Home Novel Cinta ENCIK KEMBAR JATUH CINTA
BAB 7

BAB 7

Sarapan belum terhidang, Tengku Zaqif sudah turun meniti anak tangga. Sangkaan Iffah salah, Tengku Zaqif tidak singgah ke dapur. Dia terus meluru ke pintu hadapan. Selang beberapa minit kedengaran bunyi deruman kereta Tengku Zaqif keluar dari perkarangan rumah.

Iffah meneruskan rutin hariannya. Mee hoon yang sudah dicelur, di masukkan ke dalam rencah yang sudah di tumis. Menu sarapan hari ini meehoon goreng. Ni pun ada yang menempah, usai sahaja solat subuh pesanan ringkas dari Tengku Zalif berbunyi ‘ Mee hoon goreng please, please, please!’

Loceng yang menandakan pukul 8 pagi sudah bergema kedengaran di banglo drakula. Syarifah Al Bahiyah turun dengan baju kebaya merahnya. Dari belakang nampak macam anak dara. Pandai betul Syarifah Al Bahiyah jaga badan. Sanggul warisan turun temurun tak pernah jemu di kepalanya. Tengku Zalif menggendong Tengku Zaid turun meniti anak tangga. Bosan lah tu, sarapan kat atas. Selalunya Iffah lah yang akan teman. Tengku Zaim sedari tadi sudah menunggu di meja makan sewaktu Iffah menghidang.

“Achik mana? Tak turun makan?”

Soal Syarifah Al Bahiyah. Iffah hanya diam sambil menuang air nescafe ke cawan. Yang lain masih ralit menyua mee ke dalam mulut. Kecuali Tengku Zaid yang menguis-nguis mee hoon di depan mata. Tak kena dengan tekak lah tu. Iffah lupa agaknya nak sediakan western.

“Entahlah Nenda, tadi macam dengar bunyi kereta. Agaknya Achik yang keluar.”

Balas Tengku Zalif. Meehoon di tambah untuk kali ke dua. Sedap sangat agaknya, entah bila yang dalam pinggan tu habis. Cepat betul makan. Iffah tak sempat pergi dapur semula, meehoon yang dicedok telah habis di pingan Tengku Zalif.

“Kau tak tahu Achik pergi mana Iffah?” soal Syarifah Al Bahiyah.

“Dalam pukul 7 pagi tadi, saya nampak dia turun, lepastu terus keluar.”

Cepat Iffah menjawab. Takut kena marah. Iffah berpusing menuang air ke dalam cawan Tengku Zaim pula.

“Dia tak da bagi tahu kau, dia nak pergi mana?”

Soal Syarifah Al Bahiyah lagi. Masih tidak berpuas hati. Almaklumlah selalu kemana cucu – cucu Syarifah Al Bahiyah nak pergi, mesti singgah dapur jumpa Iffah. Jadi Iffah tahu lah mereka nak pergi mana, walau kadang-kadang tak jelas tujuan keluar tu kemana. Hari ni, Iffah pun pelik kenapa Tengku Zaqif meluru keluar tanpa bertemunya dulu. Iffah masih lagi mengelamun. Fikirannya teringatkan Tengku Zaqif.

‘Apa masalah budak ni’ Bisik hati Iffah.

“Telinga kau tu tersumbat ke Iffah?”

Nada Syarifah Al Bahiyah meninggi. Iffah tersedar.

“Tak Engku, dia tak bagitahu saya apa –apa”

Balas Iffah gelabah. Masing-masing menerusakan sarapan. Tengku Zalif sudah habis dua pinggan meehoon goreng. Iffah melangkah ke dapur semula.

“Ibu Iffah tu dah lama kerja dengan kita. Kalau dengan pekerja lain, Nenda boleh cakap baik-baik, tapi kenapa dengan Ibu Iffah Nenda selalu berkasar?”

Soal Tengku Zaim yang menggeleng kepala bila mendengar perbualan Iffah dan Syarifah Al Bahiyah. Air fresh orange di teguk perlahan oleh Syarifah Al Bahiyah. Pagi-pagi dah minum jus orange, Patutlah awet muda. Jawapan tidak berbalas. Syarifah Al Bahiyah sempat lagi menjeling bila nama Iffah di sebut di bibir cucunya.

“Selama ni, Angah tengok Ibu Iffah tu baik je. Kalau sebab hutang arwah mak Ibu Iffah tu, tak kan sampai sekarang tak selesai lagi Nenda. Sampai berjuta ke?”

Soalan perli dari Tengku Zaid pula. Berdesing juga ayat yang dituturkan Tengku Zaid bila sampai ke telinga Syarifah Al Bahiyah. Syarifah Al Bahiyah mendengus geram.

“Tak habis-habis nak bela perempuan tu! Sampai kiamat pun hutang perempuan tu tak kan pernah habis. Dia ada hutang nyawa dengan Nenda.”

Balas Syarifah Al Bahiyah dalam nada yang ditinggikan.

“Hutang nyawa? Nyawa sapa?”

Soal Tengku Zalif sedikit terkejut. Tengku Zaim dan Tengku Zaid memandang pelik Nendanya. Soalan dibiarkan tergantung oleh Syarifah Al Bahiyah. Kaki mula menyusun langkah keluar meninggalkan cucunya yang masih terpinga-pinga. Masing-masing memandang sesama sendiri. Penuh tanda tanya.

“Dah bangun pergi kerja, tunggu apa lagi?”

Arah Syarifah Al Bahiyah yang masih melihat cucu-cucunya duduk di atas meja makan. Tengku Zaim dan Tengku Zalif lantas bergerak dari meja makan dan menuju ke luar. Tinggalah Tengku Zaid sendirian di atas meja. Fikiran Zaid masih lagi memikirkan ayat Nendanya.

“Ibu!’’

Bergema suara Tengku Zaid memanggil Iffah. Tersedak Iffah yang baru sahaja ingin menelan air dimulutnya. Fikirannya masih lagi memikirkan kata-kata Syarifah Al-Bahiyah sebentar tadi.

‘Mungkin Engku terlepas cakap’

Fikir Iffah. Kaki mula menuju ke ruang makan. Muka Tengku Zaid penuh persoalan. Masak lah Iffah nak menjawabnya.

“Ada apa jerit pagi-pagi ni?”

Balas Iffah sesudah sampai di ruang makan. Iffah duduk berhadapan Tengku Zaid.

“Ni ha, Ibu kan dah tahu Angah tak berapa suka meehoon, kenapa tak sediakan western?”

Tengku Zaid menukar ayat yang telah di karang tadi. Tak sanggup ingin menyoal wanita yang sudah di anggap ibu kandungnya itu.

“Tunggu sekejap, Ibu pergi buat.”

Balas Iffah seraya mempercepatkan langkahnya. Fuhhh selamat!

“Ibu dengar ke Nenda cakap dengan kami tadi?”

Soal Tengku Zaid lagi bila melihat Iffah bangun.

‘Aduhai! Ada jelah budak ni nak tanya. Hemmm’ Keluhan di tahan.

“Cakap pasal apa?”

Soal Iffah semula pura –pura tidak tahu.

“Tak payah lah buat sarapan tu, sini nak story sikit.”

Tengku Zaid memanggil Iffah semula. Langkahnya dimatikan. Iffah berpatah balik. Aduh! Desis Iffah.

“Ada apa? Ibu banyak kerja kat dapur tu.” Balas Iffah sedikit merungut.

“Yelah, everybody ignore me. Dah tak suka nak buat macam mana.”

Keluar terus ayat sedih Tengku Zaid. Pandai betul kalau bab - bab buat orang serbasalah.

“Dah - dah nak cakap apa, cepat sikit. Ibu nak keluar beli barang dengan Irsyad, Engku dah pesan….”

Belum habis bercakap, ayat Iffah dipotong.

“Ibu…Ibu, ye ok! Ibu, I think I’m fall in love. Angah tak pernah rasa macam ni bu. Rasa suka dia tu macam ada butterfly in my stomach.”

Tengku Zaid tersenyum. Fikirannya terus melayang mengingatkan sesuatu. Terdiam Iffah mendengar pengakuan pertama kali Tengku Zaid sebegini rupa. Selalunya berkawan dengan perempuan tak pernah pulak cakap yang dia jatuh cinta. Oh My God! Tengku Zaid jatuh cinta! Sapa lah gerangan gadis itu.

“Angah lupa apa yang Angah janji dengan Nenda? Minggu depan ada perjumpaan dengan semua calon cucu menantu Engku. Angah tahu kan?”

Ada ketegasan di nada Iffah. Tak mahu Tengku Zaid melakukan perkara yang bukan-bukan. Tak mahu ada kekecohan antara Syarifah Al Bahiyah dan cucu-cucunya.

“Angah tahu ibu, tapi Angah kan ada cakap dengan Nenda yang Angah akan kahwin jugak kalau Angah jumpa calon yang sesuai.”

Balas Tengku Zaid bersahaja. Baginya dia berhak untuk menentukan masa depannya. Lagipun Syarifah Al Bahiyah bersetuju dengan syarat dari Tengku Zaid. Iffah bangun dari tempat duduk dan merapati Tengku Zaid. Bahunya dipicit-picit oleh Iffah.

“Ye betul tu, cuma satu yang Ibu nak Angah fikir, sanggup ke gadis yang Angah cinta tu bermadu kasih, menahan sakit hati untuk berkongsi suami. Lelaki dengan perempuan lain Angah. Ibu bercakap bukan bermaksud Ibu tak kasi Angah berpoligami. Ibu nak Angah berfikir matang sikit, fikir apa yang akan terjadi selepas itu.”

Tengku Zaid termenung berfikir kata-kata Iffah yang menusuk ke hatiya. Wajahnya yang tersenyum tadi berubah menjadi serius. Iffah terus meninggalkan Tengku Zaid dengan senyuman. Tahu Tengku Zaid sedang berperang dengan hati dan perasaanya.

Irsyad sudah tunggu di perkarangan rumah. Iffah menunjukkan syarat sebentar. Langkah dilajukan. Barangan dapur perlu dipenuhi gara-gara kedatangan bakal cucu menantu Syarifah Al Bahiyah minggu depan.

“Dah siap ke Iffah?”

Soal Irsyad. Sesudah sahaja menghantar Syarifah Al Bahiyah, dia terus kembali semula ke rumah untuk menghantar Iffah berbelanja.

“Dah, jom..”

Balas Iffah. Laju kaki menaiki kereta. Kereta yang dipandu Irsyad meluncur laju keluar dari perkarangan rumah. Masa untuk menghilangkan stress! Desis Iffah.

“I nak you keluar dari pejabat I!! Semak I tengok muka you!”

Tengku Zaim mendengus geram. Dia sudah tidak tahan dengan perangai gedik Salwa Amna. Boleh je sesuka hati dia meleset di bahu Tengku Zaim. Hah! Amik kau! Terdiam terus.

“Apa masalah you ni! I ni future wife you! Kenapa you tak boleh nak berlembut sikit! Cuba you cakap dengan I! Perempuan macam mana yang you nak? I will try my best untuk jadi perempuan yang you suka!”

Jerit Salwa Amna tidak mahu mengalah. Godaan demi godaan tidak berjaya. Keras betul hati Tengku Zaim. Berombak dada Salwa Amna menahan marah. Tengku Zaim juga mengerutkan dahinya. Pening melihat sikap Salwa Amna. Hatinya menjerit. Dia sendiri tidak tahu, gadis yang macam mana dia inginkan.

“Apa pun yang you nak cakap, yang penting perempuan tu bukan you!”

Balas Tengku Zaim. Badan dibangunkan dari tempat duduk. Salwa Amna memandang tepat wajah Tengku Zaim yang menunduk tu.

“Apa yang you nak lagi Amna? Tolonglah faham. I tak nak nikah dengan you!”

Lagi sekali amarah Tengku Zaim bersambung. Salwa Amna masih tidah berganjak dari sisi Tengku Zaim. Nak je ditolak. Tapi kalau jadi apa-apa Tengku Zaim pulak dipersalahkan. Cuma ada keluhan yang keluar dari mulut Tengku Zaim.

“You dah ada calon yang sesuai dengan diri you? You rasa you hebat sangat ke? Apa kurangnya I. I pilihan Nenda you. I cintakan you. I tak pernah bagi hati I pada orang lain. I jatuh cinta dengan you sejak zaman sekolah lagi. Cuma you je tak pernah nak bagi I peluang.”

Salwa Amna mula menagih simpati. Tengku Zaim mendengus kecil. Ada jugak perempuan macam ni zaman sekarang. Kenapalah susah sangat nak faham kalau orang dah tak suka. Salwa Amna mula memainkan drama airmata. Sedikit pun Tengku Zaim tidak terkesan. Dah namanya tak suka.

“I masih lagi ada masa untuk cari calon isteri. Buat masa sekarang. You memang bukan pilihan I. Tapi, kalau memang I tak jumpa calon untuk bernikah. I dengan rela hati akan terima you. Sekarang ni dengan penuh hormat. I mintak you keluar dari pejabat I. Sambung kerja you”

Balas Tengku Zaim. Fikirannya turut bercelaru. Mustahil dia akan menerima Salwa Amna dengan rela hati. Kalau dia terima pun, mungkin sebab Nenda. Ye! Syarifah Drakula yang mempunyai panahan sihir Omma Bertha.

Tengku Zaim menghela nafas panjang. Salwa Amna sudah keluar dari pejabatnya. Tengku Zaim menghala pandangan ke arah syiling. Tiba-tiba aplikasi what up nya berbunyi. Senyuman terus terukir di bibir. Hatinya menjadi tenang semula.

“Masih tak jumpa jawapan? Tak usah lagi runsing. Jawapannya ada di tikar sejadah. Cuma perlu sujud dan meminta. Apa yang datang selepas itu. Itulah yang terbaik. Itulah aturanNya. Kenapa kita perlu mengelak.”

Mesej dari Iffah hanya di balas dengan emoticon sedih. Tengku Zaim mengerling jam di tangan. Pukul 1.30 petang. Patutlah Iffah mesej. Selalu makan tengah hari balik rumah. Tengku Zaim masih lagi di pejabat. Telefon bimbit di ambil semula dan menaip sesuatu pada Iffah. Sejurus selepas itu kaki mula keluar dari peabat. Nak selesaikan tugas pada yang Maha Esa.

Previous: BAB 6
Next: BAB 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.