BAB 1
“Hmmm… Malaysia always the best. Home.
Nenda. Friends . Miss them so much”.
Jerit Tengku Zaid Hakimi sambil menghadap
kolam renang kepunyaan Keluarga Tengku Syarifah Al Bahiyah Bin Tengku Syed Al
Bahrin. Seorang hartawan yang ternama dan terkaya di Malaysia, tak cukup dekat
Malaysia dia juga mempunyai perniagaan di luar negara yang diuruskan oleh
saudara mara keturunan Syed Al Bahrin.
“Hamboi! Kata Malaysia always the best,
dok menjerit cakap orang putih tu kejadahnya wei.”
Sampuk Haikal yang kebetulan baru sahaja
sampai di banglo Syarifah Al Bahiyah.
“Hei, bila sampai bro? Makin sado badan
kau, pergh! Sedap kalau picit-picit ni”.
Balas Tengku Zaid Hakimi sambil berpelukan
dengan sahabatnya.
“Ah kau, tak de lah, biasa je ni,
hahahaha, ada lah main sikit-sikit.”
Balas Haikal sambil menunjukkan lengannya
yang cukup sado itu.
“Oh, by the way mana yang lain? Ramai juga
Nenda kau jemput orang datang.”
Tambah Haikal sambil mencapai gelas yang
berisi oren di atas dulang yang di bawa pelayan- pelayan yang sememangnya di
bawa khas dari hotel kepunyaan Syarifah Al Bahiyah. Sambil memegang bahu
temannya, Tengku Zaid menunjukkan kembar- kembarnya yang sedang melayani tetamu
–tetamu yang hadir.
Rumah banglo 3 tingkat yang dihiasi lampu
berwarna warni, serta kolam renang yang dihias dengan belon – belon menaikkan
lagi seri malam di kediaman Tengku Syarifah Al Bahiyah. Al maklumlah, untuk
meraikan cucu – cucu kembarnya yang baru sahaja menamatkan pelajaran di
Universiti Cambridge. Sanggup Syarifah Al Bahiyah menghabiskan ribuan ringgit.
Apa sangat lah setakat keluarkan 100 ribu ringgit untuk satu malam yang gilang
gemilang ni. Macam bagi budak-budak duit raya je tu. Nak tunjuk betapa kayanya
si Syarifah Al Bahiyah nilah.
Kedengaran suara pengerusi majlis
memulakan pantunnya yang penuh dengan
lenggok semata mata nak mempersilakan Syarifah Al Bahiyah berucap diatas pentas
yang di hias indah itu. Bagi yang hadir pada malam gilang gemilang ini, mereka
tidak lagi terkejut akan cucu kembar tidak siras Syarifah Al Bahiyah yang
kenyataannya bukan kembar dua, bukan juga tiga, tapi empat. Ye…EMPAT!
“Oh, ya! Mungkin teman – teman
seperjuangan saya lupa wajah –wajah pewaris kekayaan Tengku Syed Al Bahrin.
Dengan ini saya perkenalkan Tengku Zaim Hakimi, the eldest. Tengku Zaid Hakimi,
second. Tengku Zalif Hakimi, the third one and the last one Tengku Zaqif
Hakimi.”
Lantang
suara Syarifah Al Bahiyah memperkenalkan cucu- cucunya di khalayak ramai. Semua
cucu kembar Syarifah Al Bahiyah berdiri apabila nama mereka disebut. Antara
yang hadir adalah kaum kerabat, pekerja dan sahabat handai cucu-cucu Syarifah
Al Bahiyah. Setelah nama mereka diperkenalkan semua tetamu bertepuk tangan.
Tidak ketinggalan juga gadis – gadis gedik yang cuba menarik perhatian cucu
Syarifah Al Bahiyah. Dah namanya kaya, tak kisah lah kau handsome ke tidak,
yang penting poket tebal. Tapi yang ni lain, pakej lengkap. Tip top!
“Eh ibu, buat apa kat dapur ni
sorang-sorang, kenapa tak keluar”.
Tegur Tengku Zalif atau lebih senang
dipanggil dengan nama uda. Penat layan tetamu katanya, masuk sekejap dalam
banglo. Tu nak kacau Iffah lah tu.
“Oh tadi Engku pesan suruh buatkan air
limau, dia pening sikit katanya. Uda buat apa kat dapur ni”.
Balas Nurul Iffah lembut. Orang gaji yang
lebih disenangi dengan panggilan ibu oleh cucu –cucu Syarifah Al Bahiyah.
“Uda ambil barang kat atas tadi. Dah sini
biar uda yang hantarkan kat Nenda”. Lantas air yang sudah berada di tangan
Iffah di ambil oleh Tengku Zalif.
“Iffah! Kenapa lambat sangat air limau
aku.”
Tegur Syarifah Al Bahiyah atau lebih manja
dipanggil Engku oleh pembantu rumah dan juga pekerja di bawah jajahan
takluknya. Terjongol muka Syarifah Al Bahiyah di pintu masuk ke bahagian dapur.
Melihat tangan Syarifah Al Bahiyah yang memicit - micit kepala, lantas Tengku Zalif
membawa Nendanya duduk di atas kerusi. Air yang di pegang tadi di sua ke mulut
Nendanya yang terkenal dengan sifat baran dan keras kepala tu.
Sejak kematian ibu dan bapa kembar,
Syarifah Al Bahiyah lah yang mengurus segala keperluan mereka. Pakej yang
lengkap dari A sampai Z, hanya perlu ketik jari semua sampai di depan mata.
Mereka terlalu dimewahkan dengan harta dan pengetahuan oleh Syarifah Al
Bahiyah. Wajib bagi mereka mempelajari bidang perniagaan, dan apabila kuasa
veto telah dikeluarkan dari mulut Syarifah Al Bahiyah, pasti semua akan
menunduk seperti lembu dicucuk hidung. Tak hairanlah mereka graduate di
Universiti yang sama serta kos yang sama. Kuasa Veto kan! Iffah hanya memandang
sahaja Tengku Zalif yang sedang menyuakan air ke mulut nendanya. Ada terbit
senyuman dibibir Iffah.
“Go and take my medicine.”
Tegas arahan yang diberikan kepada Nurul
Iffah selaku pembantu rumah di Kediaman Syarifah Al Bahiyah. Tanpa sebarang
kata wanita dalam lingkungan umur 40 an itu segera menderaskan langkahnya
menuju ke bilik rawatan di mana tersimpan ubat – ubatan khas Keluarga Syarifah
Al Bahiyah. 28 tahun berkhidmat sebagai orang gaji di rumah ini membuatkan
Nurul Iffah tidak kekok. Setiap inci rumah banglo Syarifah Al Bahiyah ini sudah
di hafal oleh Iffah. Laju langkah Iffah melintasi ruang tamu untuk menuju ke
bilik rawatan.
“Eh! Eh! Eh! Ibu, nak lari pegi mana tu”
Jerit Tengku Zaid manja. Ada sahaja yang
mengganggu. Hasrat untuk memanggil Syarifah Al Bahiyah terbantut apabila Tengku
Zaid melihat wanita yang tinggi lampai itu berlari – lari anak menuju ke Bilik
Rawatan. Iffah menghentikan langkah. Badan dipusing menghadap Tengku Zaid. Muka
malas dilemparkan pada Tengku Zaid.
“Allah… Ada saja budak – budak ni, kang
membebel Engku ubat dia tak sampai- sampai” Omel Iffah perlahan. Namun
butirannya masih dapat di tangkap oleh Tengku Zaid.
“Ha! Apa yang cakap sorang-sorang, Angah
tanya ibu ni. Nak pegi mana? Orang-orang nak balik dah tu. Nenda ni pulak
hilang. Nenda mana ibu?”
Soal Zaid bila melihat Iffah mula mengomel
sendirian.
“Nenda pening, ibu nak ambil ubat. Dah
jangan kacau ibu.”
Balas Iffah ringkas. Langkah dilajukan
masuk ke dalam bilik rawatan. Tengku Zaid terus berlari menju ke dapur untuk
mendapatkan Nendanya.
“Eh! Along, tell them, Nenda not feeling
well”
Sempat Tengku Zaid menjerit bila melihat
Tengku Zaim tercari –cari kelibat Syarifah Al Bahiyah. Tengku Zaim menunjukkan
isyarat OK dan terus keluar semula melayani tetamu yang ingin pulang ke rumah.
Iffah datang semula membawa ubat di tangan.
“Sejak cucu aku semua balik, semua kerja
yang kau buat jadi lambat. Suruh amik ubat pun lambat sangat ke?”
Marah Syarifah Al Bahiyah. Iffah hanya
menundukkan wajah dihadapan Syarifah Al Bahiyah.
‘Bukan nya tak nak jelaskan kenapa lambat,
ye lambat sebab dalam bilik rawatan, stok ubat Engku dah habis, so kena naik
atas ambil dalam bilik Engku. Kalau jelaskan macam mana nanti, mahu tak kena
ceramah dengan Engku, nanti cakap menjawablah pulak. Ye memang salah aku sebab
tak call pharmacy untuk tambah stok ubat’. Sempat lagi si Iffah mengelamun masa
Syarifah Al Bahiyah ni berceramah.
“No
Nenda, tadi Angah terserempak dengan Ibu, lepastu berbual sekejap, tu yang
lama”. Balas si tukang back up. Fuhh selamat! desis Iffah.
Disebabkan panggilan ibu sudah sebati
dalam diri Iffah, cucu-cucu Syarifah Al Bahiyah lebih senang melayani Iffah sebagai
tempat untuk meluah perasaan, tempat berkongsi cerita dan tak kurang juga
tempat untuk bergossip.
Untuk mengurangkan bebelan Nendanya, Tengku
Zalif dan Tengku Zaid memapah Syarifah Al Bahiyah ke bilik. Masih lagi
kedengaran suara Syarifah Al Bahiyah membebel. Nak je stapler mulut tu. Bising!
Tinggalah si Iffah di dapur tak ubah
seperti Cinderella. Eh! bukan Cinderella. Cinderella memang asalnya orang kaya,
dapat ibu tiri. Iffah memang orang gaji dah 28 tahun, tang mana nya nak jadi
Cinderella. Kan kena jadi bibik seumur hidup.Sempat
lagi mengelamun Si Iffah ni!
“A cup of nescafé please…”
Suara garau Tengku Zaim memecahkan lamunan
di malam hari. Suara yang sangat dia rindu, suara yang sama cuma wajah yang
berbeza. Tamatlah kisah Cinderella tadi, sekarang kena buat nescafe. Tangan
Iffah lincah membancuh air nescafe yang diminta oleh Tengku Zaim. Nampak wajah
nya yang penat melayan tetamu yang hadir.
“Why are you always sit here? Yeahh, I
mean kitchen.”
Soal Tengku Zaim bila melihat Iffah hanya
mendiamkan diri. Nescafe dihulur. Iffah kembali ke sinki. Banyak lagi pinggan
yang masih belum di lap.
“Lupa cakap Melayu ke apa budak ni?”
Perlahan Iffah menuturkan tapi masih mampu
di dengar oleh Tengku Zaim.
“I can hear you”
Balas Tengku Zaim dengan meniru gaya
spongebob. Iffah menoleh semula muka Tengku Zaim. Senyuman diberikan. Iffah
menggelengkan kepalanya sebelum menjawab pertanyaan Tengku Zaim.
“Along, this is my place. Along lupa ke?
This is my place almost 24 years. Tetamu semua dah balik ke?”
Balas Iffah sambil tangannya mengelap
pinggan – pinggan disinki.
“Tak maksud Along, kan dah nak pukul 12
malam, waktu kerja dah habis. Tapi still duduk kat dapur ni. Sayang sangat
dengan dapur ke macam mana?”
Balas Tengku Zaim yang masih dengan wajah
serius. Iffah pula hampir tergelak mendengar jawapan dari Tengku Zaim. Nafasnya
ditarik panjang.
“Ada-ada je Along nilah…”
“Ha, ha, budak kaca mata empat dah sampai
dah tu, just prepare another cup of nescafe, I think he will ask you later.”
Tambah Tengku Zaim lagi yang melihat kelibat
Tengku Zaqif yang meluru ke dapur. Iffah hanya tersenyum melihat gelagat cucu –
cucu majikannya. Baginya, dia lebih rela menjadi orang gaji asalkan cucu - cucu
majikannya itu dapat merasa kehangatan panggilan seorang ibu. Ye! Ibu muda yang
bergelar orang gaji. Leteran dan bebelan Syarifah Al Bahiyah sudah menjadi
makanan harian bagi Iffah. Itu semua diibaratkan seperti perencah masakan dalam
hidupnya, kadang –kadang masam, manis, masin, tawar. Hish! Ingat nak belajar
masak-masak ke!
“Nescafe”
Pinta Tengku Zaqif yang terus menyembamkan
pipinya di atas meja dapur. Iffah tanpa bicara meletakkan gelas yang berisi
nescafe di hadapan Zaqif.
“Nenda ok ke ibu?” Tanya Tengku Zaqif.
“Entah, tadi Angah dengan Uda yang bawa
naik atas, rasanya Nenda dah tidur tu”
Balas Iffah bersahaja. Tengku Zaqif hanya menggangguk
dan menikmati nescafe di hadapannya.
“Dah lah tu ibu, mak ina, mak leha, mak
nah, pak irsyad, cik mat semua dah masuk tidur,”
Tegur Zaqif bila melihat Iffah masih sibuk
mengelap dapur kesayangannya. Satu persatu nama orang gaji, tukang kebun,
pemandu kereta semua di sebut Tengku Zaqif. Al maklumlah, rumah besar, orang
gaji pun msetilah kena ramai.
Mak leha ditugaskan menguruskan 9 buah
bilik di banglo ni, tak kisah lah bilik master ke, medium ke, small ke, Tapi
rasanya semua besar- besar. Alah kalau kemas pun habuk je, bukan nya ada
budak2. Tapi ni kumbang-kumbang 4 ekor ni balik, masaklah mak leha nak
mengemas. Mak ina, dan Mak nah ditugaskan mengemas selain bilik tidur, tak
kisah lah, ruang tamu ke, bilik air ke, faham-faham jelah.
Cik mat pulak tukang kebun, nilah
satu-satunya orang gaji yang tak pernah kena pecat, yang lain ni pun semua
baru. Si Syarifah Al Bahiyah kan cerewet, salah sikit je pecat. Si Irsyad tu,
hampir je kena pecat sebab lambat seminit. Rumah ni siap ada dorm orang gaji,
tapi untuk mereka ni lah yang duduk dorm tu, Nurul Iffah tak duduk situ, Nurul
Iffah istimewa sikit, dia ada bilik sendiri. Mereka ni penghutang dengan
Syarifah Al Bahiyah sebab tu jadi orang gaji.
Hmmm Engku…Engku… Hutang Nurul Iffah? Hmm
jangan cakaplah, hutang Nurul Iffah tak kan pernah habis.
“You guys pergilah naik tidur, ibu ok. Ni
ibu nak masuk bilik lah ni”.
Balas Iffah bersahaja. Setelah habis
nescafe yang diminum, Tengku Zaim dan Tengku Zaqif memanjat anak tangga dan
menuju ke bilik masing-masing.
Iffah pula membasuh gelas tadi dan menuju
ke bilik pembantu rumah yang sudah dia diami hampir 28 tahun. Nak cakap bilik
pun tidak serupa bilik. Bilik yang sungguh kecil. Hanya memuatkan katil bujang,
sebuah almari kayu yang agak usang serta tempat untuk menunaikan solat.
Sebenarnya tu bukan bilik, tapi stor yang di ubah menjadi bilik. Bagi Iffah,
itu sudah memadai jika nak dibandingkan pengorbanan Tengku Zainal Arifin yang
membantu kos pembedahan ibu Nurul Iffah. Mungkin itulah hutang yang Nurul Iffah
maksudkan!
‘Tidur Nurul Iffah tidur…”
Omel
Iffah sendirian. Matanya masih tidak dapat dilelapkan. Kipas yang berpusing di
atas kepala dipandang. Lantas badannya bangun dan membuka almari usang yang
terletak bersebelahan katil. Telefon bimbit lama diambil dan dibuka mesej-mesej
yang terkandung di dalamnya. Ada senyuman yang terukir di wajah Iffah. Akhirnya
tertidur jugak gadis yang bernama Nurul Iffah ni. Mungkin mimpikan isi
kandungan mesej yang di bacanya tadi.
############################################################################
“Morning, Okay today we will have a simple
bread pizza for breakfast”
Seperti biasa, Iffah akan berbicara
sendirian sambil meniru gaya chef yang di lihatnya di dalam youtube.
“Mula-mula kita susun roti atas baking
tray…”
Sambung Iffah. Ada senyuman di wajahnya
saat dia melakukan tugasnya sebagai tukang masak. Iffah di hantar oleh Engku
Bahiyah untuk menghadiri kursus masakan setiap bulan bagi mengetahui resepi -
resepi terkini. Jadi tugasnya hanyalah di dapur dan memastikan mulut –mulut di
dalam rumah ni sentiasa berselera dan kena dengan tekak masing-masing. Sorang
tu je yang selalu tak kena, sapa lagi kalau bukan Engku Bahiyah. Kalau dalam
cerita Cinderella dia ibarat ibu tiri yang jahat, kalau dalam cerita Indon
Bawang Putih Bawang Merah tu, hah! Dia sebiji macam Omma Berta.
“Ok, bakar selama 10 minit dan tunggu
sehingga cheese cair’’
Jam
tepat pukul 8.00 pagi, di mana keluarga Syarifah Al Bahiyah akan turun
bersarapan. Ye! bersarapan ok! Siap ada bunyi jam loceng tanda bersarapan. Dan
semestinya cucu-cucu kembar Syarifah Al Bahriah akan turun. WAJIB!!
################################################################
“Dah nak dekat 2 bulan Nenda bagi cuti,
makan cukup , tidur pulak terlebih cukup , tak cukup siang, malam pun enjoy
sana-sini. So, untuk permulaan. Next week Angah will take over ZH Hotel, Along
will take over Syamraa Holdings in Kuala Lumpur, Uda will take over Syarifah
Mall and you Achik ikut kemana je Nenda pergi termasuk mesyuarat dengan
pemegang saham syarikat kita. Sebab Nenda nak tubuhkan syarikat perusahaan
makanan sejuk beku”.
Tegas yang bersahaja ayat yang keluar dari
mulut Syarifah Al Bahiyah. Air yang diteguk Tengku Zaqif tersembur sedikit
lantas ditertawakan oleh kembarnya yang lain.
“Any objection?”
Soal Syarifah Al Bahiyah lagi. Pantas
semua cucu-cucu kembarnya menggeleng. Duduk di sisi Syarifah Al Bahiyah? Semestinya
tiada kebebasan langsung walaupun mereka sedar setiap gerak geri mereka pasti akan
diperhatikan. Nama pun Syarifah Al Bahiyah kan! Sabar jelah. Tapi mereka ni pun
pandai, dengan bodyguard dah pandai bersubahat, asyik selalu diperhati je,
lama-lama jadi kawan. Nasib lah kau Syarifah Al Bahiyah dapat cucu macam ni.