Home Novel Cinta ENCIK KEMBAR JATUH CINTA
BAB 9

BAB 9

Telinganya di tekup dengan bantal. Laungan Cik Mat tidak dihiraukan. Teringat kata – kata Haikal semalam. Alyaa memejamkan matanya.

“Nadin anak abah, bangun nak. Abah lambat nanti nak pergi kerja ni”.

Panggil cik mat disebalik pintu. Entah apa kena dengan mood anaknya pagi ni. Alyaa mogok pulak tak nak pergi kerja.

“Abah tak payah lah kerja dekat rumah Syarifah Al Bahiyah tu lagi, Kak long, Kak ngah, Abang Achik semua dah kerja, dah mampu nak jaga abah.”

Balas Alyaa Nadin. Emotional betul dia pagi ni gara – gara si Haikal. Boleh pulak main – mainkan perasaan Alyaa.

“Mana boleh macam tu, anak –anak abah habis belajar semua atas bantuan dia jugak. Lagipun abah kerja kebun dekat situ sekadar nak cari peluh.”

Balas cik mat lagi. Sedangkan Cik Mat bekerja di situ ada sebab lain. Alyaa merungut bangun dari katil. Tudung yang tersangkut di sarung. Malas nak dress up!! Omel Alyaa. Alyaa memulas tombol pintu. Muka Cik Mat yang terjongol di hadapan pintu di pandang dengan muka monyok.

“Macam ni lah anak abah, dengar kata.”

Sambung cik mat yang melihat anaknya keluar dari bilik.

“Nad buat semua ni pun sebab abah, kalau ikutkan hati, Nad tak nak kerja dengan cucu Syarifah Al Bahiyah tu.”

Rungut Alyaa Nadin. Bukan tu masalahnya. Masalahnya sebab jumpa Haikal dekat tempat kerja.

“Kenapa ni, pagi - pagi nak marah? Cuba mulakan hari dengan senyuman.”

Balas cik mat bila melihat anaknya tidak seperti selalu. Cik Mat menayangkan senyuman gigi pada anaknya. Alyaa tidak membalas lawak abahnya. Tudung yang dipakai dibiarkan tidak terurus. Tapi masih lagi comel sebab putih, mata bulat, bulu mata lentik. Soalan cik mat dibiarkan tergantung. Kaki meluru masuk ke dalam kereta. Senyap sepanjang perjalanan. Cik Mat pun tak nak kacau mood anaknya lebih-lebih.

Betul – betul depan pintu besar ZH hotel cik Mat menurunkan puterinya. Setelah bersalaman dengan cik Mat, Alyaa turun dari kereta. Langkah sengaja dilambatkan. Kereta cik Mat meluncur laju, keluar dari perkarangan hotel.

“Apa hal mamat bertongkat ni? Pagi –pagi dah tercongok dekat reception ni”

Omel Alyaa perlahan bila terlihat kelibat Tengku Zaid yang berdiri di hadapan reception. Alyaa membuat wajah selamba.

“Hmm…Tak pelah yang penting tak nampak muka Haikal pagi –pagi ni!”

Alyaa mengomel lagi. Tengku Zaid menuju ke arah Alyaa yang sedang membuka pintu kaca ZH Hotel. Muka Tengku Zaid pelik melihat penampilan Alyaa. Alyaa perasan dirinya diperhatikan.

“Hermm, assalamualaikum Tengku!”

Sapa Alyaa. Tengku Zaid tersedar bila Alyaa sudah berdiri di hadapannya. Tengku Zaid tidak pula bertanya pasal penampilan Alyaa. Senyuman diberikan pada gadis itu

“Oh ye, awak boleh drive? Saya ada meeting dekat luar ni”

Balas Tengku Zaid laju. Pelik Alyaa dengan soalan dari Tengku Zaid.

“Kaki Tengku dah ok ke ni?” Soal Alyaa.

Jawapan yang ditanya tidak dijawab.

“Macam nilah kaki saya, duduk rumah bosan, lagipun perintah berkurung dah habis. Ke awak malu nak keluar dengan orang macam saya?”

Balas Tengku Zaid. Nadanya seperti menguji. Kesitu pulak Si Tengku Zaid ni. Dari jauh Alyaa sudah terpandang Haikal yang ingin menghala ke arah Tengku Zaid. Seperti kilat ingatannya terus kembali pada peristiwa semalam.

(Flashback)

“Tengku Zaid tu baik sebenarnya, saya tengok dia pun macam sesuai dengan awak. Lagipun Nenda dah kenal cik mat. Dia mesti boleh terima awak.”

Sapa Haikal di dalam kereta semasa menghantar Alyaa Nadin pulang disebabkan cik Mat mempunyai urusan dan tidak dapat mengambil Alyaa. Pelik Alyaa mendengar ucapan dari Haikal.

“Sejak bila pulak saya bercinta dengan Tengku Zaid. Sikit pun saya tak suka dengan dia.” Balas Alyaa geram.

‘Mamat ni aku ketuk kepala dia baru tahu, yang aku suka tu bukan Tengku Zaid!!! Tapi kau yang kat depan mata aku ni!! Haikal Arshad kau buta ke? Aku suka kat kau!’

Luahan yang tersimpan di dalam hati.

“Tak delah, saya cuma bagi cadangan, awak jangan lah emotional sangat.’’

Alyaa diam, malas nak menjawab. Macam mana entah dia boleh tersuka dengan Haikal. Yelah mana boleh ada hati dengan cucu Syarifah Al Bahiyah. Tu namanya cari nahas.

‘Aku tak boleh gilap lagi perasaan ni, aku kena elak! Sah dia tak suka aku si Haikal ni.’ Desis Alyaa Nadin.

“Alyaa…alyaa…”

Panggil Tengku Zaid sambil tangannya di lambai dihadapan muka Alyaa. Alyaa tersedar. Haikal semakin dekat menuju ke arah Tengku Zaid.

“Ha ye. Saya boleh drive. Jom Tengku.”

Balas Alyaa kalam kabut. Laju langkah Alyaa meninggalkan Tengku Zaid yang masih bertongkat. Beberapa saat sahaja Alyaa sudah berada di hadapan kereta Tengku Zaid. Langkah Tengku Zaid dibantu oleh Haikal.

‘Alamak mamat ni datang lagi’

Rungut hati Alyaa. Kunci dihulur oleh Tengku Zaid pada Alyaa yang bersandar di pintu pemandu. Alyaa segera masuk ke dalam tempat pemandu. Gerak gerinya diperhatikan oleh Tengku Zaid. Haikal berwajah biasa, seperti tiada apa apa yang perlu diingatkan tentang perkara yang dibicarakan semalam. Haikal sendiri pelik kenapa Alyaa bersikap demikian.

Kereta yang dipandu Alyaa meluncur laju keluar dari perkarangan hotel. Tempat yang ingin dituju belum diketahui. Suara radio memecah kebisuan antara Tengku Zaid dan Alyaa.

“Kenapa awak jauhkan diri dari Haikal?”

Soalan tiba-tiba dari Tengku Zaid.

‘Alamak! Perasan sangat ke yang aku jauhkan diri dari Haikal! Hmmm!’ Bisik Hati Alyaa. Ofcousre Alyaa! Nampak sangat yang kau tengah lari dari Haikal!

“Ha? Eh? Emmm… mana ada Tengku.”

Jawab Alya takut-takut. Nampak sangat wajah Alyaa yang berubah bila nama Haikal disebut. Tak tahu nak jawab apa sebenarnya.

“Oh yeke, ok. Ni awak tahu tak kita nak pergi mana ni?”

Soal Tengku Zaid lagi. Tengku Zaid tahu Alyaa sedang menyembunyikan sesuatu, namun dirinya takut untuk bertanya. Takut apa yang disangkakan olehnya betul. Oh God! Mungkinkah Alyaa si dia yang mula bertakhta dalam hati Tengku Zaid. Alyaa tersenyum kecil sambil menggeleng kepala. Dia pun tak tahu nak pergi mana sebenarnya.

“Kita pergi rumah Nenda, ada perkara yang nak bincang.”

Sambung Tengku Zaid lagi. Ha? Tak kan lah Tengku Zaid nak bawak Alyaa untuk perkenalkan gadis yang dia cinta? Biar betul Tengku Zaid ni. Alyaa memandang je muka Tengku Zaid di sebelah ni. Ada kerutan di muka boss nya. Namun hati masih berat untuk bertanya.

“Okay Tengku. Eh? Tadi macam mana Tengku bawak kereta?”

Soal Alyaa tiba –tiba berani.

“Saya suruh Zalif hantar”

Balasnya bersahaja. Alyaa hanya menganggukkan kepala. Dah tahu ada meeting dengan Nenda Bahiyah duduk jelah kat rumah. Saja cari alasan betul Tengku Zaid ni. Kereta yang dipandu Alyaa terus meluncur laju. Alyaa juga pelik? Kenapa dia perlu ada dalam meeting tu. Hmm…

Sampai sahaja di perkarangan rumah banglo Syarifah Al Bahiyah, sudah kelihatan beberapa kereta mewah tersusun cantik. Alyaa membuka pintu kereta untuk Tengku Zaid. Tongkat yang dilettakkan dibahagian penumpang belakang dihulur. Irsyad yang sedari tadi menunggu di halaman rumah membantu langkah Tengku Zaid masuk ke dalam rumah.

Seperti yang dijangka. Harinya telah tiba. Perjumpaan antara keluarga bakal –bakal cucu Syarifah Al Bahiyah berlangsung juga di bilik mesyuarat banglo Syarifah Al Bahiyah. Sengaja Syarifah Al Bahiyah memilih banglonya sebagai tempat bermesyuarat. Nak dekatkan yang jauh katanya.

Salah satu perkara yang langsung tidak diendahkan oleh cucu Syarifah Al Bahiyah sendiri. Mampukah mereka mengejar cinta yang bertakhta di hati atau kasih kepada Nendanya telah mengikat diri untuk berkahwin dengan gadis yang mereka bersemuka hari ini? Hah? Dah macam sajak kan?

Kelihatan Syarifah Al Bahiyah berbual-bual dengan ibu bapa keluarga gadis-gadis pilihannya. Tengku Zaid mengambil tempat duduk di sebelah Tengku Zaqif. Bilik mesyuarat yang memuatkan 30 orang di dalamnya agak suram dengan kehadiran mereka. Apa tak suram, si cucu-cucu Syarifah Al Bahiyah lagi tadi bermain dengan telefon bimbit masing-masing. Langsung tidak mengambil bahagian. Puas Nenda Bahiyah bermain mata dengan cucunya supaya meletakkan telefon. Namun tidak di endahkan juga.

“Ha, Zaid pun dah balik ni. Boleh lah kita bincang sekarang”

Bicara Syarifah Al Bahiyah bila melihat Tengku Zaid masuk bersama dengan Alyaa. Masing-masing terpandang wajah di sebelah Tengku Zaid. Alyaa Nadin!!

Tengku Zaid yang terperasan terus bersuara.

“Oh she’s my wife……opss sorry I mean secretary”

Balas Tengku Zaid. Sempat lagi dia bermain-main di hadapan tetamu, kan jauh bunyi wife dengan secretary. Geram je Syarifah Al Bahiyah tu.

“Zaid memang selalu bergurau macam ni.”

Sampuk Syarifah Al Bahiyah. Takut keluarga bakal cucu menantu terasa. Alyaa sudah menjeling tajam, rasanya dia tidak diperlukan dalam perjumpaan ni. Kembar yang lain tergelak kecil mendengar gurauan dari Tengku Zaid.

“Lagi tadi kita asyik berbual je kan, which one my future wife Nenda?”

Soal Tengku Zalif yang sudah meletakkan telefon bimbit di atas meja. Nampak betul tak suka dengan perjumpaan ni. Bukan! Nampak sangat tak ambil tahu nak nikah dengan sapa? Syarifah Al Bahiyah menjeling tajam. Dari tadi cucu-cucunya langsung tidak berminat dengan perjumpaan yang dirancang olehnya. Dari pihak sana juga, masing-masing buat hal sendiri. Nampak sangat tidak berminat dengan perkahwinan yang diatur kecuali Salwa Amna yang lagi tadi memandang wajah Tengku Zaim.

Mendengar sahaja ayat yang ditutur oleh Tengku Zalif, cucu-cucu yang lain kembali memberi perhatian. Gadis-gadis yang berada di hadapannya perlu diambil tahu. Mereka akan menjadi sebahagian dari hidup mereka suatu hari nanti.

“It’s okay Engku, kami pun nak tahu yang mana satu bakal calon menantu kami.”

Balas Syarifah Jamilah yang merupakan isteri kepada Syed Ilham. Suka Syarifah Al Bahiyah melihat kesantunan bakal keluarga cucu menantunya. Lagi tadi dok tersengih Syarifah Al Bahiyah ni. Bahagia sangat.

“Kami kenalkan, ni anak kami, Syarifah Aqilah Afrina.”

Sambung Syed Ilham. Tubuhnya langsing, hidung mancung, bibirnya nipis serta alis yang dilukis. Pakaiannya tidak terlalu terdedah tetapi masih lagi menunjukkan rambutnya yang ikal itu. Gadis itu tersenyum pada Syarifah Al Bahiyah dan cucu-cucunya.

“Yang ini puteri kami, Didi khalisha”

Sampuk Tan Sri Imran.

“Baru sahaja balik dari UK, habiskan belajar di sana”

Tambah Datin Sri Rafidah. Didi tersenyum memandang Syarifah Al Bahiyah. Sejurus selepas itu matanya kembali menghadap telefon bimbit.

‘’Beautiful name…”

Terkeluar dua baris perkataan dari mulut Tengku Zalif. Tak kan dah terjatuh cinta kut? Tengku Zalif nak jatuh cinta. Bukan semudah itu. Kawan perempuan ramai, tapi tak pernah terbit di bibirnya perkataan cinta. Sama macam Tengku Zaim. Lainlah tengku Zaid, semua perempuan dia sayang. Tengku Zaqif pula tengah merana sebab putus dengan Intan Syaima. Lagi tadi pasrah dengan keputusan Nenda walaupun hati masih setia pada Intan Syaima.

Didi terdengar suara halus yang mengatakan namanya indah bila di sebut. Ada senyuman sinis di mulut Didi Khalisha.

‘You belum kenal lagi I sapa…’

Bisik hati Didi Khalisha. Cuma ada satu wanita yang pandangannya redup sahaja. Dari tadi hanya tersenyum seolah-olah akur dengan pernikahan ini. Arissa Balqis! Wanita yang akan bernikah dengan Tengku Zaqif. Wanita yang perlu berhadapan dengan bakal suami yang mempunyai kekasih hati. Namun gadis itu seolah-olah pasrah.

Alyaa memandang telefon bimbitnya. Bosan! Jadi tunggul lah kau Alyaa kat situ. Terpaksa dengar perbualan yang tidak bersangkut paut dalam dirinya. Game di telefon bimbitnya sudah naik jemu di buka oleh Alyaa. Tiba-tiba ada satu pesanan ringkas masuk dari Tengku Zaid.

“Bosan? Pegilah keluar dulu, jumpa Ibu.”

Tanpa berbalas, Alyaa pamit dan keluar dari bilik mesyuarat. Malas nak dengar. ‘Fuhh lega!!’ Bicara Alyaa di sebalik pintu. Tengku Zaid masih berteka-teki dalam hatinya. Lama dia memandang wajah gadis yang bakal menjadi suri dalam hidupnya. Tiada getaran cinta. Hanya si dia sahaja yang berjaya membuat Tengku Zaid memainkan lagu cinta dalam hatinya. Fuhh! Namun apakan daya. Kali ini Tengku Zaid memilih untuk akur dengan Nenda Bahiyah.

Tengku Zaim juga begitu. Seolah-olah sudah pasrah. Pandangan manja dari Salwa Amna sudah tidak mampu di halang lagi. Kata-kata Iffah pula selalu menerjah ketelinganya. Tapi kenapa Amna? Tak de ke yang lagi baik? Hati Tengku Zaim masih menidakkan takdir.

‘Nak kan yang terbaik, kita perlu jadi baik dulu.’

Tengku Zaim masih bermain dengan kata-kata Iffah. Adakah aku tak cukup baik? Sebab tu Allah hantarkan dia pada aku? Atau Allah hantarkan dia untuk aku didik dia jadi lebih baik? Argh! Tengku Zaim buntu. Semua cucu-cucu Syarifah Al Bahiyah masih tiada jalan penyelesaian. Semuanya seolah-olah pasrah. Hanya membiarkan kuasa veto drakula yang menentukan segalanya. Hmm!

Previous: BAB 8
Next: BAB 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.