Mak awak cakap?”

“Tak pelah Encik, saya naik dulu.”

Erin malu melihat tubuh suaminya sendiri. Hilang terus celotehnya bila melihat tubuh Tengku Zaim. Kakinya mula melangkah masuk dengan basah kuyup. Tualanya pun ditinggal.

###########################################

Didi Khalisha menuruni anak tangga rumah. Dari jauh sudah kelihatan Tengku Zalif yang sedang menunggu di ruang tamu. Ibu dan bapa Didi ingin berjumpa mereka berdua.

“Dah siap.”

Sapa Didi yang melihat Tengku Zalif sedang ralit membaca berita penting melalui laman social di tab nya. Tengku Zalif tersedar dan memandang Didi Khalisha yang kini sah menjadi isterinya.

“Go upstairs and change your clothes. And one more things, wear this…”

Balas Tengku Zalif seraya memberikan tudung berwarna hijau muda kepada isterinya. Tengku Zalif sudah seperti Engku Bahiyah. Dia guna kuasa veto!

“Sorry, tapi I tak ada baju yang sesuai untuk pakai dengan benda ni.”

Balas Didi sedikit geram dengan Tengku Zalif yang cuba mengubah penampilannya.

“Masuk bilik saya, atas katil ada baju yang sesuai untuk awak.”

Arah Tengku Zalif. Pelik! Didi ikut segala arahan Tengku Zalif. Mana tak nya, dia yang mencetus perang masa malam kedua selepas akad nikah. Pesanan ringkas dari Didi yang berbunyi ‘Lafaz akad nikah sudah, saya tunggu lafaz yang lagi satu’ membuatkan Tengku Zalif berang tiba-tiba.

‘Saya akan lafazkan, tapi ada syarat! Awak kena ikut semua perintah saya selama mana yang saya mahu, kalau awak tak ikut cakap saya, saya akan lafazkan jugak, tapi saya akan lafazkan akad nikah untuk kali yang kedua bersaksikan awak disebelah.’

Pesanan ringkas dari Tengku Zalif. Amaran berbaur ugutan pesanan yang diterima Didi daripada Tengku Zalif. Jangan main-main bila cucu drakula dah mengamuk.

Didi turun semula dengan jubah hitam bermanik hijau yang bergemerlapan seperti bintang dilangit. Tudung Neelofar yang tersarung dikepalanya menyerikan lagi wajah pengantin baru itu. Tengku Zalif siap terpana sekejap, namun cepat-cepat dia alihkan pandangan. Sejurus selepas itu mereka keluar dari rumah.

###########################################################################

Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah hari, Alyaa baru sahaja keluar dari bilik. 2 hari lagi majlis persandingan besar-besaran akan diadakan di ZH hotel. Rupa-rupanya urusan perkahwinan di ZH hotel yang selama ni dia uruskan adalah untuk dirinya.

“Masak apa tu ibu?”

Soal Alyaa sejurus kaki melangkah ke dapur.

“Masak bubur ni ha, Zaid tak sihat sikit ada kat atas tu, tak nak turun. Dia suruh Ibu hantar makanan.”

Sambung Iffah yang berhenti sekejap memasak.

“Patutlah malam tadi tak da hantar mesej”

Bicara Alyaa separuh berbisik. Selalu kalau Tengku Zaid hantar mesej bukannya nak balas pun Alyaa ni. Tunggu jugak malam tadi. Iffah yang terdengar tersenyum sedikit.

“Tak pelah sini saya yang tolong potong sayur ni. Nenda mana ibu?”

Tidak mahu berbicara mengenai Tengku Zaid. Lagi sekali Iffah tersenyum.

“Pagi lagi dia dah keluar, katanya nak tengok ZH hotel, nak make sure everthing is fine without any mistake.”

“Fuhh ibu, English macam air.” Alyaa balas kagum.

“Sejak-sejak orang-orang kat rumah ni baru balik dari oversea, kerja asyik nak speaking je, tu yang terikut-ikut.”

Balas Iffah berlapik. Tidak mahu riak. Dia dahulu SPM semua A+. Bahasa Inggeris memang minatnya. Bubur sudah dicedok ke dalam mangkok bersama ubat demam. Tiba-tiba sahaja Tengku Zaid muncul.

“La kenapa turun, ibu baru je nak naik.”

Soal Iffah bila melihat kelibat Tengku Zaid masuk ke dapur. Tengku Zaid sudah sibuk bukak peti ais mencari air sejuk.

“Jangan nak mengada minum air sejuk, nanti makin teruk demam tu. Lusa awak tu nak jadi pengantin.”

Sambung Iffah lagi. Alyaa yang sedari tadi duduk di dapur hanya focus pada sayur yang dipotong. Sikit pun tak pandang Tengku Zaid. Hatinya masih lagi bercelaru.

Teguran Iffah tidak dilayan. Air mineral sejuk diteguk.

“Bukan ada yang kisah pun kalau kita ni demam ke tidak… tak pelah.”

Zaid sengaja menyebakkan nadanya. Intonasi khas ditujukan pada Alyaa. Alyaa masih lagi senyap tidak memandang. Pandangan masih di hala pada sayur di hadapannya.

“Jangan nak mengada, tu bubur dah siap ubat dah ada. Makan..”

Arah Iffah seraya menyuruh Tengku Zaid duduk. Senyap. Hanya bunyi ayam goreng di dalam kuali yang sedang digoreng Iffah. Tengku Zaid menurut. Kerusi di tarik dan duduk berhadapan dengan Alyaa. Bubur di hadapannya di godak.

“Ni dah kenapa bisu masing-masing ni?”

Iffah memecah kebisuan setelah melihat tiada tindak balas antara Alyaa dan Tengku Zaid. Zaid pula sekejap-sekejap mencuri memandang Alyaa. Bubur di dalam mangkok habis lesap. Sampai tak perasan bubur dah habis. Dok curi pandang Alyaa je dari tadi.

“Ubat tu makan!”

Arah Iffah lagi bila tiada jawapan dengan soalannya yang tadi. Tengku Zaid menggeleng tidak mahu. Kakinya sudah bangun keluar dari dapur.

“Biar jelah demam. Kalau sakit pun tak de orang peduli. Sihat lagilah…”

Sempat buat ayat perli si Tengku Zaid ni. Alyaa serbasalah jadinya. Iffah hanya menggelengkan kepala.

“Dia tak makan ubat ke ibu.’’

Soal Alyaa yang terbit riak risau diwajahnya.

“Ubat tu saje je ibu letak situ, tadi ibu dah masukkan dalam bubur dia. Zaid memang tak suka ubat. Tapi kalau Alyaa yang suruh mesti dia makan.”

Alyaa terdiam. Tapi kenapa dia? Masih belum dapat menangkap ayat-ayat yang disampaikan Tengku Zaid. Tengku Zaid cinta kat dia ke? Bicara hatinya. Ayam Goreng tepung sudah siap dimasak. Pesanan khas dari Tengku Zaqif untuk makan tengah hari sebentar lagi. Pagi-pagi dah keluar ikut Nenda dengan Arissa sekali. Pandai lah tu Nenda nak pujuk kesayangan dia.

#########################################################################

Tersenyum bahagia Syarifah Al Bahiyah bila melihat dewan yang tersergam indah. Sibuk perancang perkahwinan menghias dewan atas citarasa Syarifah Al Bahiyah sendiri. Tengku Zaqif dan Arissa hanya membuntuti Nendanya dari belakang. Si Zaqif tak habis-habis dengan phone dekat tangan. Arissa pulak hanya mampu mengerling sekilas.

“Wah, cantiknya cucu menantu Engku”

Tegur salah seorang pekerja yang sibuk menghias dewan. Syarifah Al Bahiyah tersenyum bila mendengar pujian tersebut. Lantas Syarifah Al Bahiyah mengikuti pekerja tersebut. Entah apa agaknya nak di bincangkan. Arissa dan Tengku Zaqif duduk di atas meja bulat sementara menunggu Nenda mereka.

“Hmmh! Intan lagi cantik.”

Ayat separuh berbisik tapi masih mampu di dengar oleh Arissa. Cuma mulutnya masih terkunci untuk bertanya. Tangan Tengku Zaqif sibuk mendail nombor Hakim.

“Dia macam mana?”

Soal Tengku Zaqif. Hmm! Nak tanya pasal Intan lah tu.

Previous: BAB 20
Next: BAB 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.