Home Novel Cinta ENCIK KEMBAR JATUH CINTA
BAB 36

BAB 36

“Lama Ibu kerja dengan Nenda kan? Tak teringin ke dia nak bersuami?”

Soal Alyaa sambil meriba kepala Tengku Zaid di atas sofa. Rambut Tengku Zaid di usap-usap Alyaa. Orang tengah bahagia.

“Ibu ada cakap tu wasiat ayah dia, lepas tu dia nak balas jasa arwah atok sebab baik dengan family dia dulu”

Balas Tengku Zaid bersahaja. Tangannya sibuk bermain game di dalam telefon bimbit. Masing-masing senyap semula, mata Alyaa difokuskan pada rancangan TV dihadapan.

“Awak tanyalah Abah, sebab dia pun dah lama kerja dengan Nenda. Mesti dia dah kenal dengan Ibu lama. Saya nak cerita lebih-lebih pun tak tahu sangat. Dah ibu jawab macam tu, tu jelah yang kitorang tahu”

“Tak de lah, kadang-kadang kesian jugak tengok Ibu tu, dari muda jadi orang gaji”

Balas Alyaa lagi. Tengku Zaid sudah bangun dan menyandar disofa disebelah Alyaa. Giliran Alyaa pulak baring diriba Tengku Zaid. Aduhai sweet mengada!

“Eh macam mana awak boleh suka dengan saya?”

Soal Tengku Zaid tiba-tiba mengubah topik perbualan. Kepala Alyaa yang ingin bangun ditekan semula oleh Tengku Zaid supaya baring di ribanya.Alyaa berusaha untuk bangun, akhirnya berjaya juga. Muka Tengku Zaid dipandang.

“Tu lah, sebenarnya saya ada sesuatu nak cakap dengan Tengku ni.”

Balas Alyaa bersahaja. Otaknya ligat berfikir nak mengenakan suaminya. Tengku Zaid sudah bersemangat hendak mendengar.

“Haritu….saya…tersalah cakap.”

Ucap Alyaa. Hujung ayat dicepatkan. Kakinya sudah meluru ke bilik. Pintu bilik dikunci. Tengku Zaid terkejut. Langkahnya pantas mengejar Alyaa. Namun pintu sudah dikunci. Pintu bilik diketuk berkali-kali. Alyaa sudah ketawa sendirian di dalam bilik. Tiba-tiba senyap, tiada lagi ketukan. 15 minit pergi berlalu begitu sahaja. Alyaa terpanggil untuk membuka pintu. Sejurus pintu terkuak, Tengku Zaid sudah bersedia memeluk Alyaa. Badannya dicempung ke atas katil. Alyaa sudah terjerit kecil.

“Sorry..sorry, saya main –main je tadi”

Alyaa sudah merayu seperti anak kecil. Tengku Zaid tak henti-henti mencium Alyaa.

“Tengku! Sekarang pukul 12 tengah hari bukan 12 tengah malam”

Marah Alyaa lagi. Tengku Zaid tidak menghiraukan. Nasib lah kau Alyaa. Main-main lagi dengan Tengku Zaid. Kau dah tahu dia tu angau dengan kau, kau buat main. Rasakan!

###################################

Kereta yang dipandu oleh Arissa meluncur laju di lebuh raya. Permainan yang dia sendiri mulakan harus di teruskan. Kereta diparkir betul-betul di depan Restaurant KFC. Arissa masuk ke dalam. Dari jauh dia sudah kelihatan Intan Syaima yang sedang duduk berhadapan dengan suaminya sendiri. Langkah dilajukan.

“Apa awak buat dekat sini?”

Soal Zaqif sedikit keras. Arissa berwajah biasa. Muka Intan Syaima dipandang oleh Arissa. Arissa memberikan senyuman paling manis untuk gadis itu. Soalan Zaqif tidak berbalas. Arissa mengambil tempat duduk di sebelah suaminya. Tengku Zaqif sudah menjeling tajam.

“Arissa Balqis..”

Tutur Arissa sambil menghulur tangan untuk bersalaman. Intan Syaima yang terkedu lagi tadi teragak-agak ingin menyambut salam. Namun salam berbalas juga.

“Saya tak lama pun, tujuan saya datang ni, saya nak pinangkan Intan Syaima untuk suami saya Tengku Zaqif Hakimi bin Tengku Zahid Harith. Saya harap Intan terima dan sudi jadi madu saya”

Tutur Arissa bersahaja seraya mengeluarkan kotak cincin di dalam beg dan diberikan pada Intan. Intan Syaima masih lagi kaku. Zaqif pula buntu melihat situasi itu. Tak sangka Arissa begitu kental.

“Semuanya saya dah uruskan, minggu depan kita buat majlis dekat Banglo Nenda. Pasal Nenda, awak jangan risau sebab saya dah berjaya yakinkan dia. Awak tinggal datang majlis tu. Baju pun saya dah suruh orang hantar dekat rumah awak.”

Sambung Arissa lagi. Lantas Arissa bingkas bangun dari kerusi. Tengku Zaqif tidak senang duduk, tangan Arissa ditarik kasar. Masing-masing sudah berdiri disebelah meja. Arissa merentap semula tangan yang digenggam suaminya. Intan hanya memandang. Terbit pula rasa simpati.

“Awak dah kenapa? Sengaja nak tunjuk yang awak tu isteri mithali, isteri solehah! Isteri yang sanggup bagi suami dia kahwin lagi? Awak nak membangga diri lah ni!”

Tutur Zaqif yang sudah membentak-bentak. Arissa masih tenang, wajah suaminya dipandang.

“Macam pernikahan kita dulu, kalau Allah lancarkan semuanya bermaksud memang awak berjodoh dengan Intan Syaima. Jadi awak tak perlu takut. Saya tak ada muslihat tersembunyi pun. Sekarang ni saya tak perlu simpati siapa – siapa. Satu je sebab saya buat semua ni. Sebab awak tu suami saya!”

Orang sekeliling sudah memandang. Arissa keluar setelah meminangkan Intan untuk suaminya. Tengku Zaqif kembali duduk.

“She’s crazy!” Ucap Zaqif.

“She’s not” Balas Intan yang sudah mampu bersuara.

“She loves you so much, I can see the way she look at you. Hati dia tengah sakit, tapi dia tengah tahan. Perasaan yang saya rasa masa awak menjadi yang halal untuk dia’’

Sambung Intan Syaima. Tengku Zaqif sudah bingung bila Intan berkata begitu. Kepalanya digaru banyak kali. Buntu. Makin rumit masalah yang dihadapi.

“….dan dari segi layanan awak pada dia, seperti ada sesuatu yang tersimpan dalam hati awak. Saya rasa awak dah sayangkan dia, cuma hati awak tak nak mengaku”

“NO!!! Sikit pun tak! Cuma you dalam hati I!”

Marah Zaqif. Intan sudah mula tersenyum sinis.

“Hmhh! Bila sebut pasal dia, awak rasa nak marah-marah, sedangkan dulu awak tak ambil kisah pasal dia. Yang tadi tu awak marah-marah dia sebab hati awak serbasalah kan? Sebab awak tahu dia tengah sakit hati. Sekarang ni awak dalam fasa nak jaga perasaan dia. Saya perempuan. I know her feeling”

Balas Intan Syaima lagi. Tengku Zaqif sudah mendengus geram. Intan Syaima dibiarkan disitu. Kakinya mula melangkah keluar. Serabut!

Cincin yang ditinggal ditenung Intan. Hatinya juga celaru. Sanggupkah aku bermadu?atau lebih tepat lagi merampas suaminya? Fikiran Intan buntu.

###########################################

“Nenda tak setuju! Tak kan sesekali!”

Tegas nada Syarifah Al Bahiyah di situ. Berbahang sekejap bilik bacaan miliknya. Arissa lagi tadi puas meyakinkan Nendanya.

“Sapa yang sanggup nak buat semua ni Nenda? Saya tahu yang Tengku Zaqif tak pernah bahagia dengan saya. Dan saya tak nak halang kebahagiaan dia.”

Arissa masih meyakinkan Nenda Bahiyah. Merah mata Syarifah Al Bahiyah saat mendengar khabar tersebut. Tak sangka selama ini Tengku Zaqif mengabaikan Arissa Balqis.

“Tapi bukan dengan perempuan tu! Entah anak sapa-sapa dia nak nikah!”

Wah! Macam ada green light. Arissa menghela nafas panjang. Keluhan diberikan. Muka Syarifah Al Bahiyah yang sedang duduk di atas sofa di pandang. Rasa sakit hati di tahan.

“Seribu perempuan yang datang sekalipun. Kalau hati Tengku Zaqif hanya ada pada Intan Syaima, dia tetap tak kan bahagia.”

Ucap Arissa. ‘Sebab dia tak pernah cuba nak buka pintu hati dia pada orang lain. Ye! Dia tak pernah nak buka hati dia untuk isteri dia sendiri.’ Keluh hati Arissa. Syarifah Al Bahiyah terdiam mendengar kata cucu menantunya.

“Ok. Nenda izinkan. Tapi kalau selepas nikah terjadi apa-apa pada perempuan tu, Nenda tak kan benarkan dia mewarisi harta Syed Al Bahrin!”

Airmata yang di tahan jatuh juga. Kata-kata pujukan akhirnya berjaya. Arissa memberhentikan keretanya di bahu jalan. Pedih! Baru sebentar tadi dia meminang bakal madunya. Mana ada isteri yang sanggup buat semua ni! Tapi demi dia… Ye! Demi kebahagiaan lelaki yang dia cinta, Arissa sanggup menoreh hatinya sendiri.

“Awak bukan milik saya. Saya redha. Saya akan buang perasaan ni. Saya…”

Ucap Arissa dalam esakan. Muka disembam di atas stereng.

“….saya… tak kan bagi hati saya pada awak lagi! Cukuplah apa yang berlaku!”

######################################################

“Kenapa runsing je ni?”

Soal Tengku Zaid pada Alyaa Nadin yang sedang duduk di meja setiausaha. Alyaa tersedar. Muka suaminya yang baru keluar dari pejabat di pandang.

“Ermm. Tak de pape.”

Balas Alyaa bersahaja. Tengku Zaid mengerutkan dahi. Seperti ada yang tak kena.

“Masuk bilik saya sekejap.”

Arah Tengku Zaid seraya melangkah masuk ke dalam pejabatnya semula. Alyaa membuntuti dari belakang. Alyaa masuk sahaja, pintu pejabat dikunci. Tubuh Alyaa dirangkul oleh suaminya. Alyaa hanya membiarkan tubuhnya di peluk. Fikiran masih memikirkan sesuatu.

“Kenapa ni Alyaa?”

Soal Tengku Zaid lagi. Risau bila melihat isterinya begini.

“Kak Arissa…”

Balas Alyaa. Tengku Zaid melepaskan pelukan. Ada keluhan juga di bibir Tengku Zaid. Muka Alyaa di pandang.

“Awak ragu-ragu dengan saya?”

Soal Tengku Zaid. Seolah-olah dapat menangkap apa yang sedang difikirkan oleh isterinya. Alyaa masih lagi terdiam. Sibuk dia berfikir macam mana Arissa Balqis akan hidup bermadu. Susah! Sakit! Kalau orang cakap dia ikhlas dan redha pun. Mesti ada terselit rasa cemburu. Mana mungkin hati tak cemburu kalau orang yang sebantal dengan kita akan berkongsi bantal juga dengan orang lain! Alyaa tak habis fikir.

“Ramai orang cakap, bagus poligami ni. Dapat payung mas. Ye! Saya tak menolak pun poligami. Tapi hidup sepanjang poligami tu. Kalau kita mudah terasa hati dengan suami, bukan ke lebih bertambah dosa?”

Akhirnya keluar juga benda yang terbuku dalam hati Alyaa. Tengku Zaid terdiam. Huh! Jawapan apa yang patut diberikan pada isterinya. Bahu Alyaa dipegang. Alyaa masih menundukkan pandangan.

“Arissa orang yang tabah. Mungkin dia boleh hadapi semua ni. Awak jangan risaulah. Hati saya hanya untuk awak”

Tengku Zaid meyakinkan isterinya. Alyaa hanya mendiamkan diri. Entah kenapa bibirnya sentiasa berdoa agar perkara ini tidak terjadi. Kesian Arissa. Ye! Kesian sangat.

Previous: BAB 35
Next: BAB 37

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.