Home Novel Cinta ENCIK KEMBAR JATUH CINTA
BAB 15

BAB 15

(Flashback)

“Ni anak kawan bonda, dekat luar negara. Nurul Syahi Ilya anak Tan Sri Sufian. Dulu kata, yang Bonda cari semua gedik, nak kan harta je. Hah! Sekarang cuba tengok muka dia ni. Sopan santun, pakai baju pun sopan aje.”

Ucap Syarfiah Al Bahiyah pada anaknya Zahid Harith. Perkahwinan yang kalau boleh ingin dielakkan oleh Tengku Zahid Harith. Tengku Zahid malas nak memandang wajah di dalam gambar itu. Baginya, dirinya masih muda. Cepat sangat nak berkahwin.

“Herm, boleh la”

Balas Tengku Zahid malas. Wajah perempuan di dalam gambar tidak dilihat langsung oleh Tengku Zahid.

“Dia ni anak yatim piatu, baru habiskan master di Ireland. Sekarang ni orang gaji dia yang jaga.”

Sambung Syarifah Al Bahiyah lagi. Hati Tengku Zahid tersentuh mendengar kata – kata Bondanya. Gambar yang dihulur dicapai. Cantik! Desis hatinya.

“Ok ke tidak?

Tanya Syarifah Al Bahiyah yang masih tidak berpuas hati dengan jawapan anaknya.

“Hermm.. ok”

Syarifah Al Bahiyah tersenyum mendengar jawapan anaknya. Bahagia. Gambar di letak di tepi katil. Badan sudah direbahkan di atas katil. Memikir apa yang akan berlaku pada hidupnya selepas berkahwin. Tak puas berseronok. Mungkin sebab asyik sangat keluar malam, bawak perempuan sana – sini dah kena paksa kahwin. Padan muka!

Syarifah Al Bahiyah menuruni anak tangga bersama senyuman di muka. Anak tunggalnya akan berkahwin. Sememangnya layak berkahwin. Usia sudah mencecah 28 tahun, sudah matang untuk menjadi suami. Itu yang difikirkan Syarifah Al Bahiyah.

“Apa senyum- senyum tu yah?”

Soal Tengku Zainal Arifin yang sedang duduk di atas sofa di ruang tamu.

“Anak kita dah boleh terima Syahi.”

Balas Syarifah Al Bahiyah bahagia. Laju langkahnya duduk di sebalah suaminya.

“Kalau anak kita tak boleh terima pun, awak kahwinkan dia jugak kan. Masak sangat dah saya dengan perangai awak tu”

Perli suaminya.

“Hai, selama ni kita tak bahagia ke? Arwah bonda dengan ayahanda saya pilih kan jodoh untuk saya. Saya redha bang, sebab saya tahu redha Allah redha mak bapak. Abang jangan nak peril – peril saya.”

Balas Syarifah Al Bahiyah tak mahu mengalah. Tengku Zainal Arifin tersenyum mengalah. Yang kuat membebel ni lah yang dia sayang. Walaupun terpaksa mengalah dengan isteri sendiri.

“Persiapan semua dah lengkap bang, tinggal minggu depan je lagi ni. Tak sabar saya nak terima menantu. Lagipun saya di kira baik apa, amik anak yatim piatu.”

Padahal terima anak yatim piatu sebab dia anak Tan Sri. Kalau anak yatim piatu pungut, tak pandang pun.

Iffah yang penat mengulangkaji pelajaran keluar dari bilik untuk mencari air sebab nak menghilangkan ngantuk. Jam sudah menunjukkan pukul 12 malam. Kebiasannya keluarga Tengku Zainal Arifin sudah pun melelapkan mata. Air milo panas yang di bancuh Iffah ingin di bawa di ruang hadapan rumah. Dua pasang mata melihat lenggok tubuh gadis yang tinggi lampai itu. Iffah terkejut, lalu berpatah balik.

“Iffah…”

Panggil Tengku Zainal. Iffah berpusing semula. Pandangan di tundukkan.

“Ha, yang ni pun anak yatim piatu yang patut kita beri kasih sayang. Betul lah apa yang awak buat dekat Syahi tu.”

Tengku Zainal berbicara penuh makna. Merah muka Syarifah Al Bahiyah yang putih melepak tu.

“Hermm… Ha Iffah. Buat apa malam-malam tak tidur lagi? Kan esok sekolah, pergi tidur”

Arah Syarifah Al Bahiyah lembut. Kalau depan Tengku Zainal, lembut dia bercakap dengan Iffah. Walaupun Tengku Zainal sendiri tahu bagaimana layanan sebenar isterinya terhadap Iffah. Iffah menuju ke biliknya. Fuhh! Tidak rasa panas, tapi peluh keluar di dahi Iffah. Takut betul.

Tengku Zainal kembali melayani butir bicara isterinya. Semuanya dianggukkan, sedangkan fikiran melayang saat pertama kali dia membawa Iffah masuk ke banglo miliknya. Sampai sahaja di rumah Pak Atan, dia melihat tubuh Iffah melekat di atas jenazah bapanya. Tidak mahu dilepaskan. Hati mana yang tidak tersentuh melihat keadaan Iffah ketika itu. Wasiat yang diminta oleh Pak Atan dilaksana, tetapi Iffah tidak dijadikan orang gaji, malah anak angkat keluarga Tengku Zainal Arifin. Walaupun Syarifah Al Bahiyah membantah, Tengku Zainal nekad dengan keputusannya yang satu ini. Sejak itu bermulalah drama baru dalam hidup gadis yang bernama Nurul Iffah binti Atan

Masa Iffah nak berhadapan dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia lah, keluarga Tengku Zainal Arifin dan Tengku Syarifah Al Bahiyah nak menikahkan Putera Tunggal Kesayangan mereka. Seperti biasa perkahwinan yang dirancang. Bagi Zahid Harith pula, dia hanya mengikut kemahuan Bondanya sebab dia belum lagi jumpa gadis yang bertakhta di hati.

“Abang dengar tak ni?”

Soal Syarifah Al Bahiyah. Lamunan dimatikan apabila mendengar isterinya menjerit sedikit kuat. Tengku Zainal menoleh semula isterinya di sebelah.

“Ye abang dengar lah ni.” balas Tengku Zainal.

“Abang rasa lepas Zahid nikah nanti, patut ke saya bagi dia duduk dekat apartment tu?” Soal Syarifah Al Bahiyah.

“Memang patut pun lah, awak dah janji dengan dia kan, lagi satu biarlah dia belajar berdikari, sampai bila awak nak simpan anak awak tu. Kalau dulu saya ajak awak duduk rumah mak bapak saya, awak tak nak kan. Sekarang sampai mereka dah tak da dekat dunia ni.” Balas Tengku Zainal.

“Abang jangan lah cakap macam tu, InsyaAllah mak ayah abang ditempatkan di tempat orang-orang beriman, meninggal dekat Mekah bang.”

“Dah jom masuk tidur, esok saya kerja. Saya nak pesan ni, lepas je kahwin anak kita tu nanti, awak tak payah lah nak sibuk-sibuk kacau hidup dia, pandailah dia bawak diri. Dia dah besar.”

“Ye saya tahu…”

Syarifah Al Bahiyah membalas lembut. Tengku Zainal tersenyum, seakan tahu nasihatnya seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Iffah meneruskan ulangkaji sehingga jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Kepalanya sudah beberapa kali terlentok menyembah buku biologi di hadapannya. Sesekali hidungnya diletakkan minyak angin supaya hilang mengantuk. Namun masih tidak berjaya. Akhirnya Iffah terlelap juga ditepi katil bersama buku buku yang berselerak di atas katil.

##################################################################

“Makcik Iffah, jomlah makan sama.”

Tegur Arissa Balqis. Iffah kembali semula kedunia nyata. Disebabkan nama Puan Nurul Syahi Ilyaa disebut tadi, sempat dia mengimbau masa lampau.

“Eh tak pe, kamu makan dulu. Tadi kembar ada mesej makcik, asar kejap lagi diorang sampai.”

Arissa hanya menurut. Kakinya sudah melangkah menuju ke ruang makan. Calon calon isteri cucu kembar Syarifah Al Bahiyah yang lain sudah berada di meja makan. Hanya tinggal menyuakan nasi ke mulut. Iffah menyambung kerjanya didapur.

“Ya Allah Encik, besarnya rumah. Ni rumah ke istana? Boleh main bola sepak ni encik. Perghh!! Ada kolam renang ke encik?. Saya ni tak boleh nampak air”.

Erin Fasha berceloteh dengan Tengku Zaim. Apa yang terbayang semasa dalam perjalanan menjadi kenyataan.

“Eh..eh.. sini, awak nak pergi mana tu?”

Balas Tengku Zaim yang melihat Erin sudah bermain di tepi kolam renang. Kereta yang dipandu Tengku Zalif pula masuk ke perkarangan banglo. Tengku Zaid dan Alyaa keluar dari perut kereta. Tengku Zaqif keluar dari tempat yang bersebelahan pemandu. Iffah sudah menunggu di pintu hadapan. Muka memandang pelik melihat Alyaa dan seorang gadis yang di bawa oleh Tengku Zaim.

Tengku Zaim berjalan ke arah Iffah bersama dengan Erin Fasha. Iffah hanya menggelengkan kepalanya.

“Ibu ni Erin Fasha. Future wife.”

Tengku Zaim memperkenalkan calon isterinya. Iffah terkedu. Ingatkan tak jadi cadangan gila yang diberikan Tengku Zaid.

“Along!”

Iffah terjerit kecil. Tengku Zaim tersengih.Tengku Zaid yang jalan terhencut-hencut masuk ke dalam rumah atas bantuan Tengku Zaqif.

“Rilex bu, ibu jangan gopoh-gopoh, alah benda boleh settle lah. Dah kita jangan cakap kat sini. Manusia-manusia pilihan Nenda tu mana?”

Balas Tengku Zaid. Semua manusia kesayangan Iffah sudah masuk ke bahagian ruang tamu.

“Ada kat atas, bosan agaknya. tadi ibu cakap dalam pukul 4 sampai, ni dah pukul 6 petang.”

Tengku Zaqif sedari tadi sudah naik ke bilik. Masalah cinta yang tak kan selesai walaupun berulangkali cuba pasrah. Itu pun satu hal! Iffah hanya mampu menghela nafas panjang.

“Ibu…ibu..ibu… karipap pusing mana?”

Suara Tengku Zalif sudah kedengaran dari luar. Lupa agaknya ada tetamu kat rumah.

“Hish budak ni, kalau ye pun masuk lah dulu.” Omel Iffah.

“Yang kamu bawa Alyaa ni kenapa Angah?”

Banyak betul benda yang dia nak tanya. Bermacam-macam persoalan timbul dalam kepalanya. Tengku Zaid hanya membalas dengan sengihan. Erin pula teruja dengan rumah banglo milik Syarifah Al Bahiyah. Tengku Zaim sudah duduk di ruang tamu sambil memerhati gelagat Erin. Tengku Zalif yang baru sahaja masuk terus memaut bahu Iffah dan membawanya ke dapur.

“Nescafe please….”

Rayu Tengku Zalif. Geram Iffah jadinya. Dalam geram dibuatkan juga nescafe untuk Tengku Zalif. Baru je nak dengar jawapan dari Tengku Zaid.

“Mereka tidur dekat sini juga ke Tengku?”

Soal Mak nah yang kebetulan lalu di ruang tamu.

“Haah mak nah. Tolong hantar mereka ke bilik.” Balas Tengku Zaid.

“Tapi bilik tetamu kat atas tu tinggal satu je Tengku.” Balas mak Nah.

“Eh tak pe makcik, saya tak kisah nak kongsi dengan sesiapa pun.”

Mulut Erin pantas berkata-kata. Lupa yang dia tu tengah berlakon jadi orang kaya. Tengku Zaim menggeleng. Tulah! Sendiri cari sendiri tanggung.

“Tak pelah mak nah. Alyaa tidur dalam bilik saya.”

Balas Tengku Zaid. Semua mata memandang. Tengku Zaim sudah tergelak. Alyaa memandang geram.

“Tak pe mak nah, biar saya share dengan Erin.” Balas Alyaa.

“Tengku ada apa-apa ke? Saya nak letak beg kat atas? Soal Alyaa.

“Awak lapar tak? Kalau tak lapar kita jumpa makan malam nanti.”

Alyaa menggeleng kepala lantas kakinya mengikut langkah Mak Nah mendaki tangga.

“Encik!”

Mulutnya cepat-cepat ditutup oleh Tengku Zaim. Iffah ternampak dari jauh lantas memberi isyarat suruh berjauhan.

“Kan saya dah cakap, jangan panggil encik. Panggil manja sikit. Abang ke, sayang ke?”

Balas Tengku Zaim. Jarak sudah dijauhkan setelah mendapat isyarat dari Iffah.

“Sorry lupa.. kalau encik abang boleh? Kalau abang je macam geli pulak. Kalau panggil sayang, bergegar bulu hidung saya Encik.”

Berdekah-dekah Tengku Zaim dan Tengku Zaid ketawa sehingga membuat Tengku Zalif terpanggil dari dapur.

“Ha… bolehlah, sekarang ni awak pergi mandi kat atas”

“Roger and out Encik Abang”

Erin mengangkat tabik dan berlari menuju anak tangga. Zappp!! Sekejap sudah berada di tingkat 3. Laju betul.

Iffah menuju ke ruang tamu bersama dua cawan nescafe dan sepinggan karipap pusing. Tinggal 20 minit waktu maghrib akan tiba. Tengku Zaim sudah bangun menuju kebilik setelah habis nescafe dicawan. Tengku Zalif sedari tadi sudah menuju kebilik untuk merehatkan diri sebelum maghrib. Iffah duduk bersama Tengku Zaid. Pelik! Kenapa Alyaa perlu dibawa dirumah banglo. Siap bermalam lagi.

“Tu Alyaa.. jangan nak mengelak! Are you serious fall in love with her?”

Soalan Iffah tidak berjawab.

“Alyaa tahu? Jangan amik risiko, dia anak cik mat. Angah tahu kan Nenda macam mana”

“How do you know?” J

awab Tengku Zaid. Air nescafe dihirup lagi.

“The way you look at her”

“Angah tak kan bertindak sesuka hati. Angah tak kan lukai orang yang Angah sayang. Ok lah ibu, dah nak maghrib ni, tolong….”

Balas Tengku Zaid sambil mendepangkan tangannya minta dipapah masuk ke bilik. Manja!

Tengku Zaid merebahkan badannya di atas katil sekejap. Penat tak hilang. Dari pagi tadi menguruskan urusan penerbangan Syarifah Al Bahiyah. Muka senyum sorang-sorang sambil pandang syiling. Ada sahaja Tengku Zaid ni.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.